Jenayah Terhadap Kanak-Kanak - Roshakir Hakim - 20230901 - 191120 - 0000

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

JENAYAH

TERHADAP
KANAK-KANAK
ROSHAKIR HAKIM
IG:roshvkir
PENDAHULUAN
Jenayah didefinisikan sebagai perbuatan yang membawa kepada
kemungkaran ataupun mendatangkan keburukan kepada
individu. Jenayah kanak-kanak pula membawa maksud
perbuatan jahil yang dilakukan terhadap kanak-kanak kecil yang
tidak berdosa. Kita telah sedia maklum bahawa perlakuan
jenayah ini semakin memuncak di negara kita dan hal ini telah
membimbangkan banyak pihak. Jenayah yang dilakukan
terhadap kanak-kanak termasuklah jenayah rogol, penderaan,
pemerdagangan kanak-kanak serta tidak lupa juga menjadikan
kanak-kanak sebagai peminta sedekah.Hal ini amat
menyedihkan kerana kanak-kanak seharusnya mengisi masa
mereka dengan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tumbesaran
mereka dan bukannya terpaksa bekerja dan mencari rezeki untuk
orang yang telah meningkat dewasa. Sebagai rakyat Malaysia
yang sangat prihatin dengan masalah-masalah yang berlaku di
negara ini, kita hendaklah mencari solusi bagi mengurangkan
kadar jenayah kanak-kanak di negara kita ini.
PUNCA-PUNCA BERLAKU JENAYAH
TERHADAP KANAK-KANAK

1. Kelemahan sistem penjagaan kanak-kanak


2. Ketidakmampuan mengenalpasti bahaya
3. Penyalahgunaan dadah atau alkohol dalam keluarga
4. Masalah kewangan dalam keluarga
5. Gangguan emosi atau mental dalam keluarga
6. Penyertaan ibu bapa dalam kumpulan jenayah
7. Pengaruh rakan sebaya yang negatif
KESAN-KESAN JENAYAH
TERHADAP KANAK-KANAK

1. Gangguan emosi
2. Kerosakan fizikal
3. Masalah pembelajaran
4. Gangguan perkembangan sosial
5 .Ketidakpercayaan terhadap orang dewasa
6. Gangguan tidur
7. Selalu berasa dalam kecemasan dan ketakutan
8. Risiko jenayah masa depan
LANGKAH-LANGKAH
MENGATASI JENAYAH
TERHADAP KANAK-KANAK
1. Kempen kesedaran kepada masyarakat
2. Pengukuhan undang-undang perlindungan kanak-kanak
3. Peningkatan pemantauan terhadap kanak-kanak
4. Kesedaran dalam kalangan ibu bapa
5. Perkhidmatan kaunseling untuk mangsa
6. Penggunaan teknologi untuk pemantauan
7. Kerjasama agensi kerajaan dan NGO
8. Pelaporan segera terhadap kes jenayah
PENUTUP
Masalah jenayah kanak-kanak ini dapat dibendung jika semua
pihak bersatu dan mengambil peduli tentang masalah yang berlaku
di persekitaran kita. Hal ini tidak akan berterusan jika rakyat
memandang serius dengan masalah ini. Tidakkah anda takut
jikalau masalah ini berlaku kepada ahli keluarga anda sendiri?
Mahuka anak-anak anda menjadi mangsa seperti adik Nurin Jazlin
dan Nursharlinie? Oleh yang demikian, bukalah mata anda, bukalah
minda anda, bersatulah memelihara kanak-kanak kerana mereka
merupakan aset negara yang paling berharga pada masa yang
akan datang. Merekalah yang akan menyambung segala penat
lelah yang telah kita lakukan untuk membangunkan Malayasi yang
tercinta ini. Jika kita masih memandang ringan akan hal ini, maka
masalah ini akan berlarutan dan mungkin akan menjadi masalah
yang lebih dasyat pada masa akan datang jika tidak dibendung
dari sekarang.
SEKIAN,
TERIMA
KASIH

You might also like