Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

DAERAH PETALING

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

VIDEO “WAVE MAKERS”


PANDU PUTERI RENJER
2021

ANJURAN:
PANDU PUTERI MALAYSIA DAERAH PETALING
1.0 Pendahuluan:

Plastic Tide Turners Challenge Badge (PTTCB) merupakan sebahagian


daripada program UN Challenge Badge. Fasa ke-3 atau Peringkat Hero ini
memberikan fokus pada sokongan (advocacy) terhadap pencemaran plastik
yang digelar sebagai “Wave Makers”. Pertandingan ini adalah antara aktiviti
yang dijalankan bagi fasa kempen digital yang tercatat dalam Pelan Sokongan
Nasional (National Advocacy Plan).

2.0 Objektif aktiviti

2.1 Membantu melahirkan seorang puteri yang sayangkan alam


sekitar.
2.2 Berkongsi kemahiran ilmu pasukan badan beruniform yang
dipelajari daripada guru dan jurulatih;
2.3 Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta
mempraktikkan kemahiran pembelajaran teknologi
maklumat; dan
2.4 Mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21 dalam
aktiviti ahli pasukan badan beruniform.
3.0 Pelaksanaan aktiviti dan syarat pertandingan

Pertandingan ini terbuka kepada Pandu Puteri Renjer.

● Durasi masa video di antara satu hingga dua minit.


● Tema video ialah Pencemaran Plastik.
● Tanda pagar (hashtag) #BeDrasticSayNoToPlastics mesti disertakan
di dalam video.
● Tanda pagar untuk pertandingan ini, iaitu
#WaveMakersPoster&VideoCompetition
mesti disertakan dalam video atau pada kapsyen video tersebut.
● Semua video mestilah karya asli peserta dan tidak melanggar hak cipta
mana-mana pihak.
● Wajah peserta mesti terlihat di dalam video berkenaan.
● Video hanya boleh dihasilkan dalam bahasa Inggeris atau bahasa
Melayu sahaja.
● Video yang dirakam mesti disiarkan di dalam Youtube dan
tangkapan layar (screenshot) perlu disertakan di dalam Google Form
yang disediakan.
● Nama peserta, nombor ID, cawangan dan nama sekolah mesti
disertakan dalam kapsyen video peserta semasa disiarkan di dalam
Youtube.
● Keputusan adalah muktamad.

• 5 video terbaik keseluruhan akan layak mewakili Daerah ke peringkat negeri.


• Video mestilah mengandungi logo PPPM dan PTTCB.

• Peserta dibenarkan memakai uniform rasmi atau separa.

• Tarikh akhir penyerahan video di peringkat daerah adalah pada _____?


4.0 Aspek penilaian
4.1 Pertandingan Wave Makers

Bil Item / Perkara Markah


a. Kreativiti 35 markah
b. Fakta 25 markah
c. Ringkas 20 markah
d. Nada ucapan 20 markah
JUMLAH 100 markah

5.0 Panel penilai.


Panel penilai akan dilantik di kalangan guru pemimpin Persatuan Pandu
Puteri Daerah Petaling untuk menilai hasil aktiviti murid di peringkat
daerah.

6.0 Pemenang.
Johan, naib johan, ketiga, keempat dan kelima akan mendapat sijil
pencapaian manakala yang selebihnya akan mendapat sijil penyertaan.

7.0 Penutup

Pelaksanaan program ini akan memberi ruang dan peluang kepada ahli
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Petaling untuk terus
mempamerkan kebolehan dan kemahiran mereka dalam bentuk yang
berbeza (paparan video) ekoran pengawalan aktiviti sempena Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerjaaan bagi
menangani penularan Novel Coronavirus (Covid-19). Penyertaan murid
dalam pertandingan ini juga diharap dapat mencapai objektif yang
diharapkan.

You might also like