Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 43

Bidang : Akademik

Tajuk : Orientasi Mata Pelajaran

Objektif : Murid dapat:


1. Memberi maklumat tentang kepentingan mata pelajaran.

2. Mendedahkan peluang kerjaya dengan pilihan mata


pelajaran yang sesuai.

3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid tingkatan lima

Bahan : Kertas A4.

Langkah-
langkah :
1. Set Induksi –Fasilitator membuka perbincangan mengenai
kepentingan menguasai setiap mata pelajaran.

2. Fasilitator berbincang tentang kepentingan setiap mata


pelajaran.

3. Murid menyenaraikan beberapa kepentingan mengikut mata


pelajaran.

4. Fasilitator menjelaskan kepentingan setiap mata pelajaran


Menengah Atas.

Penilaian : Murid mencatat maklumat yang diberi oleh Fasilitator.

Rumusan : Pendedahan tentang kepentingan setiap mata pelajaran dapat


membolehkan murid memperoleh kemahiran asas, ilmu
pengetahuan dan nilai-nilai murni.

Falsafah : “Membaca Jambatan Ilmu”

1
Bidang : Akademik

Tajuk : Kemahiran Belajar Berkumpulan (1)

Objektif : Murid dapat:


1. Memberi teknik kemahiran belajar
berkumpulan.
2. Meningkatkan keyakinan diri.
3. Meningkatkan motivasi dan
pencapaian akademik murid.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid tingkatan lima

Bahan : Kertas A4, kertas sebak, alat tulis

Langkah-
langkah :
1. Set Induksi – Fasilitator membuka
perbincangan mengenai teknik-teknik belajar yang
diamalkan oleh murid.
2. Fasilitator berbincang tentang
kepentingan belajar.
3. Murid menyenaraikan kepentingan
belajar secara berkumpulan.
4. Fasilitator menjelaskan syarat-syarat belajar berkumpulan.
i. Bilangan ahli antara 3 – 5
orang
ii. Mempunyai jadual waktu
belajar
iii. Mempunyai seorang ketua
dan penolong ketua
kumpulan (Setiap kumpulan digalakkan mempunyai
nama kumpulan, etika kumpulan dan motto kumpulan)
5. Fasilitator membentuk kumpulan belajar.
6. Murid dikehendaki :-
i. Memilih ahli kumpulan
ii. Duduk dalam kumpulan
iii. Melantik ketua dan penolong
kumpulan
iv. Menentukan nama, etika dan
motto kumpulan.

Penilaian : Fasilitator membuat pemerhatian.

Rumusan : Teknik belajar secara berkumpulan sangat berkesan bagi


meningkatkan keyakinan diri dan prestasi akademik murid.
2
Falsafah : 1. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

2. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana


muafakat.

Bidang : Akademik

Tajuk : Kemahiran Belajar Berkumpulan (2)

Objektif : Murid dapat:


1. Memberi teknik kemahiran belajar berkumpulan.

2. Meningkatkan keyakinan diri.

3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid tingkatan lima

Bahan : Kertas A4, kertas sebak, alat tulis.

Langkah-
langkah :
1. Set Induksi - Fasilitator membuka
perbincangan mengenai teknik-teknik belajar yang
diamalkan oleh murid.

2. Fasilitator berbincang tentang kepentingan belajar.

3. Murid menyenaraikan kepentingan


belajar berkumpulan.

4. Fasilitator membantu murid membentuk kumpulan


belajar.

5. Murid dikehendaki :-
i. Memilih ahli kumpulan
ii. Duduk dalam kumpulan
iii. Melantik ketua dan penolong
kumpulan
iv. Menentukan nama, etika dan
motto kumpulan.

3
6. Fasilitator menjelaskan teknik belajar berkumpulan.
i. Teknik satu topik – semua
murid membaca dan memahami mengenai sesuatu topik
yang sama dan membentangkannya.
ii. Teknik pelbagai topik – setiap
murid membaca dan memahami topik tertentu dan
membuat pembentangan topik tersebut.
iii. Teknik menjawab soalan
peperiksaan – semua murid menjawab soalan
peperiksaan secara bersama dan saling membantu
antara sama lain.

7. Murid memulakan sesi pembelajaran dalam kumpulan.

Penilaian : Murid merekodkan maklumat kumpulan dan belajar dalam


kumpulan berdasarkan teknik yang telah dipelajari.
:
Rumusan Teknik belajar secara berkumpulan sangat berkesan bagi
meningkatkan keyakinan diri dan prestasi akademik murid.

Falsafah : Ramai ahli, banyak idea, tingkat ilmu.

4
Bidang : Akademik

Tajuk : Kemahiran Mendengar

Objektif : Murid dapat:


1. Mengetahui bahawa mendengar adalah sebagai satu
kemahiran.
2. Memahami langkah-langkah untuk menjadi pendengar
yang baik.
3. Mengamalkan nilai-nilai murni untuk menjadi
pendengar yang baik.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid tingkatan lima

Bahan : Kertas A4, alat tulis,teks (bebas - mengikut keperluan tajuk)

Langkah-
langkah :
1. Set induksi - Murid diminta berbual
secara spontan bersama rakan sekelas.

2. Fasilitator mengedarkan
kertas pendua kepada setiap murid

3. Fasilitator meminta semua


murid bersedia mendengar teks yang akan dibacakan.

4. Fasilitator membaca teks


sepintas lalu.

5. Fasilitator meminta setiap


murid mencatatkan seberapa banyak perkataan yang
5
bermula dengan huruf-huruf tertentu. Contoh huruf M, A, J,
U dan sebagainya.

6. Fasilitator membaca sekali


lagi teks tersebut.

7. Fasilitator meminta murid


mengira jumlah perkataan yang dicatatkan.

8. Fasilitator menyoal murid


‘Mengapa agaknya manusia dikurniakan dengan dua telinga
dan satu mulut ?’. Antara jawapannya yang betul ‘ Manusia
perlu mendengar dua kali ganda daripada bercakap’.

9. Fasilitator memberikan
penerangan tentang ciri-ciri pendengar yang baik kepada
setiap murid setelah tamat aktiviti ini.

Penilaian : Fasilitator membuat pemerhatian semasa aktiviti


perbualan berjalan..

Rumusan : Kemahiran mendengar dan menulis semula dapat membantu


murid mengekalkan daya ingatan dalam proses belajar.

Falsafah :
1. Untuk menjadi murid dan individu
yang berjaya kita perlu menggunakan
deria anugerah Tuhan misalnya telinga dan
mata dengan betul.

2. Semakin tinggi tahap


mendengar semakin tinggilah tahap
penumpuan murid dalam konteks menuntut ilmu.

6
Bidang : Akademik

Tajuk : Kemahiran Mencatat Nota ( Isi Penting )

Objektif : 1. Murid dapat mengetahui cara untuk mencatat nota yang


berbentuk isi penting.
2. Murid dapat mengetahui cara dan
kaedah mencatat nota
dengan baik dan berkesan.
Masa : 40 minit

Sasaran : Murid tingkatan lima

Bahan : Kertas A4, pen marker, alat tulis, kertas sebak, alat multimedia,
teks (bebas - mengikut keperluan tajuk)
Langkah-
langkah :
1. Set induksi - Fasilitator membaca petikan teks sepintas lalu
dan meminta murid mencatat nota tanpa panduan. Murid di
minta menceritakan semula pengalaman semasa
mendengar dan mencatat nota.

2. Fasilitator memberi pengstrukturan kepada murid berkaitan


masa, peranan peserta dan kerjasama serta objektif yang
ingin dicapai.

3. Fasilitator menerangkan kaedah mencari isi penting.

7
4. Fasilitator memberi petikan kepada murid dan meminta
murid mencatat nota berbentuk isi penting.

5. Murid membuat tugasan yang diarahkan.

6. Murid membentangkan tugasan.

7. Fasilitator meminta murid memberi komen.

8. Fasilitator membuat rumusan dan kesimpulan.

Penilaian : Fasilitator memilih hasil pembentangan terbaik untuk


dipamerkan dan bahan di serahkan kepada wakil murid untuk
dimurnikan dalam bentuk lembaran untuk diedarkan kepada
semua murid .

Rumusan : Murid boleh menggunakan kemahiran mencatat isi penting


untuk membuat nota.

Falsafah : Kemahiran mencatat nota akan membantu pembelajaran


yang berkesan.
Bidang : Akademik

Tajuk : Kemahiran Membaca ( Teknik SQ3R )

Objektif : Murid dapat:


1. Mencari kata kunci dalam proses
pembacaan yang berkesan.
2. Gambaran awal tentang
bahan yang hendak dibaca.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid tingkatan lima

Bahan : Alat multimedia, teks (bebas - mengikut keperluan tajuk)

Langkah-
langkah :
1. Set Induksi - Fasilitator memulakan
perbincangan tentang amalan murid semasa membaca.

2. Fasilitator menerangkan teknik bacaan SQ3R.

3. Murid menggunakan teknik SQ3R untuk membaca


bahan petikan yang diberi.

8
4. Guru bersoal jawab tentang fakta yang dibaca
untuk memastikan kefahaman yang maksimum diperolehi
oleh murid apabila menggunakan teknik SQ3R.

Penilaian : Fasilitator membuat pemerhatian semasa murid


membuat latihan membaca.

Rumusan : Teknik membaca dengan menggunakan kaedah SQ3R sangat


berkesan membantu murid memahami kandungan bahan
pembelajaran.

Falsafah 1. Membaca jambatan ilmu.

2. Penguasaan kemahiran membaca memudahkan murid


memahami apa yang dibaca.

Bidang : Akademik

Tajuk : Pengurusan Masa

Objektif : Murid dapat:


1. Memahami kaedah pengagihan masa dalam seharian.
2. Menentukan jumlah masa yang perlu digunakan untuk
mengulangkaji mata pelajaran.
3. Melihat kekerapan belajar bagi setiap mata pelajaran.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid tingkatan lima

Bahan : Lampiran 5A, alat multimedia, kalkulator,alat tulis

Langkah-
langkah :
1. Set induksi – Fasilitator bertanya kepada murid bagaimana
cara mereka membahagikan masa untuk belajar.

2. Fasilitator menerangkan kepentingan pengurusan masa


sebagai seorang murid.

9
3. Fasilitator mengedarkan lampiran 5A kepada semua murid.

4. Fasilitator mengarahkan murid untuk melengkapkan


lampiran 5A dengan menentukan mata pelajaran yang akan
diduduki dalam peperiksaan SPM.

5. Fasilitator meminta setiap murid untuk mengagihkan jumlah


masa belajar untuk setiap mata pelajaran mengikut
keutamaan.

6. Fasilitator meminta murid menentukan kekerapan belajar


bagi setiap mata pelajaran ( minima 3 kali ).

7. Fasilitator mengarahkan murid supaya memperuntukkan


satu waktu belajar yang menyamai waktu dalampeperiksaan
sebenar.

8. Fasilitator meminta murid membentangkan hasil dan


menggalakkan setiap ahli berkongsi.

9. Fasilitator membuat rumusan dan kesimpulan.

Penilaian : Murid merekodkan hasil pembentangan terbaik untuk di


jadikan panduan mengurus masa.

Rumusan : Murid sedar akan kepentingan mengurus masa dengan baik.

Falsafah : “Masa itu emas.”

10
Bidang : Akademik

Tajuk : Kemahiran Mengingat ( Neumonik )

Objektif : Murid dapat :


1. Mengetahui beberapa teknik mengingat neumonik
2. Menggunakan teknik mengingat dalam pembelajaran.
3. Mengingat dengan cepat.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid tingkatan lima

Bahan : Kertas A4, alat multimedia

Langkah-
langkah :
1. Set induksi – Fasilitator menarik perhatian murid dengan
menyebut beberapa benda dan meminta murid mengulang
semula perkataan tersebut.

2. Teknik Mengingat Akronim.


i. Fasilitator menerangkan teknik neumonik dengan
memberi contoh :
11
Sains – Pengkelasan Haiwan

RIMBA
R – Reptilia
I – Ikan
M – Mamalia
B – Burung
A – Amfibia

3. Teknik Mengingat Jalan Cerita.


i. Contoh :-

Geografi – Arah Mata Angin


Utara Timur Selatan Barat
Ulam Timun Sambal Belacan

4. Teknik Bunyi Seakan


i. Contoh :-

Sains – Kelas Makanan

Lemak, Vitamin, Pelawas, Air, Garam Mineral, Protein,


Karbohidrat.

Mak ( Lemak ) Amin ( Vitamin ) Tak Lawas ( Pelawas ) bila


minum Air ( Air ) Mineral ( garam Mineral ) dalam Tin
( Protein ) Karat ( Karbohidrat )

5. Fasilitator mengedarkan bahan cetakan dan murid


mengulang semula tanpa melihat bahan cetakan tersebut
dengan menggunakan teknik yang diberi.

Penilaian : Guru membuat pemerhatian semasa murid membentangkan


hasil kerja.

Rumusan : Teknik mengingat penting untuk meningkatkan kualiti


pembelajaran murid ke arah yang cemerlang.

Falsafah : Kemahiran ini dapat membantu murid meningkatkan daya


ingatan.

12
Bidang : Akademik

Tajuk : Kemahiran Membuat Rujukan

Objektif : Murid dapat:


1. Membuat rujukan di perpustakaan.
2. Membuat rujukan dengan cepat.
3. Mengenalpasti sumber rujukan.

Masa : 80 minit

Sasaran : Murid tingkatan lima

Bahan : Buku rujukan, ensiklopedia, kamus, atlas, gezitier, majalah,


buletin, laporan, tilam, slaid, video, kaset, cakera padat,
internet, direktori telefon.

Langkah-
langkah :
1. Set induksi – Fasilitator membuka perbincangan tentang
kekerapan murid membuat rujukan menggunakan bahan
bacaan yang ada di perpustakaan.

2. Murid diperjelaskan betapa pentingnya menguasai


kemahiran membuat rujukan.
13
3. Murid diperkenalkan sumber rujukan :-
i. Bahan bercetak – ensiklopedia, kamus, atlas, gezitier,
majalah, buletin, laporan, direktori telefon.
ii. Bahan bukan bercetak – papan kenyataan, batu
bersurat, filem, slaid, video, kaset dan cakera padat.
iii. Bahan ICT – internet, portal pendidikan.

4. Murid di edarkan helaian soalan (Lampiran 5B) untuk


mencari maklumat.

5. Fasilitator membuat semakan.

Penilaian : Fasilitator membuat pemerhatian dan memastikan


murid bekerjasama semasa mencari maklumat.

Rumusan : Murid memperoleh maklumat yang tepat, jelas dan terperinci


dengan membuat rujukan.

Falsafah : “Malas bertanya sesat jalan.”

Bidang : Akademik

Tajuk : Pemikiran Kreatif

Objektif : Murid dapat:


1. Mengamalkan satu kaedah bagaimana untuk mencetuskan
idea yang kreatif.
2. Mencipta sesuatu yang baru atau mengambil idea yang
telah sedia ada, dengan mengubah dan
mengembangkannya.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid tingkatan lima

Bahan : Kertas sebak, kertas A4, alat tulis

Langkah-
langkah :
1. Set Induksi - Fasilitator menerangkan maksud
pemikiran atau idea kreatif.

2. Guru mengedarkan kertas A4 kepada murid .

14
3. Murid melukis gambar mengikut kreativiti sendiri
berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru. Contohnya
“Pesawat Pada Masa Akan Datang”

4. Guru memberi markah 1 hingga 10 berdasarkan kreativiti.

5. Guru menerangkan langkah-langkah untuk menjadi kreatif.

Penilaian : Penilaian tugasan hasil pelajar.

Rumusan : 1. Setiap murid berupaya membentuk kreativiti apabila diberi


bimbingan.
2. Setiap murid berupaya mencetuskan idea kreatif
apabila
murid diberi peluang untuk mencanai minda mereka.

Falsafah : Kurang pintar dapat diatasi dengan belajar. Kurang


cekap diasah melalui pengalaman. Tetapi kurang jujur sukar
untuk dibetulkan.

Bidang : Akademik

Tajuk : Kajian Tindakan

Objektif : Murid dapat:


1. Memberi pendedahan melalui kajian tindakan.
2. Membina budaya ilmu dan penyelidikan.
3. Menjalankan kajian tindakan.
Masa : 40 minit
Sasaran : Murid tingkatan lima
Bahan : Kertas A4, kertas sebak, alat tulis.

Langkah-
langkah :
1. Set Induksi - Guru menunjukkan
hasil kajian tindakan untuk perbincangan.
i. Apa yang dikaji?
ii. Hasil dapatan?
iii. Kebaikan atau sumbangan kajian tersebut.

2. Guru berbincang tentang kepentingan


kajian tindakan. Antara kepentingan kajian tindakan ialah:
i. Boleh meningkatkan prestasi.
15
ii. Membantu menyelesaikan masalah.
iii. Membuat perancangan.

3. Murid menyenaraikan kepentingan kajian


tindakan.

4. Guru menjelaskan prosedur menjalankan


kajian tindakan.
i. Mengenalpasti masalah
ii. Merancang tindakan
iii. Melaksanakan tindakan
iv. Membuat penilaian

5. Guru membantu murid membina


kumpulan kajian tindakan.

6. Guru dan murid berbincang mengenai


topik kajian tindakan yang hendak dijalankan.

Penilaian : Setiap kumpulan mempunyai satu tajuk kajian tindakan yang


sesuai.

Rumusan : Kajian tindakan sangat penting bagi penyelesaian masalah


dan perancangan tindakan seterusnya.

Falsafah : Penyelidikan asas pembangunan dan pemantapan ilmu.

Lampiran 5A

Kontrak Belajar

Bil Mata Pelajaran Kekerapan Peruntukan Masa

Tarikh : _____________ Tandatangan :__________________

16
LAMPIRAN 5B

Helaian Soalan

1. Tuliskan nombor telefon Jabatan Pendidikan Perlis ? – telefon direktori.

2. Apakah maksud keterampilan ? – Kamus Bahasa

3. Tentukan kedudukan Kuala Lumpur. – Peta dan internet.

4. Tuliskan alamat sekolah.

5. Nyatakan proses pembikinan roti.


17
6. Gua Kelam adalah destinasi pelancongan. Nyatakan kedudukannya?

7. Jawatan tertinggi bagi Angkatan Tentera Laut DiRaja Malaysia.

8. Apakah laman web bagi Kementerian Pelajaran Malaysia ?

Bidang : Kerjaya

Tajuk : Kombinasi Subjek Dan Kerjaya

Objektif : Murid dapat:


1. Kefahaman tentang
perkaitan dan kepentingan antara kombinasi subjek yang
dipilihl dengan kerjaya masa depan.
2. Memahami konsep,
pengiraan dan pelaksanaan meritokrasi untuk kemasukan ke
IPTA.
3. Membuat pilihan
kursus yang tepat di peringkat pengajian tinggi.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid tingkatan lima

Bahan : Buku Panduan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam,


kertas A4, alat tulis
18
Langkah-
langkah : 1. Set Induksi - Guru bertanya murid tentang cita-cita dan
bidang pengajian yang ingin dipilih di universiti.
2. Guru meminta murid menulis cita-cita mereka di dalam kertas
A4.
3. Murid diminta membuat mencari kombinasi mata pelajaran
yang diperlukan di dalam Buku Panduan Kemasukan ke
Institusi Pengajian Tinggi Awam berdasarkan bidang kerjaya
mereka.
4. Setiap murid akan berbincang dengan rakan sekelas tentang
kombinasi mata pelajaran yang diambil dengan bidang kerjaya
yang diminati.
5. Guru membuat rumusan dan peneguhan positif.

Penilaian : 1. Pemerhatian terhadap aktiviti murid .


2. Berdasarkan rekod yang dicatatkan oleh pelajar.

Rumusan : 1. Perlu mengetahui perkaitan antara subjek yang dipilih dalam


SPM dengan jurusan yang akan diambil di peringkat IPTA.
2. Membuat persediaan dan perancangan yang lebih awal untuk
meneruskan pengajian ke IPTA.

Falsafah : 1. Berusaha mengembangkan potensi yang ada dalam diri sendiri


untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup.
2. Dedikasi – berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga
dalam melakukan sesuatu perkara.
3. Rasional – boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang
nyata dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa
dipengaruhi oleh perasaan.

19
Bidang : Kerjaya

Tajuk : Ujian-Ujian Yang Berkaitan Dengan Kerjaya.

Objektif : Murid dapat:


1. Mengenal pasti bidang kerjaya yang diminati.
2. Menyediakan diri secara terancang ke arah jurusan/bidang yang
tepat.
3. Sensitif terhadap bidang kerjaya yang diminati bersesuaian
dengan personaliti diri.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid tingkatan lima

Bahan : Inventori-iventori yang berkaitan.

Langkah-

20
langkah : 1. Set induksi – Guru memberi penerangan kepada murid
berhubung dengan personaliti diri / minat kerjaya.
2. Guru mengedar soal selidik.
3. Guru memberi arahan mentadbir ujian.
4. Murid menjawab soalan dalam edaran soal selidik.
5. Guru membuat interpretasi terhadap dapatan ujian.
6. Kaunselor membuat peneguhan positif rumusan secara
keseluruhan.

Penilaian : 1. Murid dapat menjawab soal selidik.


2. Ujian, merekod dan pemerhatian.

Rumusan Murid dapat mengenali minat kerjaya secara lebih dekat.

Falsafah : 1. Murid menyanyangi diri dan mengetahui bidang yang diminati.


2. Melahirkan rasa syukur dengan anugerah bakat, potensi dan
kemahiran yang dianugerahkan oleh Tuhan.
3. Murid dapat menjawab soalan secara jujur dan telus .

Bidang : Kerjaya

Tajuk : Pengiktirafan, Biasiswa,Pinjaman Serta Hala Tuju Selepas


SPM.

Objektif : Murid dapat:


1. Membuat pemilihan kemasukan ke IPTA selepas SPM.
2. Mengenalpasti sumber bagi mendapatkan bantuan
kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT.
3. Mengetahui jenis-jenis kursus dan IPTA / IPTS yang
menawarkan kursus di peringkat pengajian tinggi yang diiktiraf
oleh kerajaan.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid tingkatan lima

Bahan : Persembahan power point, alat multimedia

21
Langkah- :
langkah 1. Set Induksi - Guru menayangkan klip video
kepayahan, kesusahan murid di pedalaman melanjutkan
pelajaran.
2. Guru bertanya murid tentang jurusan dan universiti
yang ingin dimasuki selepas tamat pengajian sekolah
menengah.
3. Guru memulakan penerangan atau ceramah
berkaitan dengan tajuk.
4. Guru mengadakan sesi soal jawab dengan murid
berkaitan tajuk yang disampaikan.
5. Guru membuat rumusan dan peneguhan positif.

Penilaian : 1. Pemerhatian semasa murid mendengar ceramah.


2. Bersoal jawab secara lisan.

Rumusan : 1. Perlu mengetahui cara-cara untuk mendapatkan bantuan


kewangan bagi melanjutkan pelajaran.
2. Sebelum memohon sesuatu jurusan yang ditawarkan di
peringkat IPT,kajian secara terperinci mengenai bidang dan
universiti yang menawarkan kursus mestilah dibuat.

Falsafah : 1. Peka dan perihatin terhadap perkembangan pendidikan di


peringkat IPT.
2. Jujur dan dapat membuat keputusan yang terbaik untuk
kecemerlangan masa hadapan.

22
Bidang : Kerjaya

Tajuk : Maklumat Kerjaya.

Objektif : Murid dapat:


1. Mengetahui maklumat kerjaya yang terdapat di dalam
pasaran kerja masa kini.
2. Mengetahui prosedur dan hala tuju sesuatu kerjaya
yang dipilih.

Masa : 80 minit

Sasaran : Murid tingkatan lima

Bahan : Alat multimedia, Buku Panduan Kemasukan Ke IPTA/IPTS, akhbar

23
dan risalah yang berkaitan.

Langkah-
langkah : 1. Set Induksi – Guru meminta murid yang sukarela untuk
berkongsi cita-cita mereka.
2. Guru mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan.
3. Murid mencari maklumat berdasarkan bahan yang ada
sambil dibantu oleh Kaunseling.
4. Murid mendapatkan maklumat dan membuat catatan.
5. Murid membentangkan hasil dapatan yang diperolehinya
secara jelas.
6. Guru membuat rumusan dan peneguhan positif.

Penilaian : 1. Penglibatan murid semasa mencari maklumat.


2. Isi maklumat yang dibentangkan kepada kelas
3. Penglibatan murid-murid semasa pembentangan.

Rumusan 1. Maklumat boleh didapati melalui internet.


2. Maklumat kerjaya boleh didapati melalui pengalaman orang
lain.
3. Bagi memudahkan sesama murid mendapatkan maklumat
maka konsep perkongsian boleh dilaksanakan.

Falsafah : 1. Kemahiran dan pengetahuan melayari internet semestinya


ada dalam pengetahuan seseorang murid.
2. Perkongsian maklumat antara murid penting bagi
menjalinkan semangat bekerjasama.

Bidang : Kerjaya

Tajuk : Penulisan Resume

Objektif : Murid dapat:

1. Mengetahui dan memahami kepentingan


resume.

2. Menulis resume mengikut format yang


betul dan berkesan dalam proses permohonan pekerjaan.

24
Masa : 80 minit

Sasaran : Murid tingkatan lima

Bahan : Lampiran 5C, Lampiran 5D.

Langkah-

langkah : 1. Set induksi - Guru meminta pelajar


melakonkan situasi ketika temuduga untuk memohon
pekerjaan.

2. Murid dimaklumkan kepentingan resume.

i. Tanggapan awal pihak yang berkenaan.

ii. Menggambarkan keperibadian penulis.

iii. Mudah untuk mengetahui hal-hal


penulis dengan cepat.

3. Guru menerangkan format penulisan


resume.

i. Mengikut butir-butir yang dikehendaki.

ii. Menekankan kehendak bakal majikan.

iii. Ditaip dengan jelas dan saiz huruf yang


sesuai (Times New Roman – Font 12 )

4. Guru menunjukkan contoh resume.

5. Murid menulis resume mengikut format


yang diberikan.

Penilaian : Pembentangan resume yang dibuat oleh murid.

Rumusan : Resume dapat membantu murid menyediakan maklumat secara


tersusun untuk menceburi bidang kerjaya.

Falsafah : Pekerjaan adalah satu cabaran masa depan murid.

25
Bidang : Kerjaya

Tajuk : Panduan Temuduga

Objektif : Murid dapat:


1. Mempersiapkan diri ke arah persediaan menghadiri temuduga.
2. Mengetahui keperluan dalam menghadiri temuduga supaya
proses temuduga berjalan dengan lancar dan cemerlang.

Masa : 80 minit
26
Sasaran : Murid tingkatan lima

Bahan : Persembahan power point, alat multimedia

Langkah-
langkah : 1. Set Induksi - Pelajar melihat persembahan power point
berkaitan dengan tajuk “Persiapan Menghadiri Temuduga.”
2. Guru meminta murid memberi respon terhadap apa yang
telah mereka lihat dalam persembahan power point tadi.
3. Guru memilih beberapa murid untuk simulasi sesi
temuduga.
4. Murid-murid diminta membuat ulasan berkaitan dengan
simulasi tadi.
5. Guru membuat rumusan dan peneguhan berdasarkan
simulasi yang telah dilaksanakan.

Penilaian : 1. Penglibatan murid


dalam simulasi sesi temuduga.
2. Penglibatan murid
dalam sesi soaljawab berkaitan dengan simulasi yang
dijalankan.

Rumusan : 1. Dalam proses menghadiri sesi temuduga individu


memerlukan persiapan yang rapi.
2. Persiapan diri sama ada mental dan fizikal sangat
perlu bagi menjamin kejayaan dalam temuduga.

Falsafah : 1. Peka dan perihatin terhadap kerjaya yang dipohon.


2. Semasa temuduga yang penting ialah bagaimana individu
dapat menunjukan sikap yang positif dalam sesuatu bidang
yang akan diceburi.

LAMPIRAN 5C

Nota Guru

27
1. Satu daripada tiga langkah untuk mendapatkan pekerjaan selain daripada
temuduga dan tawaran kerja.

2. Merupakan tanggapan pertama yang mendorong bakal majikan manjalankan


temuduga terhadap anda.

3. Hampir semua pekerjaan yang dipohon memerlukan resume walaupun pada


asasnya resume perlu untuk kerja-kerja pengurusan dan professional sahaja.

4. Keutamaan diberi kepada pemohon yang menyertakan resume kepada


majikan.

5. Resume mengutarakan butir-buitr asas diri pemohon pekerjaan iaitu –


 Nama, alamat lengkap, nombor telefon
 Butir – butir peribadi
 Objektif
 Rekod pekerjaan dengan majikan terdahulu
 Latar belakang pendidikan
 Pengetahuan bahasa
 Keahlian profesional
 Karya-karya yang pernah di terbitkan

6. Resume akan dihantar kepada bakal majikan sama ada melalui pos, sistem
penghantaran lain atau e-mail.

7. Bakal majikan akan meneliti resume itu dan meminta maklumat lanjut
pemohon atau memanggil untuk sesi temuduga sekiranya pemohon itu diberi
pertimbangan.

8. Jangan memberi maklumat yang terlalu mendalam kerana perkara ini boleh
dilakukan semasa temuduga.

9. Resume hanyalah sebagai pengenalan untuk menarik bakal majikan sahaja


dan harus dibuat sebaik mungkin supaya bakal majikan mendapat tanggapan
awal yang baik.

10. Resume asas mesti mengandungi perkara berikut :


 Data Personal
 Objektif
 Kelayakan
 Pendidikan
 Aktiviti Kokurikulum
 Pengalaman bekerja
 Kemahiran komputer
 Hobi

11. Dua jenis resume yang ditekankan ialah :–


28
 Resume asas – untuk mereka yang pertama kali memohon jawatan.
 Resume kronologi – untuk memohon jawatan lain daripada sedia ada.

LAMPIRAN 5D

Contoh Resume Peningkatan

GAMBAR
UKURAN 29
PASPORT
No 20 Jalan Aman 7, Tel : 06-42945576
70300, Seremban,
Negeri Sembilan.

RESUME
MOHD KHAIRUL NASIR

DATA PERSONAL
Tarikh Lahir : 14 Mac 1979
Taraf Perkahwinan : Bujang
Kesihatan : Sihat tubuh badan
No Kad Pengenalan: 790314-14-5851

OBJEKTIF
Memohon jawatan di bahagian pengurusan

KELAYAKAN
1. Mendapat pendidikan yang baik
2. Kejayaan akademik yang tinggi
3. Berupaya bekerja keras untuk kepentingan syarikat
4. Bersedia bekerja di bawah tekanan
5. Berpengalaman membuat kerja sambilan semasa di universiti sebagai
penyelia kilang elektronik
6. Fasih berbahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan boleh memahami Bahasa
Jepun dan Mandarin.

PENDIDIKAN
1. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran ( Pengurusan Sumber Manusia UTM
2001 )
2. Mendapat anugerah Canselor pada akhir tahun 2001.
3. Sijil Pelajaran Malaysia – Lulus (SMK Gemas tahun 1993-1997)
4. Ujian Penilaian Sekolah Rendah – Lulus (SK Taman Maluri 1987-1993)

AKTIVITI KOKURIKULUM
1. Bola Sepak (Universiti)
2. PALAPES (Unversiti)
3. Kadet Polis (Sekolah)

PENGALAMAN BEKERJA
1999 – 2000 : Syarikat Elektronik Fujitsu, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

KEMAHIRAN KOMPUTER
30
1. Windows
2. Microsoft Word

HOBI
1. Senifoto, perkhemahan, catur.

Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Kemahiran Pengurusan Stres

Objektif : Murid dapat:


31
1. Memahami maksud stres
2. Mengenal pasti tanda-tanda stres
3. Meningkatkan kemahiran mengurus stres

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid tingkatan lima

Bahan : Kertas A4, gambar-gambar, Inventori Stres (disediakan oleh guru


yang berkenaan)

Langkah-
langkah : 1. Menayangkan gambar individu
ketika stres.
2. Guru menerangkan definisi stres.
3. Guru membincangkan tanda-tanda
stres dan tahap-tahap stres.
4. Murid membuat catatan isi-isi
penting yang disampaikan.
5. Guru mengedarkan inventori stres
kepada murid.
6. Guru menginterpretasikan inventori
secara umum untuk membantu murid menilai hasil inventori
masing-masing.
7. Guru mengajar langkah-langkah
yang boleh dilakukan ketika mengalami stres:
Contoh: Aturan pernafasan ketika stres.

Penilaian : Pemerhatian kepada perubahan tingkahlaku positif murid.

Rumusan : Guru menekankan bahawa setiap orang mempunyai stres yang


berbeza.

Falsafah : ”Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat”

Bidang : Keibubapaan
32
Tajuk : Isu-isu Kepimpinan keluarga Dan Strategi Menangani
Masalah Dalam Keluarga.

Objektif : Murid dapat:


1. Bersedia untuk menerima pelbagai isu dalam kepimpinan
keluarga.
2. Menghargai hubungan kekeluargaan yang sedia ada.

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid tingkatan lima

Bahan : Alat multimedia

Langkah-
langkah :
1. Set Induksi - Murid melihat klip video filem (Pak
Belalang-P.Ramlee)
2. Guru membuat ulasan bagaimana ayah tunggal yang
tidak memainkan peranan untuk menunaikan
tanggungjawab dan anak tunggal yang sentiasa akur dan
berusaha gigih untuk membantu ayahnya.
3. Murid membentangkan hasil temuramah individu yang
terlibat dalam isu kepimpinan keluarga dan strategi yang
mereka ambil untuk menangani isu tersebut. (Tugasan
temuramah diberikan sebelumnya)
4. Murid lain akan membuat komen dan perkongsian dari
segi isu yang dihadapi dan strategi menangani isu tersebut.
5. Guru membuat rumusan dengan memberi penekanan
dari segi objektif pembelajaran.

Penilaian : Hasil tugasan.

Rumusan : Tugasan temuramah yang diberikan sebelumnya akan memberi


ruang kepada murid untuk mendapat lebih banyak maklumat.

Falsafah : Isu-isu kekeluargaan yang dihadapi tidak menjadi masalah


sekiranya diurus dengan baik.

Bidang : Keibubapaan

33
Tajuk : Perkembangan Remaja (Kemahiran Berfikir Dan Membuat
Keputusan)

Objektif : Murid dapat:


1. Membuat perbandingan antara
asuhan yang baik dan salah dalam isu-isu kekeluargaan.
2. Memberikan idea yang positif dalam
membuat keputusan yang lebih proaktif.
3. Mengambil iktibar yang baik hasil
daripada perbincangan ke arah memacu diri yang
cemerlang.

Sasaran : Murid tingkatan lima

Bahan : Soalan perbincangan mengenai isu didikan dalam keluarga.

Masa : 60 minit

Langkah-
langkah :
1. Murid diminta membuat kumpulan
yang terdiri daripada lima orang.
2. Kumpulan dikehendaki melantik ketua
masing-masing.
3. Setiap kumpulan membincangkan isu
yang diberikan untuk kumpulan masing-masing
4. Wakil kumpulan membentangkan hasil
perbincangan.
5. Kumpulan lain diminta memberi
respon terhadap pembentangan setiap kumpulan.
6. Guru membuat rumusan

Falsafah : 1. Menghormati pendapat orang lain.


2. Hasil yang baik adalah dari
keputusan yang dilakukan melalui perbincangan.

34
Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Kerukunan Dan Kesejahteraan Keluarga (Asuhan Yang


Baik)

Objektif: : Murid dapat:


1. Menyatakan dan menghuraikan
kepincangan keluarga tanpa didikan agama.
2. Mengambil iktibar keburukan
keluarga yang tidak mengamalkan kehidupan beragama.

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid tingkatan lima

Bahan : Kertas A4, alat tulis, poster keluarga (gambar anak bersalaman
dengan bapanya)

Langkah-
langkah : 1. Set Induksi – Murid diminta memberikan pendapat tentang
seorang anak yang terlibat dengan gejala negatif seperti
penagih dadah.
2. Murid disoal dengan pertanyaan tertutup:
“Mengapa anak tersebut berada dalam keadaan demikian?”
3. Antara jawapan yang diberikan ialah pengaruh kawan-
kawan, kurangnya didikan agama atau tidak berpendirian
tegas diri.
4. Jawapan: kurang didikan agama perlu dikaitkan dengan
asuhan dari ibubapa .
5. Murid diminta membuat ceramah pendek yang mengandungi
tiga perenggan, berkaitan dengan asuhan yang baik dalam
kontek keluarga.

Penilaian : Pendapat dan ceramah yang diberikan oleh murid.

Rumusan : Murid perlu menghayati asuhan yang baik melalui peranan


ibubapa mereka.

Falsafah : Contoh dan teladan yang baik, penjana kejayaan seseorang.

35
Bidang : Pembangunan Diri Murid

Tajuk : Penilaian Diri Dan Masyarakat

Objektif : Murid dapat:


1. Mengetahui nilai kehidupan dalam masyarakat
2. Menyedarkan peranan mereka dalam masyarakat.
3. Menyenaraikan sumbangan mereka dalam masyarakat

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan Lima

Bahan : Lampiran 5E

Langkah-
langkah :
1. Set induksi - Guru bersoal jawab
dengan murid mengenai masyarakat persekitaran murid.
2. Guru mengedarkan lampiran 5E
kepada murid.
3. Guru menerangkan langkah-langkah
yang perlu dilakukan oleh murid.
4. Murid diminta memenuhi lampiran
yang diedarkan oleh Guru Kaunseling.
5. Murid diminta membentangkan hasil
yang telah mereka dapat.
6. Guru membuat rumusan akhir
tentang nilai pembelajaran yang diperolehi dari
perbincangan tersebut.

Penilaian : Murid dapat menyenaraikan peranan mereka di dalam


pembangunan masyarakat.

Rumusan : Meningkatkan nilai kehidupan murid ke arah kehidupan


berkualiti.

Falsafah : ”Masyarakat Cemerlang Negara Gemilang”

36
Bidang : Pembangunan Diri Murid

Tajuk : Nilai Diri Dan Masyarakat -Membentuk Masyarakat


Penyayang

Objektif : Murid dapat:


1. Mengetahui pentingnya kehidupan dalam masyarakat.
2. Mengetahui peranan mereka dalam
membentuk masyarakat penyayang.
3. Menyenaraikan ahli keluarga dan jiran
mereka.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid tingkatan lima

Bahan : Lampiran 5F

Langkah-
langkah :
1. Set induksi - Guru meminta murid
memberi pendapat tentang jiran mereka.
2. Guru mengedarkan lampiran 5F
kepada murid.
3. Guru menerangkan langkah-langkah
yang perlu dilakukan oleh murid.
4. Murid diminta memenuhi lampiran
yang diedarkan oleh Guru.
5. Murid diminta membentangkan hasil
yang telah mereka dapat.
6. Guru membuat rumusan akhir
tentang nilai pembelajaran yang diperoleh dari perbincangan
tersebut.

Penilaian : Murid dapat menyenaraikan nama jiran mereka dengan


lengkap.

Rumusan : Meningkatkan nilai kehidupan murid ke arah kehidupan yang


berkualiti.

Falsafah : Orang yang tidak penyayang, tidak pula akan disayangi.

37
Bidang : Pembangunan Diri Murid

Tajuk : Nilai Diri Dan Masyarakat-Kemudahan Awam

Objektif : Murid dapat:


1. Mengetahui pentingnya kemudahan awam yang disediakan.
2. Mengetahui peranan mereka dalam menjaga kemudahan
awam yang disediakan.
3. Menyenaraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh
mereka dalam menjaga kemudahan awam.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid tingkatan lima

Bahan : Lampiran 5G

Langkah-
langkah :
1. Set induksi – Guru meminta murid menyatakan kemudahan
awam yang ada di tempat tinggal mereka.
2. Guru mengedarkan lampiran 5G kepada murid.
3. Guru menerangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan
oleh murid.
4. Murid diminta memenuhi lampiran yang diedarkan oleh Guru
5. Murid diminta membentangkan hasil yang telah mereka
buat.
6. Guru membuat rumusan akhir tentang nilai pembelajaran
yang diperoleh dari perbincangan tersebut.

Penilaian : Murid dapat menyenaraikan kemudahan awam dan langkah


langkah penjagaan yang perlu dilakukan.

Rumusan : Meningkatkan nilai kehidupan murid dalam menjaga


kemudahan awam di persekitaran mereka.

Falsafah : Orang yang tidak mementingkan kemudahan awam bagaikan


pengemis yang mengejar kekayaan.

38
Lampiran 5E

Anda adalah seorang ahli masyarakat. Apakah peranan anda untuk


membangunkan masyarakat.

Gotong
Royong

Diri
Anda

Tidak terlibat
Dengan dadah

39
Lampiran 5F

Senaraikan Ahli Keluarga Jiran Anda

BIL NAMA PENUH UMUR PERTALIAN PANGGILAN PEKERJAAN


MESRA
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23

40
Lampiran 5G

Masyarakat : Kumpulan manusia yang hidup bersama (dalam sesuatu tempat


dengan aturan-aturan dan cara tertentu, pergaulan hidup-Kamus Dewan)

Manusia : Individu hidup bersosial. Kita tidak boleh hidup bersendirian.

1. Senaraikan kemudahan awam di tempat anda?


.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
................................................................................................................................

2. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjaga kemudahan awam?


.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
................................................................................................................................

41
Bidang : Pendidikan Pencegahan

Tajuk : Kesihatan dan Keselamatan (Pidato Unggul)

Objektif : Murid dapat:


1. Mengamalkan gaya hidup sihat dan
menjadi ‘role’ model kepada murid-murid lain.
2. Menjelaskan aspek, kaedah,
penjagaan kesihatan dan keselamatan kendiri.

Masa : 80 minit

Sasaran : Murid tingkatan lima.

Bahan : Gambar penagih dadah, buku di dalam bidang Farmakologi / Pediatrik


/ Neurologi / Genekologi / Forensik Patologi dan Ortopedik, alat tulis,
buku catatan

Langkah-
langkah :
1. Set Induksi – Guru menunjukkan gambar penagih dadah kepada
murid.

2. Murid diminta memberi pendapat


tentang gambar yang ditunjukkan.

3. Murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan setiap


kumpulan diberi tajuk tugasan.Tajuk tugasan adalah seperti
berikut:
i. Farmakologi
ii. Pediatrik
iii. Neurologi
iv. Genekologi
v. Forensik Patologi
vi. Ortopedik

4. Berdasarkan tajuk yang diberikan, murid diminta


mengaitkannya dengan kesan penagihan dadah terhadap
kehidupan manusia.

5. Guru memberikan masa selama 40 minit untuk penyediaan


bahan pidato.

6. Murid diminta membuat pengucapan di ‘Pidato Unggul’.


Tempoh masa selama 5 minit bagi setiap kumpulan.

42
7. Guru membuat rumusan dan falsafah terhadap aktiviti
tersebut.

Penilaian : 1. Respon murid-murid


2. Catatan murid-murid mengenai bidang perubatan dan kaitan
dengan penyalahgunaan dadah.

Rumusan : Guru merumuskan gaya hidup sihat dan ciri-ciri murid


sebagai ‘role model’ kepada murid-murid lain.

Falsafah : 1. Sebagai murid, mereka perlu tahu dan peka mengenai


perkembangan diri dan kesan dadah terhadap kesihatan.
2. Murid menghargai kesihatan diri yang dianugerahkan oleh
Tuhan.
3. Murid-murid dapat maklumat baru dalam bidang-bidang
kesihatan dan perubatan.

43

You might also like