Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

6.

0 FAKTOR- FAKTOR PENGAKHIRAN PERANG DUNIA

6.1 KONFLIK ANTARA AMERIKA SYARIKAT DAN SOVIET UNION


SEPANJANG ERA PERANG DINGIN.

Isu-isu yang menyebabkan berlaku konflik antara Amerika Syarikat dengan Soviet Union
selepas Perang Dunia II adalah disebabkan perbezaan ideologi, perlumbaan penciptaan
senjata, ekonomi, dan krisis di Cuba dan di Afghanistan.

6.1.1 Perbezaan Ideologi

Konflik yang berlaku antara Amerika Syarikat dan Soviet Union adalah disebabkan berpunca
daripada ideologi komunis yang bertentangan dengan ideologi demokrasi yang diperjuangkan
oleh Amerika Syarikat selepas Perang Dunia II. Menurut John Lewis Gaddis (1981), pada
awalnya ideologi bukan penyebab utama kepada ketegangan antara Soviet Union dan
Amerika Syarikat. Hubungan antara Amerika Syarikat dan Soviet Union boleh diberi
justifikasi sebab mereka mempunyai kepentingan yang sama iaitu menghapuskan Nazi dari
German. Malah ideologi menjadi punca utama berlakunya konflik antara kedua-dua kerana
mereka tidak lagi memerlukan keinginan yang sama selepas perang dunia tamat. Soviet
Union selepas Persidangan Yalta (1945) tidak lagi mengembangkan pengaruh komunis di
kawasan dominasinya di Eropah Timur, dan begitu juga dengan Amerika Syarikat di Eropah
Barat. Akhirnya, perbezaan ideologi tersebut menjadi persaingan kuasa kepada Amerika-
Soviet di peringkat antarabangsa dalam mempengaruhi dan mengembangan ideologi masing-
masing sehingga mencetuskan konflik yang dikenali sebagai Cold War atau Perang Dingin.
Pada peringkat ini, berlakunya persaingan untuk mempengaruhi negara-negara berkecuali
atau non alligned.

Selain itu, Soviet Union mempunyai kepentingan atas di Laut Hitam yang terletak di Selat
Bosphorus dan Dardanelles. Laut Hitam pula dibawa jagaan Turki. Tindakan Soviet Union
ini mendapat reaksi daripada Presiden Truman. Presiden Turman telah memberi arahan dan
nota bantahan kepada Soviet Union bahawa segala keputusan yang diambil oleh Soviet Union
mesti mendapat kebenaraan terlebih dahulu dari Amerika Syarikat. Hal ini berlaku kerana
pengawasan Soviet Union ke atas Laut Hitam akan memberi laluan kepada negara kuasa
besar meletakkan pengaruhnya di seluruh Timur Tengah dan Timur Dekat Poole (1978).
Amerika juga telah meletakkan ideologi di negara-negara blok Timur walaupun negara
tersebut berada di bawah pengaruh Soviet Union seperti di Yugoslavia. Hal ini berlaku
kerana Amerika Syarikat telah mengambil kesempatan menyelesaikan pertelingkahan yang

This study source was downloaded by 100000778008241 from CourseHero.com on 08-03-2023 08:22:16 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/100282487/faktor-pengakhiran-perang-dinginpdf/
berlaku pada 1948 iaitu antara pemimpin Yugoslavia, Joseph Broz Tito dengan Joseph Stalin
yang berpunca daripada Soviet Union. Dalam pertelingkahan itu Amerika Syarikat telah
menyokong Joseph Broz Tito dengan tujuannya untuk merengankan hubungan Bergrade dan
Moscow. Ini telah menimbulkan kemarahan Soviet Union sehingga Soviet Union mengutuk
Amerika Syarikat yang menyokong Yugoslavia kerana Yugoslavia bukanlah di bawah
pengaruh Amerika Syarikat. Hal ini juga telah menjadikan Soviet Union untuk melabelkan
Yugoslavia sebagai salah satu negara yang menyokong imperialisme Amerika Syarikat dan
Barat. Oleh itu, perbezaan ideologi ini menjadi salah faktor berlakuya konflik antara Amerika
Syarikat dan Soviet Union.

6.1.2 Perlumbaan penciptaan Senjata Nuklear

Satu lagi isu yang menjadi sebab kepada konflik Amerika-Soviet sepanjang tempoh Perang
Dingin ialah perlumbaan dalam penciptaan senjata nuklear. Perlumbaan persenjataan ini
berlaku kerana kedua-dua pihak masing masing nak menonjolkan kekuataan persenjataan
nuklear. kedua-dua pihak yakin bahawa melalui kekuatan militeri, mereka tidak akan
tergugat jika diancam oleh pihak musuh. Menurut Mayers (1986) pegawai Amerika syarikat
George Kenon yakin bahawa sekiranya Amerika Syarikat telah mempunyai persediaan
militeri yang kuat dan mencukupi mereka dapat menghapuskan ancaman komunis secara
senang. Perlumbaan senjata membawa kepada pengeluaran senjata atom yang paling
berbahaya oleh kedua-dua pihak sehingga perang dunia bertukar menjadi perang atom. Pada
tahun 1969, dalam keadaan ekonomi yang tidak berkembang, Amerika Syarikat dan Soviet
Union telah bersetuju untuk mengawal pembuatan senjata nuklear melalui rundingan yang
dikenali sebagai Straregic Arms Limitation Talk (SALT). Perbincangan mengenai SALT 1
pada tahun pada tahun 1969 hingga 1972 berjaya mengurangkan isu sensitif antara Amerika
Syarikat dan Soviet Union serta dapat meningkatkan keselamatan dengan menghadkan
pembuatan senjata –senjata nuclear. Hasil SALT 1 menunjukkan bahawa Soviet Union
memiliki alat persenjataan yang lebih berbanding dengan Amerika Syarikat. Hal ini telah
membimbangkan Amerika Syarikat tentang ancaman Soviet Union ke atasnya. Oleh itu,
Amerika Syarikat telah memberi cadangan untuk membuat SALT 2 menseimbangkan semula
pemilikan senjata antara mereka. Terdapat beberapa kayu ukur bagi membuat perbandingan
antara kedua-dua pihak ini. Antaranya adalah penghentian pengeluaran nuklear secara
menyeluruh, keupayaan misil menepati sasaran yang dikenalpasti dan keupayaan misil
mengena tepat pada kawasan yang dituju. Hasil SALT 2 menunjukkan bahawa Soviet Union
mendahului pada kategori pertama dan kedua serta berkemungkinan pada kategori ketiga

This study source was downloaded by 100000778008241 from CourseHero.com on 08-03-2023 08:22:16 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/100282487/faktor-pengakhiran-perang-dinginpdf/
pada masa hadapan. Maka kedua-dua pihak ini telah terus mencipta pelbagai senjata nuklear
berteknologi tinggi dalam MIRV (Missiles Inter Re-entry Vehicle). Antaranya adalah,
Submarine Launched Ballistic Missiles (SLBMs), Anti-Ballistic Missiles (ABMs), dan
Surface to Air Missiles (SAMs). Bukan itu sahaja mereka juga memperbaiki penciptaan bom,
peralatan, dan senjata mereka yang sedia ada seperti Anti-Submarine Warfare (ASW) dan
berkemungkinan Mobile Inter-Continental Ballistic Missiles (MICBMs). Namun SALT 2
tidak lagi menjamin keamanaan antara kedua-dua pihak. Ini adalah kesan daripada tindakan
Soviet Union melanggar perjanjian tersebut dengan penjelajahan negara tersebut di
Afghanistan. Hal ini disebabkan Soviet Union membantu pembentukan kerajaan sosialis di
Afghanistan pada tahun 1979 selepas 6 bulan menandatangani perjanjian SALT 2. Bukan itu
sahaja, pada tahun yang sama Soviet Union telah menjadikan Cuba sebagai pangkalan
missile-nya di benua Amerika. Hal ini telah menyebabkan presiden Amerika Syarikat iaitu
Ronald Reagan mengambil keputusan untuk menggugurkan SALT II. Tuntasnhya, perjanjian
SALT 1 pada tahun 1972 dapat dikatakan telah mengubah perlumbaan senjata nuklear
daripada sudut kuantiti kepada perlumbaan tentang kualiti untuk mengekalkan kredibiliti
pemintas bom nuklear ketika dalam keadaan diserang ataupun menyerang kapal musuh.

6.1.3 Ekonomi

Ekonomi juga menjadi salah satu punca berlakunya konflik antara Amerika Syarikat dan
Soviet Union. Hal ini sedemikian kerana kedua-duanya mengamalkan sistem ekonomi yang
berbeza antara satu sama lain. Selepas perang dunia kedua Amerika Syarikat muncul sebagai
kuasa tunggal dunia. Amerika Syarikat telah mengetepikan dasar keterasingannya sebaliknya
mengembangkan ekonomi dengan menguasai semua negara terutamanya Eropah. Bukan itu
sahaja Amerika Syarikat telah menguasai negara-negara lain seperti Eropah, Asia atau Timur
Tengah dengan menjalinkan hubungan perdagangan. Kemunculan Amerika Syarikat sebagai
kuasa tunggal dunia telah membimbangkan Soviet Union. Tambahan pula, Amerika Syarikat
juga telah menguasai perdagangan minyak di Arab Saudi dan Teluk Persian. Tindakan
Amerika Syarikat telah meningkatkan hubungan dengan negara-negara Arab di Timur
Tengah. Dengan itu, Amerika Syarikat juga telah memberi bantuan kepada negeri-negeri di
Timur tengah dari segi ekonomi dan militari. Amerika Syarikat juga telah menyekat ekonomi
Soviet Union yang merupakan antara negara pembekal minyak dengan menguasai semua
negara pengeluar minyak di Arab Saudi, termasuk negara bukan OPEC (Organization of
Petroleum Exporting Countries). Tindakan Amerika Syarikat ini telah menjatuhkan harga
minyak dan membekukan penguasaan Soviet Union. Ini menunjukkan diskriminasi Amerika

This study source was downloaded by 100000778008241 from CourseHero.com on 08-03-2023 08:22:16 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/100282487/faktor-pengakhiran-perang-dinginpdf/
Syarikat ke atas negara Soviet Union dan satelitnya di blok Timur. Walaubagaimanapun
Amerika Syarikat tidak dapat menghalang negara Barat yang lain daripada menjalin
hubungan dengan Soviet Union dan Blok Timur yang lain. Hal ini kerana perdagangan antara
Barat dan Timur adalah penting dalam menjayakan European Recovery Program. Namun,
Eropah Barat tetap menjalankan hubungan perdagangan dengan Soviet Union untuk
mendapatkan barang keperluan negara mereka, iaitu arang batu, gandum, dan kayu balak.

Krisis di Cuba dan Afghanistan

Krisis di Cuba dan Afghanistan adalah salah satu punca berlakunya konflik antara Amerika
Syarikat dan Soviet Union. Negara Cuba pada awalnya bukanlah dilihat sebagai negara yang
dapat menggugat keselamatan Amerika Syarikat. Tetapi pada masa pemerintahan Presiden
John F. Kennedy, negara Cuba telah menjadi medan pertempuran antara Amerika Syarikat
dengan Soviet Union. Fidel Castro telah berjaya menguasai Cuba dengan bantuan Soviet
pada tahun 1959 serta menjadi presiden Cuba. Kejayaan Fidel Castro ini telah menyebabkan
perhubungan antara Soviet-Cuba rapat dan Amerika-Cuba menjadi renggang. Pada zaman
pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Eisenhower menjawat jawatan Presiden USA (United
States of America) dari tahun 1953- 1961, telah membuat perancangan dengan CIA (Central
Intelligence Agency), iaitu agensi perisikan Amerika Syarikat. Tujuan CIA adalah untuk
melatih pelarian-pelarian Cuba yang mendapat perlindungan di negara kuasa besar tersebut
semasa revolusi Cuba tahun 1959. Seterusnya, kumpulan pelarian yang mendapat latihan
ketenteraan ini pulang ke Cuba dan mencetuskan kekacauan di sana. Pelarian-pelarian ini
telah mencetuskan serangan di Bay of Pigs tetapi ia berjaya ditewaskan oleh kerajaan Fidel
Castro. Pada tahun berikutnya Soviet Union telah secara rahsia membuka pangkalan untuk
menempatkan bom nuklear di Cuba tetapi ia berjaya ditentang oleh Presiden John F.Kennedy.
Presiden John F.Kennedy juga telah membuat perancangan untuk menghalang kapal-kapal
Soviet Union membawa peluru-peluru tambahan ke Cuba. Presiden John F.Kennedy juga
membuat kenyataan bahawa polisi Amerika Syarikat adalah untuk menghalang penghantaran
senjata nuklear dan bom Soviet Union di Cuba. Menurut Nikitha Krushev tujuan utama
penghantaran senjata nuklear Soviet Union adalah untuk mengimbangi kekuatan Amerika
Syarikat memiliki kebolehan menghantar peluru berpandu ke Cuba. Presiden John F.Kennedy
telah meyakinkan Soviet Union bahawa Amerika Syarikat tidak akan menyerang Cuba. Atas
jaminan Amerika Syarikat tersebut, Nikita Krushev bersetuju untuk menarik balik semua
senjata nuklear Soviet Union di Cuba.

This study source was downloaded by 100000778008241 from CourseHero.com on 08-03-2023 08:22:16 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/100282487/faktor-pengakhiran-perang-dinginpdf/
Afghanistan merupakan sebuah negara yang terasing dari campur tangan antarabangsa
negara penampan kepada pertembungan Amerika Syarikat dan Soviet Union. Hubungan
antara Afghanistan dan Soviet Union menjadi rapat selepas Amerika Syarikat menarik diri
Asia Tengah. Walaupun hubungan antara Soviet Union dan Afghanistan sangat baik namun
Afghanistan tidak mengikuti budaya dan model pemerintahan Soviet Union. Sebaliknya,
Afghanistan mengikuti model pemerintahan Barat. Propaganda imperialisme Barat yang
diuar-uarkan oleh Soviet Union tidak berjaya menjadikan negara kuasa besar komunis
tersebut sebagai negara model kepada Afghanistan. Afghanistan juga telah memilih untuk
membentuk kerajaan berbentuk demokrasi kerana ramai pemimpin Afghanistan telah
mendapat latihan dari negara barat termasuk Amerika Syarikat. Pengaruh kuat oleh Soviet
Union telah membimbangkan pemimpin-pemimpin Afghanistan, lalu kerajaan itu
menjalinkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat. Hal ini membawa ketegangan kepada
hubungan Amerika-Soviet dalam tempoh Perang Dingin yang dikenali sebagai international
superpower struggles in Central Asia. Amerika syarikat juga telah memberi bantuan dari segi
kewangan dan senjata kepada kumpulan mujahidin di Afghanistan. Amerika Syarikat telah
mengarahkan Soviet Union supaya berundur dari Afghanistan kerana penaklukan
Afghanistan akan mendedahkan negara-negara Teluk kepada pengaruh komunis yang boleh
menggugat kepentingan Amerika Syarikat ke atas negara-negara yang kaya dengan minyak.
Tambahan pula, kerajaan Amerika Syarikat berpendapat bahawa komunis harus dibanteras.
Ini telah menimbulkan kemarahan Soviet Union yang menegaskan bahawa tindakan Amerika
Syarikat adalah sama seperti apa yang mereka lakukan dalam perang Vietnam.

Pengakhiran Perang dingin

Adanya perjanjian mengenai nuklear

Perjanjian nuklear atau Perjanjian Non-Proliferasi adalah perjanjian yang dibuat pada tahun
1968. Terdapat tiga negara besar yang menyetujui perjanjian ini, iaitu Britain, Amerika
Syarikat, dan Kesatuan Soviet. Perjanjian ini mengandungi peraturan mengenai nuklear.
Bermula dari larangan membahas nuklear, mengembangkan nuklear, dan menjual nuklear ke
negara-negara yang tidak memiliki nuklear. Dengan perjanjian ini, diharapkan keamanan
dunia akan tercipta.

https://www.amazine.co/39023/bagaimana-perang-dingin-berakhir-ini-5-faktor-
pendorongnya/

This study source was downloaded by 100000778008241 from CourseHero.com on 08-03-2023 08:22:16 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/100282487/faktor-pengakhiran-perang-dinginpdf/
https://www.idntimes.com/science/discovery/xehi-dekirty/faktor-berakhirnya-perang-
dingin-amerika-serikat-versus-uni-soviet-exp-c1c2/5

This study source was downloaded by 100000778008241 from CourseHero.com on 08-03-2023 08:22:16 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/100282487/faktor-pengakhiran-perang-dinginpdf/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

You might also like