Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

4.

0 METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini, kaedah borang soal selidik dan kaedah temubual telah digunakan
terhadap ------------------------. Selain itu, kaedah pemerhatian juga digunakan sebagai salah
satu kaedah untuk memerhatikan penggunaan makmal komputer sekolah dalam kalangan
------------------------.

4.1 Populasi dan Persampelan Kajian

Menurut Chua Yan Piaw,(2006), persampelan adalah berkaitan dengan proses memilih
sebilangan subjek sesuatu populasi untuk dijadikan sebagai responden kajian. Persampelan
merupakan satu aspek yang penting dalam penyelidikan kerana penggunaan sampel yang
tidak sesuai akan mengurangkan kesahihan dan kebolehpercayaan kajian. Populasi kajian
terdiri daripada pelajar yang menggunakan makmal komputer di sekolah. Persampelan rawak
dilakukan terhadap ---------------------------- yang terdapat di dalam populasi. Seramai 30
orang responden ,iaitu 15 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan telah dipilih untuk
menjawab soal selidik, manakala 5 orang informen juga merupakan ----------------. Seramai
25 orang pelajar tingkatan 5 dan 5 orang pelajar tingkatan 3 yang telah disoal selidik bagi
mendapatkan respon dan maklum balas.

4.2 Kaedah Pengumpulan Data Kajian

a) Soal selidik

Kaedah soal selidik digunakan untuk mengenal pasti tahap kepuasan pelajar dari segi
kebersihan dan keselesaan, kelengkapan di makmal komputer dan kepuasan terhadap
perjalanan kelas komputer serta mengkaji kepentingan makmal komputer terhadap
---------------------------------. Borang soal selidik ini menggunakan halaman bercetak.

Bahagian A: Data Demografi Responden

Bahagian B: Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Penggunaan Makmal Komputer --------------

Bahagian C: Kepentingan Makmal Komputer Sekolah terhadap ---------------------

B) TEMU BUAL
Menurut Chua Yan Piaw(2006), temu bual merupakan salah satu kaedah mengumpul
maklumat utama dalam kajian tinjauan. Ia sama dengan kaedah soal selidik dalam banyak
aspek. Perbezaan ialah cara melaksanakan kajian, iaitu temu bual dilakukan secara lisan
(perbualan), dan jawapan direkod oleh pengkaji secara bertulis, rakaman kaset, video dan
media elektronik yang lain. Pengkaji menyediakan satu set borang temu bual yang digunakan
untuk mencatatkan maklumat nama penyelidik dan responden, tarikh dan tempat temu bual
serta soalan dan jawapan yang diberikan oleh responden. Kaedah temu bual tidak formal
digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan tahap kepuasan pelajar terhadap makmal
komputer sekolah dan kepentingan makmal komputer sekolah terhadap ------------------------.
Dalam setiap temu bual 6 soalan akan diberikan kepada pihak responden. Terdapat 5
temubual yang dijalankan. Jadi keseluruhan soalan yang diberikan dalam mengumpul
maklumat ialah 30 soalan. Setiap temu bual yang dilakukan akan dicatat.

C) PEMERHATIAN

Terdapat 2 jenis kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian lapangan iaitu
kaedah pemerhatian sistematik dan pemerhatian peserta. Pemerhatian sistematik ialah kaedah
dimana peristiwa semula jadi dipilih, dicatat, direkod ke dalam unit-unit yang bermakna dan
dihuraikan oleh pemerhati yang bukan peserta kajian. Pemerhatian peserta pula ialah kaedah
kajian dimana pemerhati merupakan salah satu peserta dibawah pemerhatian, iaitu
pemerhatian terlibat terus dengan peristiwa di bawah kajian Chua Yan Piaw(2006). Dalam
kajian ini, kaedah pemerhatian peserta digunakan. Kaedah pemerhatian digunakan untuk
melihat sendiri tahap kepuasan pelajar terhadap makmal komputer dan kepentingan makmal
komputer terhadap pelajar.

D) RUJUKAN ARKIB

Sumber lain merupakan bahan yang dapat diperoleh daripada buku rujukan,majalah,keratan
akhbar, dan kajian-kajian lepas. Bahan internet juga digunakan dalam pengumpulan data bagi
kajian lepas. Ia merupakan data tambahan dan asas yang penting bagi menjayakan sesuatu
kajian.

4.3 KAEDAH ANALISIS DATA

Semua data yang diperoleh melalui borang soal selidik terhadap responden dikemas kini dan
ditunjukkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan penganalisisan. Oleh itu, bagi maklumat
latar belakang responden boleh dikategorikan sebagai pembolehubah nominal dianalisis
menggunakan nilai peratusan mudah untuk menerangkan hubungan antara satu sama lain.
Bagi menganalisis tahap persepsi pelajar menurut responden dalam soalan berbentuk skala
likert, pengiraan peratusan digunakan.

Bagi soalan-soalan Bahagian A, ia dianalisis dengan kaedah peratusan mudah. Kaedah ini
digunakan untuk mengetahui peratusan kekerapan responden yang dikaji. Data ini kemudian
akan dipaparkan dalam bentuk jadual dan carta pai. Bahagian B dan C dianalisis secara
keseluruhan dahulu dan kemudian dianalisis mengikut pendapat pelajar serta mengikut item-
item yang dikaji. Analisis yang digunakan juga menggunakan peratusan mudah. Data yang
telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta pai.

Menurut N.Gevaratnam(2001) jadual ialah salah satu cara atau kaedah untuk menyampaikan
maklumat sistematik. Jadual membolehkan data dalam bentuk angka disampaikan dengan
lebih teratur denagn cara penyusunan yang sistematik. Secara umumnya terdapat dua jenis
jadual iaitu jadual biasa dan jadual kompleks. Jadual berbentuk biasa hanya mengandungi
tiga aspek iaitu perkara, tahun dan jumlahnya. Jadual berbentuk kompeks pula mempunyai
pelbagai aspek dalam satu jadual contohnya perkara, tahun, jumlah, peratus dan peratus
perubahannya. Untuk kajian ini pengkaji memilih untuk membuat jadual berbentuk
kompleks.

Carta pai ialah satu kaedah penyampaian data yang dapat menggambarkan pecahan beberapa
pembolehubah seperti peratusan daripada aspek yang dikaji serta peratusan responden
mengenai tahap kepuasan pelajar terhadap makmal komputer sekolah. Setiap pembolehubah
dilukis berdasarkan nilai darjah yang membentuk jumlah keseluruhan sebanyak 360 darjah.
(N.Gevaratnam,2001).

a. Cara pemarkahan mengikut

Jadual 1: Cara pemarkahan mengikut item

SKOR KATEGORI TAHAP PERSEPSI PELAJAR

1 SANGAT SETUJU

2 SETUJU

3 TIDAK PASTI
4 TIDAK SETUJU

5 SANGAT TIDAK SETUJU

Bahagian ini , setiap item dianalisis satu persatu untuk menentukan bilangan dan peratusan
responden-responden mengikut persepsi pelajar terhadap aspek-aspek yang dikaji.

Data yang terkumpul melalui kaedah temu bual dianalisis secara kualitatif

You might also like