Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

MENGARUSPERDANA PEMULIHARAAN BIODIVERSITI DI

MALAYSIA

Khairus Masnan bin Abdul Khalid

ABSTRACT

Biodiversity or biological diversity refers to the diversity of all living organisms including
wildlife, plants and micro-organisms. The benefit of biodiversity provides economic return
and social and environmental stability. However, the Millennium Ecosystem Assessment in
2005 stated that the world is facing a serious crisis of biodiversity loss. Malaysia is not
immune from these challenges. There are several factors leading to biodiversity loss, the
rapid economic growth, forest fragmentation and fragmentation in governance. In order
to halt biodiversity loss, there are calls from the Convention on Biological Diversity for
member countries to mainstream biodiversity consideration into the development process.
As one of 12 mega-biodiversity countries, Malaysia has taken several steps in the last
several decades including integration of biodiversity concern into the development process
in addressing biodiversity loss resulting from rapid economic growth. This article seeks to
further explore the concept and factors for mainstreaming biodiversity consideration in the
Malaysian context.

Kata kunci: biodiversity, integration, mainstreaming, sustainable development

PENGENALAN

Biodiversiti atau kepelbagaian biologi telah menjadi sebahagian daripada


ketamadunan manusia. Komponen biodiversiti seperti bahagian tumbuh-
tumbuhan telah digunakan oleh manusia sebagai ubat-ubatan untuk
menyembuhkan penyakit sejak beribu-ribu tahun dahulu. Daripada segi ekonomi,
biodiversiti membekalkan produk-produk kayu balak yang menjadi sumber
pendapatan penting untuk kebanyakan negara di dunia termasuk Malaysia.
Dalam konteks di Malaysia, Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan telah
melaporkan pada tahun 1995 sahaja eksport produk utama balak sudah pun
mencecah RM9.9 bilion (MoSTe, 1998). Laporan itu juga menyebut perolehan
daripada tanaman komoditi seperti getah, koko dan kelapa sawit mencecah
sebanyak RM14 bilion manakala hasil perikanan pula adalah sebanyak RM2
bilion (MoSTe, 1998). Kumari (1995) menyatakan hasil daripada produk
farmaseutikal di Semenanjung Malaysia sahaja boleh mencecah sehingga
RM145 juta. Sebagai perbandingan, laporan The Star pada Oktober 2011
menyatakan pada tahun 2010 hasil daripada industri balak mencecah RM20
bilion. Di camping itu biodiversiti juga menyumbang kepada perkhidmatan
ekosistem seperti mengurangkan kesan-kesan perubahan iklim, penampan
kepada banjir, menyediakan produk farmaseutikal, kitaran karbon, kitaran
nutrien, pendidikan dan banyak faedah-faedah lain.

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 85


Walau bagaimanapun, dunia kini berdepan dengan kemusnahan dan kepupusan
biodiversiti yang sangat membimbangkan. Laporan Millennium Ecosystem
Assessment - MEA (2005) menyatakan bahawa perubahan negatif dalam
komponen penting biodiversiti berlaku lebih pantas dalam jangka masa
lima puluh tahun kebelakangan ini. Dijangkakan keadaan keterancaman
biodiversiti ini akan berterusan dan meningkat pada masa akan datang jika
tiada apa-apa tindakan diambil. Kemerosotan dan kepupusan biodiversiti
merupakan isu dan cabaran global masa kini. Malaysia juga terpaksa
berdepan dengan cabaran yang sama.

Tadbir urus yang bersepadu dan berkesan dapat membantu pengurusan


pembangunan yang lebih mampan seterusnya dapat mengawal kemerosotan
biodiversiti. Walau bagaimanapun berhadapan dengan struktur pentadbiran
sedia ada, negara menghadapi masalah fragmentasi untuk mengarus perdana
pertimbangan pemuliharaan biodiversiti dalam perancangan pembangunan
negara. Masalah fragmentasi pentadbiran ini disebabkan oleh beberapa
perkara seperti peruntukan perlembagaan, peruntukan undang-undang dan
mandat institusi-institusi seperti yang dihuraikan di bawah. Pertamanya
Malaysia mengamalkan sistem federalisme di mana terdapat pemisahan
di antara kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri.
Perlembagaan Malaysia mengkhususkan tanggungjawab perundangan yang
jelas di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Kerajaan
Persekutuan bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan
perjanjian pelbagai hala alam sekitar, kewangan, cukai, pendidikan, kaji
selidik dan penyelidikan manakala Kerajaan Negeri pula bertanggungjawab
termasuk, antara lain, perkara-perkara berkaitan soal pengurusan hutan,
air, sungai, terusan, perlindungan penyu dan perikanan.

Pengurusan biodiversiti yang ditetapkan oleh perlembagaan tidak dapat


tidak menimbulkan konflik antara bidang kuasa kerajaan persekutuan dan
kerajaan negeri (Wee, 2011). Sementara itu faktor kedua pula terdapat
lebih kurang 20 undang-undang di Malaysia yang mempunyai impak secara
langsung dan tidak langsung kepada pemuliharaan biodiversiti (NRE, 2008b).
Antara undang-undang yang digubal mempunyai peruntukan bagi pemuliharaan
biodiversiti adalah seperti Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, Akta Taman
Negara 1980 dan Akta Perhutanan Negara 1984. Walau bagaimanapun tiada
undang-undang yang digubal untuk menangani isu yang berkaitan dengan
pemuliharaan biodiversiti yang merangkumi pemuliharaan keseluruhan fauna
dan flora. Ini menyebabkan setiap agensi mempunyai tugas-tugas tertentu
yang diperuntukkan oleh peruntukan undang-undang berkaitan. Jabatan
Perhutanan Semenanjung Malaysia misalnya bertanggungjawab melaksana
dan menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara 1984 yang hanya memberi
tumpuan kepada pengurusan flora. Manakala pengurusan dan pemuliharaan
fauna pula dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN melalui Akta Pemuliharaan
Hidupan Liar 2010.

86
Selain daripada itu, jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Perancangan Bandar
dan Desa, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian dan sebagainya mempunyai
peruntukan undang-undang yang perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan yang
memberi impak secara tidak langsung kepada pemuliharaan biodiversiti. Akhir
sekali usaha-usaha untuk mencapai status negara membangun pada tahun
2020 menyebabkan keutamaan lebih diberikan kepada kemajuan ekonomi
di mana agensi-agensi kerajaan diberi mandat dan pengkhususan tugas
yang lebih spesifik yang secara langsungnya meningkatkan lagi fragmentasi
pentadbiran yang berkaitan pemuliharaan biodiversiti.

Ramai pakar-pakar pemuliharaan biodiversiti berpendapat masalah


fragmentasi hanya boleh diatasi jika keperluan pemuliharaan diintegrasikan
atau disepadukan ke dalam perancangan dan pelaksanaan pelan, program
dan aktiviti-aktiviti sektor-sektor lain sebagai salah satu bentuk joined-
up government. Malah Pienkowski et al (1996) menyatakan bahawa bagi
menjayakan pemuliharaan biodiversiti, is perlu diintegrasikan dan disepadukan
ke dalam domain dasar yang lebih besar, di luar daripada domain biodiversiti
itu sendiri, seperti dasar-dasar guna tanah, pertanian dan sebagainya.
Kivimaa a Mickwitz (2006) menyatakan bahawa integrasi prinsip-prinsip
alam sekitar ke dalam domain dasar-dasar sektor lain terutamanya dasar-
dasar yang berkaitan pembangunan dianggap sebagai kritikal bagi menangani
masalah alam sekitar termasuk kepupusan biodiversiti. Sehubungan dengan
itu kertas ini akan membincangkan konsep mengarus perdana keperluan
pemuliharaan biodiversiti, faktor-faktor penyumbang dan cadangan kepada
proses mengarus perdana dalam konteks di Malaysia.

KONSEP INTEGRASI DAN MENGARUS PERDANA

Fragmentasi bukanlah satu masalah baru dalam pemuliharaan alam sekitar


memandangkan isu-isu alam sekitar yang sememangnya melangkaui pelbagai
sektor ekonomi. Fragmentasi juga boleh berpunca daripada orientasi agensi-
agensi yang telah diberi tugas spesifik yang mengutamakan pengkhususan
seperti yang telah dihuraikan pada seksyen terdahulu. Perdebatan antara
agensi yang berorientasikan pelbagai fungsi dan agensi-agensi yang
mengutamakan pengkhususan merupakan ciri-ciri utama dalam pemikiran
dan kajian tadbir urus. Idea bahawa pengkhususan organisasi merupakan
asas pentadbiran yang baik telah dapat dikesan melalui doktrin Adam Smith
dan Jeremy Bentham. Manakala doktrin bertentangan yang menyatakan
bahawa penyatuan adalah baik dan organisasi seharusnya lebih berperanan
sebagai agensi pelbagai fungsi telah dikemukakan oleh, antara lain, Sir
Edwin Chadwick dan Karl Marx (Hood dan Jackson, 1991).

Selepas Perang Dunia Kedua agensi-agensi pengkhususan (specialisation


agency) telah mengambil tempat utama dalam pentadbiran dan tadbir urus
kerajaan-kerajaan di dunia. Perdana Menteri Britain Tony Blair adalah antara

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 87


pendukung kuat kepada pengkhususan agensi. Semasa pentadbiran Tony
Blair sekitar tahun 80an dan 90an, pengkhususan agensi berkembang dengan
pesat. Walaupun pengkhususan berkemungkinan meningkatkan profesionalisme
sesuatu agensi tetapi pada masa yang sama ramai pengkritik mendakwa
pengkhususan menyumbangkan kepada masalah fragmentasi tadbir urus.
Pengkhususan bidang tugas antara Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
dan Jabatan PERHILITAN misalnya telah menunjukkan sedikit sebanyak
fragmentasi dalam pemuliharaan biodiversiti di Malaysia. Sehubungan
dengan itu terdapat banyak saranan dibuat bagi penyatuan dan integrasi
agensi-agensi kerajaan dalam bentuk joined-up government.

Integrasi keperluan pemuliharaan biodiversiti ke dalam proses pembangunan


sudah menjadi prinsip utama dalam Persidangan Rio 1992, Konvensyen
Kepelbagaian Biologi (Convention on Biological Diversity [CBD]) dan
komitmen antarabangsa yang lain, dan telah diterima pakai oleh banyak
kerajaan di dunia (Pienkowski et al., 1996). Malah, integrasi perlindungan
alam sekitar ke dalam proses pembangunan merupakan prinsip utama
pembangunan lestari itu sendiri. Perkara 6 prinsip-prinsip CBD meminta
negara-negara peserta untuk mengintegrasikan, seboleh-bolehnya dan
sebagaimana sesuai, pemuliharaan dan penggunaan lestari biodiversiti
ke dalam rancangan, pelan, program dan aktiviti ke dalam sektor-sektor
berkaitan seperti sektor pertanian, pembangunan bandar, infrastruktur,
guna tanah dan sebagainya (CBD, 2003). Perkara 10(a) prinsip-prinsip
CBD juga menyeru negara peserta untuk mengintegrasikan pertimbangan
pemuliharaan dan penggunaan mampan sumber biologi semasa membuat
keputusan-keputusan dasar pembangunan negara (CBD, 2003). Keperluan
untuk mengintegrasikan pemuliharaan biodiversiti ke dalam penggubalan
dan pelaksanaan semua dasar sektor telah menjadi dasar panduan prinsip
di EU (Kivimaa Et Mickwitz, 2006).

Dalam konteks di Malaysia, keperluan integrasi dan mengarus perdana keperluan


pemuliharaan biodiversiti telah dinyatakan dengan jelas sejak Rancangan
Malaysia keTiga (RMK3) lagi. Malah Rancangan Malaysia keSepuluh (RMK10)
telah memberi komitmen supaya pemuliharaan biodiversiti diarusperdanakan
dalam proses pembangunan negara (Malaysia, 2010). RMK10 memperkenalkan
terma mengarus perdana keperluan alam sekitar buat pertama kalinya dalam
rancangan Malaysia (Malaysia 2010, muka surat 26) seperti di bawah:

"Malaysia dianugerah dengan kekayaan alam semula jadi seperti


biodiversiti flora dan fauna, minyak dan as serta air. Mengarus
perdana pertimbangan alam sekitar akan dilaksana terutamanya
dalam perancangan ekonomi negara bagi memastikan kemapanan
pengurusan sumber. Dalam hal ini, aspek penting bagi kemapanan
tersebut adalah meletakkan nilai yang sewajarnya terhadap sumber
alam sekitar melalui penilaian kos lepas dan impak pelaburan awam
atau swasta ke atas alam sekitar".

88
RMK10 juga dengan jelas menyatakan keperluan mengarus perdana pertimbangan
biodiversiti (Malaysia 2010, muka surat 323) seperti di bawah:

"Malaysia dikurniai dengan kekayaan biodiversiti hutan dan marin serta


diiktiraf antara negara di dunia yang mempunyai mega biodiversiti.
Bagi melindungi aset ini, Kerajaan telah menerima pakai Common
Vision on Biodiversity yang menggalakkan pelaksanaan pendekatan
tiga-serampang merangkumi pengukuhan Sistem Kawasan Perlindungan,
pengurusan landskap serta mengarusperdana biodiversiti".

Takrifan mengarus perdana dari grey literature seperti dokumen-dokumen


daripada CBD, Bank Dunia dan organisasi antarabangsa berkaitan banyak
menghuraikan konsep integrasi dan mengarus perdana. Walaupun begitu,
is tidak membincangkan konsep integrasi dengan lebih mendalam seperti
apakah kaedah dan perkara yang perlu diintegrasikan untuk tujuan mengarus
perdana yang efektif. Dengan analisa konsep integrasi yang lebih mendalam,
Scrase Et Sheate (2002) telah mengktasifikasikan 14 makna integrasi dalam
penilaian alam sekitar dan tadbir urus seperti dalam Jadual 1 di bawah. Kajian
mereka menyokong akan keperluan pertimbangan alam sekitar diintegrasikan
ke dalam tadbir urus bagi menggalakkan perubahan positif alam sekitar.
Maka pemuliharaan alam sekitar hendaklah pertamanya diterapkan dalam
budaya tadbir urus. Penerapan nilai menjaga dan menghargai alam sekitar
juga hendaklah diterapkan ke dalam segenap lapisan masyarakat melalui
media supaya perubahan positif alam sekitar dapat berlaku.

Jadual 1: Kategori Integrasi dalam Penilaian Alam Sekitar dan Tadbir


Urus

Bil. Integrasi Fokus Kategori


1 Integrasi keperluan alam sekitar Nilai alam sekitar Kategori I
ke dalam tadbir urus (governance) Menggalakkan
Perubahan positif alam
sekitar
2 Integrasi kepentingan alam sekitar Air, tanah dan
ke dalam media udara
3 Pengurusan alam sekitar bersepadu Ekosistem

4 Integrasi sumber maklumat Fakta, data Kategori II


Potensi kepada
5 Integrasi vertikal perancangan dan Peringkat kerajaan
perubahan positif
pengurusan
alam sekitar jika
6 Integrasi pengurusan alam sekitar Sistem disokong oleh faktor
(produksi) kejuruteraan Kategori I
7 Alm sekitar, ekonomi Nilai pembangunan
dan masyarakat
8 Integrasi merentas domain dasar Fungsi tadbir urus
(integration across policy domain)
9 Integrasi model ekonomi Sistem

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 89


Bil. Integrasi Fokus Kategori

10 Integrasi stakeholder ke dalam tadbir Penyertaan


urus
11 Integrasi antara medium penilai Metodologi/
(assessment tool) prosedur
12 Integrasi medium penilai ke dalam Konteks dasar/
tadbir urus pembuat
keputusan

13 Integrasi keperluan perniagaan ke dalam Nilai kapitalis Kategori III


tadbir urus Tidak membawa
perubahan positif
14 Integrasi keperluan kesaksamaan Nitai kesaksamaan
(equity) ke dalam tadbir urus

Sumber: Adaptasi daripada Scrase Et Sheate (2002)

Kajian Scrase Et Sheate (2002) juga menyatakan integrasi sumber maklumat,


integrasi vertikal tadbir urus, integrasi merentas dasar, penyertaan
stakeholder, pengurusan alam sekitar yang bersepadu juga penting dalam
menggalakkan perubahan alam sekitar yang positif. Manakala integrasi
prinsip-prinsip kapitalis yang berorientasikan pro-perniagaan ke dalam tadbir
urus selalunya tidak membawa perubahan positif kepada alam sekitar.
Mengarus perdana merupakan kesinambungan kepada proses integrasi di
mana proses pengintegrasian akhirnya akan membawa isu-isu yang hendak
diintegrasikan menjadi isu-isu arus perdana.

Mengarus perdana merujuk kepada mengintegrasi konsep-konsep tertentu


ke datam beberapa domain dasar lebih luas yang mempunyai fokus disiplin
lain (Huntley Et Petersen, 2005). Huntley Et Petersen (2005) menyediakan
suatu takrif mengarusperdana biodiversiti seperti berikut:

"Mengarus perdana biodiversiti melibatkan integrasi prinsip-prinsip


pemuliharaan don penggunaan lestari biodiversiti ke dalam dasar,
rancangan-rancangan, program-program dan sistem pengeluaran di
mana turnpuan utama dahulunya hanya kepada pengeluaran, aktiviti
ekonomi, dan pembangunan daripada kesan-kesan sama ada baik
atau tidak kepada pemuliharaan dan kesejahteraan biodiversiti"

Mengarus perdana biodiversiti memerlukan integrasi prinsip-prinsip


pemuliharaan ke dalam dasar, pelan dan program aktiviti-aktiviti ekonomi
dan pembangunan. Selari dengan dapatan kajian Scrase Et Sheate (2002),
mengarusperdana biodiversiti boleh ditakrifkan sebagai mengintegrasikan
pertimbangan keperluan memulihara biodiversiti ke dalam dasar, pelan-pelan,
program dalam aktiviti ekonomi. Selain daripada keperluan menimbangkan
pemuliharaan biodiversiti ke dalam perancangan sektor-sektor berkaitan,
pertimbangan keperluan pemuliharaan biodiversiti juga penting untuk
diintegrasikan ke datam perancangan pentadbiran kerajaan di peringkat

90
kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Menurut Cowling et al (2002) mengarusperdana didefinisikan sebagai:

"... memasukkan (mengintegrasikan) pertimbangan pemuliharaan


alam sekitar ke dalam keputusan institusi-institusi yang memandu
dasar pembangunan sektor negara, peraturan-peraturannya, pelan-
pelannya, rancangan-rancangan pelaburan dan pelan tindakan
serta pelaksanaan. la akan menghasilkan pemahaman lebih balk
akan keupayaan aset-aset alam sekitar, akibat-akibat kepada alam
sekitar, dan impak sebenar kepada pembangunan pada persekitaran.
la mengambil tempat di peringkat nasional, peringkat sub-nasional
dan / atau peringkat tempatan, dan (dalam) proses yang mana
keputusan pertimbangan alam sekitar dibuat".

Proses mengarusperdana memerlukan juga integrasi keperluan pemuliharaan


biodiversiti ke dalam teras perancangan dasar-dasar dan pentadbiran serta
penyelarasan antara kerajaan nasional, kerajaan negeri dan pihak berkuasa
tempatan. Mengarusperdana biodiversiti sepatutnya menjadi sebahagian penting
dalam merancang, membuat keputusan dan pelaksanaan dasar, pelan dan
program dalam setiap peringkat pentadbiran kerajaan. Mengarusperdana ialah
satu pendekatan komprehensif pemuliharaan bagi memastikan pemuliharaan
biodiversiti diambil kira oleh setiap peringkat kerajaan semasa membuat
keputusan dan pelaksanaan dasar-dasar pentadbiran dan pembangunan (NRE,
2008a). Dengan cara ini, integrasi keperluan pemuliharaan biodiversiti dapat
dibuat awal dalam proses membuat keputusan dan dapat meningkatkan
lagi jaminan peluang pemuliharaan biodiversiti.

METODOLOGI

Kajian mengarusperdana keperluan pemuliharaan biodiversiti merupakan satu


kajian yang agak baru di Malaysia. Rasional bagi melakukan kajian seperti
ini adalah untuk memahami dengan mendalam akan konsep yang dikaji
dan seterusnya membentuk saranan dan cadangan yang boleh digunakan
pada masa hadapan (Yin, 2003). Kajian ini lebih merupakan satu kajian
tinjauan (exploratory research) untuk memahami dan mendalami konsep
mengarusperdana dan integrasi dalam konteks pemuliharaan biodiversiti di
Malaysia. Menurut Bouma (2000), strategi penyelidikan yang bersesuaian
untuk kajian seperti ini ialah penyelidikan kualitatif dengan menggunakan
kajian kes kerana kajian ini melibatkan dimensi pembentukan, penggubalan
dan perancangan dasar kerajaan. Hasil akhir kajian ialah dapat menyediakan
asas kepada pembuat dasar dalam mengurus dan memulihara biodiversiti di
Malaysia secara yang lebih berkesan bagi mencapai aspirasi pembangunan
lestari yang telah pun digariskan dalam pelbagai rancangan-rancangan
Malaysia.

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 91


Kivimaa a Mickwitz (2006) menyatakan bahawa proses integrasi dan proses
seterusnya iaitu proses mengarusperdana boleh berlaku pada kitaran dasar
sama ada pada peringkat strategi dasar atau di peringkat pelaksanaan melalui
program-program yang dijalankan. Oleh itu, kertas ini memfokuskan kepada
proses integrasi dan mengarusperdana terutamanya di peringkat strategik
dan program serta projek bagi memahami konsep mengarusperdana dan
faktor-faktor penyumbang proses mengarusperdana keperluan biodiversiti
dalam perancangan dasar pembangunan negara. Dengan mengambil kira
perkara di atas kajian ini mengenal pasti dua rangka institusi dan dua
projek sebagai kajian kes untuk memberikan pemahaman mendalam
tentang proses mengarusperdana dan faktor-faktor penyumbang kepada
proses mengarusperdana di peringkat penggubalan dan pelaksanaan dasar.
Rangka kerja dan projek yang dipilih sebagai kajian kes adalah seperti di
bawah:-

Majlis Biodiversiti Bioteknologi Negara (MBBN)

Kajian kes ini dipilih untuk menilai dan mengkaji proses mengarusperdana
di peringkat strategik penggubalan dasar dan pentadbiran. MBBN merupakan
rangka kerja proses mengintegrasikan keperluan pemuliharaan biodiversiti ke
dalam beberapa sektor berkepentingan dan di semua peringkat pentadbiran
kerajaan di mana Kementerian Sumber Asti dan Alam Sekitar merupakan
agensi penerajunya. MBBN juga merupakan rangka kerja tertinggi pengurusan
dan pemuliharaan biodiversiti di Malaysia. Majlis ini ditubuhkan pada 2001
dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan dianggotai oleh
10 Menteri Persekutuan berkaitan dan kesemua Ketua Eksekutif Kerajaan
Negeri.

Rancangan Fizikal Nasional (RFN)

RFN dipilih kerana mewakili rangka kerja dasar bukan-hijau yang menyediakan
analisa rangka kerja mengarusperdana di peringkat strategik dasar. RFN
dilancarkan pada tahun 2005 dan diterajui oleh Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama
sokongan Kerajaan-Kerajaan Negeri. la bermatlamat untuk merancang
pelan pembangunan bagi mencapai pembangunan lestari menjelang 2020.
RFN digubal, dilaksanakan dan dipantau oleh Majlis Perancangan Fizikal
Negara (MPFN) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan
dianggotai oleh beberapa Menteri Persekutuan dan kesemua Ketua Eksekutif
Kerajaan Negeri. RFN mengenal pasti usaha pemuliharaan biodiversiti
melalui Pelan Induk Central Forest Spine. RFN dan MPFN menyediakan
platform mengintegrasikan keperluan pemuliharaan biodiversiti ke dalam
perancangan pembangunan negara.

92
Projek Pemuliharaan Hutan Paya Gambut Pahang Tenggara (HPGPT)

Kajian kes ini dipilih untuk menilai dan mengkaji proses mengarusperdana
di peringkat program dan projek iaitu peringkat pelaksanaan dasar. Projek
pemuliharaan Hutan Paya Tanah Gambut Pahang Tenggara merupakan usaha
kerjasama Kementerian Sumber Asti dan Alam Sekitar menerusi Institut
Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sebagai agensi peneraju dan United
Nation Global Enviromental Facilities (GEF) sebagai penyumbang utama dana
projek. Projek ini diterajui oleh FRIM dengan kerjasama Kerajaan Negeri
Pahang. Objektif utama projek ini ialah untuk meningkatkan keupayaan
pemuliharaan dan penggunaan lestari kepelbagaian genetik, spesies dan
ekosistem Hutan Paya Tanah Gambut yang mempunyai kepentingan global
di Malaysia. Projek ini menyumbang kepada pelaksanaan Dasar Kepelbagaian
Biologi Kebangsaan (DKBK), Rancangan-rancangan Malaysia (RMK) dan
Rancangan Fizikal Negara. Projek ini merupakan usaha-usaha mengintegrasikan
keperluan pemuliharaan biodiversiti ke dalam perancangan pembangunan
negeri. Kos projek ini ialah USD 13 juta yang dibiayai bersama oleh GEF
dan Kerajaan Malaysia.

Pembinaan Viaduct Laluan Hidupan Liar di Felda Aring Kelantan - Projek


Lebuh Raya Pengkalan Gawi

Pembinaan viaduct atau jejambat lintasan hidupan liar dipilih kerana ia


mewakili rangka kerja bukan hijau dalam mengarusperdana pertimbangan
biodiversiti di peringkat projek yang juga peringkat pelaksanaan dasar.
Kerajaan Malaysia melalui inisiatif Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan
kerjasama Jabatan PERHILITAN, Kementerian Sumber Asti dan Alam Sekitar,
telah bersetuju untuk membina viaduct atau jejambat lintasan hidupan liar
di Pakej 6 lebuh raya Simpang Pulai-Kuala Berang dari Aring di Kelantan
ke Jambatan Pasir Pulau di Terengganu bagi menimbangkan keperluan
pemuliharaan biodiversiti dalam pembinaan projek lebuh raya. Jejambat
lintasan hidupan liar itu dibina di lebuh raya melalui hutan tanah rendah
merentasi beberapa rizab hutan. Kos bagi pembinaan jejambat ini dilapor
sebanyak RM30 juta dan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan. Pembinaan
viaduct ini meningkatkan kualiti pemuliharaan hidupan liar di kawasan
terlibat kerana ia membolehkan hidupan di sebelah menyebelah lebuh
raya bergerak kedua-dua arah melalui laluan yang disediakan oleh viaduct
tersebut untuk mendapatkan makanan, tempat membiak, kawasan berlegar
dan juga menghindar hidupan-hidupan liar ini dari bertembung dengan
kenderaan. Pembinaan viaduct secara langsung menggambarkan komitmen
agensi-agensi pembangunan seperti JKR dalam memberi pertimbangan
pemuliharaan biodiversiti ke dalam perancangan pembangunan negara.

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 93


PERBINCANGAN

Mengarusperdana biodiversiti merupakan satu proses di mana matlamat


akhirnya adalah supaya kesejahteraan biodiversiti terpelihara serta diangkat
menjadi isu arus perdana proses pembangunan. Bagi memastikan proses
mengarusperdana mencapai matlamatnya, elemen-elemen kajian Scrase Et
Sheate (2002) seperti integrasi pemuliharaan biodiversiti ke dalam tadbir
urus perlu dilaksanakan pada peringkat strategik kitaran dasar seperti
rangka institusi MBBN dan MPFN atau di peringkat pelaksanaan perancangan
proses pembangunan seperti yang dilihat dalam kajian kes projek HPGPT
dan projek laluan hidupan liar, viaduct.

Proses mengarusperdana memerlukan struktur, sistem, prosedur, cara


kerja dan proses serta sokongan stakeholders. Secara amnya kertas ini
mendapati struktur, sistem, prosedur dan program mengarusperdana dalam
konteks di Malaysia telah pun disediakan melalui rangka-rangka institusi
seperti MBBN, Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN), Rancangan Fizikal
Negara, Kementerian Sumber Asti dan Alam Sekitar dan Rancangan-rancangan
Malaysia. Institusi dan pelan rancangan telah menyediakan platform bagi
mendapat sokongan dan komitmen agensi-agensi pelbagai sektor yang
berterusan bagi pemuliharaan biodiversiti. Rangka kerja sedia ada juga
dapat memberi kesedaran kepada semua pemain sektor bagi memastikan
keperluan pemuliharaan biodiversiti dan ekosistem diambil kira dalam
perancangan pelan kebangsaan, proses bajet, strategi sektor dan pelaksanaan
peringkat tempatan. Projek-projek seperti projek pemuliharaan tanah
gambut HPGPT dan projek pembinaan viaduct menunjukkan bahawa proses
mengintegrasikan dan mengarusperdana keperluan pemuliharaan biodiversiti
boleh dilaksanakan dalam konteks di Malaysia.

Walau bagaimanapun, masih terdapat kepincangan daripada segi pelaksanaan


dan pemantauan yang kadang kata melemahkan rangka-rangka kerja sedia
ada bagi mengatasi masalah-masalah fragmentasi pentadbiran. Keutamaan
yang diberikan kepada pembangunan ekonomi masih menjadi faktor utama
penghalang kepada proses mengarusperdana keperluan pemuliharaan
biodiversiti. Berdasarkan kepada kajian-kajian kes, kertas ini telah mengenal
pasti beberapa faktor penyumbang kepada proses mengarusperdana seperti
di bawah:

i) Komitmen politik

Dapatan daripada empat kajian kes menunjukkan bahawa komitmen politik


sama ada daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan
Tempatan adalah kritikal bagi proses mengarusperdana. la menyediakan titik
permulaan (entry point) dan platform yang baik bagi menjamin kejayaan
proses mengarusperdana. Kejayaan pelaksanaan projek HPGPT contohnya

94
membuktikan perkara tersebut. Dalam rangka institusi sedia ada keperluan
komitmen politik di peringkat tertinggi boleh dicorakkan melalui MBBN,
MPFN dan RFN dalam menyelaraskan, melaksana dan memantau pelaksanaan
dasar-dasar, program dan operasi yang memenuhi keperluan jangka pendek
dan jangka panjang pembangunan lestari dan menggalakkan pendekatan
pro-aktif bagi mengelak usaha-usaha ad hoc pada saat-saat akhir yang
tidak membantu pemuliharaan biodiversiti.

ii) Memperkukuhkan Proses Integrasi melalui Perkongsian Strategik

Mengarusperdana memerlukan dan melibatkan proses integrasi dan koordinasi


di antara semua pihak berkepentingan. Ia memerlukan objektif, prosedur dan
metodologi pemuliharaan biodiversiti diintegrasikan ke dalam perancangan
sektor-sektor berkepentingan dan di semua peringkat pentadbiran kerajaan.
Integrasi merupakan pendekatan 'dila hala' di mana pendekatan alam
sekitar dan pembangunan disepadukan dan diselaraskan pelaksanaannya.
Integrasi bukan dari satu arah sahaja iaitu daripada aliran pemuliharaan
ke pembangunan, is boleh juga dari kedua-dua arah di mana seperti dalam
kajian kes pembinaan laluan hidupan liar viaduct, agensi bukan hijau JKR
telah memainkan peranan yang penting dalam perancangan dan pelaksanaan
pembinaan viaduct tersebut. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh
agensi bukan hijau JPBD dalam perancangan dan pelaksanaan Pelan Induk
Central Forest Spine (CFS), Rancangan Fizikal Negara. RFN misalnya
menyediakan pendekatan integrasi yang berkesan dalam pengurusan guna
tanah di camping meningkatkan kualiti ekosistem dalam menangani isu-
isu fragmentasi. RFN merupakan platform dalam mengintegrasikan isu-isu
biodiversiti ke dalam pelan pembangunan. Malah Pelan Induk CFS dalam
RFN telah menyediakan garis panduan yang telah memberi mandat kepada
pelaksanaan projek HPGPT dan projek pembinaan viaduct.

Dapatan kajian kes menunjukkan bahawa kaedah dan arah mengarusperdana


top-down dan bottom-up mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri.
Apa yang diperlukan ialah kedua-dua kaedah ini perlu digarapkan kerana
bagi membolehkan proses mengarusperdana berlaku, pilihan terbaik yang
terdapat dalam senario semasa adalah bagi memastikan suatu perkongsian
pemuliharaan terbentuk di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri
dan Kerajaan Tempatan dan di antara agensi hijau dan agensi bukan hijau.
Proses mengarusperdana harus membangunkan dasar strategik yang luas di
peringkat kebangsaan, yang dipersetujui dan disokong oleh stakeholder di
kalangan semua sektor sama ada di peringkat kementerian persekutuan
dan yang paling penting sokongan daripada kerajaan negeri dan pihak
berkuasa tempatan. Proses mengarusperdana harus menggunakan kombinasi
pendekatan top-down dan bottom-up. Ia mesti bergerak dari kedua-dua
arah sama ada dari agensi hijau atau agensi bukan hijau seperti dihurai
dalam model inside-out dan ouside-in.

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 95


iii) Penumpuan kepada Sektor-sektor Utama

Fokus seharusnya ditumpukan kepada sektor-sektor yang boleh memberi impak


sama ada positif dan negatif kepada kesejahteraan biodiversiti. Sektor-sektor
ekonomi, antaranya seperti pertanian, infrastruktur, pembangunan bandar,
industri dan pelancongan seharusnya diberi penumpuan untuk usaha-usaha
mengarusperdana. Hasil dapatan kajian kes kedua-dua projek mendapati
sektor-sektor ekonomi merupakan sektor-sekor penting yang memerlukan
keperluan pemuliharaan diintegrasikan dalam perancangan dan pelaksanaan
dasar-dasarnya.

Hubungan antara pembangunan dan pemuliharaan hendaklah dijelaskan


kepada sektor-sektor tersebut seperti dalam projek HPGPT hubungan
antara aktiviti ekonomi seperti pembalakan dan pemuliharaan biodiversiti
diperjelaskan kepada stakeholder yang berkepentingan. Dalam projek HPGPT
kepentingan pemuliharaan dikaitkan dengan pengeluaran balak di mana
sumber-sumbernya hanya dapat dikekalkan dan diuruskan secara lestari
jika pemuliharaan biodiversiti dimantapkan. Maka terdapat penerimaan
daripada Kerajaan Negeri yang seterusnya menjadi agensi peneraju yang
menjayakan projek pemuliharaan tersebut. Kaedah sebegini juga boleh
diadaptasi kepada sektor-sektor lain yang juga penting seperti sektor
pendidikan dan kesihatan yang boleh membantu dan seterusnya menyokong
dalam meningkatkan proses mengarusperdana pertimbangan biodiversiti.

iv) Mengenal pasti dan Melahirkan Juara atau Champion

Mengarusperdana keperluan pemuliharaan biodiversiti memerlukan minda baru


dan berani mengambil risiko oleh agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan
dalam mencapai keseimbangan antara pembangunan dan kesejahteraan
biodiversiti. Faedah-faedah pemuliharaan biodiversiti harus dimaklumkan,
dibahaskan dan disebarkan. Dengan erti kata lain pemuliharaan biodiversiti
memerlukan champion atau juara. Jelas dalam projek HPGPT, FRIM dan
Pihak Kerajaan Negeri telah dapat mengambil peranan tersebut. Maka
hasilnya kawasan-kawasan hutan simpan bagi tujuan pemuliharaan baru
telah dapat diwartakan dan diwujudkan. Manakala bagi projek pembinaan
laluan hidupan liar viaduct pula pihak JKR dengan dibantu oleh Jabatan
PERHILITAN telah memainkan peranan tersebut. JPBD pula merupakan
agensi peneraju yang komited dalam membina dan melaksana Pelan Induk
Central Forest Spine dalam RFN. Jika pemuliharaan biodiversiti hendak
dijadikan agenda arus perdana, champion atau juara tersebut hendaklah
dikenal pasti dan diberi mandat sewajarnya.

Agen mengarusperdana seperti Kementerian Sumber Asti dan Alam Sekitar


juga harus mengenal pasti dan melahirkan juara di kalangan agensi bukan
hijau dalam perancangan pembangunan di masa hadapan. Tipping point

96
atau titik perubahan perlu dicapai dalam merealisasikan pemuliharaan
biodiversiti. Kerjasama agensi hijau dan agensi-agensi bukan hijau adalah
kritikal supaya titik perubahan tersebut dapat dicapai di mana pemuliharaan
biodiversiti pada masa hadapan bukanlah lagi perkara yang asing dalam
arus perdana pembangunan di Malaysia.

v) Keperluan Data Biodiversiti dan Instrumen

Swisderka (2002) menyatakan bahawa proses pembangunan tidak dapat tidak


akan meletakkan had ke atas pemuliharaan bodiversiti. Opsyen menang-
menang antara pembangunan dan pemuliharaan biodiversiti selalunya
tidak dapat direalisasikan kerana tiada kefahaman yang mendalam akan
faedah-faedah ekonomi dan kepentingan biodiversiti. Pembuat dasar
dan perancang pembangunan selalunya tidak mempunyai akses kepada
maklumat mengenai nilai-nilai biodiversiti. Ini menyebabkan kecenderungan
perancangan strategi sektor untuk menumpukan hanya kepada kepentingan
ekonomi jangka pendek, tanpa mengambil kira kesan jangka panjang ke
atas sumber-sumber biodiversiti yang boleh memberi nilai ekonomi kepada
masyarakat tempatan dan pembangunan negara.

Oleh itu, salah satu cara untuk menyediakan pembuat keputusan dengan
maklumat yang bermakna adalah melalui data biodiversiti yang komprehensif
dan berkualiti. Dapatan hasil kajian daripada kes kedua-dua projek HPGPT
dan projek viaduct membuktikan bahawa keperluan data biodiversiti
yang komprehensif adalah penting bagi proses pemuliharaan biodiversiti.
Kebanyakan pengumpulan maklumat biodiversiti dibuat secara ad-hoc dan
berbentuk sektor oleh jabatan-jabatan tertentu di mana maklumat jarang
dikongsi bersama. Oleh itu, sistem pengurusan maklumat kebangsaan
harus diwujudkan sebagai kaedah bagi membantu pihak pembuat dasar
membuat keputusan yang tepat berdasarkan bukti saintifik ke arah mencapai
objektif pemuliharaan dan menyediakan pemantauan jangka panjang dalam
pemuliharaan biodiversiti.

Proses mengarusperdana memerlukan instrumen yang sesuai dan berkesan.


Kajian kes pembinaan viaduct misalnya telah mengenal pasti instrumen-
instrumen penting seperti EIA. Pembinaan viaduct tersebut adalah sebenarnya
hasil daripada laporan EIA. EIA harus diperkukuhkan lagi dengan meluaskan
skop pemuliharaan biodiversiti dalam penilaiannya.

vi) Penentuan Sasaran dan Pemantauan

Bagi merealisasikan proses mengarusperdana, sasaran dan kriteria


pemuliharaan biodiversiti hendaklah ditetapkan. Sasaran mestilah sesuatu
yang boleh diukur dan boleh dicapai. RFN melalui Pelan Induk CFS
misalnya memberi sasaran yang jelas dan boleh dicapai. Hasil daripada

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 97


itu projek HPGPT dilancarkan bertujuan mencapai matlamat Pelan Induk
CFS tersebut. Projek laluan hidupan liar, atau viaduct juga bertujuan
menangani masalah fragmentasi hutan yang digariskan oleh Pelan Induk
CFS. Justeru itu sasaran yang ringkas dan mudah dicapai perlu bagi proses
mengarusperdana berlaku. Pemantauan juga penting bagi memastikan isu-
isu pemuliharaan biodiversiti diintegrasikan dalam pembangunan negara.
Pemantauan merupakan kelemahan dalam struktur institusi di Malaysia. Jika
isu pemantauan ini dapat dipertingkatkan melalui peningkatan kapasiti dan
keupayaan sekretariat MBBN atau MPFN, proses mengarusperdana mempunyai
peluang yang lebih besar untuk berjaya.

vii)Meningkatkan Kesedaran

Kesedaran kepentingan biodiversiti dalam setiap sektor, institusi, pentadbiran


dan orang awam secara amnya adalah penting. Kesedaran yang tinggi
terhadap kepentingan pemuliharaan biodiversiti boleh mempercepatkan
proses mengarusperdana. Pelaksanaan kedua-dua projek HPGPT dan projek
pembinaan viaduct menjadi kenyataan kerana terdapat kesedaran kepentingan
pemuliharaan biodiversiti yang tinggi di semua peringkat pentadbiran.
Kesedaran sebenarnya merupakan kunci kepada proses mengarusperdana.
Tipping point atau titik perubahan boleh dipercepatkan jika terdapat
kesedaran yang tinggi di semua peringkat pentadbiran lebih-lebih lagi di
kalangan masyarakat.

RUMUSAN

Mengarusperdana dalam kajian ini didefinisikan sebagai mengintegrasikan


keperluan pemuliharaan biodiversiti ke dalam perancangan dan pelaksanaan
dasar sektor-sektor berkaitan dan di semua peringkat pentadbiran sama
ada di peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-kerajaan Negeri ataupun
Pihak Berkuasa Tempatan. Integrasi keperluan pertimbangan biodiversiti
berupaya menyelesaikan masalah fragmentasi dan seterusnya boleh membawa
perubahan yang positif kepada pemuliharaan biodiversiti. Matlamat akhir
mengarusperdana ialah bagi menjadikan pemuliharaan biodiversiti sebagai
agenda arus perdana dalam perancangan dan proses pembangunan.

Mengarusperdana seharusnya berlaku dalam dua arah seperti ditunjukkan


dalam Gambar rajah 1 di bawah. Pertama mengarusperdana keperluan
pemuliharaan biodiversiti seharusnya datang dari institusi hijau seperti
daripada kerangka institusi seperti MBBN. Di sini agensi hijau seperti
Kementerian Sumber Asti dan Alam Sekitar menetapkan agenda dan menjadi
penggerak utama dalam memastikan keperluan pemuliharaan diintegrasikan ke
dalam perancangan sektor dan perancangan pembangunan Kerajaan-kerajaan
Negeri terbabit melalui kerangka MBBN. lni boleh dilihat sebagai proses
inside-out di mana integrasi bergerak daripada domain dasar dan aktiviti

98
biodiversiti kepada domain dasar dan aktiviti pembangunan, ekonomi dan
sosial. Dengan erti kata lain integrasi pemuliharaan biodiversiti bermula
dan digerakkan oleh agensi hijau.

Model Inside-out dan Ouside-in

Integrasi juga seharusnya dilaksanakan oleh agensi bukan hijau daripada


sektor perancangan pembangunan seperti rangka kerja MPFN dan RFN. Arah
integrasi keperluan biodiversiti outside-in ini datangnya dari agensi bukan
hijau seperti JPBD dan JKR seperti yang ditunjukkan oleh Gambar rajah 1.
Proses integrasi ini dilihat lebih pantas kerana agensi yang terlibat merupakan
perancangan sektor pembangunan itu sendiri. Jika aktor-aktor sektor lain
seperti pertanian, pelancongan, perdagangan, infrastruktur dan sebagainya
dapat mengadaptasi model outside-in ini, dipercayai proses integrasi akan
berlaku lebih cepat lagi dan menjadikan pemuliharaan biodiversiti sebagai
salah satu agenda utama (mainstream) dalam proses pembangunan.

Domain Dasar utama


(Pemban:gunan, ekononi), sosial)

RMK
• RFN
• MPFN
• Agensi bukan hijau

CBD
ftABBN
DKBK
KSAAS
ensi iiiau

Gambar rajah 1

Walau bagaimanapun, proses mengarusperdana outside-in mahupun model


inside-out memerlukan pengukuhan rangka institusi sedia ada, kepakaran,
data, maklumat dan sasaran yang selalunya diperoleh daripada kepakaran
agensi-agensi hijau. Untuk itu adalah dicadangkan, antaranya:

i. Mengukuhkan peranan Kementerian Sumber Asti dan Alam Sekitar


dan agensi-agensi di bawahnya yang mempunyai kepakaran teknikal
berkaitan biodiversiti sebagai badan perunding kepada sektor-sektor
lain bagi mempercepatkan proses integrasi;

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 99


ii. Memperkukuhkan dan mengoptimumkan institusi sedia ada dengan
mewujudkan hanya satu sekretariat dan unit pemantauan di MBBN
dan MPFN;
iii. Mewujudkan unit hijau terdiri daripada 2-3 orang pegawai pakar
atam sekitar di agensi-agensi bukan hijau berkepentingan seperti
JPBD dan JKR;
iv. Sasaran pemuliharaan biodiversiti hendaklah jelas dan mudah dicapai
seperti menetapkan 20% keluasan tanah bagi tujuan pemuliharaan dan
boleh memberi impak positif kepada kesejahteraan biodiversiti;
v. Memperkukuhkan peruntukan undang-undang sedia ada bagi
melaksanakan keputusan MBBN dan MPFN serta RFN; dan
vi. Membentuk pangkalan data biodiversiti kebangsaan seperti Penubuhan
Muzium Sejarah Semulajadi.

Mengarusperdana keperluan pemuliharaan biodiversiti ke dalam proses


pembangunan bukanlah sesuatu yang mustahil walaupun is agak sukar
dilakukan. Walau bagaimanapun, kerajaan tidak mempunyai banyak pilihan
kerana kekayaan biodiversiti adalah sesuatu yang dipinjamkan kepada
kita. Sebagai adat meminjam kita perlulah menjaganya dengan baik dan
memulangkannya kembali dalam yang keadaan baik juga.

100
RUJUKAN

Bouma, G. (2000). The Research Process. Fourth Edition. Melbourne: Oxford University
Press.

CBD. (2003). Handbook of the Convention on Biological Diversity including its Cartagena
Protocol on Biosafety, 2nd Edition. Montreal: Secretariat of the Convention on Biological
Diversity.

Cowling, R.M., Pierce, S.M. Et Sandwith, T. (2002). Conclusions: The Fundamentals of


Mainstreaming Biodiversity in Pierce, S.M., Cowling, R.M., Sandwith, T. Et MacKinnon,
K. (edt.). Mainstreaming Biodiversity in Development: Case Studies from South Africa,
hlrn. 143-153. Washington, DC: World Bank.

Hood dan Jackson, (1991). Problems and Responses: A Model of Public Management Reform in
Pollitt, C. Et Bouckaert, G. (2000) Public Management Reform: A Comparative Analysis,
Oxford: Oxford University Press.

Huntley, B. Et Petersen, C. (2005). Mainstreaming Biodiversity in Production Landscapes. GEF


Working Paper 20. Global Environmental Facilities (GEF).

Kivimaa, P. Et Mickwitz, P. (2006). The Challenge of Greening Technologies-Environmental


Policy Integration in Finnish Technology Policies. Research Policy, 35, 5, 729-744.

Kumari, K. (1995). Mainstreaming Biodiversity Conservation: A Peninsular Malaysian Case.


CSERGE Working Paper GEC 95-16. University of East Anglia and University College
London.

Malaysia (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2015. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional
Malaysia Berhad.

MEA-Millennium Ecosystem Assessment (2005). Ecosystem and Human Well-being: Biodiversity


Synthesis. Washington, DC: World Resources Institute.

MoSTE (1998). National Policy on Biological Diversity. Kuala Lumpur: Ministry of Science,
Technology and Environment.

NRE (2008a). A Common Vision on Biodiversity, in Government and the Development Process.
Putrajaya: Ministry of Natural Resources and Environment.

NRE (2008b). Draft Final Report: National Biodiversity Strategy. Framework for
Governance. Putrajaya: NRE/DANIDA Biodiversity Component Environmental Cooperation
Programme.

Pienkowski, M.W., Bignal, E.M., Galbraith, C.A., McCracken, D.I., Stillman, R.A. Et Boobyer,
M.G. (1996). A Simplified Classification of Land-Type Zones to Assist the Integration of
Biodiversity Objectives in Land-Use Policies. Biological Conservation, 75, 11-25.

Scrase, J. Et Sheate, W. (2002). Integration and Integrated Approaches to Assessment: What


Do They Mean for the Environment? Journal of Environmental Policy Et Planning, 4,
275-294.

The Star (2010). Timber-derived Products Exports to hit RM21Billion, 28 October 2010.

Wee, C.H. (2011). Federal-State Relations in Natural Resources Management. dlm. ISIS (pnyt.).
Malaysia Policies and Issues in Economic Development, 559-576. Institute of Strategic
and International Studies (ISIS).

Yin, R.K. (2003). Application of Case study Research. USA: Sage Publication, Inc.

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 101

You might also like