Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

Assignment Cover

HSE20633
Name (s) & ID Number (s) :

BE102
NUR HIDAYAH BINTI HAMZAH

9
(KBJ220810465)

Programme
Section :
Course
Code :

Code :
Course and Course Code : PENGURUSAN DAN PENGELOLAHAAN
PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (HSE2063)

Lecturer: Section : 9
CIK NUR SYAHIRAH
BINTI MOHD ZAKI
Programme and Programme Code :PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
(BE102)

Assignment No. / Title : Extension & Late


TUGASAN 1 (KERJA LAPANGAN) submission:
Allowed /
Disallowed
Assignment type: % of Assignment Mark : Submission Date:
Individual/Group 28/8/2023

Penalties:
1. 10% of the original mark will be deducted for every one week period
after the submission date
2. No work will be accepted after two weeks of the deadline
3. If you were unable to submit the coursework on time due to
extenuating circumstances you may be eligible for an extension
4. Extension will not exceed one week

Declaration: I/we the undersigned confirm that I/we have read and agree to abide by these regulations on

BINTI HAMZAH
NUR HIDAYAH

KBJ220810465
plagiarism and cheating. I/we confirm that this piece of work is my/our own. I/we consent to appropriate
storage of our work for checking to ensure that there is no plagiarism/ academic cheating.

HIDAYAH

HIDAYAH
Signature (s):

Full Name (N U R H I D A Y A H B I N T I

HAMZAH)
Signature (s) :
Name (s) :

ID No (s) :

This section may be used for feedback or other information


Date : 28/8/2023
TAJUK KURSUS :
PENGURUSAN DAN PENGELOLAHAAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KOD KURSUS :
HSE2063

TAJUK TUGASAN :

TUGASAN 1 (KERJA LAPANGAN)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR NO. ID SEMESTER SECTION

NUR HIDAYAH BT HAMZAH KBJ220810465 4 9

PENSYARAH:

CIK NUR SYAHIRAH BINTI MOHD ZAKI

TARIKH:
28 OGOS 2023
ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA


SURAT
1 1.0 PENGENALAN TADIKA
1
1.1 Pengenalan/Definisi 2
1.2 Latar Belakang Tadika 3
1.3 Sejarah Penubuhan Tadika
4
1.4 Logo, Misi, Visi dan Moto Tadika
1.5 Objektif Penubuhan Tadika
4
1.6 Alamat, Peta dan Lokasi Tadika 5
1.7 Carta Organisasi Tadika 6

2 2.0 AKTIVITI HARIAN TADIKA

2.1 Pengenalan/Definisi 7
2.2 Jadual Aktiviti Harian Tadika 8
2.3 Diskripsi Aktiviti Harian Tadika
9

3 3.0 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA TADIKA

3.1 Pengenalan/Definisi 10
3.2 Syarat Pengambilan Kanak-kanak 11
3.3 Syarat Pengambilan Kakitangan 12
4 4.0 ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

4.1 Pengenalan/Definisi 13
4.2 Senarai Alat Bantu Mengajar (ABM) 14
4.3 Diskripsi Alat Bantu Mengajar (ABM)
15

5 5.0 PENUTUP

5.1 Kesimpulan 16
5.2 Cadangan Penambahbaikan 17

6 Rujukan 18
Lampiran 19
1.0 PENGENALAN TADIKA

1.1 Pengenalan/Definisi
Tadika (Jawi: ‫ ;تاديکا‬kata lakur ungkapan taman didikan kanak-kanak) ialah sekolah peringkat awal bagi
memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang suasana persekolahan. Ia penting bagi persediaan
untuk kanak-kanak ini menyesuaikan diri dengan persekitaran bersama kanak-kanak lain dan hidup berdikari.

Tadika Pakat Muhammadi merupakan penempatan baru berpindah ke premis baru di dalam kawasan
Masjid muhammadi dan manakala menjadi pilihan sejak 2017 bagi kebanyakan anak di Mukim Masjid
Muhammadi Kota Bharu. Tadika ini terdiri seramai 35 orang pelajar yang dibimbing oleh seorang guru,
seorang pembantu dan diasaskan oleh seorang Alih Jawatan Kuasa (AJK) daripada Masjid Muhammadi.

Anak-anak merupakan satu aset yang tidak ternilai untuk dididik dan ditarbiyah dengan cara yang betul
berpandukan kepada ajaran Islam yang sebenar. Dengan itu, bidang akademik dan hafazan Al-Quran serta
Hadith adalah silibus yang diterapkan di tadika ini. Pembentukan anak-anak perlulah bermula sejak dari kecil
lagi yang berterapkan Islam ibarat pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.

1
1.3 Latar Belakang Tadika
Tadika Pakat Muhammadi telah ditubuhkan pada tahun 2017 dan telah beroperasi selama 6 tahun yang
ditempatkan beralamat Rumah Wakaf Masjid Muhammadi, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Tadika ini diasas
oleh Al Fadhil Iman Rosli manakala mempunyai seorang guru yang bernama Puan Noraini Binti Yakob dan
seorang pembantu yang bernama Nur Syazwani Binti Dollah.

Tadika Pakat Muhammadi diaspirasikan oleh kawasan Mukim Masjid Muhammadi manakala premis ini
merupakan premis baru diduduki kerana sebelum ini berada di penempatan sementara dan sekarang berada
di permis baru di dalam Masjid Muhammadi. Selain itu, perkataan ‘Pakat’ yang diambil sempena sepakatan
dan muafakat daripada penduduk di Mukim Muhammadi demikian perkataan ini diguna pakai sebagai nama
tadika.

Tadika ini terdapat 35 orang pelajar yang berumur antara empat hingga enam tahun daripada penduduk
Mukim Muhammadi tersebut. Tadika ini menjalankan operasi dari 8 pagi hingga 5 petang yang mempunyai
tiga sesi iaitu sesi satu bermula pada pukul lapan pagi hingga satu tengahhari, sesi dua dari pukul 1
tenggahhari hingga pukul 3 petang dan sesi tiga bermula pada pukul 3 petang hingga 5 petang.

Disamping itu, sesi 1 akan didedahkan pada subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains,
Bahasa Arab (Peribadi Muslim), Jawi Al-Quran dan Sirah Rasulullah SAW. Manakala sesi kedua yang
diutamakan tentang hafazan Al-Quran, Qiroati dan Read Easy. Akhir sekali, sesi ketiga merupakan kurikulum
tambahan yang dimulakan dari pukul 3 petang hingga 5 petang. Bukan itu sahaja, Tadika Pakat Muhammadi
juga mengadakan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun.

2
1.3 Sejarah Penubuhan Tadika
Sejarah penubuhan Tadika Pakat Muhammadi iaitu pada 2017 selama 6 tahun yang diasas atau diusaha
oleh Al Fadhil Iman Rosli manakala baru sahaja berpindah ke premis yang diduduki sekarang yang
bertempatkan di dalam kawasan Masjid Muhammadi pada tahun 2021. Tadika ini berlandaskan Islam
merupakan faktor utama bagi masyarakat Mukim Muhammadi yang mejoriti yang beragama Islam dan juga
mempunyai 3 sesi yang membolehkan ibu bapa yang bekerja menjadi pilihan yang terbaik untuk anak-anak
dihantar sampai waktu petang.

Tadika Pakat Muhammadi yang terdiri daripada pelajar yang berumur antara empat hingga enam tahun
sahaja. Tadika Pakat Muhammadi setiap tahun ada peningkatan pada bilangan pelajar yang berawal dengan
20 pelajar hingga sekarang iaitu 35 orang pelajar. Oleh demikian, masyarakat Mukim Muhammadi
menggunakan perkhidmatan Tadika Pakat Muhammadi untuk menjadi tempat didik anak-anak mereka
kerana mempunyai pengasas, guru dan pembantu yang sangat baik dan peramah.

3
1.4 Logo, Misi, Visi dan Moto Tadika

LOGO

MISI

• Melahirkan murid yang berketerampilan dan berkeyakinan diri.

VISI

• Membentuk akhlak yang mulia dalam diri kanak-kanak dan kehidupan mereka.

MOTO

• Berilmu, Beramal dan Beriman.

1.5 Objektif Penubuhan Tadika


• Melahirkan pelajar yang Islamik
• Melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan kurikulum
• Melahirkan pelajar yang inovasi dan kreatif
• Melahirkan pelajar yang berbakat dan berdaya saing.

4
1.6 Alamat, Peta dan Lokasi Tadika
ALAMAT

• Rumah Wakaf Masjid Muhammadi, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

PETA

LOKASI

Tadika Pakat
Muhammadi

Masjid
Muhammadi

5
1.7 Carta Organisasi Tadika

CARTA ORGANISASI TADIKA PAKAT MUHAMMADI

PENGURUS

AL- FADHIL IMAN ROSLI

GURU

NORAINI BINTI YAACOB


TUKANG MASAK

NUR SYAZWANI BINTI


DOLLAH

6
2.0 AKTIVITI HARIAN TADIKA

2.1 Pengenalan/Definisi
Tadika Pakat Muhammadi adalah Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang menerima kanak-kanak berumur
empat hingga enam tahun. Perkembangan kanak-kanak pada masa ini berada pada tahap yang kritikal dan
membangun dengan pesat sekali meliputi aspek perkembangan fizikal, intelek, emosi, rohani dan sosial.
Daripada perspektif ini, kanak-kanak mempunyai keupayaan menerima sebarang pengetahuan yang diajar
dan dapat menggunakan serba sedikit logik akal apabila menyelesaikan masalah.

Aktiviti harian merangkumi aktiviti seperti pengurusan diri, perbualan pagi, refleksi sebelum balik dan
membaca doa makan semasa rehat. Mengenal nombor ini merupakan salah satu fokus yang amat
ditekankan kepada kanak-kanak di awal usia mereka dan topik ini terkandung dalam Jadual Aktiviti Harian
kanak-kanak Tadika Pakat Muhammadi.

Perancangan aktiviti pendidikan tadika bermaksud aktiviti atau aturan biasa yang dilakukan oleh guru
mengikut kandungan dalam aktiviti harian merangkumi kesemua tunjang dalam Kurikulam Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Aktiviti harian kanak-kanak hendaklah dirancang pada setiap hari bermula
kanak-kanak datang hingga pulang mengikut peringkat umur kanak-kanak.

7
2.2 Jadual Aktiviti Harian Tadika

8.00- 8.10- 8.30- 9.15- 9.35- 9.55- 10.30- 11.00- 12.00- 12.30- 1.00 - 5.00 MASA/
8.10 8.30 9.15 9.35 9.55 10.30 11.00 12.00 12.30 1.00 HARI

R Agenda Hafazan Solat BM BM


R BA Hadith Bacaan KURIKULUM AHAD
Harian Al- Dhuha Anakku TAMBAHAN
quran &
Nurul
Quran
I Agenda Hafazan Solat BI BI
E JAWI Hadith Bacaan KURIKULUM ISNIN
Harian Al- Dhuha Anakku TAMBAHAN
quran &
Nurul
Quran
A
Aqidah Hadith Bacaan KURIKULUM SELASA
Agenda Hafazan Solat MATH MATH
Harian Al- Dhuha
H Islam Anakku TAMBAHAN
quran &
Nurul
D Quran
Agenda Hafazan Solat SN SN
A Sirah Hadith Bacaan KURIKULUM RABU
Harian Al- Dhuha Anakku TAMBAHAN
quran &
Nurul
A Quran
Hadith Bacaan KURIKULUM KHAMIS
Agenda Hafazan Solat
Harian Al- Dhuha
Out-
door
Out-
door
T Out-
door Anakku TAMBAHAN
quran &
Nurul
H Quran
10 20 min 45 min 20 min 20 35 30 1 jam 30 min 30 min 4 jam
min min min min

8
2.3 Diskripsi Aktiviti Harian Tadika
Aktiviti harian tadika dilaksanakan berpandukan cadangan-cadangan seperti rutin, perbualan
pagi, aktiviti kelas, aktiviti kumpulan, aktiviti individu, rehat, dan aktiviti penamat mengikut peruntukan waktu.
Rutin bermaksud aktiviti atau aturan biasa yang dilakukan oleh guru atau murid setiap hari mengikut sesuatu
sistem yang ditentukan.

Rutin pagi, murid-murid akan melakukan riadah selama 10 minit bagi permulaan pelajaran. Setelah itu,
agenda harian yang mengambil masa selama 20 minit yang akan dilakukan antaranya ialah menyanyikan
lagu Negaraku, nasyib, senaman dan sebagainya. Pada 45 minit seterusnya akan menjalankan aktiviti
hafazan Al-Quran. Solat Dhuha akan dijalankan selepas waktu hafazan Al-Quran selama 20 minit dan ini
dilakukan setiap hari. Maka masuk waktu sesi akademik iaitu Bahasa Melayu pada hari Ahad mengambil
masa selama 55 minit manakala hari Isnin pada pukul 9.35 pagi – 10.30 pagi akan diajar subjek Bahasa
Inggeris, Matematik pada hari Selasa, Sains pada hari Rabu dan Khamis melakukan aktiviti outdoor.

Semasa rehat guru minta murid beratur masuk ke ruang makan lalu murid membasuh tangan sebelum
makan. Murid duduk di meja dan kerusi disediakan sambil menunggu bacaan doa dan murid makan
bersama-sama dengan sopan dan tertib. Waktu yang digunakan pada masa rehat sebanyak 30 minit.

Selepas rehat pula murid akan melanjutkan sesi (PnP) yang dimulakan pada pukul 11.30 pagi – 12.00
tengahhari yang dimana pada waktu ini ada perbezaan jadual pada setiap hari. Hari Ahad subjek Bahasa
Arab, Isnin Jawi, Aqidah Islam pada hari selasa, Sirah pada hari Rabu dan aktiviti outdoor pada hari Khamis.
Pada waktu 12.00 tengahhari – 5.00 petang merupakan aktiviti sama setiap hari. Pembelajaran Hadith
mengambil masa selama 30 minit dan Bacaan Anakku dan Nurul Quran selama 30 minit. Setelah itu, dari
pukul 1.00 tengahhari hingga 5 petang melakukan aktiviti kurikulum tambahan pada setiap hari.

9
3.0 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA TADIKA

3.1 Pengenalan/Definisi

Sumber manusia ditakrifkan sebagai sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat dalam
sesebuah organisasi. Dalam sesebuah organisasi tidak akan terjadi tanpa sumber manusia yang membantu
atau mengendalikannya. Walaupun perniagaan lain sekalipun memerlukan kerjasama dari sumber manusia
dari luar atau rakan-rakan perniagaan lain untuk menjayakan sebuah organisasi.

Perkara utama dalam pengurusan sumber manusia adalah untuk memastikan bahawa manusia yang
diambil bekerja oleh organisasi digunakan dengan cekap serta berkesan dan mereka berupaya menyumbang
kepada pencapaian matlamat organisasi. Dahulu, sumber manusia dikenali sebagai ‘kos’ kepada organisasi
kerana perlu dibayar gaji, diberi berbagai bentuk faedah dan cuti, bonus dan faedah kesihatan. Kini, mereka
dikenali pula sebagai ‘aset’ kepada organisasi.
Pengurusan sumber manusia merupakan satu bahagian dalam pengurusan yang mempunyai
hubungan yang rapat sesama individu. Bukan itu sahaja, ia menumpukan terhadap pencapaian dan
kehendak serta keperluan kepada pelanggan, di mana ia boleh membantu organisasi memberi kepuasan
kepada keperluan luaran pelanggan iaitu ibu, bapa dan kanak-kanak. Pengurusan sumber manusia
merupakan aspek penting dalam strategi pembangunan sumber manusia yang merupakan kunci kepada
kejayaan organisasi. Pekerja merupakan harta yang penting dan berharga berbanding dengan sumber lain
dalam organisasi tetapi hendaklah yang berpengetahuan agar mencapai yayasan yang ingin dicapai.

10
3.2 Syarat Pengambilan Kanak-kanak

Syarat Pengambilan Kanak-kanak Ke Tadika Pakat Muhammadi.

Berikut adalah syarat kemasukan kanak-kanak ke Taman Didikan Kanak-kanak peringkat awal (TADIKA)
2024 sebagai rujukan;

1. Kanak-kanak yang mepunyai status Warganegara Malaysia sahaja.


2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5
dan 6 tahun).
3. Permohonan kemasukan ke Tadika Pakat Muhammadi tahun 2024 akan dibuka mulai Ogos hingga
Oktober 2023.
4. Borang permohonan secara manual boleh dimuat turun melalui portal Tadika Pakat Muhammadi
(https://www.pakat.muhammadi.gov.my) serta di Tadika Pakat Muhammadi.
5. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 35 orang sahaja.
6. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar
terus ke Tadika Pakat Muhammadi.
7. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Tadika akan mengeluarkan surat jawapan Terima/ Tolak atau
menghubungi ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
8. Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu
keempat bulan November 2023.

11
3.3 Syarat Pengambilan Kakitangan

Borang Online Permohonan Jawatan Kosong Guru Tadika Pakat Muhammadi 2023/2024.

Berikut maklumat bagi permohonan mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak, Tadika Pakat
Muhammadi tahun 2023/2024.

Syarat Kelayakan:

1. Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia.
b) Berumur 21 tahun dan ke atas serta tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan.
c) Mempunyai diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya.
d) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Telah menamatkan pengajian dan mempunyai diploma serta transkrip.

3. Mengikut arahan, boleh berkerjasama dan penyayang.

4. Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan untuk menjadi guru.

12
4.0 ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

4.1 Pengenalan/Definisi
Alat bantuan mengajar (ABM) merupakan segala atau suatu kelengkapan yang digunakan oleh guru
atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Alat bantu mengajar bukan
sahaja terhad kepada buku teks, papan tulis, kapur, dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala
benda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang melibatkan semua pancaindera dan
apa sahaja yang dapat dialami oleh para pelajar. Alat bantu mengajar ini sangat membantu guru dan murid
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Alat bantu mengajar terdiri daripada pelbagai bahan yang digunakan untuk membantu guru dan murid.
Bahan ini diterbitkan dalam bentuk buku, carta, atau slaid yang ditayangkan pada layar. Bukan itu sahaja,
beliau turut membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu alat pendengaran, alat
pandangan dan alat pandang-dengar. Oleh itu, alat bantu mengajar ini bukan sahaja tertumpu kepada
penglihatan namun kepada semua.
Seterusnya, alat bantu mengajar juga dapat ditakrifkan sebagai audio visual dan bahan-bahan yang
berkaitan dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran yang mana juga dikenali
sebagai sebahagian daripada media pengajaran. Selain itu, alat bantu mengajar dibahagi kepada dua iaitu
software dan hardware.
Disamping itu, alat bantu mengajar terbahagi kepada dua seperti media elektronik dan media bukan
elektronik. Berikutnya, alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu
pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah, sikap sosial,
kemantapan emosi serta daya pendengaran.
Akhirnya, berdasarkan takrifan bahan bantu mengajar tersebut, dapat disimpulkan bahawa segala
bentuk simbol dan komunikasi verbal yang abstrak dapat diperjelaskan dengan menggunakan alat bantu
mengajar. Hal ini akan memudahkan pelajar memahami isi kandungan sesuatu pelajaran yang disampaikan.
Malahan, penggunaan pelbagai media pengajaran secara tepat dapat mengatasi sikap pasif dalam kalangan
pelajar kerana ia akan menarik minat pelajar, menimbulkan suasana yang lebih menarik kepada mereka
serta meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang topik yang diajar.

13
4.2 Senarai Alat Bantu Mengajar (ABM)
Terdapat tiga kategori bahan bantu mengajar iaitu:

1. Bahan bantu mengajar bukan elektronik.


2. Bahan bantu mengajar elektronik.
3. Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.

BAHAN BANTU MENGAJAR BUKAN ELEKTRONIK

1. Bahan bantu mengajar bukan elektronik merupakan bahan yang masih menggunakan papan tulis.
2. Bahan ini biasanya digunakan untuk mencatat maklumat ketika sedang mengajar.
3. Antara bahan bantu mengajar bukan elektronik adalah:

• Buku teks
• Papan pameran
• Fail tegak dan bahan bacaan
• Gambar
• Kad imbasan atau kad cantuman
• Carta
• Grafik
• Papan Pengajaran
• Model/boneka

BAHAN BANTU MENGAJAR ELEKTRONIK

1. Merupakan bahan bantu mengajar yang menggunakan teknologi elektronik.


2. Digunakan untuk mencatat isi-isi penting ketika mengajar.
3. Antara bahan bantu mengajar elektronik adalah:

• Radio
• Televisyen dan VCR
• Laptop

14
4.3 Diskripsi Alat Bantu Mengajar (ABM)

Alat Bantu Mengajar (ABM) adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk
membantu dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan yang digunakan sepanjang berlaku
proses pembelajaran akan dikira Alat Bantu Mengajar (ABM), ia tidak terhad kepada buku-buku teks, kertas,
gambar sahaja. Untuk mempersiapkan Alat Bantu Mengajar (ABM), dapat dilakukan dengan menggunakan
beberapa bahan seperti bahan bukan elektronik, elektronik dan berdasarkan pengalaman dan bahan
sebenar.

Disamping itu, bahan bantu mengajar jenis elektronik yang digunakan di Tadika Pakat Muhammadi
antaranya bahan seperti laptop dan pembesar suara kerana dapat memaparkan video-video pembelajaran
yang menarik dan jelas manakala pembesar suara digunakan agar suara video yang ditonton jelas untuk
difahami dan hayati. Ini dapat meningkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PnP).

Selain itu, alat-alat yang bukan dari elektronik ialah Alat Bantu Mengajar (ABM) seperti jam dinding yang
digunakan di Tadika Pakat Muhammadi bagi tujuan objektif yang disampaikan berkesan kepada murid-murid
tentang mengira waktu semasa dan juga makna jarum panjang dan jarum pendek. Setelah menggunakan
Alat Bantu Mengajar (ABM) dapat menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam tentang
kefahaman isi pengajaran.

Manakala bahan-bahan yang bercorak pengalaman seperti lakonan, lawatan, projek pameran dan
bahan-bahan dari alam sekitar. Oleh itu, Alat Bantu Mengajar (ABM) haruslah bersesuaian dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (PnP). Isi kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang
hendak diajarkan sebagai contoh dalam subjek Sains yang dimana murid harus mengenali pergerakan
haiwan maka murid hendaklah mengayakan cara haiwan berjalan dan sebagainya.

15
5.0 PENUTUP

5. 1 Kesimpulan
Tadika Pakat Muhammadi mengutamakan anak-anak dididik dan ditarbiyah dengan cara yang betul
berpandukan kepada ajaran Islam yang sebenar. Dengan itu, bidang akademik dan hafazan Al-Quran serta
Hadith adalah silibus yang diterapkan di tadika ini. Demikan jadual harian tadika ini lebih kepada bidang
akademik Islamik.

Walau mengunakan silibus Islamik, tadika ini tetap mendidik mengikut (KSPK) yang ditetapkan dengan
tunjang-tunjang yang disepadukan bagi meningkatkan tahap pemikiran anak-anak supaya tidak ketinggalan
mengenai akademik asas. Ini juga dapat membantu anak-anak berjaya masuk ke sekolah rendah bagi anak-
anak yang berusia 6 tahun.

Tahap pengajaran mengandungi 3 sesi yang dapat memberi masa yang terbaik disi dengan pengajaran
dan pembelajaran (PnP) yang merangsangkan. Bagi ibu bapa yang berkerjaya akan mengambil anak-anak
pukul 5 paling lewat maka guru akan mengunakan kesempatan ini sebagai kurikulum tambahan dengan
mengadakan aktiviti yang tidak membosankan.

Demikian tadika ini mempunyai ramai kanak-kanak kerana kepercayaan yang diberi dari ibu bapa
kepada kakitangan tadika sangat baik. Anak-anak semakin cerdik pandai, gembira dan berilmu adalah punca
utama dipandang masyarakat Mukim Muhammadi sebagai tempat menimba ilmu bagi anak-anak mereka.

16
5.2 Cadangan Penambahbaikan

Melalui pemerhatian lepas yang telah dibuat, terdapat beberapa isu dan permasalahan yang sering
menyukarkan pengajaran dan pembelajaran di peringkat tadika. Para guru dan pihak pengasas seharusnya
bekerjasama dalam mengawal dan menyelesaikan segala masalah yang akan dan bakal dilalui apabila
berada ditahap pendidikan tadika.

Sememangnya kita perlu mengetahui keadaan kanak-kanak di peringkat tadika, bagaimana tahap
pemikiran dan tingkahlaku mereka supaya segala apa yang kita lakukan akan meningkatkan lagi
kepercayaan dan keyakinan mereka dalam melakukan sesuatu perkara. Guru boleh mengunakan (ABM)
yang lebih menarik supaya sesi (PnP) lebih berkesan dan murid lebih fokus untuk belajar.

Pihak pengasas harus menambah tenaga pengajar kerana murid yang berada di Tadika Pakat
Muhammadi terlalu ramai dan permintaan kemasukan kanak-kanak ke tadika semakin meningkat. Oleh
demikian, pengasas dapat membuka cawangan lain supaya Tadika Pakat Muhammadi tidak digeremuni oleh
ibu bapa yang bekerjaya mahupun tidak.

Akhir sekali, kerjasam semua pihak terutamanya pihak kerajaan harus diwujudkan dengan pihak-pihak
kementerian pendidikan supaya segala perancangan yang akan dilakukan bagi kanak-kanak tadika akan
lebih terjamin keberkesanannya.

17
Rujukan

1. adminsktsg. (2016, mar 6). Pendaftaran & Permohonan Murid ke Tahun 1. Retrieved from wordpress:
https://sktsg2u.wordpress.com/2016/03/06/pendaftaran-permohonan-murid-ke-tahun-1/

2. Budak Perak. (2021, April 16). Pengurusan Sumber Manusia. Retrieved from academia:
https://www.academia.edu/5770588/Pengurusan_Sumber_Manusia

3. ece09200037. (2022, Febuari 27). Rutin Harian Tadika. Retrieved from anyflip:
https://anyflip.com/egugo/isxu/basic

4. khairulameera. (2011, October). Kemahiran Pemilihan Dan Aplikasi Alat Bantu Mengajar (ABM. Retrieved
from wordpress: https://khairulameera.wordpress.com/kemahiran-pemilihan-dan-aplikasi-alat-bantu-
mengajar-abm/

5. PENGAMBILAN KAKITANGAN. (2012, January 2). linda. Retrieved from blogspot: http://linda-
assignment2.blogspot.com/2012/01/pengambilan-kakitangan.html

18
Lampiran

a) Profil murid yang menetap di b) Jadual bertugas bagi murid-

Tadika Pakat Muhammadi. murid mengikut hari.

c) ABM matematik yang ditampal d) ABM nombor 1 – 100 yang di

dinding tadika. tampal dinding tadika.

e) Visi, misi dan moto tadika. f) Antara ABM matematik

yang ada di tadika.

19

You might also like