Laporan Mingguan Pandu Puteri Kadet

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI MINGGUAN KO-KURIKULUM

PANDU PUTERI KADET

1. Tajuk / Topik : Perjumpaan Minggu Pertama


2. Tarikh : 09 Ogos 2022 (Selasa)
3. Tempat :Dataran Al-Farabi
4. Masa :7.45 a.m.

5. Penjelasan Tentang Aktiviti:

5.1 Pada perjumpaan kali pertama, pembahagian unit beruniform telah diadakan mengikut
kelas masing-masing dan kami dedahkan dengan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan
Pandu Puteri Kadet.

5.2 Pada pukul 8 pagi hingga 8.45 pagi, istiadat pagi dilaksanakan buat kali yang pertama dan
acara istiadat pagi ini diketuai dan diuruskan oleh unit beruniform (pengakap) dengan bantuan
guru penasihatnya.

5.3 Selepas acara istiadat pagi tersebut, mesyuarat Pandu Puteri Kadet (PPK) bagi kumpulan
B diadakan bagi memilih ahli jawatankuasa tertinggi dan seumpanya bagi membentuk sebuah
organisasi PPK yang sistematik dan progresif

5.4 Di samping itu, pembahagian kumpulan mengikut bunga dilakukan dan setiap ahli terdiri
daripada 4 atau 5 orang ahli kumpulan dan setiap kumpulan bunga diuruskan dan diketuai
oleh seorang ketua bagi memantau setiap ahli kumpulannya.

6.Catatan / Hal-hal lain:

Setiap ahli diberi makluman dan panduan mengenai keahlian PPPM di peringkat kebangsaan
dan cawangan IPG.
Disediakan oleh: Tandatangan Jurulatih:

Sharifah

……………………………. …………………………

( SHARIFAH AIN AMNI BINTI SYED MOHD RUSLI) (SITI RAHIMAH BINTI HAMAT@ MAMAT)
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI MINGGUAN KO-KURIKULUM

PANDU PUTERI KADET

1. Tajuk / Topik : Perjumpaan Minggu Pertama


2. Tarikh : 09 Ogos 2022 (Selasa)
3. Tempat :Dataran Al-Farabi
4. Masa :3.30 petang

5. Penjelasan Tentang Aktiviti:


5.1 Mempelajari tatacara istiadat ladam kuda dengan baik daripada Puan Shamsiah dan
Puan Siti.
5.2 Diberi pendedahan berkaitan dengan lagu-lagu PPK yang perlu diingati seperti lagu
dunia dan seumpanya.
5.3 Di samping itu, ahli PPK dipecahkan dalam kuantiti yang sedikit untuk memudahkan
segala pergerakan yang perlu dilakukan dalam masa yang terdekat.
5.4 Menugaskan dan mengagihkan setiap ahli PPK mengikut sistem kumpulan bunga

6.Catatan / Hal-hal lain:


Setiap ahli PPK berpeluang untuk memahami dan makna yang tersirat disebalik lirik
lagu yang dinyanyikan.

Disediakan oleh: Tandatangan Jurulatih:

Sharifah

……………………………. …………………………
(SHARIFAH AIN AMNI BINTI SYED MOHD RUSLI) (SITI RAHIMAH BINTI HAMAT@ MAMAT )
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI MINGGUAN KO-KURIKULUM PANDU PUTERI
KADET

1. Tajuk / Topik : Perjumpaan Minggu Kedua

2. Tarikh : 16 Ogos 2022 (Selasa)

3. Tempat :Dataran Al-Farabi

4. Masa :7.45 a.m.

5. Penjelasan Tentang Aktiviti:

5.1 Pandu Puteri Kadet mengelola acara istiadat pagi yang ahlinya terdiri daripada ahli
PPK kumpulan B.
5.2 Pada acara istiadat pagi pada kali ini, kami mengenakan baju logo sebagai baju
seragam unit beruniform PPK yang dipakaikan dan timbalan pengarah IPGKDRI
menjadi tetamu terhormat bagi melancarkan acara majlis.
5.3 Selepas itu, perjumpaan unit PPK kumpulan B diadakan di C10 disebabkan cuaca
yang kurang mengizinkan untuk menggunakan Kawasan lapangan.
5.4 Setiap kumpulan bunga berenam dikehendaki mencari maklumat tentang PPK dan
membentangkan hasil pencarian kepada semua.

6.Catatan / Hal-hal lain:

Setiap ahli PPK dilatih untuk sentiasa bersedia tidak kira waktu dan tempat.

Disediakan oleh: Tandatangan Jurulatih:

Sharifah

……………………………. …………………………

( SHARIFAH AIN AMNI BINTI SYED MOHD RUSLI) (SITI RAHIMAH BINTI HAMAT@ MAMAT)
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI MINGGUAN KO-KURIKULUM PANDU
PUTERI KADET

1. Tajuk / Topik : Perjumpaan Minggu Kedua

2. Tarikh : 16 Ogos 2022 (Selasa)

3. Tempat :Dataran Al-Farabi

4. Masa :3.30 p.m.

5. Penjelasan Tentang Aktiviti:

5.1 Pada perjumpaan kali ini, kami dikehendaki untuk belajar pergerakan asas
kawad kaki dengan encik Asri selaku jurulatih kawad kaki unit beruniform.

5.2 Sepanjang pelaksanaan latihan kawad kaki, terdapat segelintir ahli PPK telah
melakukan beberapa kesilapan atau kesalahan menyebabkan seluruh ahli PPK
dikenakan denda dengan menghadap matahari.

5.3 Dalam hal ini, terdapat dua orang ahli PPK tidak dapat menghadirkan diri ke
dalam latihan ini disebabkan kurang sihat atau sakit.

6.Catatan / Hal-hal lain:

Setiap ahli dilatih untuk mempunyai kemahiran kawad kaki yang baik

Disediakan oleh: Tandatangan Jurulatih:

Sharifah

……………………………. …………………………

( SHARIFAH AIN AMNI BINTI SYED MOHD RUSLI) (SITI RAHIMAH BINTI HAMAT@ MAMAT)
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI MINGGUAN KO-KURIKULUM PANDU
PUTERI KADET

1. Tajuk / Topik : Perjumpaan Minggu Ketiga – Pelantikan rasmi ahli PPK

2. Tarikh : 30 Ogos 2022 (Selasa)

3. Tempat :Dataran Al-Farabi dan Dewan Al-Farabi

4. Masa :7.45 a.m.

5. Penjelasan Tentang Aktiviti:

5.1 Acara isitiadat pagi dilaksanakan dan diketuai oleh BSMM di dataran Al-Farabi

5.2 Selepas istiadat pagi, kami diminta untuk masuk ke Dewan Al-Farabi bagi
meneruskan aktiviti dengan aktiviti PPK seperti ladam kuda.

5.3 Di samping itu, ahli-ahli PPK dilantik secara rasmi oleh Puan Shamsiah dan
Puan Siti melalui sebuah majlis pelantikan PPK. Semasa majlis pelantikan PPK
dilaksanakan, logo dunia PPK akan dipakaikan di bahagian kanan kami oleh guru-
guru penasihat kami sebagai tanda rasmi keahlian PPK.

6.Catatan / Hal-hal lain:

Setiap ahli didedahkan dengan perkara yang baru iaitu cara pelantikan rasmi ahli
PPK.

Disediakan oleh: Tandatangan Jurulatih:

Sharifah

……………………………. …………………………

( SHARIFAH AIN AMNI BINTI SYED MOHD RUSLI) (SITI RAHIMAH BINTI HAMAT@ MAMAT)
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI MINGGUAN KO-KURIKULUM PANDU
PUTERI KADET

1. Tajuk / Topik : Perjumpaan Minggu Ketiga – Aktiviti masakan rimba

2. Tarikh : 30 Ogos 2022 (Selasa)

3. Tempat :Taman Kokurikulum

4. Masa :3.30 p.m.

5. Penjelasan Tentang Aktiviti:

5.1 Puan Shamsiah dan Puan Siti memberi sedikit taklimat mengenai aktiviti
masakan rimba. Guru-guru penasihat tersebut memberitahu cara untuk memasak
nasi dan ayam kunyit dalam buluh, roti pintal dan telur yang dibalut dengan tanah
serta telur yang diletakkan di dalam ubi keledek dengan betul.

5.2 Sebelum itu, beberapa ahli PPK B membantu Puan Siti menyediakan bahan-
bahan masakan dan memastikan bahan-bahan tersebut cukup untuk diagihkan
kepada kumpulan bunga berenam.

5.3 Saya diberi tugas untuk membuat roti pintal. Dalam hal ini, saya perlu
memastikan andunan gandum dengan air adalah mencukupi dan sesuai supaya
andunan roti tersebut sebati dengan baik. Selepas itu, saya akan memintal roti
tersebut pada lidi-lidi yang telah diberikan dan seterusnya membakarnya.

5.4 Selepas kesemua jenis masakan sudah siap masak, kami perlu menghidangkan
dan menghiasnya dengan cantik. Selepas itu, masakan kami diuji oleh Puan Siti dan
puan mengatakan bahawa masakan rimba kami lulus kerana semua jenis masakan
dimasak dengan baik dan rasanya agak sedap.

6.Catatan / Hal-hal lain:

Setiap ahli didedahkan dengan kaedah memasak secara rimba dengan baik dan
betul.
Disediakan oleh: Tandatangan Jurulatih:

Sharifah

……………………………. …………………………

( SHARIFAH AIN AMNI BINTI SYED MOHD RUSLI) (SITI RAHIMAH BINTI HAMAT@ MAMAT)
LAMPIRAN
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI MINGGUAN KO-KURIKULUM

PANDU PUTERI KADET

1. Tajuk / Topik : Perjumpaan Minggu Keempat – Istiadat Pagi


2. Tarikh : 06 September 2022 (Selasa)
3. Tempat :Dataran Al-Farabi dan Dewan Engku Omar
4. Masa : 7.30 a.m.

5. Penjelasan Tentang Aktiviti:

5.1. Pada minggu ini, unit beruniform KRS mengelola adat istiadar pagi. Dalam hal ini,
kesemua tugas seperti pembaca doa, pengangkat bendera dan penyambut tetamu
VVIP ditugaskan kepada KRS.
5.2. Selepas itu, guru penasihat KRS memberi taklimat dan menjalankan tugasnya
dengan memantau ahli-ahli pembarisan serta memastikan ahli-ahli pembarisan
berada dalam keadaaan sedia dan berpakaian kemas.
5.3. Selepas tamat majlis adat istiadat, semua unit beruniform dikehendaki ke Dewan
Engku Omar bagi mendengar taklimat MPU3062 oleh Puan Shamsiah.
5.4. Puan Shamsiah memaklumkan tarikh-tarikh tugasan dan perkhemahan sama ada
sesi 1 atau sesi 2 serta memberi maklumat tentang pembuatan buku log dan kerja
amali yang berkait rapat dengan perkhemahan.

6. Catatan / Hal-hal lain:

Setiap ahli dimaklumkan tarikh penghantaran tugasan. Dengan itu, ahli-ahli


akan berasa bertanggungjawab untuk menyiapkan tugasan yang diberikan
dalam masa yang ditetapkan.
Disediakan oleh: Tandatangan Jurulatih:

Sharifah

……………………………. …………………………

( SHARIFAH AIN AMNI BINTI SYED MOHD RUSLI) (SITI RAHIMAH BINTI HAMAT@ MAMAT)
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI MINGGUAN KO-KURIKULUM

PANDU PUTERI KADET

1. Tajuk / Topik : Perjumpaan Minggu Keempat – Pertolongan Cemas


2. Tarikh : 06 September 2022 (Selasa)
3. Tempat :Padang bersebelahan Gelanggang Bola Keranjang
4. Masa : 3.30 p.m.

5. Penjelasan Tentang Aktiviti:

5.1. Pada minggu ini, kami mempelajari pertolongan cemas dengan Encik Rosmadi .
Dalam hal ini, kami dedahkan dengan cara membalut tangan, kaki, lengan, lutut
dan kepala jika didapati ada kecederaan pada anggota tersebut.
5.2. Bagi membalut kecederaan pada anggota seperti kepala, lengan, tangan, lutut dan
kaki, kami menggunakan kain anduh untuk mengikat dan membalut pada
kecederaan tersebut.
5.3. Setiap balutan perlulah dibalut dengan kemas dan mengikut keselesaan pesakit.
Di samping itu, setiap ikatan dan simpulan dikehendaki menggunakan ikatan buku
sila bagi memudahkan proses pembukaan tali tersebut.

6. Catatan / Hal-hal lain:

Dapat mengasah kemahiran pertolongan cemas dalam diri setiap ahli Pandu
Puteri Kadet. Dengan itu, sekiranya terdapat berlakunya kemalangan seperti
berikut, kita berupaya untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari daripada
kemahiran pertolongan cemas untuk mengurangkan kecederaan dan kesakitan
yang dialami.
Disediakan oleh: Tandatangan Jurulatih:

Sharifah

……………………………. …………………………

( SHARIFAH AIN AMNI BINTI SYED MOHD RUSLI) (SITI RAHIMAH BINTI HAMAT@ MAMAT)
LAMPIRAN
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI MINGGUAN KO-KURIKULUM

PANDU PUTERI KADET

1. Tajuk / Topik : Perjumpaan Minggu Kelima – Perlantikan ahli PPK


2. Tarikh : 13 September 2022 (Selasa)
3. Tempat :Dewan AL-Farabi
4. Masa : 7.30 a.m.

5. Penjelasan Tentang Aktiviti:

5.1. Istiadat padi pada kali ini diuruskan oleh pasukan pengakap. Dalam hal ini, mereka
bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran majlis istiadat pagi dengan
memastikan setiap tugas yang dikendalikan adalah diuruskan dalam keadaan
yang baik.
5.2. Selepas istiadat pagi, ahli unit beruniform dikehendaki masuk ke dalam dean Al-
Farabi bagi meneruskan upacara yang digelar sebagai ladam kuda. Ladam kuda
ini dilakukan oleh semua PPK dan iai bertindak melambangkan kesepaduan dan
Kerjasama yang teguh dalam kalangan ahli PPK.
5.3. Dalam melaksanakan ladam kuda, terdapat segelintir lagi ahli PPK yang tidak
diiktirafkan secara rasmi . Dengan itu, majlis pelantikan PPK diadakan bagi
memastikan semua ahli PPK diiktiraf secara rasmi dan berwawasan.

6. Catatan / Hal-hal lain:


Ahli PPK dilatih supaya patuh dan berdisiplin. Hal ini kerana sepanjang proses
pelanyikan ahli PPK secara rasmi, mereka yang sudah selesai dilantik secara rasmi
dikehendaki berdiri tegak dalam ladam kuda.
Disediakan oleh: Tandatangan Jurulatih:

Sharifah

……………………………. …………………………

( SHARIFAH AIN AMNI BINTI SYED MOHD RUSLI) (SITI RAHIMAH BINTI HAMAT@ MAMAT)
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI MINGGUAN KO-KURIKULUM

PANDU PUTERI KADET

1. Tajuk / Topik : Perjumpaan Minggu Kelima – Jerat dan Perlindungan


Sementara
2. Tarikh : 13 September 2022 (Selasa)
3. Tempat :Taman Kokurikulum
4. Masa : 3.30 p.m.

5. Penjelasan Tentang Aktiviti:

5.1. Pada minggu ini, kami diajar tentang kemahiran jerat dan perlindungan sementara
oleh Encik Azhar.
5.2. Dalam hal ini, kami diajar tentang cara untuk menangkap atau menjerat haiwan
bagi dijadikan kemahiran untuk kelangsungan hidup di dalam hutan sekiranya
bekalan makanan sudah habis
5.3. Di samping itu, kami juga didedahkan dengan cara pembuatan perangkap bagi
menghalang binatang buas dan seumpanya datang menghampiri tempat
persinggahan kita di dalam hutan.

6. Catatan / Hal-hal lain:

Ahli PPK dilatih dengan kemahiran jerat dan perangkap bagi melindungi diri dan untuk
kelangsungan hidup.

Disediakan oleh: Tandatangan Jurulatih:

Sharifah

……………………………. …………………………

( SHARIFAH AIN AMNI BINTI SYED MOHD RUSLI) (SITI RAHIMAH BINTI HAMAT@ MAMAT)
LAMPIRAN
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI MINGGUAN KO-KURIKULUM

PANDU PUTERI KADET

1. Tajuk / Topik : Perjumpaan Minggu Keenam – Istiadat Pagi


2. Tarikh : 20 September 2022 (Selasa)
3. Tempat :Dewan Al-Farabi
4. Masa : 7.30 a.m.
5. Penjelasan Tentang Aktiviti:

5.1. Istiadat pagi kali ini dikelola oleh ahli PPK kumpulan A. Dalam hal ini, beberapa
ahli PPK dilantik untuk menjadi pengacara, pengangkat bendera dan penyambut
tetamu VIP. Sebelum itu, ketua ahli PPK akan memastikan setiap orang ahli PPK
yang dipilih mestilah sudah mempunyai pengetahuan tentang skop tugasannya di
samping memahami protocol bagi menjamin kelancaran majlis.
5.2. Tetamu VIP yang dijemput ialah Puan Shamsiah dimana puan akan memantau
dan memberi taklimat berkaitan dengan unit beruniform terutamanya Pandu Puteri
Kadet.
5.3. Semasa melaksanakan adat istiadat ini, telah didapati bahawa ramai ahli unit
beruniform tidak menghadiri majlis adat istiadat ini. Dalam hal ini, guru-guru
penasihat bersama dengan ketua PPK telah mengenalpasti bahawa terdapat 6
orang ahli PPK tidak menghadiri majlis adat istiadat pagi tersebut.
5.4. Dengan itu, bagi memantapkan lagi pengetahuan tentang kehadiran unit
beruniform, Puan Shamsiah dan Encik Yunis memberi taklimat berkaitan dengan
kepentingan kehadiran unit beruniform dan hukuman yang akan diberikan
sekiranya tidak menghadirkan diri ke aktiviti unit beruniform tanpa sebab.

6. Catatan / Hal-hal lain:

Ahli PPK diberi nasihat supaya bertangungjawab, berdisiplin dan amanah dalam
melaksanakan aktiviti unit beruniform.

Disediakan oleh: Tandatangan Jurulatih:

Sharifah

……………………………. …………………………

( SHARIFAH AIN AMNI BINTI SYED MOHD RUSLI) (SITI RAHIMAH BINTI HAMAT@ MAMAT)
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI MINGGUAN KO-KURIKULUM

PANDU PUTERI KADET

1. Tajuk / Topik : Perjumpaan Minggu Keenam – Aktiviti Ikatan dan Simpulan


serta gajet
2. Tarikh : 20 September 2022 (Selasa)
3. Tempat :Bilik kuliah yang berhampiran gelanggang bola keranjang dan
bola tenis
4. Masa : 3.30 p.m.

5. Penjelasan Tentang Aktiviti:


5.1. Ahli-ahli PPK kumpulan B diberi tunjuk ajar berkaitan dengan kemahiran ikatan
dan simpulan serta gajet oleh Encik Safri.
5.2. Kami telah mempelajari pelbagai ikatan dan simpulan. Misalnya, ikatan buku sila,
ikatan tindih kasih,ikatan seraya, lilik balak, silang tungku, silang gunting dan
simpul manuk.
5.3. Dengan kemahiran ikatan dan simpulan yang dipelajari, kami berupaya untuk
melakukan pelbagai aktiviti semasa di dalam hutan. Dalam hal ini, kami dapat
mengikat gajet-gajet yang dibina seperti ampaian, rak kasut, rak alat dan peralatan
serta meja makan.
5.4. Di samping itu, ikatan sraya, lilit balak, silang tungku dan silang gunting yang telah
dipelajari telah kami mengaplikasikannya untuk membina dan mendirikan tripod.

6. Catatan / Hal-hal lain:

Kemahiran ikatan dan simpulan yang dipelajari juga dapat diaplikasikan untuk
menyelamatkan seseorang.

Disediakan oleh: Tandatangan Jurulatih:

Sharifah

……………………………. …………………………

( SHARIFAH AIN AMNI BINTI SYED MOHD RUSLI) (SITI RAHIMAH BINTI HAMAT@ MAMAT)
LAMPIRAN
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI MINGGUAN KO-KURIKULUM

PANDU PUTERI KADET

1. Tajuk / Topik : Perjumpaan Minggu Ketujuh – Adat Istiadat Pagi


2. Tarikh :04 Oktober 2022 (Selasa)
3. Tempat :Dewan Al-Farabi
4. Masa : 7.30 a.m.

5. Penjelasan Tentang Aktiviti:

5.1. Istiadat pagi pada kali ini dikelola oleh ahli-ahli yang tidak menghadirkan diri
semasa adat istiadat minggu lepas iaitu pada tarikh 20 September 2022 dan
dibantu oleh beberapa ahli lain bagi menjayakan adat istiadat pagi tersebut.
5.2. Dalam hal ini, pembarisan di barisan hadapan diketuai oleh ketua plantun dari
pasukan pengakap dan dianggotai oleh beberapa ahli PPK dan ahli pengakap.
5.3. Selepas selesai adat istiadat pagi ini, PPK melaksanakan latihan kawad kaki dan
memilih ahli PPK yang terbaik dalam aktiviti kawad kaki untuk menyertai
pertandingan kawad kaki peringkat unit beruniform IPGKDRI.

6. Catatan / Hal-hal lain:

Latihan kawad kaki yang dilatih telah berjaya memupuk sifat disiplin dalm diri setiap ahli
PPK.

Disediakan oleh: Tandatangan Jurulatih:

Sharifah

……………………………. …………………………

( SHARIFAH AIN AMNI BINTI SYED MOHD RUSLI) (SITI RAHIMAH BINTI HAMAT@ MAMAT)
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI MINGGUAN KO-KURIKULUM

PANDU PUTERI KADET

1. Tajuk / Topik : Perjumpaan Minggu Ketujuh- Aktiviti Pemasangan Khemah


dan Persediaan Perkhemahan
2. Tarikh :04 Oktober 2022 (Selasa)
3. Tempat :Padang berhampiran dengan gelanggang bola keranjang
4. Masa : 3.30 p.m.

5. Penjelasan Tentang Aktiviti:

5.1. Beberapa orang ahli PPK membantu menyediakan alat dan peralatan
perkhemahan serta mengangkatnya ke tapak aktiviti perkhemahan diadakan.
5.2. Kami diajar tentang kemahiran membuka dan memasang khemah oleh Encik
Yunus menggunakan cara yang betul disamping dapat menjaga dengan baik alat
dan peralatan perkhemahan supaya tahan dalam tempoh yang agak lama
5.3. Selepas mempelajari cara memasang khemah dengan betul, Encik Yunus juga
mengajar cara untuk menyimpan kembali alat dan peralatan perkhemahan
tersebut ke dalam beg khemah dengan betul, kemas dan tersusun.
5.4. Dengan itu, khemah yang ada dapat digunakan dalam tempoh yang agak lama
dan masih dalam keadaan yang baik.
5.5. Selepas selesai aktiviti ini, beberapa ahli PPK membantu untuk menyimpan alat
dan peralatan khemah yang digunakan ke tempat asal penyimpanannya.

6. Catatan / Hal-hal lain:

Kemahiran yang dipelajari dapat digunakan untuk memasang khemah dengan baik
semasa berada di Kawasan yang tertentu terutamanya di dalam hutan.

Disediakan oleh: Tandatangan Jurulatih:

Sharifah

……………………………. …………………………

( SHARIFAH AIN AMNI BINTI SYED MOHD RUSLI) (SITI RAHIMAH BINTI HAMAT@ MAMAT)
LAMPIRAN

You might also like