Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


FB-100-03:2012 PERAKAUNAN
PROGRAM

TAHAP DAN SEMESTER 3 ( SEMESTER 2 )

KOD DAN TAJUK


BAK 2043 : HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN 1
KURSUS

K1 MENGUMPULKAN DOKUMEN DAN MAKLUMAT DAFTAR


HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN

K2 MENGEMASKINI DAFTAR HARTANAH, LOJI DAN


PERALATAN

K3 MENYEDIAKAN SENARAI DRAF HARTANAH, LOJI DAN


NO. DAN TAJUK PERALATAN
KOMPETENSI K4 MENGIRA SUSUT NILAI HARTANAH, LOJI DAN
PERALATAN

K5 MENGIRA NILAI BUKU BERSIH (NBB) HARTANAH, LOJI


DAN PERALATAN

K6 MENYEDIAKAN JADUAL SUSUT NILAI HARTANAH, LOJI


DAN PERALATAN

NO.KOD KSKV BAK 2043 /KP(3/4)


Muka Surat : 1 Drp / 9
NO.KOD NOSS FB-100-03:2012-C05/P(3/4)

TAJUK: MENGIRA SUSUT NILAI HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN DAN MENGIRA
NILAI BUKU BERSIH (NBB) HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN

TUJUAN :
Kertas penerangan ini bertujuan untuk membantu pelatih dalam menguasai pengetahuan dan
kefahaman tentang mengira susutnilai hartanah, loji dan peralatan dan mengira nilai buku
bersih (nbb) hartanah, loji dan peralatan.

NO KOD BAK 2043/KP(3) MUKA 1/9


PENERANGAN

DEFINISI TERMINALOGI SUSUT NILAI HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN

1. Usia guna / hayat guna / jangka hayat

2. Susut nilai

 Kejatuhan nilai aset bukan semasa perniagaan

3. Susutnilai terkumpul (SNT)

4. Nilai buku bersih

 Dalam Jadual Susut nilai, Nilai Buku Bersih dilihat sebagai nilai aset tetap setelah
ditolak dengan susutnilai terkumpul.
 Nilai buku bersih = nilai kos – susutnilai terkumpul

5. Kadar susut nilai

 Kadar susut nilai dipengaruhi oleh usia guna sesuatu aset. Kadar susut nilai ialah
100% bahagi usia guna. Contohnya jangka hayat perabot ialah 10 tahun, maka
kadar susut nilai ialah 100% ÷ 10 = 10%. Maka kadar susut nilai bagi perabot untuk
kaedah garis lurus ialah 10%.

6. Nilai skrap / nilai baki / nilai sisa

 Nilai baki aset tetap pada akhir tempoh.


 Aset yang telah lama digunakan mungkin boleh dijual setelah tamat usia gunanya
dan nilai jualan aset itu dikenali sebagai nilai skrap.
 Dalam proses pengiraan susut nilai, nilai skrap ditolak daripada harga kos dan kos
yang boleh disusutnilaikan hendaklah diperuntukkan mengikut usia aset tersebut.

7. Pelupusan

 Penjualan atau tukar beli aset


 Aset bukan semasa yang sudah lama, tidak lagi produktif, usang atau berteknologi
lama serta penggunaannya tidak lagi menguntungkan perlu dilupuskan, dijual atau
ditukar ganti dengan aset baru yang lebih cekap dan efisien.
 Akaun Pelupusan dibuka apabila aset dilupuskan untuk menentukan sama ada
keuntungan atau kerugian diperoleh daripada pelupusan aset tersebut
 Sekiranya aset dijual dengan harga yang lebih tinggi daripada nilai bukunya, untung
akan diperoleh.
 Sekiranya harga jualan aset kurang daripada nilai bukunya, rugi pula diperoleh.

8. Pindahan aset

 Pindahan aset bermaksud memindahkan aset antara Pusat Tanggungjawab (PTJ)


dengan PTJ yang lain setelah mendapat kelulusan Ketua Jabatan masing-masing.
NO KOD BAK 2043/KP(3) MUKA 2/9
 Aset baharu yang dibeli bagi tujuan pindahan ke PTJ lain, tidak perlu didaftar oleh
PTJ yang membuat perolehan. PTJ yang menerima hendaklah mendaftarkan aset
tersebut berdasarkan punca maklumat.

9. Nilai kos

 Harga belian dan segala belanja memperolehi dan membolehkan aset tetap sedia
untuk digunakan.

 Contoh:
Syarikat Mahsuri membeli sebuah peralatan secara tunai untuk digunakan dalam
perniagaan. Maklumat kos berkaitan dengan pembelian peralatan tersebut adalah
seperti berikut:

Harga disenaraikan dalam invois RM50,000.00


Cukai jualan RM3,000.00
Kos angkutan RM1,500.00
Kos pemasangan RM1,000.00
Kos insurans semasa penghantaran RM500.00
Nilai kos aset tetap RM56,000.00

10. Kos boleh disusutnilaikan

 Nilai kos ditolak dengan nilai skrap. Ia boleh diperoleh dengan cara:

Kos boleh disusutnilaikan = nilai kos – nilai skrap

11. Penyusutan (Impairment)

 Satu kehilangan dalam manfaat ekonomi masa hadapan atau potensi perkhidmatan
aset, ke atas pengiktirafan secara sistematik yang menyebabkan kehilangan nilai
faedah ekonomi aset dimasa depan atau potensi perkhidmatan melalui susutnilai.

12. Penilaian aset

 Penilaian aset merupakan proses penilaian oleh seseorang penilai dalam


memberikan suatu pendapat mengenai nilai sesuatu aset sama ada terhadap aset
nyata atau tidak nyata, berdasarkan hasil analisis terhadap fakta-fakta yang objektif
dan relevan dengan menggunakan kaedah dan prinsip-prinsip penilaian yang
berlaku pada masa tertentu.

KAEDAH PENILAIAN ASET

1. Kaedah Model Kos

 Selepas diiktiraf sebagai aset, item hartanah, loji dan peralatan hendaklah dibawa
pada kosnya, ditolak susut nilai terkumpul dan apa-apa kerugian penjejasan
terkumpul.

2. Kaedah Model Penilaian Semula

 Selepas diiktiraf sebagai aset, sesuatu item hartanah, loji dan peralatan yang nilai
saksamanya boleh diukur dengan munasabah hendaklah dibawa pada amaun yang

NO KOD BAK 2043/KP(3) MUKA 3/9


dinilai semula, iaitu nilai saksama pada tarikh penilaian semula, ditolak apa-apa
susut nilai terkumpul selanjutnya, dan kerugian penjejasan terkumpul seterusnya.
Penilaian semula hendaklah dibuat dengan kekerapan yang mencukupi untuk
memastikan amaun bawaan tidak berbeza secara material daripada amaun yang
akan ditentukan menggunakan nilai saksama pada tarikh pelaporan.

3. Nilai setara / Nilai Saksama

 Ditentukan daripada penilaian berasaskan bukti pasaran. Nilai saksama bagi item loji
dan peralatan biasanya ialah nilai pasaran yang ditentukan melalui penilaian.
Penilaian terhadap nilai aset biasanya dilakukan oleh anggota profesion penilaian,
yang mempunyai kelayakan profesional yang diiktiraf dan relevan. Bagi banyak aset,
nilai saksama akan tersedia ditentukan dengan merujuk harga tersenarai dalam
pasaran aktif dan cair. Sebagai contoh, harga pasaran semasa biasanya dapat
diperoleh bagi tanah, bangunan bukan khusus, kenderaan bermotor dan banyak
jenis loji dan peralatan.

PROSEDUR PENYESUAIAN BAKI LEJAR AM

1. Mengimbang akaun – mencari perbezaan di antara jumlah debit dan jumlah kredit dalam
akaun.

2. Menutup akaun hasil dan belanja dengan memindahkannya ke Akaun Perdagangan


atau Akaun Untung Rugi

KAEDAH PENGIRAAN SUSUT NILAI HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN

1. Kaedah garis lurus

Formula:
Kos asal – nilai skrap
Susut nilai tahunan =
Anggaran usia guna aset

Dengan,

(1) Nilai skrap / anggaran nilai baki ialah:


– Nilai bakian aset pada akhir tempoh.
– Sebagai amaun bersih yang diramalkan boleh diperoleh oleh sesebuah
perniagaan pada akhir hayat aset setelah ditolak kos pelupusan aset.

(2) Kos asal – nilai skrap = kos boleh disusutnilaikan

Atau

Bagi kaedah garis lurus, susut nilai juga boleh dinyatakan dalam bentuk peratusan
atau kadar susut nilai setahun.

Formula:
Susut nilai tahunan = (Kos asal – nilai skrap) x kadar susut nilai

Contoh 1:

NO KOD BAK 2043/KP(3) MUKA 4/9


Maklumat berikut menunjukkan sebuah mesin yang bernama “HEBAT” yang dibeli oleh Rama
Enterprise:

Kos belian aset RM75,000.00


Anggaran nilai baki RM6,000.00
Anggara jangka hayat 5 tahun

Anda dikehendaki menghitung belanja susut nilai tahunan dengan menggunakan kaedah garis
lurus.

Penyelesaian:
RM75,000.00 – RM6,000.00
Susut nilai tahunan =
5
RM69,000.00
=
5
= RM13,800.00

*** Dalam contoh di atas, amaun RM13,800.00 dikenali kos boleh disusutnilaikan. Ini
bermaksud kos belian aset tetap disusutnilaikan hanya setakat RM69,000.00 supaya kos yang
masih tinggal menjadi RM6,000.00 sebagai nilai sisaan pada akhir usia gunanya. Amaun
belanja susut nilai RM13,800.00 mewakili kadar 20% daripada kos boleh disusutnilaikan
(RM69,000.00).

100%
Kadar susut nilai (%) =
Usia guna
100%
=
5
= 20%

Jadi,
Susut nilai tahunan = Kos aset boleh disusutnilaikan x kadar susut nilai
= (RM75,000.00 – RM6,000.00) x 20%
= RM69,000.00 x 20%
= RM13,800.00

NO KOD BAK 2043/KP(3) MUKA 5/9


2. Kaedah baki berkurangan.

Formula:
Susut nilai tahunan = Kadar susut nilai x nilai buku aset pada awal setiap tahun

dengan,
(1)
Nilai buku aset = Nilai aset – belanja susut nilai terkumpul mulai tarikh aset diperoleh

(2) Jika kadar tidak diberi, pengiraannya adalah seperti berikut:

100
Kadar susut nilai (%) = x2
Usia guna

Contoh 2:
Riibuu Enterprise membeli sebuah peralatan yang bernama “BOOT” dengan maklumat
peralatan itu ditunjukkan di bawah:

Tarikh perolehan 1 Januari 2013


Kos RM60,000.00
Kadar susut nilai 40%
Anggaran nilai baki RM7,776.00
Anggaran hayat kegunaan 4 tahun

Anda dikehendaki menghitung caj susut nilai tahunan dengan menggunakan kaedah baki
berkurangan.

Penyelesaian:

Nilai buku
pada Kadar
Belanja susut nilai setahun Susut nilai Nilai buku (RM)
Tahun awal susut
(RM) terkumpul (RM) (kos asal – SNT)
tahun nilai (%)
(RM)
60,000.00 – 24,000.00
2013 60,000.00 40% 40% x 60,000.00 = 24,000.00 24,000.00
= 36,000.00
24,000.00 +
60,000.00 – 38,400.00
2014 36,000.00 40% 40% x 36,000.00 = 14,400.00 14,400.00 =
= 21,600.00
38,400.00
38,400.00 + 8,640.00 60,000.00 – 47,040.00
2015 21,600.00 40% 40% x 21,600.00 = 8,640.00
= 47,040.00 = 12,960.00
47,040.00 + 5,184.00 60,000.00 – 52,224.00
2016 12,960.00 40% 40% x 12,960.00 = 5,184.00
= 52,224.00 = 7,776.00

*** Dalam contoh di atas, nilai buku aset adalah sama seperti anggaran nilai baki aset pada
akhir tahun keempat, iaitu RM7,776.00. Dalam situasi sebenar, perkara ini jarang berlaku
mempunyai kadar susut nilai yang munasabah, maka perbezaannya tidak menjadi satu perkara
yang penting, iaitu perbezaan yang tidak signifikan.

NO KOD BAK 2043/KP(3) MUKA 6/9


3. Kaedah angka digit / kaedah jumlah angka tahun

Formula:
Susut nilai tahunan = Kos boleh disusutnilaikan x pecahan jumlah angka tahunan

dengan,
(1)
Kos boleh disusutnilaikan = Kos asal aset tetap – anggaran nilai baki

(2)
n (n + 1)
Jumlah angka tahunan =
2
*** n ialah usia guna

Contoh 3:
Himat Bhd. Membeli sebuah peralatan dengan kos RM180,000.00 pada 2 Januari 2013. Jangka
hayat aset ini ialah 5 tahun dan kemudian dijual pada harga RM30,000.00.

Anda dikehendaki menghitung caj susut nilai tahunan dengan menggunakan kaedah jumlah
angka tahun.

Penyelesaian:

5 (5 + 1)
Jumlah angka tahunan =
2
= 15

Kos boleh disusutnilaikan = RM180,000.00 – RM30,000.00


= RM150,000.00

Kadar
Kos boleh
susut Belanja susut nilai Susut nilai terkumpul Nilai buku (RM)
Tahun disusutnilaikan (RM)
nilai setahun (RM) (RM) (kos asal – SNT)
180,000 – 30,000.00
(nisbah)
180,000.00 –
5/15 x 150,000.00
2013 150,000.00 5/15 50,000.00 50,000.00 =
= 50,000.00
130,000.00
4/15 x 150,000.00 50,000.00 + 40,000.00 = 180,000.00 –
2014 150,000.00 4/15
= 40,000.00 90,000.00 90,000.00 = 90,000.00
180,000.00 –
3/15 x 150,000.00 90,000.00 + 30,000.00 =
2015 150,000.00 3/15 120,000.00 =
= 30,000.00 120,000.00
60,000.00
180,000.00 –
2/15 x 150,000.00 120,000.00 + 20,000.00
2016 150,000.00 2/15 140,000.00 =
= 20,000.00 = 140,000.00
40,000.00
180,000.00 –
1/15 x 150,000.00 140,000.00 + 10,000.00
2017 150,000.00 1/15 150,000.00 =
= 10,000.00 = 150,000.00
30,000.00

NO KOD BAK 2043/KP(3) MUKA 7/9


4. Kaedah unit pengeluaran / kaedah unit aktiviti

Formula:
Susut nilai tahunan = (Kos – nilai baki) x peratus siap

Dengan,
(1)
Nilai kerja yang disahkan lengkap
Peratus siap = Jumlah unit pengeluaran atau x 100%
penggunaan yang dijangkakan

(2) Kos termasuk kos awal dan apa-apa perbelanjaan modal yang berkaitan.

(3) Nilai baki adalah nilai skrap yang dianggarkan pada akhir hayat usia guna aset
tersebut. Oleh sebab nilai sisa dijangka dapat dipulihkan pada akhir hayat usia
guna aset, maka tidak perlu untuk caj sebahagian daripada kos aset sebagai
nilai baki.

Contoh 4:
Motolicir Sdn. Bhd. membeli sebuah kilang pemprosesan minyak mentah berharga RM12juta.
Kilang ini dianggar dapat memproses 50 juta tong minyak mentah pada keseluruhan hayatnya.
Pengeluaran dalam tahun pertama operasi ialah 2 juta tong. Nilai baki kilang pemprosesan ini
dijangkakan sebanyak RM2 juta.

Anda dikehendaki menghitung amaun susut nilai bagi tahun pertama kilang tersebut.

Penyelesaian:

Nilai kerja yang disahkan lengkap


Peratus siap = Jumlah unit pengeluaran atau penggunaan yang x 100%
dijangkakan
2
= x 100%
50
= 4%

Susut nilai bagi tahun pertama = (RM12,000,000 – RM2,000,000) x 4%


= RM400,000

NO KOD BAK 2043/KP(3) MUKA 8/9


SISTEM CATATAN BERGU UNTUK HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN

Catatan pelarasan bagi susut nilai pada akhir tempoh melibatkan dua akaun iaitu

Debit Akaun belanja susut nilai


Kredit Akaun susut nilai terkumpul / akaun peruntukan susut nilai

Contoh:
Kenderaan yang bernilai kos RM80,000.00 dibeli pada 1 Januari 2008 dan disusutnilaikan
RM10,000.00 setahun.

Catatan jurnal:
DT KT
DT Belanja susut nilai 10,000.00
KT Peruntukan susut nilai Kenderaan 10,000.00
(Peruntukan susut nilai bagi tahun 2008) 10,000.00 10,000.00

RUJUKAN:

1. Wan Madznah Wan Ibrahim, Azizah Haji Dolah, Masturah Abu Samah, Ace Ahead Teks
STPM Perakaunan Penggal 1, Oxford Fajar Sdn. Bhd. (muka surat 199 – 203)
2. Khalid Ismail dan Mahadzir Hamid, Perakaunan Awalan Edisi Kedua, Pearson Malaysia
Sdn. Bhd. (muka surat 83 – 91)
3. MPSAS 17 Hartanah Loji dan Peralatan_V1

NO KOD BAK 2043/KP(3) MUKA 9/9

You might also like