Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Terima Kasih kepada saudara pengerusi majlis, Assalammualaikum warahmatullah

hiwabarakatuh, Salam SMKAB EMAS, Salam mercu di Hari Guru.

Yang saya hormati,


Tn. Pengetua SMK Ahmad Boestamam, En. Ibrahim bin Abdullah Thani,
Penolong Kanan Pentadbiran, En, Mudzaffar Shah bin Mohammed Rajamal,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Dr. Hjh. Mashita Binti Abdullah,
Penolong Kanan KoKurikulum, En. Kamarulnizam bin Amir,
Penolong Kanan Tingkatan Enam, Pn. Nor Asikin binti Hasim,
Penolong Kanan Petang, Pn. Harison binti Mohd Arifin,
Guru Kanan Bahasa, Pn. Nik Aida binti Nik Yusoff,
Guru Kanan Sains & Matematik, Hjh. Dayang Masnih binti Awang Rajid,
Guru Kanan Vokasional dan Teknik, Hjh. Zaharah binti Omar
Guru Kanan Kemanusiaan, Pn. Nor Aini binti Alang Ahmad
Ketua-Ketua Panitia Mata Pelajaran,
Guru-guru,
dan rakan-rakan yang dihormati sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memberikan
peluang kepada saya untuk mewakili semua pelajar SMK Ahmad Boestamam untuk
menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun
ini.

Hadirin sekalian,

Sebagaimana yang kita sedia maklum, tarikh 16 Mei telah dipilih sebagai Hari
Guru pada setiap tahun. Tujuan sambutan ini adalah untuk mengenang dan
menghargai jasa serta bakti guru-guru selama ini. Pengorbanan guru terhadap kita
amatlah besar sekali. Tema Hari Guru pada tahun ini adalah, ‘Guru Tunjang Sekolah
SEJAHTERA’ yang bermaksud Guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem
pendidikan negara. Peranan dan kefungsian guru bukan sahaja menyampaikan ilmu
kepada murid, guru juga memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan
negara mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan
baik yang diterapkan di sekolah secara semula jadi. Peranan guru ialah mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang menerapkan 14 elemen SEJAHTERA di dalam dan
luar kelas untuk dijadikan amalan dalam kehidupan murid di sekolah dan luar
sekolah.

Akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-nilai murni yang memberi


penerapan dalam aspek nilai-nilai murni. Huruf “S” membawa maksud selamat,
seronok dan sihat, huruf “E” pula bermaksud etika dan empati, huruf “J” bermaksud
jati diri, huruf “A” bermaksud adab sopan, huruf “H” bermaksud harmoni, huruf “T”
bermaksud tekun, teliti, dan terampil, huruf “E bermaksud eksplorasi, huruf “R”
bermaksud rasional dan huruf “A bermaksud artikulasi.

Hadirin yang dihormati,


Tanpa guru, kita sudah tentu sukar untuk mendapatkan pelajaran dan
pengajaran dengan sempurna. Guru diibaratkan sebagai sebatang lilin yang
sanggup membakar diri demi murid-muridnya. Oleh itu, jasa guru patutlah dikenang
dan disanjung tinggi. Guru adalah seperti ibu bapa kita sendiri. Mereka membimbing
dan mendidik kita supaya menjadi insan yang berguna. Oleh itu, marilah kita belajar
dengan bersungguh-sungguh agar tidak menghampakan harapan mereka.

Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan
kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu sungguh bererti
kepada kami semua. Akhir sekali, kami memohon ampun dan maaf atas segala
kesilapan yang telah dilakukan selama ini. Sekali lagi saya ucapkan selamat
menyambut Hari Guru dan terima kasih cikgu. Akhir kata, saya akhiri ucapan saya
dengan serangkap pantun.

Merah menjala si bunga raya,


Dipetik sekuntum buat ibunda,
Terima kasih guru semua,
Menjadikan muridmu orang yang berguna.

Wabillah hi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabakarakatuh.


Sekian, Terima kasih.

You might also like