Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Selasa 6.6.

2023

Karangan Bahagian B - Soalan

TEMA : TIDAK MENJAGA KESIHATAN DIRI


TAJUK : Kesan -kesan sekiranya seseorang itu tidak menjaga kesihatan
Isi- isi penting

1. Terdedah kepada pelbagai jenis penyakit


2. Tidak dapat menjalankan rutin harian dengan baik
3. Tumbesaran fizikal terganggu.

Dalam meniti ranjau kehidupan yang penuh dengan cabaran ini, topik berkenaan tidak
menjaga kesihatan diri sering mendapat perhatian daripada pelbagai pihak seperti masyarakat, media
massa dan kerajaan. Isu ini sangat penting dan perlu diberikan perhatian sewajarnya. Hal ini
dikatakan demikian kerana isu ini mendatangkan pelbagai kesan kepada masyarakat dan negara. Isu
ini juga tidak sepatutnya dipandang sebelah mata oleh semua pihak. Persoalannya, apakah kesan -
kesan sekiranya seseorang itu tidak menjaga kesihatan?

Pada pendapat saya, sebagai lontaran idea yang pertama kesan -kesan sekiranya seseorang itu
tidak menjaga kesihatan ialah seseorang akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit. Hal ini
demikian kerana seseorang akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit merupakan kesan -kesan
sekiranya seseorang itu tidak menjaga kesihatan. Sebagai contoh, penyakit yang akan seseorang
hidapi sekiranya tidak menjaga kesihatan ialah kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, gastrik
dan penyakit jantung. Kesannya, seseorang akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit jika tidak
menjaga kesihatan. Oleh itu, jelaslah bahawa kesan -kesan sekiranya seseorang itu tidak menjaga
kesihatan ialah seseorang akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.

Selain itu, kesan -kesan sekiranya seseorang itu tidak menjaga kesihatan ialah seseorang tidak
dapat menjalankan rutin harian dengan baik. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang tidak dapat
menjalankan rutin harian dengan baik merupakan kesan -kesan sekiranya seseorang itu tidak menjaga
kesihatan. Sebagai contoh, seseorang yang tidak sihat tidak dapat melakukan rutin seharian seperti
belajar, bersenam, bermain dan bekerja. Kesannya, seseorang tidak dapat menjalankan rutin harian
dengan baik sekiranya seseorang tidak menjaga kesihatan. Oleh itu, jelaslah bahawa kesan -kesan
sekiranya seseorang itu tidak menjaga kesihatan ialah seseorang tidak dapat menjalankan rutin
harian dengan baik.

Di samping itu, kesan -kesan sekiranya seseorang itu tidak menjaga kesihatan ialah
tumbesaran fizikal terganggu. Hal ini dikatakan demikian kerana tumbesaran fizikal terganggu
merupakan kesan -kesan sekiranya seseorang itu tidak menjaga kesihatan. Sebagai contoh
tumbesaran fizikal terganggu seperti ketinggian yang terbantut, terlalu kurus atau obesiti. Kesannya,
seseorang akan mudah dijangkiti penyakit dan tidak dapat zat yang mencukupi. Oleh itu, jelaslah
bahawa kesan -kesan sekiranya seseorang itu tidak menjaga kesihatan ialah tumbesaran fizikal
terganggu.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh masyarakat haruslah prihatin dan berganding bahu
bagai aur dengan tebing bersama-sama semua bagi memastikan kesan -kesan sekiranya seseorang itu
tidak menjaga kesihatan dapat ditangani dengan segera. Usaha murni ini akan dapat melahirkan
masyarakat yang harmoni dan sejahtera pada setiap masa.

You might also like