Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Folio Novel Jejak Mompus

NAMA : MUHAMMAD ATHIR NORAKMAL BIN NORAZLAN


KELAS : 2 THETA
CIKGU : CIKGU HANITA
Isi Kandungan

● SINOPSIS
● TEMA DAN PERSOALAN
● WATAK DAN PERWATAKAN
● LATAR
● NILAI DAN PENGAJARAN
● PERISTIWA MENARIK
SINOPSIS

Novel ini menceritakan tentang Zahar seorang penuntut jurusan Biologi di


Fakulti Sains Hayat, Universiti Teknologi Malaysia. Zahar obses terhadap
dunia serangga sejak kecil dan mendapat galakan oleh ibunya, Qistina
sehingga membina sebuah makmal di rumah mereka. Zahar juga merupakan
seorang penuntut yang berdedikasi sehingga menerima banyak anugerah
atas penyelidikan dan inovasi bersama pihak universiti. Pelbagai spesies ulat
bulu yang telah Zahar kumpulkan di dalam makmalnya tetapi satu spesies
yang paling disayanginya bernama Pus Pus. Keadaan fizikal Pus Pus lemah
telah membuatkan Zahar untuk ke Pulau Pisang bagi mencari spesies baharu
untuk diklonkan dengan Pus Pus. Zahar bernasib baik kerana telah
menjumpai seekor ulat bulu yang cantik dan dinamakan Morgan. Namun,
sesuatu aneh berlaku apabila Morgan mengalami perubahan fizikal.

Selepas itu, beribu ulat bulu telah menyerang kampung Maju Jaya
sehinggakan penduduk kampung dijangkiti penyakit. Ripin dan beberapa
orang penduduk kampung telah menuduh Zahar di atas perbuatannya. Ibu
Zahar, Qistina telah memanggil Jabatan Kesihatan untuk menyiasat kejadian
tersebut. Pihak polis dan pegawai kesihatan tiba dua hari selepas kejadian
telah menggeledah makmal Zahar tetapi tidak menjumpai apa-apa selain ulat
bulu dan rama-rama. Warung Kopi Pak Mail kecoh tentang serangan ulat bulu
di Kampung Maju Jaya yang tersiar di dalam surat khabar. Ripin dan
beberapa rakannya menaikkan nama Zahar yang menyebabkan kejadian ini
berlaku. Zahar dan ibunya tiba di warung tersebut dan Ripin telah bertengkar
dengan Zahar dan pergaduhan mereka bertukar tragedi apabila Ripin
melibaskan pisau ke arah Zahar dan mencederakan bahunya. Zahar dirawat
di Hospital Pontian
Zahar berusaha untuk mencari jalan penyelesaian kepada insiden ini dan
mengajak Fikri ke Pulau Pisang kerana dia yakin bahawa Morgan adalah
spesies yang akan memberikan penawar kepada serangan ulat bulu di
Kampung Maju Jaya. Zahar telah mengorbankan Morgan untuk melakukan
kajian dan keesokannya setelah pulan daripada kuliah dia mendapati bahan
uji kajinya, botol beracun dan buku formulanya hilang.Selepas menyiasat,
Zahar mendapati Ripin merupakan orang disebalik kehilangan kajiannya dan
telah membuat laporan polis. Seminggu kemudian, Ripin ditahan oleh pihak
polis kerana melakukan sindiket penjualan benih sawit secara haram dan
menjumpai bahan kajian Zahar di stor milik Ripin.

Zahar melengkapkan kajiannya dan sebuah formula berjaya dicipta.


Formula Zahar dipatenkan dan dikomersialkan serat diberi nama MONPUS
iaitu gabungan nama ulat bulu Morgan dan Pus Pus. Racun serangga khusus
telah dicipta untuk membunuh ulat bulu yang menyerang penduduk Kampung
Maju Jaya. Atas kejayaan tersebut, Zahar menerima Anugerah Biasiswa
Kerusi Canselor daripada Universiti Oxford, London yang disampaikan oleh
ayahnya, Dr. Baharuddin. MONPUS bukan sahaja telah menyelamatkan
nyawa tetapi menjalinkan semula hubungan yang putus apabila bapa Zahar
melamar semula ibunya Qistina
TEMA DAN PERSOALAN

TEMA

Tema kegigihan seorang anak muda dalam menjalankan kajian saintifik demi
menyelamatkan nyawa manusia yang diancam oleh serangan ulat bulu

PERSOALAN

1) Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan : Zahar mengaplikasikan


pengetahuannya dalam bidang sains biologi untuk mencipta penawar bagi
menyelesaikan masalah yang melanda Kampung Maju Jaya

2) Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya : Qistina keberatan


untuk melepaskan Zahar pergi ke Pulau Pisang untuk mencari spesis ulat
bulu Pus Pus kerana bimbang akan keselamatan anaknya

3) Persoalan sifat dendam yang akan merugikan diri sendiri : Ripin yang
berdendam terhadap Zahar telah ditangkap kerana menipu dalam kerjanya

4) Persoalan pencemaran alam sekitar yang meninggalkan kesan kepada


masyarakat : Zahar risau apabila melihat banyak pencemaran berlaku di
Hutan Paya Bakau Tanjung Piai.
WATAK DAN PERWATAKAN

1.Zahar

● Watak Utama
● Anak tunggal dalam keluarga dan berumur 22 tahun
● Seorang pelajar dalam jurusan Biologi di Fakulti Sains Hayat , Universiti
Teknologi Malaysia
● Seorang yang mempunyai minat yang mendalam terhadap serangga
sejak kecil
● Seorang yang gigih menjalankan penyelidikan sains berkaitan dengan
kehidupan serangga

2.Qistina

● Ibu kepada Zahar


● Merupakan guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Sri Yasin
● Seorang guru yang berdedikasi terhadap kerjayanya

3.Professor Dr. Baharuddin

● Ayah kepada Zahar dan bekas suami kepada Qistina


● Bekerja sebagai seorang saintis di Universiti Oxford, London
● Berhijrah ke luar dari Malaysia selepas berpisah dengan Qistina
● Seorang yang tidak bertanggungjawab kerana telah meninggalkan anak
dan isterinya tanpa sebarang cerita
4.Mawar

● Rakan sekuliah dan sekampung kepada Zahar


● Anak sulung daripada lima adik beradik
● Seorang yang mengambil berat terhadap Zahar dan memberikan
inspirasi kepada Zahar

5.Munirah

● Rakan sekuliah Zahar di universiti


● Seorang yang cemburu melihat perhubungan baik antara Mawar dan
Zahar
● Seorang yang optimistik dan suka akan cabaran
LATAR

LATAR MASA

1. Waktu Pagi : Qistina dihantar ke sekolah oleh anaknya Zahar kerana


keretanya rosak
2. Waktu Petang : Zahar telah ke balai polis untuk disoal siasat
3. Waktu Malam : Semalaman Zahar menghadap baha eksperimennya
tetapi tidak membuahkan hasil
4. Waktu Subuh : Penduduk kampung bergerak ke tempat kerja di ladang
getah , kelapa sawit dan kebun

LATAR TEMPAT

1. Makmal Zahar : tempat dimana Zahar membuat ujikaji berkaitan


spesies ulat bulu dan rama-rama
2. Tanjung Piai : Zahar dan Fikri mencari spesies baharu ulat bulu untuk
diklonkan bersama spesies Pus Pus
3. Pulau Pisang : Zahar menemui satu spesies ulat bulu Monarch yang
berpotensi untuk diklonkan
4. Warung Kopi Pak Mail : Lokasi pergaduhan antara Ripin dan Zahar
sehingga Zahar cedera dan dimasukkan ke hospital
5. Universiti Teknologi Malaysia : Zahar menghadiri kuliah sebagai
penuntut di Fakulti Sains Hayat

LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan : Dr. Baharuddin,


Qistina dan Zahar terlibat dalam bidang akademik dan menjalankan
tugas masing-masing untuk kepentingan masyarakat umum
2. Masyarakat yang terdiri daripada penuntut universiti : Zahar, Mawar,
Fikri dan Malcom merupakan penuntut dalam bidang Sains Hayat di
Universiti Teknologi Malaysia
3. Masyarakat yang mempunyai sifat dendam : Ripin yang berdendam
dengan Zahar sentiasa membuat provokasi dan khianat kepada Zahar
NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai

1. Bijaksana : Zahar yang tekun mengkaji dan menambah ilmu


pengtahuan dalam minatnya terhadap serangga
2. Keberanian : Zahar dan rakan-rakanya berani untuk menjelajah
beberapa kawasan untuk mencari spesies serangga demi kajian
3. Kasih Sayang : Qistina bimbang terhadap keselamatan anaknya Zahar
selepas Zahar dituduh orang kampung kerana menyebabkan serangan
ulat bulu ke atas penduduk kampung
4. Tanggungjawab : Zahar bersimpati terhadap nasib penduduk Kampung
Maju Jaya dan berusaha mencari penawar kepada penyakit tersebut
5. Setiakawan : Fikri sentiasa bersama Zahar dalam melakukan kajian dan
menjelajah mencari spesies serangga di mana-mana

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah gigih dalam berusaha mencari kejayaan untuk


menyelesaikan sesuatu masalah seperti Zahar yang berjaya
mendapatkan formula untuk melawan serangan ulat bulu kepada orang
awam
2. Kita seharusnya menyayangi ibu dan bapa kita kerana mereka banyak
berjasa kepada kita ibarat Zahar yang menyayangi ibunya walaupun
tanpa kehadiran bapanya setelah mereka bercerai
3. Kita sewajarnya mengelak daripada melakukan pertuduhan melulu
terhadap seseorang tanpa usul periksa dan bukti. Contohnya penduduk
Kampung Maju Jaya yang mempercayai Ripin bahawa Zahar adalah
punca serangan ulat bulu terhadap penduduk kampung
PERISTIWA MENARIK

1. Zahar amat menyayangi ibunya dan sanggup berulang-alik dari rumah


ke kampus kerana tidak mahu ibunya tinggal sendirian di rumah
2. Zahar begitu sabar mencari formula untuk menyelamatkan penduduk
kampung daripada serangan ulat bulu

You might also like