Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

[5]

Vaksinasi terhadap Kanak-Kanak Menurut


Perspektif Maqasid Syariah
Tengku Fatimah Azzahra Tengku Md Fauzi, Mohd Anuar Ramli &
Nurhidayah Muhammad Sharifuddin

Pengenalan
Kesihatan merupakan salah satu elemen penting dalam memastikan
kelangsungan ibadah dan gerak kerja seharian manusia. Di
Malaysia, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dalam
memastikan kesihatan berpanjangan masyarakat sama ada di
peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun orang tua.
Kertas kerja ini akan memfokuskan penjagaan kesihatan terhadap
kanak-kanak iaitu pelaksanaan vaksinasi menerusi Program
Imunisasi Kebangsaan. Melalui program ini, bayi dan kanak-kanak
khususnya dibekalkan dengan suntikan vaksin mengikut jadual
tertentu secara percuma sebagai langkah pencegahan daripada
penyakit-penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin seperti difteria,
campak, polio, kancing gigi, hepatitis B, dan tibi. Secara tidak
langsung imunisasi menerusi pemberian vaksin dapat menjaga
nyawa manusia dan perkara ini juga termasuk dalam maqasid al-
shari’ah iaitu hifzu al-nafs.
Program Imunisasi Kebangsaan telah diperkenalkan sejak
tahun 1950-an di Malaysia dan berterusan sehingga ke hari ini 1. Kini,
11 jenis vaksin utama perlu diberikan kepada bayi dan kanak-kanak.
Beberapa vaksin tambahan turut diperkenalkan untuk memastikan
perlindungan daripada penyakit cegahan vaksin.
Walaubagaimanapun, isu yang berlaku hari ini, sebilangan
masyarakat Malaysia menolak pemberian vaksin kepada anak-anak
kecil mereka. Antara alasan yang diberikan ialah vaksin
mengandungi sumber haram seperti babi 2, vaksinasi memberikan

1 “Soalan Lazim Mengenai Vaksin dan Imunisasi,” dikemaskini Julai 2015, dicapai
15 September 2016, http:// www.moh.gov.my.
2 “More Malaysian Parents Rejecting Children's Immunisation over Pig DNA
Fears,” laman sesawang Channel News Asia, dikemaskini 2 November 2015,
75
kesan sampingan negatif seperti risiko penyakit autisme, sindrom
bayi mati mengejut, sawan3, penyakit mental4 dan penyakit atopik
seperti ekzema dan asma5. Bahkan, ada antara mereka menolak
suntikan vaksin kerana lebih cenderung kepada rawatan alternatif
seperti homeopati6 dan amalan pemakanan sunnah seperti susu ibu
dan berbekam7. Faktor-faktor ini secara tidak langsung membawa
kepada pengurangan kadar suntikan vaksin kepada bayi dan kanak-
kanak. Kesannya, beberapa penyakit cegahan vaksin yang
dahulunya sudah berkurang kini semakin meningkat ekoran
daripada keengganan sebilangan ibu bapa untuk memberikan
suntikan vaksin kepada anak-anak mereka. Oleh sebab itu, kertas
kerja ini bertujuan untuk mengkaji hukum vaksin dan vaksinasi,
seterusnya mengaitkan perbincangan berdasarkan perspektif maqasid
al-shari’ah.

Sumber dan Proses Vaksin


Vaksin merupakan sediaan bakteria yang terdiri daripada bahan
aktif berupa antigen yang telah dimatikan atau dilemahkan
bahayanya untuk merangsang pembentukan antibodi untuk
melawan penyakit8. Vaksin berasal daripada perkataan vaccinia yang

dicapai 15 September 2016,


http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/more-malaysian-
parents/2233628.html.
3 “Anti-Vaksin,” dikemaskini 23 Oktober 2015, dicapai 16 Ogos 2016,
https://www.facebook.com/ain.naurah/posts/10208462951397026.
4 “Elakkan Suntikan Imunisasi,” dikemaskini 4 November 2012, dicapai 16 Ogos
2016, http://zullgp.blogspot.my/2012/11/elakkan-suntikan-imunisasi.html.
5 Robert M. Wolfe, Lisa K. Sharp, Martin S. Lipsky,” Content and Design Attributes
of Antivaccination Web Sites,” JAMA 287, no.24 (2002), 3245-3248.
6 “Kenyataan Media Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia: Isu Pengambilan Vaksin
Homeopati,” dikemas kini 3 Disember 2015, dicapai 28 Februari 2016,
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10153125288106
237.
7 “Bekam Anak Sejak Usia 25 Hari,” laman sesawang Pseudoscience Watch,
dikemas kini pada 24 Mei 2016, dicapai pada 30 Mei 2016,
https://www.facebook.com/pswatch1/posts/1256448524366089.
8 Richard Strugnell, Fred Zepp, Anthony Cunningham, Terapong Tantawichien,
“Vaccine Antigen,” dalam Understanding Modern Vaccines: Perspectives in
Vaccinology 1, no. 1, ed. Nathalie Garçon, Peter L. Stern, Anthony L. Cunningham,
(2011), 61.
76
merupakan sejenis virus penyebab jangkitan pada lembu. Istilah
vaksinasi yang merupakan proses menyuntikkan vaksin ke dalam
badan juga diambil daripada perkataan sama iaitu vacca yang
bermaksud lembu9. Selain itu,vaksin juga mengandungi bahan
tambahan seperti adjuvan, pengawet dan penstabil. Adjuvan
berfungsi untuk meningkatkan tindak balas imun seterusnya
memastikan sistem ketahanan badan bertindak balas dengan lebih
berkesan10. Bahan pengawet pula untuk meningkatkan tahap
keselamatan vaksin11 dan penstabil untuk memastikan kestabilan
kondisi vaksin ketika proses penyimpanan dan penghantaran
vaksin12. Begitu juga, vaksin turut mengandungi unsur surih seperti
formaldehyde untuk melemahkan atau mematikan bakteria bagi
vaksin tertentu13. Pada permulaan proses penghasilannya, bakteria
vaksin dibiakkan dalam medium pengkulturan sama ada medium
agar, protein telur atau dalam sel vero. Selepas dibiakkan, bakteria
tersebut akan diasingkan daripada medium pembiakan tadi dan
dibersihkan melalui proses penulenan. Seterusnya, vaksin melalui
proses formulasi di mana beberapa bahan tambahan akan ditambah
ke dalam kandungan vaksin bagi menjamin keselamatan,
keberkesanan dan kualiti produk vaksin berada pada tahap yang
baik14. Setelah siap diproses, vaksin akan dibuat uji kaji klinikal

9 Jennifer L. Hsu, “A Brief History of Vaccines: Smallpox to The Present,” South


Dokota Medicine Special Issue (2013).
10 Nathalie Garçon, Geert Leroux-Roels, Wen-Fang Cheng, “Vaccine Adjuvants,”
dalam Understanding Modern Vaccines: Perspectives in Vaccinology 1, no. 1, ed.
Nathalie Garçon, Peter L. Stern, Anthony L. Cunningham, (2011), 89.
11 Theresa M. Finn, William Egan, “Vaccine Additives and Manufacturing Residuals
in the United States: Licensed Vaccines” dalam Vaccines, ed. Stanley A.Plotkin,
Walter A. Orenstein, dan Paula A. Effit, ed. ke-6 (China: Elsevier Saunders, 2013),
72.
12 Phillip L. Gomez, James M. Robinson, Joseph A. Rogalewicz, “Vaccine
Manufacturing” dalam Vaccines, ed. Stanley A.Plotkin, Walter A. Orenstein, dan
Paula A. Effit, ed. ke-6 (China: Elsevier Saunders, 2013), 44-57.
13 Theresa M. Finn, William Egan, “Vaccine Additives and Manufacturing Residuals
in the United States: Licensed Vaccines” dalam Vaccines, ed. Stanley A.Plotkin,
Walter A. Orenstein, dan Paula A. Effit, ed. ke-6 (China: Elsevier Saunders, 2013),
76.
14 Phillip L. Gomez, James M. Robinson, Joseph A. Rogalewicz, “Vaccine
Manufacturing” dalam Vaccines, ed. Stanley A.Plotkin, Walter A. Orenstein, dan
Paula A. Effit, ed. ke-6 (China: Elsevier Saunders, 2013), 44-57.
77
secara berperingkat untuk menilai tahap keberkesanan dan
keselamatannya sebelum lulus untuk pembungkusan dan
penghantaran. Ini menunjukkan bahawa vaksin mengandungi
sumber dan bahan kandungan yang tertentu dan perlu melalui
beberapa proses yang ketat dan lama bagi memastikan keberkesanan
dan keselamatannya kepada pengguna.
Dua perkara menjadi keutamaan kajian iaitu penelitian
terhadap hukum vaksin dan hukum vaksinasi. Vaksin merupakan
suatu produk yang digunakan dalam proses vaksinasi, justeru
hukum vaksin diukur dengan melihat kepada sumber dan bahan
kandungan yang digunakan dalam penghasilan vaksin, sama ada
bahan yang digunakan termasuk dalam kriteria produk halal lagi
baik (halalan tayyiban) atau sebaliknya. Manakala hukum vaksinasi
pula dilihat dengan meneliti keberkesanan proses vaksinasi sama
ada ianya menepati konsep rawatan pencegahan atau sebaliknya.
Dalam hal ini, kajian akan meneliti pandangan ulama’ beserta dalil
dan hujah setiap pandangan dalam menentukan hukum vaksin dan
vaksinasi.

Hukum Berkaitan dengan Vaksin


Walaupun perincian hukum vaksin tidak dibahaskan oleh para
ulama’ silam, tetapi hukumnya dapat ditentukan dengan meneliti
pandangan ulama’ terdahulu yang membincangkan berkenaan
hukum sumber ubat-ubatan atau daripada fatwa semasa berkenaan
sumber dalam produk farmaseutikal. Dalam hal ini, hukum vaksin
boleh dikategorikan kepada tiga hukum iaitu harus, haram dan
harus bersyarat. Vaksin dihukumkan harus sekiranya bahan yang
digunakan adalah halal dan tidak memudaratkan. Pendapat ini
dinyatakan oleh jumhur ulama’ seperti mazhab Syafie15 mazhab
Hanafi16, dan mazhab Hanbali17. Mereka berhujah dengan beberapa
dalil al-Quran sepertimana firman Allah SWT;

15 Muḥammad bin Idris al-Syāfiī, Al-Umm (Mansurah: Dār al-Wafā’, 2008), 3:639.
16 ‘Alā’ al-Dīn Abī Bakr ibn Mas’ud al-Kasānī, Badāi’ al- Ṣanāi’ fī Tartīb al-Sharāi’
(Beirut: Dār al-Ma’rifah, 2000), 5:63.
17 Syamsu al-Dīn ‘Abdu al-Raḥmān bin Qudāmah al-Maqdisī, Al-Mughnī (Kaherah:
Dār al-Hadith, 2004), 13:75.
78
         

         

Al-Maidah 5: 1
Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang
ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan
(tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-
binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti
kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam
keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan
hukum apa yang ia kehendaki.

      

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah


kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik.
Al-Maidah 5: 88

     

Al-A’raf 7: 157
Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik,
dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang
buruk
Secara umumnya ayat-ayat ini menunjukkan bahawa
dihalalkan untuk memanfaatkan segala yang halal lagi baik selagi
mana tidak dinyatakan haram menurut nas. Dalam ayat Allah yang
lain;

          

         

79
            

  

Al-Maidah 5: 4
Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad):
"Apakah (makanan) yang Dihalalkan bagi mereka?" bagi
menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu
(memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang
ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah
kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih
binatang pemburu. kamu mengajar serta melatihnya
(adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah
diajarkan Allah kepada kamu. oleh itu makanlah dari apa
yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama
Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan
bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari
memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah
Maha cepat hitungan hisabNya.

          

Al-An’am 6: 118
Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang
halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya,
jika betul kamu beriman kepada ayat-ayat-Nya.
Bahkan, ayat-ayat ini juga menjelaskan beberapa kriteria
sumber halal menurut syarak iaitu dengan mengikut kaedah
berburu dan sembelihan yang diajar dalam Islam.
Selain itu pendapat pertama ini juga berhujahkan dalil
daripada hadith Baginda SAW. Daripada Abi ‘Abdillah al-Nu’man
bin Basyir r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
‫إن احلالل بني وإن احلرام بني وبينهما أمور مشتبهات ال يعلمهن‬
‫كثري من الناس فمن اتقى الشبهات استربأ لدينه وعرضه ومن وقع‬

80
‫يف الشبهات وقع يف احلرام كالراعي يرعى حول احلمى يوشك أن‬
‫يرتع فيه‬
Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram
itu juga jelas. Namun, antara keduanya ada perkara-
perkara yang syubhah dan yang tidak diketahui oleh
kebanyakan manusia. Oleh itu, sesiapa yang menjaga
dirinya daripada segala yang syubhah itu, maka
sesungguhnya dia memelihara agama dan kehormatan
dirinya. Dan sesiapa yang terjatuh dalam perkara
syubhah, kemungkinan dia akan terjatuh ke dalam yang
haram seperti seorang pengembala yang mengembala di
sekeliling kawasan larangan, maka dibimbangi binatang-
binatang ternakannya akan masuk ke (dan makan
rumput) ke kawasan larangan itu18.
Hadith ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW telah
memberi kayu ukur dalam pemilihan sumber produk ubat-ubatan,
iaitu dengan memastikan sesuatu sumber itu jelas halal dan
haramnya agar tidak terjebak dalam perkara yang samar-samar
hukumnya.
Manakala hukum haram vaksin ditentukan sekiranya bahan
kandungan dalam pemprosesan vaksin menggunakan sumber yang
disepakati haram seperti babi, darah, bangkai dan kriteria yang
disebut dalam nas serta memudaratkan apabila digunakan.
Pendapat ini juga disokong oleh jumhur ulama’ seperti mazhab
Syafie19, mazhab Hanbali20, mazhab Hanafi21 dan mazhab Maliki22.
Bahkan pendapat ini menjadi asas kepada fatwa pengharaman
vaksin polio yang pernah dikeluarkan di Pakistan kerana didakwa

18 Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.


19 Muḥammad bin Idris al-Syāfiī, Al-Umm (Mansurah: Dār al-Wafā’, 2008), 3:639.
20 Syamsu al-Dīn ‘Abdu al-Raḥmān bin Qudāmah al-Maqdisī, Al-Mughnī (Kaherah:
Dār al-Hadith, 2004), 13:75.
21 ‘Alā’ al-Dīn Abī Bakr ibn Mas’ud al-Kasānī, Badāi’ al- Ṣanāi’ fī Tartīb al-Sharāi’
(Beirut: Dār al-Ma’rifah, 2000), 5:57
22 Abū Walīd Sulaimān ibn Khalaf al-Bājī, al-Muntaqa Syarhu Muwattā’ Mālik
(Kaherah: Maktabah al-Thaqāfah al-Dīniyyah, 2004), 4: 256.
81
mengandungi bahan kandungan daripada babi 23. Antara hujah yang
menguatkan pandangan ini ialah dalil daripada al-Quran di mana
Allah SWT menyatakan;

     

Al-A’raf 7: 157
Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang
baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda
yang buruk

     

Al-Baqarah 2: 195
Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu
ke Dalam bahaya kebinasaan (bawa mudarat)
Kedua-dua ayat ini menjelaskan bahawa Allah melarang
memakan sesuatu yang keji dan perkara yang boleh membawa
kepada kemudaratan.

         

      

         

          

    

Al-Maidah 5: 3
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang
yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir),
dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-

23 Fatwa di Pakistan, “Polio Halal, Vaksin Haram,” laman sesawang Elwatan News,
dikemaskini 27 Disember 2016, dicapai 15 September 2016,
http://www.elwatannews.com/news/details/104300.
82
binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah,
dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang
mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati
ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali
yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya),
dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan
juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang
anak panah. yang demikian itu adalah perbuatan fasik.
pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada
memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka
melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu
janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka,
sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu.

           

         

        

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak dapati


dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu
yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya
melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang
mengalir, atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia
adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik,
iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari
Allah".
Al-An’am 6: 145
Kemudian, Allah menjelaskan pula beberapa jenis perkara
yang diharamkan seperti babi, darah, bangkai dan yang tidak
memenuhi kaedah penyembelihan yang betul. Maka, vaksin yang
mengandungi bahan-bahan ini haram digunakan.
Selain itu, pendapat ini juga disokong oleh dalil hadith,
daripada Ibnu Mas’ud, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
‫إن اهلل مل جيعل شفاءكم فيما حرم عليكم‬

83
Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penawar (bagi
kesakitan) kamu dengan perkara-perkara yang
diharamkan ke atas kamu24.
Daripada Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:
‫إن اهلل أنزل الداء والدواء وجعل لكل داء دواء فتداووا وال تداووا حبرام‬
Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan penawar
dan Dia menjadikan setiap penyakit itu ada penawarnya.
Maka, berubatlah kamu dan janganlah kami berubat
dengan (bahan) yang haram25.
Daripada Abu Hurairah,
‫هنى رسول اهلل عن الدواء اخلبيث‬
Rasulullah SAW melarang daripada berubat (dengan
perkara-perkara) yang menjijikkan26.
Oleh sebab itu, dalil-dalil ini menunjukkan bahawa Allah
dan Rasul-Nya melarang untuk berubat dengan bahan-bahan yang
haram termasuklah dalam penghasilan vaksin.
Seterusnya, pandangan tentang hukum vaksin harus
bersyarat. Dalam hal ini, walaupun pada asalnya vaksin
dihukumkan haram kerana terdapat bahan kandungan yang haram
dan tidak suci, tetapi ianya boleh menjadi harus sekiranya bahan
tersebut melalui proses istihalah yang mengubah sifat jirim atau zat
asal sesuatu bahan kepada keadaan yang lain sehingga boleh
menyebabkan perubahan pada hukum asal bahan tersebut27. Asas
bagi teori istihalah ada dibahaskan oleh ulama’ silam, tetapi
dipopularkan perbincangannya oleh ulama’ kontemporari28.
Istihalah turut menjadi khilaf ulama’, tetapi terdapat ulama’ yang
menerima konsep ini. Secara umumnya, apabila sesuatu bahan yang
pada asalnya haram dan melalui proses istihalah, ianya sudah

24 Hadith riwayat Bukhari.


25 Hadith riwayat Abu Daud dan Tabrani.
26 Hadith riwayat Abu Daud
27 Saadan Man, “Pendekatan Istihalah dalam Produk yang Berunsurkan Babi”
(kertas kerja, Seminar Fenomena Najis Mughalazzah dalam Dunia Kontemporari,
Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya).
28 Ibid.
84
bertukar kepada keadaan bahan yang halal dan suci, maka bahan
tersebut harus digunakan29. Begitu juga sebaliknya. Oleh sebab itu,
sekiranya produk vaksin melalui proses istihalah sehingga diyakini
suci daripada bahan kandungan yang diharamkan, maka hukumnya
adalah harus digunakan.

Hukum berkaitan dengan Vaksinasi


Begitu juga, tiada perbincangan khusus berkenaan hukum vaksinasi
dalam kalangan para ulama’ terdahulu. Namun begitu, penetapan
hukum tersebut dapat dilihat daripada konteks perbincangan para
ulama’ berkenaan prinsip berubat dalam Islam. Hukum vaksinasi
boleh dilihat melalui tiga hukum iaitu harus, haram dan harus
bersyarat. Hukum vaksinasi dihukumkan harus sekiranya proses
vaksinasi yang dilakukan menepati konsep rawatan perubatan
pencegahan seperti mana yang dianjurkan dalam Islam, membawa
kesan positif dan tidak memudaratkan. Pendapat ini disokong oleh
beberapa fatwa yang dikemukakan oleh ulama’ semasa berkenaan
vaksinasi seperti Ali Jumuah30 dari Mesir, ulama’ Afrika31, Majma’
Fiqh Islami32 dan Deklarasi Islamabad33 berkenaan fatwa vaksin
polio. Bahkan, fatwa-fatwa di peringkat nasional turut menyokong

29 Yūsuf al-Qaradāwī, Fiqh al-Tahārah (Kaherah: Maktabah Wahbah, 2008), 63. Lihat
juga Wahbah al-Zuhailī, Al-Fiqh al-Islāmī wa Adillatuhu (Damsyik: Dār al-Fikr,
2008), 8: 829.
30 Fatwa Ulama’ Mesir, “Hukum Vaksin bagi Mencegah Kecacatan Anggota pada
Kanak-Kanak,” laman sesawang Dar al-Ifta’ al-Misriyyah, dikemaskini 11
September 2004, dicapai 15 September 2016, http://www.dar-
alifta.org/AR/ViewFatwa.aspx?ID=3586&text=%D8%A7%D9%84%D8%AA%D8%
B7%D8%B9%D9%8A%D9%85&MoftiIds=.
31 Fatwa Ulama’ Afrika, “Memahami Vaksin dan Kepentingannya,” laman
sesawang Union of African Muslim Scholars, dikemaskini 3 Mac 2016, dicapai 15
September 2016, http://africanulama.org/blog/2016/03/03/343/.
32 Fatwa daripada Majma’ Fiqh al-Islam al-Duwali “Galakan Vaksinasi bagi
Mengelakkan Kecacatan Anggota pada Kanak-Kanak,” laman sesawang
International Islamic Fiqh Academy, dikemaskini 9 Ogos 2009, dicapai 15
September 2016, http://www.iifa-aifi.org/2647.html.
33 Fatwa/ Deklarasi Islamabad, “International Ulama Conference on Polio
Eradication,” bertarikh 15-16 Jun 2014,
http://www.endpolio.com.pk/beta/images/reports/English-Declaration.pdf.
85
keharusan vaksinasi kepada bayi dan kanak-kanak34. Semua
pandangan ini berhujahkan dalil-dalil berkenaan konsep berubat
yang dianjurkan Islam seperti dalil hadith, daripada Abu Hurairah
r.a, Rasulullah SAW bersabda:
‫ما أنزل اهلل داء إال أنزل له شفاء‬
Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan
Dia juga memberikan penawar bagi penyakit tersebut.35
Dalam hadith yang lain, daripada Usamah bin Syarik Rasulullah
SAW bersabda:
‫تداووا فإن اهلل مل يعع داء إال وضع له دواء يري داء واحد ارهرم‬
Berubatlah kalian, kerana sesungguhnya Allah tidak
menimpakan sesuatu penyakit melainkan diberikan
penawar terhadap penyakit tersebut kecuali satu penyakit
iaitu sakit tua.36
Seterusnya, daripada Jabir, Rasulullah SAW bersabda:
‫لكل داء دواء فإذا أصيب دواء الداء برأ بإذن اهلل عز وجل‬
Setiap penyakit pasti ada ubatnya dan apabila sesuatu
ubat diberikan terhadap sesuatu penyakit, maka penyakit
tersebut akan sembuh dengan izin Allah Taala.37
Daripada Sa’di bin Abi Waqas, Rasulullah SAW bersabda:

34 Fatwa JAKIM, “Soalan Lazim Mengenai Vaksin dan Imunisasi,” dikemaskini Julai
2015, dicapai 19 September 2016, http:// www.moh.gov.my. Lihat juga Fatwa
Terengganu, “Wajib Lindungi Kanak-Kanak Melalui Vaksin,” laman sesawang
Mstar, dikemaskini 5 julai 2016, dicapai 19 September 2016,
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/07/05/wajib-lindungi-kanak-
kanak-vaksin/.
35 Hadith riwayat al-Bukhari, Kitab al-Tibb, Bāb Mā Anzala Allah Dāan Illā Anzala
lahu Syifāan, no. Hadith 5678. Lihat Abu Abd Allah Muḥammad bin Ismail al-
Bukhāri, Sahih al-Bukhāri (Kaherah: Maktabah al-Saffa, 2003), 3: 74.
36 Hadith riwayat Abi Daud, Kitab al-Tib, Bāb al-Rajul Yatadāwā, no hadith 3855.
Lihat Sālih ibn Abd al-Aziz, Mawsu’ah al-Hadith al-Sharīf, Al-Kutub al-Sittah
(Riyad: Maktabah Dār al-Salām, 1999), 1507.
37 Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Salām, Bāb Likulli Dā’ Dawā’ wa Istajab al-
Tadāwī, no. Hadith 2204. Lihat Abū al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj al-Qusyairī,
Sahih Muslim (Beirut: Dār Ibn Hazm, 2002), 973.
86
‫من تصبح سبع مترات عجوة مل يعره ذلك اليوم سم وال سحر‬
Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ‘Ajwah pada
pagi hari, maka racun dan sihir tidak akan
memudaratkannya pada hari tersebut.38
Semua dalil ini bukan sahaja menunjukkan saranan untuk
manusia mencari kesembuhan daripada penyakit, bahkan perlu
berusaha mengambil langkah pencegahan sebelum terkena penyakit.
Ini menjadi hujah vaksin diharuskan kerana konsepnya bertepatan
dengan rawatan pencegahan yang dianjurkan dalam Islam.
Selain itu, hujah keharusan vaksinasi turut bersandarkan
kepada konsep menolak kemudaratan. Antara dalil yang
membuktikan perkara tersebut ialah tegahan Allah SWT terhadap
sesuatu yang membinasakan. Maka dalam hal ini, vaksinasi juga
merupakan langkah mengelakkan diri daripada kebinasaan yang
berbentuk penyakit. Firman Allah SWT;

      

Al-Baqarah 2: 195
Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu
ke dalam bahaya kebinasaan.
Begitu juga, terdapat kaedah fiqh yang menjelaskan hal yang sama;
‫ال ضرر وال ضرار‬
Kaedah ini menekankan prinsip menolak kemudaratan 39. Maka, hal
ini bertepatan dengan konsep vaksinasi yang bertujuan menjauhkan
manusia daripada kemudaratan dengan pembinaan antibodi badan
agar dapat melawan serangan penyakit.

38 Hadith riwayat al-Bukhari, Kitab al-Tibb, Bāb al-Dawā’ bi al-‘Ajwah li al-Sihri, no.
Hadith 5769 dan Abu Daud, Kitab al-Tib, Bāb Fi Tamarah al-‘Ajwah, no hadith
3876. Lihat Abū Abd Allah Muḥammad bin ‘Ismail al-Bukhari, Sahih al-Bukhāri
(Kaherah: Maktabah al-Saffa, 2003), 3:92 dan dalam Salih ibn Abd al-Aziz,
Mawsu’ah al-Hadith al-Syarīf, al-Kutub al-Sittah (Riyad: Maktabah Dār al-Salām,
1999), 1508.
39 ‘Abd al-Raḥmān al-Suyūtī, Al-Asybāh wa al-Nazāir fī Qawā’id wa Furu’ al-Syāfi’iyyah
(Kaherah: Dār al-Salām, 2011), 1: 210.
87
Seterusnya, proses vaksinasi boleh menjadi haram sekiranya
perubatan melalui vaksin tidak menepati kaedah perubatan
pencegahan yang sebenar, bahkan boleh memberi kesan sampingan
yang memudaratkan. Pendapat ini telah menjadi asas kepada fatwa
yang dikeluarkan di Pakistan, Afghanistan dan Nigeria, khususnya
terhadap pengharaman vaksin polio40. Hal ini rentetan daripada
dakwaaan mereka bahawa vaksin boleh menyebabkan kemandulan.
Ini kerana vaksin merupakan ciptaan puak Barat dan mereka
bercita-cita untuk melemahkan Islam dengan mengehadkan
bilangan populasi umat Islam. Begitu juga, pendapat ini telah
dihuraikan oleh Abdul Aziz bin Baz dalam fatwanya yang menyebut
bahawa vaksinasi boleh menjadi haram sekiranya memang terbukti
dan disahkan oleh doktor perubatan bahawa kesan sampingan
vaksinasi adalah lebih teruk daripada kesan jika tidak mengambil
vaksin41. Pendapat ini berhujahkan hadith Nabi SAW yang
menyebut; “la darar wa la dirar”. Walaubagaimanapun, perkara yang
dikemukakan oleh Abdul Aziz bin Baz hanyalah sekadar teori yang
menunjukkan faktor kepada perubahan hukum vaksinasi, walhal
beliau sendiri menyokong usaha vaksinasi kerana teori tersebut
tidak berlaku dalam isu vaksinasi yang dijalankan pada hari ini.
Dalam pada itu, hukum haram vaksinasi boleh berubah
menjadi harus bersyarat iaitu dalam keadaan darurat. Dalam hal ini,
ulama’ bersepakat bahawa orang yang dalam keadaan terpaksa dan
darurat boleh memakan sesuatu yang diharamkan seperti bangkai,
darah dan khinzir42. Ini menunjukkan sekiranya tiada vaksin halal
yang boleh digunakan untuk memenuhi keperluan vaksinasi, maka
dalam hal ini vaksinasi dengan produk vaksin yang menggunakan

40 “Kumpulan Islam Selar Fatwa Anti Vaksin Polio,” laman sesawang Al-Arabiya,
dikemaskini 27 Februari 2014, dicapai 15 September 2016,
http://english.alarabiya.net/en/News/middle-east/2014/02/27/Islamic-group-
criticizes-fatwas-against-polio-vaccines.html
41 “Hukum Vaksin Kanak-Kanak sebagai Imuniti,” laman sesawang Islam QA,
dikemaskini 11 Mac 2003, dicapai 15 September 2016, https://islamqa.info/ar/20276
42 Muhyī al-Dīn Ibn Syarif al-Nawawī, Al-Majmu’ Syarhu al-Muhadhdhab, (Zakaria
Ali Yusuf) 9: 37. Lihat juga Abū Walīd Sulaimān ibn Khalaf al-Bājī, al-Muntaqa
Syarhu Muwattā’ Mālik (Kaherah: Maktabah al-Thaqāfah al-Dīniyyah, 2004), 4: 256.
Lihat juga Syamsu al-Dīn ‘Abdu al-Rahmān bin Qudāmah al-Maqdisī, Al-Mughnī
(Kaherah: Dār al-Hadith, 2004), 13:93.
88
sumber haram adalah dibenarkan. Perkara ini turut disokong oleh
fatwa semasa yang mengharuskan penggunaan vaksin daripada
sumber haram kerana kes darurat43. Antara hujah yang
dikemukakan oleh pendapat ini ialah dalil daripada al-Quran. Allah
SWT berfirman;

             

      

Al-An’am 6: 119
Dan tidak ada sebab bagi kamu, (yang menjadikan) kamu
tidak mahu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal)
yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal
Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang
diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa
memakannya.
Bahkan, hukum keharusan ini bertepatan dengan kaedah
fiqhiyyah “al-darurat tubihu al-mahzurat” di mana keadaan darurat
boleh mengharuskan perkara-perkara yang terlarang44.
Walaubagaimanapun, keharusan ini tetap terikat dengan syarat-
syarat tertentu sepertimana yang dijelaskan oleh al-Qaradawi45 agar
hukum Islam dilihat mudah dengan meraikan kesukaran, tetapi

43 Fatwa Wilayah Persekutuan, “Hukum Vaksin daripada Perspektif Islam,” laman


sesawang Irsyad Fatwa Mufti WP, dikemaskini 12 Jun 2015, dicapai 19 September
2016, http://muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/irsyad-fatwa/338-30.
Lihat juga Fatwa Perak, “Ambil Vaksin Wajib untuk Elak Kematian,” laman
sesawang The Malay Online, dikemaskini 27 Jun 2016, dicapai 19 September
2016,http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/mufti-ambil-
vaksin-wajib-untuk-elak-kematian. Lihat juga Fatwa Kelantan, “Penggunaan
Vaksin Ada Bahan Terlarang,” laman sesawang Utusan Malaysia, dikemaskini 9
Mei 2016, dicapai 19 September 2016,
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penggunaan-vaksin-ada-bahan-
terlarang-harus-muftikelantan1.320444. Lihat juga Fatwa Perlis, “Ibu Bapa
Antivaksin Berdosa Biarkan Anak dalam Bahaya,” laman sesawang Mynewshub,
dikemaskini 23 jun 2016, dicapai 19 September
2016,http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/ibu-bapa-antivaksin-berdosa-
biarkan-anak-dalam-bahaya/.
44 Yūsuf al-Qaradāwī, Fiqh al-Tahārah (Kaherah: Maktabah Wahbah, 2008), 37.
45 Ibid., 50.
89
tidak bermakna umat Islam boleh terlalu bermudah-mudah dengan
kelonggaran yang ada sehingga mengikut hawa nafsu.

Perbincangan Hukum
Beberapa isu berkenaan vaksin telah menimbulkan keraguan pada
usaha vaksinasi di Malaysia. Terdapat sebilangan masyarakat
mendakwa bahawa vaksin mengandungi bahan daripada babi.
Tidak dinafikan, terdapat sesetengah vaksin seperti vaksin Biothrax
bagi mencegah penyakit anthrax dan vaksin Rotateq bagi mencegah
penyakit rotavirus menggunakan bahan daripada unsur babi.
Namun begitu, vaksin-vaksin tersebut belum menjadi satu
keperluan di Malaysia dan terdapat alternatif lain selain
menggunakan vaksin tersebut46. Bahkan, sekiranya terdapat
keperluan untuk sesuatu jenis vaksin yang mengandungi bahan-
bahan haram digunakan di Malaysia, maka hukumnya boleh
menjadi harus sekiranya darurat dan tiada alternatif lain yang boleh
menggantikan fungsinya. Walaubagaimanapun, para ibu bapa tidak
perlu lagi meragui produk vaksin untuk bayi dan kanak-kanak
kerana vaksin yang digunakan untuk Program Imunisasi
Kebangsaan adalah halal dan harus dimanfaatkan sebagaimana
fatwa yang telah dikemukakan.
Dalam pada itu, vaksinasi di Malaysia turut menimbulkan
cabaran apabila keselamatan beberapa jenis bahan kandungan yang
digunakan dalam vaksin dipertikaikan. Antaranya ialah bahan-
bahan seperti aluminium dan merkuri dalam kandungan vaksin
dikatakan boleh memudaratkan kesihatan badan. Bagi meneutralkan
salah faham ini, tidak dinafikan kebanyakan bahan kandungan
vaksin terdiri daripada komponen bahan kimia yang agak asing bagi
sistem tubuh badan manusia, terutamanya terhadap bayi dan kanak-
kanak. Secara tidak langsung, tindak balas vaksin akan
mengakibatkan kesan sampingan seperti bengkak pada bahagian
yang disuntik dan demam. Walaubagaimanapun, kesan sampingan
tersebut merupakan perkara normal selepas suntikan dan hanya
bersifat sementara, ringan serta tidak membawa kepada kecacatan

46 “Soalan Lazim Mengenai Vaksin dan Imunisasi,” dikemaskini Julai 2015, dicapai
28 September 2015, http:// www.moh.gov.my.
90
atau kematian. Tambahan lagi, setiap bahan kandungan vaksin
sebenarnya mempunyai fungsi yang tersendiri bagi memastikan
keberkesanan dan kualiti vaksin. Produk akhir vaksin juga
dijalankan ujian klinikal terlebih dahulu sebelum digunakan. Ini
menunjukkan semua bahan kandungan dalam vaksin yang
digunakan pada hari ini adalah selamat dan tidak memudaratkan.
Berdasarkan perbincangan hukum vaksin dan vaksinasi
serta beberapa isu yang timbul, di sini dapat dirumuskan bahawa
produk vaksin yang diguna pakai di Malaysia adalah harus kerana
bahan kandungan yang digunakan dalam pemprosesannya adalah
halal dan tidak memudaratkan. Begitu juga, vaksinasi melalui
Program Imunisasi Kebangsaan adalah harus dilaksanakan kerana
menepati kaedah perubatan pencegahan yang dikehendaki syarak.
Bahkan, vaksinasi merupakan suatu langkah efektif untuk mencegah
beberapa penyakit cegahan vaksin khususnya sebagai pencegahan
awal kepada golongan bayi dan kanak-kanak.

Vaksinasi Menurut Perspektif Maqasid al-Shari’ah


Penentuan hukum kepada sesuatu perkara setelah melihat kepada
asas dan hujah bagi setiap hukum, ianya perlu juga mengambil kira
aspek maqasid al-shari’ah. Secara umumnya, memahami maqasid al-
shari’ah bermakna memahami objektif pensyariatan sesuatu perkara
sama ada untuk mendatangkan kemaslahatan atau menolak
kemudaratan. Penelitian terhadap aspek maqasid al-shari’ah menjadi
suatu keperluan pada hari ini, terutamanya dalam aspek ijtihad dan
fatwa supaya sesuatu hukum yang diputuskan menepati kehendak
syarak selari dengan perubahan masa, tempat dan aspek sosial.
Antara prinsip maqasid al-shari’ah yang utama ialah
mencapai kemaslahatan dan menolak kemudaratan. Syariat Islam
datang dengan seruan kepada manusia untuk melaksanakan kedua-
dua prinsip ini. Oleh sebab itu, Allah memerintakan sesuatu perkara
yang mendatangkan kesan positif kerana ianya membawa
kemaslahatan dan melarang sesuatu yang bersifat negatif kerana
ianya merupakan kemudaratan47. Ulama’ memperincikan maslahah

47 ‘Izz al-Dīn Abd al-Aziz Ibn ‘Abd al-Salām, Qawā’id al-Ahkām fi Islāh al-Anām
(Damsyik : Dār al-Qalam, t.t), 14.
91
kepada tiga iaitu maslahah al-daruriyat, maslahah al-hajiyat dan
maslahah al-tahsiniyat48. Antara yang terpenting ialah maslahah al-
daruriyat kerana maslahah ini memfokuskan penjagaan kepada lima
perkara utama iaitu menjaga agama, diri, akal, keturunan dan harta.
Berdasarkan perbincangan sebelum ini, kajian menjelaskan bahawa
vaksinasi menepati konsep perubatan pencegahan menurut Islam.
Apabila dikhususkan dengan lebih mendalam, vaksinasi juga
memenuhi prinsip maqasid al-shari’ah kerana kesan vaksinasi
mendatangkan kemaslahatan dan menolak kemudaratan, baik
terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara. Oleh sebab itu,
konsep vaksinasi selaras dengan kehendak syarak iaitu “jalbu al-
masalih wa dar`u al-mafasid”.
Begitu juga, vaksinasi selaras dengan maslahah al-daruriyat al-
khams iaitu hifzu al-din, hifzu al- hifzu nafs, hifzu al-‘aql, hifzu al-nasl
dan hifzu al-mal49. Pertama, ianya memelihara agama (al-din) yang
merupakan maslahah yang paling utama. Melakukan usaha
vaksinasi bermaksud menjalankan salah satu daripada anjuran
syariat Islam seperti mana perintah Rasulullah SAW ‘tadawau’ iaitu
hendaklah kamu berubat dan mencari penawar bagi
menyembuhkan kesakitan. Secara tidak langsung dengan usaha
penjagaan kesihatan seperti vaksinasi, umat Islam khususnya dapat
melaksanakan tuntutan-tuntutan Islam yang lain seperti perkara-
perkara fardu ‘ain dan fardu kifayah dengan baik dan sempurna.
Kedua, vaksinasi juga memelihara al-nafs iaitu nyawa kerana dapat
mencegah daripada jangkitan penyakit cegahan vaksin yang boleh
memudaratkan kesihatan dan nyawa manusia, sekali gus dapat
mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti dalam negara. Ketiga,
vaksinasi secara tidak langsung memelihara akal (al-‘aql) kesan
daripada tubuh badan yang sihat. Dengan kesihatan yang baik, akal
dapat berfikir dengan rasional tanpa dipengaruhi tekanan emosi dan
fikiran-fikiran negatif yang boleh mengganggu gugat ketenteraman
kehidupan. Keempat, vaksinasi turut memberi kebaikan dalam

48 Abu Hāmid al-Ghazāli, Al-Mustasfā min ‘Ilm al-Usūl (Madinah: Syarikat


Penerbitan Madinah al-Munawwarah, 1992) 2: 481.
49 Abul Fadl Mohsin Ebrahim, “Vaccination in the Context of Al-Maqasid Al-
Shari`ah : Objectives of Divine Law and Islamic Medical Jurisprudence,” Oman
Chapter of Arabian Journal of Business and Management Review 3, no. 10 (2014), 44-52.
92
memelihara keturunan (al-nasl). Melalui usaha pencegahan daripada
penyakit yang bermula daripada peringkat bayi dan kanak-kanak,
manusia berpeluang meneruskan kelangsungan generasi pelapis
untuk memakmurkan bumi dengan segala bentuk kebaikan kepada
agama, bangsa dan negara. Seterusnya, aspek kelima iaitu vaksinasi
turut menjamin pemeliharaan harta (al-mal) kerana penjagaan
kesihatan melalui suntikan vaksin adalah lebih bersifat cost-effective
kerana kos melalui kaedah pencegahan lebih menjimatkan dan
menguntungkan berbanding kos rawatan untuk mengubati penyakit
sekiranya dijangkiti penyakit cegahan vaksin. Secara ringkasnya,
vaksinasi memenuhi prinsip maqasid al-shari’ah, bahkan selaras
dengan lima maslahah al-daruriyat yang utama.

Vaksinasi: Kontradiksi Maslahah-Mafasadah


Polemik yang timbul dalam isu penggunaan vaksin terhadap kanak-
kanak adalah kerana beberapa keraguan dan salah faham terhadap
vaksin. Perkara ini boleh dineutralkan kembali dengan meneliti
kontradiksi antara maslahah dan mafsadah dalam isu vaksinasi,
seterusnya membuat pertimbangan bagi memilih pandangan yang
lebih baik antara kedua-duanya. Pertama, apabila berlaku
pertembungan antara maslahah dan maslahah, maka dalam keadaan
ini, hendaklah diperhatikan kepada maslahah yang lebih memberi
kesan yang besar dan meraikan manfaat kepada golongan yang
lebih ramai berbanding maslahah individu50. Sebilangan masyarakat
yang menolak vaksin lebih cenderung memilih rawatan alternatif
kerana ianya dikatakan memainkan fungsi yang sama dalam
meningkatkan imuniti badan. Dalam hal ini, kajian melihat vaksinasi
dan rawatan alternatif kedua-duanya mendatangkan kemaslahatan.
Namun begitu, rawatan alternatif seperti kaedah homeopati dan
pengambilan minyak kelapa dara tidak mampu memberi
perlindungan antibodi yang khusus terhadap jangkitan penyakit
cegahan vaksin51. Ini bermaksud, maslahah yang diperoleh tidak

50 Abū Ishāk Ibrāhīm al-Syātibi, Al-Muwāfaqāt fī Usūl al-Ahkām (Kaherah : Dār al-
Talāi’, 2010), 2: 206.
51 PengemumanAwam:“HomeopathicVaccine” laman sesawang Majlis Perubatan
Homepathy Malaysia, dikemaskkini 27 Julai 2016, dicapai 25 Ogos 2016,
https://www.facebook.com/MajlisPerubatanHomeopathyMalaysia/posts/12808397
93
menyeluruh bagi tujuan pencegahan penyakit yang sememangnya
terbukti dapat dicegah oleh vaksin. Selain itu, rawatan alternatif juga
masih belum mampu menjamin perlindungan secara menyeluruh
kepada orang sekeliling berbanding vaksin yang terbukti dapat
membentuk antibodi kepada individu, sekaligus meningkatkan
perlindungan secara berkelompok atau herd immunity. Oleh sebab
itu, usaha vaksinasi lebih memberi kemaslahatan yang jelas melalui
bukti kajian saintifik dan juga dapat menjamin kemaslahatan
kelompok masyarakat yang lain.
Selain itu, pertembungan antara mafsadah dan mafsadah
turut berlaku dalam isu vaksinasi. Sebahagian mereka yang menolak
vaksinasi menganggap vaksinasi lebih memudaratkan kerana kesan
sampingan yang diperoleh selepas suntikan. Dalam hal yang lain,
pro vaksinasi melihat bahawa meninggalkan suntikan vaksin lebih
membawa kemudaratan kerana bayi dan kanak-kanak mungkin
terdedah kepada jangkitan penyakit yang hanya boleh dicegah
melalui vaksin. Dalam hal ini, berlaku pertembungan antara
mafsadah dan mafsadah. Maka, sebagai solusi, kemudaratan yang
lebih besar risikonya perlu dielakkan sekalipun terpaksa
mengenepikan kemudaratan yang lebih kecil risikonya seperti
kaedah fiqhiyyah yang menyebut52;
‫حيتمل أخف املفسدتني دفعا ألعظمها‬
Antara dua kemudaratan yang berlaku, mengabaikan
vaksinasi adalah lebih besar kemudaratannya kerana pengabaian
tersebut boleh membawa kepada kematian. Sedangkan,
kemudaratan akibat kesan sampingan selepas suntikan yang hanya
bersifat ringan dan sementara53. Oleh sebab itu, usaha vaksinasi

51929236. Lihat juga “Adakah Minyak Kelapa Dara Pengganti Berkesan kepada
Vaksin Konvesional,” laman sesawang Dr.Afiq Rahim, dikemaskini 28 Julai 2016,
dicapai 25 Ogos 016, http://drafiqrahim.com/scam-kesihatan-siri-12-adakah-
minyak-kepala-dara-virgin-coconut-oil-pengganti-berkesan-kepada-vaksin-
konvensional/.
52 ‘Umar bin Sālih, Maqāsid al-Sharī’ah ‘inda al-Imām al-‘Izz bin Abd al-Salām (Jordan:
Dār al-Nafāis, 2003), 249.
53 “AEFI Tidak Pernah Dinafi Sebaliknya Sering Disalah Erti,” laman sesawang Dr.
Suhazeli Abdullah, dikemaskini 27 Jun 2016, dicapai 23 Ogos 2016,
https://www.facebook.com/drsuhazeli/posts/1089291784443477.
94
perlu diberi perhatian kerana dapat mengelakkan mafsadah yang
lebih besar.
Seterusnya ialah pertembungan antara maslahah dan
mafsadah dalam konteks vaksinasi. Hal ini berlaku apabila terdapat
sebahagian masyarakat menolak vaksin kerana hujah-hujah agama.
Pertama, mereka ingin menjauhkan diri daripada sumber haram
yang dikatakan terdapat dalam kandungan vaksin. Kedua, mereka
ingin berwaspada daripada mengikut telunjuk Barat kerana vaksin
dikatakan antara agenda konspirasi Barat untuk melemahkan umat
Islam. Ketiga, atas alasan ingin mengikut sunnah Nabi, mereka lebih
mengutamakan amalan pemakanan sunnah daripada vaksin. Tidak
dinafikan, ketiga-tiga hujah ini mempunyai matlamat yang baik
untuk meinggikan syiar agama Islam. Namun begitu, tindakan
mengabaikan vaksinasi sebenarnya boleh membawa mafsadah yang
besar, bukan sahaja kepada individu, bahkan kepada masyarakat
dan negara. Maka, dalam pertembungan antara kedua-dua perkara
ini, menolak kemudaratan adalah lebih utama untuk didahulukan
dan dalam hal ini, vaksin perlu diambil untuk mengelakkan
mafsadah terkena penyakit cegahan vaksin dan risiko kehilangan
nyawa. Perkara ini selaras dengan kaedah yang menyebut54;
‫درء املفاسد أوىل من جلب املصاحل‬
Tambahan pula, hujah-hujah yang dikemukakan itu perlu
diteliti kebenaran dan kebenaran dan kebenaran faktanya bagi
mengelakkan penyalahgunaan terhadap hujah agama dan salah
faham dalam kalangan masyarakat. Sebagai contohnya, isu vaksin
sebagai teori konspirasi Barat untuk membinasakan manusia
hanyalah suatu andaian yang tidak tepat kerana mereka juga
memberikan vaksin kepada anak-anak mereka. Seterusnya,
mengambil pemakanan sunnah merupakan perkara yang baik, tetapi
pergantungan kepada suplemen tersebut semata-mata, masih tidak
mampu untuk mencegah penyakit yang hanya boleh dicegah oleh
vaksin. Bahkan, dalam isu sumber haram dalam vaksin, perkara ini
perlu merujuk kepada pihak berautoriti untuk mendapatkan
kepastian, memandangkan kenyataan bersama yang dikeluarkan

54 ‘Abd al-Rahmān al-Suyūtī, Al-Asybāh wa al-Nazāir fī Qawā’id wa Furu’ al-Syāfi’iyyah


(Kaherah: Dār al-Salām, 2011), 1: 217.
95
oleh KKM dan JAKIM memberi keyakinan bahawa vaksin di
Malaysia tiada unsur haram serta memudaratkan dan vaksinasi
melalui program ini adalah harus dilaksanakan 55. Tuntasnya, segala
kekeliruan yang berlaku perlu dirujuk kepada mereka yang lebih
arif dalam bidang tersebut, khususnya dalam isu vaksinasi. Ini
kerana salah faham terhadap hujah tertentu dan pengabaian
vaksinasi boleh membawa kepada kesan buruk yang lain, justeru
pemberian vaksin perlu diberi perhatian kerana menolak
kemudaratan adalah lebih utama.

Penutup
Usaha vaksinasi yang dijalankan bertujuan untuk memberi
perlindungan daripada penyakit cegahan vaksin ternyata
mempunyai cabarannya yang tersendiri. Oleh sebab itu, selain
usaha-usaha sedia ada, penelitian terhadap hukum penggunaan
produk vaksin dan proses vaksinasi dapat membantu merungkaikan
kekeliruan yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Selain itu,
penjelasan vaksinasi menurut perspektif maqasid al-shari’ah juga
dapat memberi pencerahan yang lebih mendalam terhadap
kepentingan vaksinasi. Ini kerana vaksinasi sebenarnya membawa
manfaat yang besar dalam pelbagai aspek kehidupan, sekali gus
menjauhkan masyarakat daripada segala bentuk kerosakan.
Pengamalan hukum Islam dan aplikasi prinsip maqasid al-shari’ah
dalam isu vaksinasi menunjukkan bahawa Islam hadir untuk
memberi solusi kepada setiap permasalahan agar syariat Islam dapat
terus dilaksanakan seiiring dengan perubahan zaman. Dalam
permasalahan vaksinasi, sebaik-baiknya hendaklah merujuk kepada
golongan yang berautoriti daripada kalangan doktor perubatan dan
pakar rujuk agama agar keputusan yang dibuat ibu bapa hari ini
memberi manfaat terhadap kesihatan tubuh badan dan keselamatan
nyawa anak-anak sebagai generasi pelapis masa depan depan
negara.

55 Suhazeli Abdullah, Vaksin untuk Bayi Anda : Mitos vs Realiti (Kelantan : Koperasi
Amal Medik Malaysia Bhd, 2014), 54.
96
Bibliografi
Abū al-Ḥusayn Muslim bin al-Ḥajjaj al-Qusyairī. Saḥiḥ Muslim.
Beirut: Dār Ibn Ḥazm, 2002.
Abul Fadl Mohsin Ebrahim, “Vaccination in the Context of Al-
Maqasid Al-Shari`ah : Objectives of Divine Law and Islamic
Medical Jurisprudence,” Oman Chapter of Arabian Journal of
Business and Management Review 3, no. 10 (2014), 44-52.
Al-Bājī, Abū Walīd Sulaimān ibn Khalaf. Al-Muntaqa Syarḥu
Muwattā’ Mālik. Kaherah: Maktabah al-Thaqāfah al-Dīniyyah,
2004.
Al-Bukhāri, Abu Abd Allah Muḥammad bin Ismail Saḥiḥ al-Bukhāri.
Kaherah: Maktabah al-Saffa, 2003.
Al-Ghazāli, Abu Hāmid. Al-Mustasfā min ‘Ilm al-Usūl. Madinah:
Syarikat Penerbitan Madinah al-Munawwarah, 1992.
Al-Kasānī, ‘Alā’ al-Dīn Abī Bakr ibn Mas’ud. Badāi’ al- Ṣanāi’ fī Tartīb
al-Sharāi’. Beirut: Dār al-Ma’rifah, 2000.
Al-Maqdisī, Syamsu al-Dīn ‘Abdu al-Raḥmān bin Qudāmah. Al-
Mughnī. Kaherah: Dār al-Ḥadith, 2004.
Al-Nawawī, Muḥyī al-Dīn Ibn Syarif. Al-Majmu’ Syarḥu al-
Muhadhdhab.
Al-Syāfiī, Muḥammad bin Idris Al-Umm. Mansurah: Dār al-Wafā’,
2008.
Al-Syātibi, Abū Ishāk Ibrāhīm. Al-Muwāfaqāt fī Usūl al-Aḥkām.
Kaherah : Dār al-Talāi’, 2010.
Al-Suyūtī, ‘Abd al-Raḥmān. Al-Asybāh wa al-Nazāir fī Qawā’id wa
Furu’ al-Syāfi’iyyah. Kaherah: Dār al-Salām, 2011.
‘Izz al-Dīn Abd al-Aziz Ibn ‘Abd al-Salām. Qawā’id al-Aḥkām fi Islāh
al-Anām. Damsyik : Dār al-Qalam.
Jennifer L. Hsu, “A Brief History of Vaccines: Smallpox to The
Present,” South Dokota Medicine Special Issue (2013).
Nathalie Garçon, Geert Leroux-Roels, Wen-Fang Cheng, “Vaccine
Adjuvants,” dalam Understanding Modern Vaccines: Perspectives
in Vaccinology 1, no. 1, ed. Nathalie Garçon, Peter L.
Stern, Anthony L. Cunningham, 2011.

97
Phillip L. Gomez, James M. Robinson, Joseph A. Rogalewicz,
“Vaccine Manufacturing” dalam Vaccines, ed. Stanley
A.Plotkin, Walter A. Orenstein, dan Paula A. Effit. Ed. ke-6.
China: Elsevier Saunders, 2013.
Richard Strugnell, Fred Zepp, Anthony Cunningham, Terapong
Tantawichien, “Vaccine Antigen,” dalam Understanding
Modern Vaccines: Perspectives in Vaccinology 1, no. 1, ed.
Nathalie Garçon, Peter L. Stern, Anthony L. Cunningham,
(2011), 61.
Robert M. Wolfe, Lisa K. Sharp, Martin S. Lipsky,” Content and
Design Attributes of Antivaccination Web Sites,” JAMA 287,
no.24 (2002), 3245-3248.
Saadan Man, “Pendekatan Istihalah dalam Produk yang
Berunsurkan Babi.” Makalah, Seminar Fenomena Najis
Mughalazzah dalam Dunia Kontemporari, Jabatan Fiqh dan
Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Sālih ibn Abd al-Aziz. Mawsu’ah al-Ḥadith al-Sharīf: Al-Kutub al-Sittah.
Riyad: Maktabah Dār al-Salām, 1999.
Suhazeli Abdullah. Vaksin untuk Bayi Anda : Mitos vs Realiti. Kelantan
: Koperasi Amal Medik Malaysia Bhd, 2014.
Theresa M. Finn, William Egan, “Vaccine Additives and
Manufacturing Residuals in the United States: Licensed
Vaccines” dalam Vaccines, ed. Stanley A.Plotkin, Walter A.
Orenstein, dan Paula A. Effit. Ed. ke-6. China: Elsevier
Saunders, 2013.
‘Umar bin Sālih. Maqāsid al-Sharī’ah ‘inda al-Imām al-‘Izz bin Abd al-
Salām. Jordan: Dār al-Nafāis, 2003.
Wahbah al-Zuḥailī. Al-Fiqh al-Islāmī wa Adillatuhu. Damsyik: Dār al-
Fikr, 2008.
Yūsuf al-Qaradāwī. Fiqh al-Tahārah. Kaherah: Maktabah Wahbah,
2008.

98
Laman Sesawang
Adakah Minyak Kelapa Dara Pengganti Berkesan kepada Vaksin
Konvesional, http://drafiqrahim.com/scam-kesihatan-siri-12-
adakah-minyak-kepala-dara-virgin -coconut-oil-pengganti-
berkesan-kepada-vaksin-konvensional/. 28 Julai 2016.
AEFI Tidak Pernah Dinafi Sebaliknya Sering Disalah Erti,
https://www.facebook.com/drsuhazeli/posts/108929178444347
7. 27 Jun 2016.
Ambil Vaksin Wajib untuk Elak Kematian, http://www.the
malaymailonline.com/projekmmo/berita/article/mufti-ambil-
vaksin-wajib-untuk-elak-kematian. 27 Jun 2016.
Anti-Vaksin, https://www.facebook.com/ain.naurah/posts/10208
4629 51397026. 23 Oktober 2015.
Bekam Anak Sejak Usia 25 Hari, laman sesawang Pseudoscience
Watch, https://www.facebook.com/pswatch1/ posts/125644852
4366089. 24 Mei 2016.
Elakkan Suntikan Imunisasi, http://zullgp.blogspot.my/2012/
11/elakkan-suntikan-imunisasi.html. 4 November 2012.
Galakan Vaksinasi bagi Mengelakkan Kecacatan Anggota pada
Kanak-Kanak, http://www.iifa-aifi.org/2647.html. 9 Ogos
2009.
Hukum Vaksin bagi Mencegah Kecacatan Anggota pada Kanak-
Kanak, http://www.dar-alifta.org. 11 September 2004.
Hukum Vaksin daripada Perspektif Islam, http://muftiwp.gov.
my/index.php/perkhidmatan-s/irsyad-fatwa/338-30. 12 Jun
2015.
Hukum Vaksin Kanak-Kanak sebagai Imuniti, https://islamqa.info
/ar/20276. 11 Mac 2003.
Ibu Bapa Antivaksin Berdosa Biarkan Anak dalam Bahaya,
http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/ibu-bapa-
antivaksin-berdosa-biarkan-anak-dalam-bahaya/. 23 jun 2016.
International Ulama Conference on Polio Eradication,
http://www.endpolio.com.pk/beta/images/reports/English-
Declaration.pdf. 15-16 Jun 2014.

99
Kenyataan Media Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia: Isu
Pengambilan Vaksin Homeopati,
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/po
sts/10153125288106237. 3 Disember 2015.
Kumpulan Islam Selar Fatwa Anti Vaksin Polio,
http://english.alarabiya.net/en/News/middle-
east/2014/02/27/Islamic-group-criticizes-fatwas-against-polio-
vaccines.html. 27 Februari 2014.
More Malaysian Parents Rejecting Children's Immunisation over Pig
DNA Fears, http://www.channelnewsasia.com/news/
asiapacific/more-malaysian-parents/2233628.html. 2
November 2015.
Memahami Vaksin dan Kepentingannya,
http://africanulama.org/blog/2016/03/03/343/. 3 Mac 2016.
PengemumanAwam:“HomeopathicVaccine,” https://www.facebook
.com/MajlisPerubatanHomeopathyMalaysia/posts/1280839751
929236. 27 Julai 2016.
Penggunaan Vaksin Ada Bahan Terlarang,
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penggunaan-
vaksin-ada-bahan-terlarang-harus-muftikelantan1.320444. 9
Mei 2016.
Polio Halal, Vaksin Haram, http://www.elwatannews.com/news/
details/104300. 27 Disember 2016.
Soalan Lazim Mengenai Vaksin dan Imunisasi, http://
www.moh.gov.my. Julai 2015.
Wajib Lindungi Kanak-Kanak Melalui Vaksin, http://www.mstar.
com.my/berita/berita-semasa/2016/07/05/wajib-lindungi-
kanak-kanak-vaksin/. 5 julai 2016.

100

You might also like