Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

TEKS PENGACARAAN

PROGRAM KURSUS MOTIVASI PELAJAR TUISYEN RAKYAT @ KKLW


PEJABAT RISDA DAERAH KLUANG
04 FEBRUARI 2018 (AHAD)

TIME CUE ANNOUNCE


‫ِبسْ ِم هَّللا ِ الرَّ حْ َم ِن الرَّ حِيم‬
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam


Muafakat Johor.

Yang Berusaha Encik Saiful Zahrin Bin Othman Pegawai


RISDA Daerah Kluang

Yang Di Hormati Tn Hj Roslan Bin Hussin, Wakil Rasmi


Pengarah RISDA Negeri Johor.

Yang Di hormati Encik Zulhelmi Bin Maurad, Penolong


12.30 pm SALUTASI Pegawai Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Kluang

Yang Di hormati Alfadhil Ustaz Muhammad Fakhrul Islam


Bin Md Zarin, Pendakwah dari Program Pencetus Ummah

Penyelaras Pengembangan Negeri Johor,

Pegawai-pegawai kanan Pejabat RISDA Daerah Kluang,

Barisan guru-guru pengiring,

Semua Pegawai Seranta dan Pemaju Masyarakat RISDA

Serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

1
TEKS PENGACARAAN
PROGRAM KURSUS MOTIVASI PELAJAR TUISYEN RAKYAT @ KKLW
PEJABAT RISDA DAERAH KLUANG
04 FEBRUARI 2018 (AHAD)

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana


dengan limpah kurnia dan inayahnya dapat lah kita bersama-
sama pada pagi ini dalam PROGRAM KURSUS MOTIVASI
PELAJAR TUISYEN RAKYAT @ KKLW PEJABAT RISDA
DAERAH KLUANG BAGI TAHUN 2018. Saya bagi pihak
Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua.

Orang Jawa berdagang ke kota,


Singgah di Acheh membeli gamat,
tangan dirafak, restu dipinta,
Doa diamin moga selamat.

Bagi tujuan tersebut, Majlis menjemput dan mempersilakan


BACAAN DOA
Encik Rizalman Bin Ramlan, bagi mengepalai bacaan doa.

...............................................................................................

Terima Kasih diucapakan kepada Encik Rizalman Bin


Ramlan di atas kesudian mengetuai bacaan Doa itu tadi.

UCAPAN Hadirin Sekalian,


ALUAN

Bukan rumput sebarang rumput,


Rumput penghias tepi halaman,
Bukan Jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan

2
TEKS PENGACARAAN
PROGRAM KURSUS MOTIVASI PELAJAR TUISYEN RAKYAT @ KKLW
PEJABAT RISDA DAERAH KLUANG
04 FEBRUARI 2018 (AHAD)

Dengan ini, di persilakan Tuan Pegawai RISDA Daerah


Kluang Encik Saiful Zahrin Bin Othman untuk memberikan
ucapan aluan. Dipersilakan.

..................................................................

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Pegawai RISDA


Daerah diatas Ucapan Aluan itu tadi.

Hadirin Hadirat sekalian,

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Seterusnya, dijemput dan dipersilakan Tuan Haji Roslan Bin


Husin, Wakil Rasmi Pengarah RISDA Negeri Johor bagi
UCAPAN
PENGARAH memberi ucapan sekaligus merasmikan KURSUS MOTIVASI
PELAJAR TUISYEN RAKYAT @ KKLW PEJABAT RISDA
DAERAH KLUANG BAGI TAHUN 2018

.................................................................

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Haji Roslan di atas


ucapan perasmian itu tadi.

3
TEKS PENGACARAAN
PROGRAM KURSUS MOTIVASI PELAJAR TUISYEN RAKYAT @ KKLW
PEJABAT RISDA DAERAH KLUANG
04 FEBRUARI 2018 (AHAD)

Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Seterusnya majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan


menjemput dan mempersilakan Encik Saiful Zahrin Bin
Othman bersama Tuan Haji Roslan Bin Husin untuk
menyampaikan “mock cheque” Program Tuisyen Rakyat
@KKLW 2018

PENYAMPAIAN
BANTUAN Dipersilakan Encik Zulhelmi Bin Maurad Penolong Pegawai
Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Kluang bagi
menerima ”mock cheque” Program Tuisyen Rakyat
@KKLW 2018 berjumlah RM 62,500. Dipersilakan.

….………………………………………..

Terima Kasih diucapakan kepada Tuan Pegawai RISDA


Daerah dan Tuan Haji Roslan di atas penyampaian itu tadi.

CERAMAH Hadirin Hadirat Yang Dirahmati Allah,


MOTIVASI

Majlis pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan slot


ceramah motivasi yang akan disampaikan oleh Alfadhil
Ustaz Muhammad Fakhrul Islam Bin Md Zarin, atau lebih
dikenali dengan nama PU Fakhrul dari Program Pencetus
Ummah di Astro.

4
TEKS PENGACARAAN
PROGRAM KURSUS MOTIVASI PELAJAR TUISYEN RAKYAT @ KKLW
PEJABAT RISDA DAERAH KLUANG
04 FEBRUARI 2018 (AHAD)

Tapi, Sebelum itu, moleklah kiranya saya memperkenalkan


serba sedikit latar belakang Alfadhil Ustaz.

Nama : Muhammad Fakhrul Islam Bin Md Zarin

Umur :

Asal :

Status /Keluarga :

Jawatan terkini :

Hadirin Hadirat sekalian,

Tanpa membuang masa lagi, marilah kita meminjamkan


telinga dan mata kita bagi mendengar dan memfokuskan
input-input yang akan di beri oleh Alfadhil Ustaz.
Dipersilakan.

….…………………………………………………………………

Demikianlah ceramah motivasi yang telah disampaikan moga


apa yang dikongsikan dapat diaplikasikan oleh pelajar-pelajar
sekalian. InsyaAllah.

5
TEKS PENGACARAAN
PROGRAM KURSUS MOTIVASI PELAJAR TUISYEN RAKYAT @ KKLW
PEJABAT RISDA DAERAH KLUANG
04 FEBRUARI 2018 (AHAD)

Hadirin Hadirat Yang Dimuliakan

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Tuan


Pegawai RISDA Daerah, Encik Saiful Zahrin Bin Othman
untuk menyampaikan beberapa cenderahati kepada tetamu
tetamu kehormat.

Yang Pertama dijemput Alfadhil Ustaz Muhammad Fakhrul


Islam Bin Md Zarin untuk menerima cenderahati.

Seterusnya, dipersilakan Tuan Haji Roslan Bin Husin untuk


PENYAMPAIAN menerima cenderahati penghargaan di atas kesudian untuk
CENDERAHATI
merasmikan majlis pada hari ini.

Yang terakhir dijemput Encik Zulhelmi Bin Maurad


Penolong Pegawai Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah
Kluang bagi menerima cenderahati dari pihak RISDA

Terima kasih Tuan Pegawai RISDA Daerah diatas


penyampaian itu tadi.

6
TEKS PENGACARAAN
PROGRAM KURSUS MOTIVASI PELAJAR TUISYEN RAKYAT @ KKLW
PEJABAT RISDA DAERAH KLUANG
04 FEBRUARI 2018 (AHAD)

Dengan Penyampaian itu tadi, majlis kita telah sampai ke


penghujungnya. Saya bagi pihak majlis mengucapkan
setinggi penghargaan kepada dif-dif jemputan di atas
kesudian meluangkan masa menghadiri majlis pada hari ini.
Saya juga mewakili Ahli Jawatankuasa Program Motivasi
Pelajar Tuisyen Rakyat @ KKLW Pejabat RISDA Daerah
Kluang Tahun 2018 ingin megucapkan jutaan terima kasih
kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menjayakan program pada hari ini.

PENUTUP
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian Wabilahitaufikwalhidayah Assalamualaikum


warahmatullahiwabarokatuh.

Semua tetamu dan pelajar dipersilakan untuk menjamu


selera dengan juadah yang telah disediakan oleh pihak
urusetia.

You might also like