Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

Kota Lukut

runtuhan kubu dan muzium di Negeri


Sembilan

Kota Lukut ialah sebuah kota yang kini


berada di Lukut, Negeri Sembilan.
Penempatan ini ditubuhkan oleh Raja
Busu, anak buah Sultan Ibrahim Shah iaitu
Sultan Selangor.[1] Pada ketika itu, Lukut
merupakan kawasan di bawah Kerajaan
Selangor. Aktiviti perlombongan telah
menyebabkan kemasukan buruh Cina
secara mendadak dan perkembangan
ekonomi Lukut. Namun, Raja Busu
dibunuh kerana telah mengenakan cukai
tinggi terhadap pengeluaran bijih timah.[2]
Raja Jaafar, seorang putera Riau telah
datang bersama anak-anaknya Raja
Jumaat dan Raja Abdullah untuk
membuka lombong dan diberikan Lukut
oleh Sultan Muhammad Shah, Sultan
Selangor yang baharu. Lukut mencapai
zaman kegemilangannya di bawah seliaan
Raja Jumaat dari 1846 sehingga 1864.
Setelah kematian beliau, Lukut mengalami
kemerosotan di bawah seliaan anaknya
Raja Bot atas pelbagai faktor seperti
perang di kawasan persekitarannya serta
persaingan dalam pengeluaran bijih timah
oleh lombong-lombong berdekatan.
Akhirnya, Kota Lukut diserahkan kepada
Sungai Ujong oleh Sultan Abdul Samad,
Sultan Selangor baharu pada tahun 1878
dengan Raja Bot meninggalkan
jawatannya pada 1880.
Kota Lukut

Kota dan Muzium Lukut


Kerajaan Pembesar Tempatan
Pembesar  
• 1815 - 1834 Raja Busu
• 1835 - 1846 Raja Jaafar
• 1846 - 1864 Raja Jumaat
• 1864 - 1880 Raja Bot
Sejarah  
• Pembukaan 1815
Lombong Tin oleh
Raja Busu
• Diserahkan 1878
menjadi
sebahagian
kawasan Sungai
Ujong

Diganti oleh
Sungai Ujong

Sekarang Negeri Sembilan


sebahagian dari

Sejarah[1]
Pada awal abad ke-18, pelombong Cina
dari Melaka yang berketurunan Hailam
telah dibenarkan oleh Sultan Ibrahim Shah
untuk melombong di kawasan Sungai
Lukut. Berikutan daripada itu, Sultan
Ibrahim telah menandatangani perjanjian
perdagangan dengan Syarikat Hindia-
Timur Inggeris yang beroperasi di Pulau
Pinang. Perjanjian ini telah menyebabkan
bijih timah yang datang dari lombong
Lukut untuk memberi keuntungan kepada
Sultan Ibrahim.Hal ini juga telah
meningkatkan jumlah penduduk dan
menyebabkan Sultan melantik seorang
Kapitan Cina.

Raja Busu

Keperluan untuk mentadbir kawasan ini


telah menyebabkan Sultan Ibrahim
mengurniakan Lukut kepada anak buahnya
Raja Hassan, atau lebih dikenali sebagai
Raja Busu. Beliau membawa pengikut
Melayu dari merata tempat untuk
meneroka dan mendirikan penempatan di
sini. Beliau juga telah memperkenalkan
beberapa undang-undang sivil dan polisi
ekonomi seperti meminta kebenaran
beliau sebelum sebarang aktiviti
dijalankan ke atas tanah pegangannya itu.
Justeru, penduduk Lukut berjumlah 1000
orang pada tahun 1824 dan terus
meningkat dalam dekad seterusnya.
Perniagaan yang bertumpu untuk memberi
perkhidmatan kepada pelombong Cina
juga dijalankan seperti rumah candu dan
rumah lacur yang dibawa dari Singapura.
Raja Busu cuba untuk menyekat aktiviti
kemaksiatan ini sebelum berleluasa.
Cukai yang dikenakan untuk setiap
pengeluaran bijih timah dicajkan pada
10%. Ini tidak disenangi oleh pengusaha
lombong yang datang untuk
membincangkan perkara tersebut pada
1834. Namun begitu, Raja Busu enggan
keluar dari rumahnya dan pemandangan
bijih timah di sekitar kawasan
perumahannya menimbulkan kemarahan
400 orang Cina yang datang pada malam
itu. Oleh sebab itu, mereka bertindak
membakar rumah Raja Busu dan
menyebabkan kematiannya secara
langsung. Raja Husin dari Riau, seorang
saudara kepada Raja Busu dan juga Sultan
Selangor telah mendapat khabar tentang
kejadian ini dan membawa segerombolan
pahlawan untuk membalas dendam.
Mereka telah membunuh 1000 orang Cina
lantas menyebabkan Lukut dikosongkan
tak lama selepas itu.

Raja Jaafar dan Raja Jumaat

Pada tahun 1835, Raja Jaafar Raja Ali,


seorang bangsawan dari rumah Bugis-Riau
mendapat izin dari Sultan Muhammad
Shah, penguasa baru Selangor - dan juga
tiga pupunya - untuk menjalankan
perniagaan perlombongan bijih timah di
Lukut. Mendengar kejayaan usaha
tersebut, baginda secara peribadi melawat
Lukut dan menitahkan bahawa Lukut akan
terus menjadi sebahagian daripada
Selangor, lantas menghapuskan
kebebasan relatif yang dinikmati. Titah itu
menyebabkan orang Melayu kembali ke
kawasan itu. Jaminan Sultan kepada
pelabur Cina di Negeri Selat juga
menyebabkan peningkatan modal dan
tenaga kerja di Lukut.

Setelah kematian bapanya pada tahun


1846, Raja Jumaat menggantikannya
sebagai pemimpin operasi tersebut. Beliau
mempunyai hubungan yang baik dengan
Sultan, malah melunaskan hutang yang
masih belum dijelaskan oleh baginda
dengan saudagar Eropah dan Cina di
Negeri-negeri Selat.Pada tahun 1846,
Sultan telah mengkahwinkan
anakandanya, Tengku Senai dengan Raja
Jumaat serta mengurniakan surat kuasa
yang memberi hak pemerintahan dan hak
memungut cukai di Lukut bagi mengenang
jasa Raja Jumaat. Di bawah
pemerintahannya, Lukut mencapai zaman
kegemilangannya, sehingga
diklasifikasikan sebagai kota.

Hal Ini disebabkan oleh kemampuan Raja


Jumaat untuk mengimbangkan dasar
dengan pengusaha lombong serta dapat
menjamin keamanan bagi rakyat Lukut.
Kadar cukai diturunkan dari 20%, kadar
yang ditentukan sebahagiannya kerana
kecenderungan peniaga Selat untuk
berurusan secara langsung dengan
pengusaha lombong dan bukan
pemerintah tempatan, menjadi 10%
setelah bertemu dengan pemilik lombong
tersebut. Sebuah rumah kastam didirikan
untuk memastikan pelaksanaan perintah
ini dengan adil. Selain itu, seperti Raja
Busu, izin diperlukan untuk mendirikan
usaha di tanah Lukut.

Beliau juga memperluaskan wilayah Lukut


untuk meliputi kawasan dari Sungai
Sepang ke Sungai Linggi. Perkara ini telah
menimbulkan bantahan Dato' Kelana
Sending yang mempunyai hak pungut
cukai di kawasan Tanjung Tuan dan
Sungai Linggi. Beliau telah bertemu
dengan Sultan Abdul Samad yang berjanji
secara lisan untuk menyerahkan Lukut
kepada Dato' Kelana Sending tanpa ada
tindakan oleh Raja Jumaat. Pertelingkahan
ini masih berterusan selepas kematian
Raja Jumaat dan hanya diselesaikan pada
1878.[3]

Orang Cina banyak terlibat dalam


peningkatan Lukut kerana banyak yang
berkemampuan telah mempelajari
kemahiran tersebut di Melaka, tempat asal
mereka. Oleh itu, orang seperti Chee Yam
Chuan, Hin Siew dan Yap Si melaburkan
wang untuk membangunkan bandar ini.
Yam Chuan juga menjadikan Raja Bot,
anak Raja Jumaat sebagai anak didik. Yap
Ah Loy yang masih muda juga bekerja di
lombong Chong Chong selama tiga tahun
sebelum memperoleh cukup modal untuk
memulakan perniagaannya sendiri.

Selain itu, jalan raya dibina dengan


menggunakan banduan untuk
memperluaskan jalan perhubungan Lukut
dan digunakan oleh kereta lembu.
Pasukan polis yang terdiri daripada orang
Melayu ditubuhkan untuk menjaga
ketenteraman kerana banyak pekerja
lombong terlibat dalam kongsi gelap,
terutamanya dengan kumpulan Ghee Hin
dan Hai San yang bermusuhan.

Sebuah kubu didirikan di Bukit Gajah Mati


pada 1847 untuk dijadikan sebagai
kediaman Raja Jum'aat dan sebagai
tempat strategik yang dapat digunakan.
Kubu ini dilengkapi dengan meriam dan
parit. Kubu yang berbentuk empat segi
bujur yang berukuran lebih kurang 200
meter panjang dan 170 meter lebar ini
dikelilingi parit yang dipasang dengan
ranjau yang mempunyai kedalaman di
antara tiga hingga lima meter dalam. Dari
atas kubu ini, boleh dilihat pemandangan
Sungai Lukut, Selat Melaka dan kawasan
sekitarnya.

Raja Jumaat meninggal dunia pada tahun


1864.

Kemerosotan dan Penyerahan Lukut

Kematian Raja Jumaat mempunyai


implikasi yang lebih besar kerana beliau
merupakan salah seorang pembesar
Selangor yang berkuasa. Oleh itu, setelah
puteranya Raja Bot menjadi pembesar
Lukut, Perang Saudara Selangor tercetus .
Raja Bot dibantu oleh saudaranya Raja
Yahya dalam mentadbir Lukut. Dia juga
mengupah 30 orang Arab untuk
membantu dalam pertahanan kota. Ada di
antaranya yang berkahwin dengan
penduduk tempatan dan menghasilkan
keturunan campuran.

Pada masa yang sama lombong-lombong


lain berjaya ditubuhkan dan
mendatangkan untung di Selangor
termasuk Kanching, Kuala Lumpur dan
Ampang. Persaingan ini menjadi lebih
teruk dengan kekurangan timah di
lombong Lukut yang menyebabkan
kerugian besar. Ini menyebabkan
pelombong Cina berpindah ke arah utara
untuk bekerja dengan pesaing Lukut. Oleh
itu, peranan Lukut sebagai bandar
perlombongan tidak dapat dikekalkan
dengan hanya tinggal 300 orang pada
tahun 1870-an. Oleh itu, lombong tersebut
banjir kerana kekurangan penggunaan dan
infrastrukturnya terbengkalai.

Lebih-lebih lagi, Lukut dikelilingi


persekitaran yang tidak aman yang
melibatkan kawasan mereka. Raja Sungai
Raya, Raja Sulaiman berusaha untuk
mendapatkan kemerdekaan dari Lukut
tetapi gagal dan dikalahkan, hasil
pertempuran menyebabkan tentera Arab
melarikan diri. Lukut juga diganggu oleh
Raja Yahya, anak angkat penguasa Langat
ketika dia membunuh seorang penduduk
Cina Lukut di hadapan Raja Bot. Raja Bot
dengan itu membenarkan serangan balas
terhadap orang-orang Melayu bukan Lukut
yang menyebabkan pertempuran berlaku
yang mengakibatkan Yahya melarikan diri
dengan saudara Raja Bot, Raja Laut.[2]

Armada Britain yang diketuai oleh Mejar


Anson dari Batalion ke-2 Buffs meminta
bantuan dari Raja Bot dalam Perang
Sungei Ujong. Beliau enggan untuk tetapi
memberikan kebebasan melintas
kawasannya. Sebagai hasil dari Perang
Sungei Ujong, Lukut diserahkan kepada
Sungei Ujong oleh Sultan Abdul Samad
pada 1878. Raja Bot kekal memerintah
sehingga 1880 di mana beliau meletakkan
jawatan dan dipampas dengan wang
berjumlah $2000.

Perjanjian Selangor-Sungei
Ujong 1878
Perjanjian Sempadan Selangor - Sungei
Ujong, dimeterai pada 10 Februari 1878.
Perjanjian ini dibuat antara Sultan Abdul
Samad dengan Tunku Syed Abdul Rahman,
Dato' Klana Sungei Ujong. Kandungannya
adalah seperti berikut.[4]
Dengan nasihat Kapten Bloomfield
Douglas, Residen British di Selangor,
Sultan Abdul Samad yang Dipertuan
Selangor bagi pihak dirinya, dan
puteranya Raja Musa atau sesiapa juga
penggantinya yang akan ditabalkan
sebagai Sultan atau waris-warisnya,
mulai saat itu mengaku bahawa
kawasan Lukut yang pada masa itu
diperintah oleh Raja Bot dan semua
kawasan tanah dalam Sungai Raya yang
sekarang diperintah oleh Raja Daud,
yang kesemuanya itu adalah di bawah
kekuasaan Sultan Abdul Samad,
diserahkan kepada Syed Abdul Rahman,
Dato' Klana Sungei Ujong, pengganti-
penggantinya dan waris-warisnya untuk
selama-lamanya.
Dengan nasihat Kapten Murray, Residen
British di Sungei Ujong, Tunku Syed
Abdul Rahman Dato' Klana Sungei Ujong
bagi pihak dirinya, pengganti-
penggantinya dan waris-warisnya atau
sesiapa juga yang memerintah Sungei
Ujong dan bergelar Dato' Klana,
mengaku bahawa mulai saat itu
kawasan yang terletak di Seberang
Tebing Sungai Langat yang bernama
Rekoh dan semua tanah bernama Labu
adalah diserahkan kepada Sultan Abdul
Samad Selangor, pengganti-
penggantinya dan waris-warisnya untuk
selama-lamanya.

Akibat tidak dirujuk dalam perundingan


perjanjian ini, Raja Bot membantah
sekeras-kerasnya keputusan ini kerana
akan terpaksa menyerahkan Lukut. Oleh
itu, beberapa rundingan telah diadakan
sehingga dipersetujui pada 30 Julai 1880
untuk menerima keputusan perjanjian
1878 dengan syarat Raja Bot diberikan
pampasan berjumlah $2000.[5]

Rujukan
1. Ahmad Kamal Ariffin, Mohd Rus; Noor
Ain, Mat Noor; Mohamad Khairul
Anuar, Mohd Rosli (August 2020).
"Lukut, 1846-1864: Bandar Terawal Di
Selangor" (https://ejournal.ukm.my/je
bat/article/view/41451) . Jebat:
Malaysian Journal of History, Politics
& Strategy. 47 (2): 175–198 – melalui
JEBAT.
2. Gammans, L.D (December 1924).
"The State of Lukut" (https://www.jsto
r.org/stable/41559593?seq=1#metad
ata_info_tab_contents) . Journal of
the Malayan Branch of the Royal
Asiatic Society. 2 (3): 291–295.
3. "Rundingan Mengenai Pertelingkahan
Sempadan di Antara Negeri Selangor
dengan Sungai Ujong" (https://pekha
bar.com/h-i-d-s-rundingan-mengenai-
pertelingkahan-sempadan-di-antara-n
egeri-selangor-dengan-sungai-ujon
g/) . PeKhabar. 24 November 2015.
Dicapai pada 10 April 2021.
4. "Perjanjian Sempadan Selangor
Sungai Ujung" (https://pekhabar.com/
h-i-d-s-perjanjian-sempadan-selangor-
sungai-ujung/) . PeKhabar. 10
Februari 2018. Dicapai pada 10 April
2021.
5. "Perjanjian Sempadan Negeri
Selangor dan Sungai Ujung 1880" (htt
ps://wangsamahkota.wordpress.co
m/2010/06/13/kekuatan-diri/) .
Wangsa Mahkota. 13 Jun 2010.
Dicapai pada 10 April 2021.

Diambil daripada
"https://ms.wikipedia.org/w/index.php?
title=Kota_Lukut&oldid=5767688"

Laman ini kali terakhir disunting pada 18:14, 27


Januari 2023. •
Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0
kecuali jika dinyatakan sebaliknya.

You might also like