Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

TARIAN TRADISIONAL PUAK

JATI BRUNEI
Ahli kumpulan: Abdul Malik, Jestin Tang, Muzaffar Bin Hj Manan,
Mohd Azka Bin Mohd Ashrani
TARIAN ASLI

Tarian Asli Brunei merupakan warisan budaya Brunei sejak


zaman dahulu lag. Setiap tarian asli mempunyai perkaitan
dengan cerita masyarakat Melayu Brunei dan setiap tarian
asli Brunei ini mempunyai berbeza tarian yang mengikut
adat puak masing-masing. Tarian Asli Brunei juga
merupakan salah satu khazanah warisan kebudayaan
negara yang berharga dan perlu dikekalkan supaya tidak
pupus ditelan zaman.

Tarian asli dipersembahkan di beberapa majlis seperti


perayaan sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam, majlis perkhawinan diraja, majlis
meramaikan orang-orang kenamaan dan lain-lain lagi.
JENIS-JENIS TARIAN ASLI PUAK JATI BRUNEI

Samalindang
Alus jua dendang
Adai-adai
Tamarok
Anding
Alai Sekap
TARIAN
SAMALINDANG
Asal: Samalindang mengisahkan tentang seorang gadis bernama Siti Samalindang yang
dikatakan sangat rupawan dan bersopan santun serta mempunyai sifat-sifat yang
terpuji. Tarian ini menggambarkan sifat-sifat Siti Samalindang yang terpuji.

Muzik dan Tarian: Seperti nyanyian atau tarian lain, samalindang diiringi dengan alat-
alat muzik sebagai penambah gemalai gerak tarian dan suara nyanyian. Alat-alat yang
digunakan ialah rebana (3-6 buah), sebuah biola, sebuah gambus, guritik yang diperbuat
daripada beliung/botol dan paku sebagai pemukulnya, dan gurinding yang diperbuat
daripada pelepah enau.
TARIAN ALUS JUA
DENDANG

Tarian Alus Jua Dendang mengisahkan tentang


pertemuan sepasang pengantin dengan
perasaan gembira di Majlis Malam Berambil-
ambilan. Tarian ini menggambarkan perasaan
malu dan pujuk memujuk di antara pengantin.
TARIAN ADAI-ADAI
Tarian Adai-adai merupakan tarian traditional bagi suku kaum Brunei yang berdasarkan
pada kehidupan kaum nelayan. Tarian ini mengisahkan cerita kumpulan nelayan pergi
menangkap ikan di laut manakala kaum wanita menunggu kepulangan mereka di kawasan
pantai untuk membantu mengutip hasil tangkapan yang akan diperolehi.

Kadang-kala tiada alatan muzik digunakan, sebaliknya bunyi yang mengiringi nyanyian
adalah hentakan pengayuh di bahagian pinara sampan atau perahu yang didayung serta
pukulan buyung atau keduit. Tarian ini sering dipersembahkan di majlis-majlis keramaian.
Tarian Adai-adai ini biasanya ditarikan oleh
pasangan empat lelaki dan empat perempuan
ini diiringi oleh pukulan rebana dan gambus
serta nyanyian dengan rentak hampir sama
dengan rentak tarian Zapin yang terdapat di
Semenanjung Malaysia. Tarian Adai-Adai
biasanya diadakan semasa keramaian suku
kaum Brunei ataupun menyambut ketibaan
orang-orang kenamaan. Penari-penarinya juga
memakai pakaian khas yang berwarna warni.
TARIAN
TAMAROK
Tarian 'Tamarok' yang terkenal di kalangan
Puak Melayu Dusun dipersembahkan selepas
selesai kerja-kerja menuai padi dan ianya
bertujuan sebagai salah satu cara untuk
mengucapkan terima kasih kepada Derato atau
Dewa dengan harapan semoga tanaman padi
mereka pada tahun akan datang subur dan
mengeluarkan hasil yang banyak.
Tarian ini dipersembahkan di kalangan
puak mereka sahaja di suatu tempat
yang telah dipilih; selalunya
pertunjukan tarian ini akan mengambil
masa sehingga jauh malam. Seperti
juga Tarian 'Anding', tarian ini juga
diiringi dengan permainan muzik
tradisi iaitu gulingtangan.
TARIAN ANDING
Tarian Anding sebenarnya berasal dari
salah satu tarian asli Brunei tetapi tarian
ini telah menjadi tarian tradisi yang
popular di kalangan suku Kadayan
Sipitang Sabah. Sambil menari, nyanyian
disulamkan dan alat muzik tradisi yang
mengiringi tarian ini adalah biola, rebana,
angkong dan kuritik.
TARIAN ALAI SEKAP
Alai sekap ialah nama sebuah tarian
rakyat puak Belait yang berasal dari
Kuala Balai. Alai bererti tari dan
sekap bererti dimasukkan kedalam.
Fungsi tarian ini pada mulanya ialah
sebagai menghibur keluarga yang
sedang berduka kerana kematian,
terutama kalangan keluarga penghulu
puak dan ketua kampung.
Kayu atau alu adalah peralatan utama untuk tarian ini.
Dua orang penari akan mengetukkan kayu itu dengan memegang
kedua-kuda hujung kayu tersebut. Dalam masa yang sama
seorang atau dua orang penari yang memakai sejenis tutup muka
atau topeng, dengan baju compang-camping beraksi dengan
memasukkan kaki, tangan dan badan mereka di antara kayu yang
diketukkan itu.
TERIMA KASIH

You might also like