Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Jaga imej pasukan, kesihatan diri'

Oleh Noor Hidayah Tanzizi - Ogos 25, 2022 @ 11:26am


bhnews@bh.com.my
IPOH: Ketua Polis Perak yang baharu, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri
mahu pegawai dan anggota di negeri itu mempunyai keterampilan dan
imej yang baik serta melakukan tugas dengan profesional.

Beliau turut menasihatkan semua pegawai dan anggotanya supaya


terus meningkatkan serta menjaga integriti dan kewibawaan pasukan
Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) sebagai penguat kuasa undang-
undang utama di negara dan negeri.

"Saya menasihatkan kepada semua pegawai dan anggota agar


mempertingkatkan dan menjaga integriti, kewibawaan dan janganlah
salah guna kuasa, penyelewengan dan sebagainya.

"Saya berharap kerjasama terutama Timbalan (Ketua Polis Perak, Datuk


Azizi Mat Aris), barisan pegawai, ketua jabatan dan Ketua Polis Daerah
untuk membantu saya dalam menjalankan tugas dan mencapai objektif
serta misi visi Polis," katanya pada Perhimpunan Khas di Ibu Pejabat
Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.

DISYORKAN UNTUK ANDA


Mohd Yusri berkata, beliau juga mahu Polis Perak menjaga imej
pasukan sebagai barisan hadapan dan terus menjaga kesihatan,
pemakanan selain mencari masa melakukan aktiviti fizikal.

"Saya mudah didekati dan jenis yang telus, 'yes is yes, no is no, black is
black, white is white' (tetapi) jika ada apa-apa keperluan dan perkara
boleh dibincang saya sedia terima kunjungan untuk kerjasama bagi
meningkatkan penugasan PDRM," katanya.

Mohd Yusri, 52, dilantik sebagai Ketua Polis Perak baharu bagi
menggantikan Datuk Mior Faridalathrash Wahid yang bersara wajib
pada 4 Ogos lalu.

Terdahulu, majlis serah terima tugas antara beliau dan Azizi


dilangsungkan di IPK Perak, semalam disaksikan Ketua Polis Negara,
Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

You might also like