Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH

BUKIT KATIL
75450 BELAKA

MINIT MESYUARAT AKADEMIK TEKNOLOGI ELEKTRONIK KALI KE-2 / 2023

KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH

TARIKH : 12 Julai 2023


HARI : Rabu
MASA : 9.00 – 11.00 pagi
TEMPAT : Bengkel Elektronik
PENGERUSI : Ts. Mohd Naszri bin Zainal
KEHADIRAN : 13 / 13

KEHADIRAN :

1. En. Yahya bin Akelah (Ketua Jabatan)


2. Ts. Mohd Naszri bin Zainal (Pengerusi)
3. Pn. Masila binti Hj. Ismail (Setiausaha)
4. En. Salahuddin bin Hj Bokhari
5. Ts. Ramle bin Abdul Rahman
6. En. Amran bin Mohd Nor
7. Pn. Shahidatul Manira binti Hashim
8. Pn. Jaharah binti Kalil
9. En. Kamalruzaman bin Jamaluddin
10. Pn. Mardianna binti Rosali
11. Pn. Noorfatehah binti Md. Rifin
12. Ust. Mohamad Farhan bin Alias
13. Pn. Siti Nur Zulaikha binti Md. Rasid

TIDAK HADIR :

1.

AGENDA

1.0 Ucapan Pengerusi


2.0 Pembentangan Rumusan Markah dan Pencapaian CLO Pelajar
3.0 Semakan CLORR dan CQI
4.0 Hal-hal Lain
5.0 Penangguhan
AGENDA

1.0 Ucapan Pengerusi (Ts. Mohd Naszri bin Zainal)

1.1 Ucapan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli mesyuarat atas kehadiran pada
mesyuarat kali ini.

Makluman

1.2 Pengisian Adop di dalam Maklumat Aras Minimum CLO adalah mengikut
peratusan 50% manakala Sasaran Peratusan adalah mengikut peratusan 100%.

Tindakan : Pensyarah DVM

2.0 Pembentangan Rumusan Markah dan Pencapaian CLO Pelajar

2.1 Hasil pembentangan rumusan markah dan pencapaian CLO bagi setiap kursus
adalah seperti berikut :

Semester 2 - DVM
Kod Kursus Nama Kursus CLO 1 CLO 2 CLO 3
Basic Pneumatic And
DEB 2213 100% 100% 100%
Hydeaulic
DEB 2323 Basic Microcontroller 100% 100% 100%
Electronics Printed Circuit
DEB 2233 100% 100% 100%
Board Design
UMT 2122 Calculus 37.5% 100% 100%

UST 2112 Kinematic And Dynamic 29.17% 100% 100%


Appreciation Of Ethics
MPU 2172 100% 100% 100%
And Civilization
English For
MPU 2222 100% 100% 100%
Communication
MPU 2412 Community Service 100% 100% 100%

Semester 4 - DVM
Kod Kursus Nama Kursus CLO 1 CLO 2 CLO 3
DEB 4113 Industrial Management 100% 100% 100%
Electronic Equipment
DEB 4223 100% 100% 100%
Repair
DEB 4033 Robotic 96.15% 100% 100%
System Installation And
DEB 4043 96.15% 100% 96.15%
Troubleshooting
DEB 4054 Final Year Project 2 100% 100% 100%

ELA 4322 Arabic Language 2 100% 100% 100%

ESB 4012 Communication Skills 96.15% 100% 96.15%

Makluman

2.2 Pn. Shahidatul Manira binti Hashim memaklumkan bahawa CLO 1 (UMT 2122)
tidak mencapai 100% adalah kerana seramai 15 orang pelajar tidak menjawab
soalan Penilaian Akhir Teori yang dihadiri. Beliau juga memaklumkan CQI bagi
mengatasi masalah ini daripada berulang adalah dengan memperbanyakkan lagi
latihan dan juga memberikan contoh-contoh soalan penilaian akhir kepada
pelajar.

Tindakan : Pn. Shahidatul Manira binti Hashim

2.3 Pn. Jaharah binti Kalil memaklumkan bahawa CLO 1 (UST 2112) tidak
mencapai 100% adalah kerana seramai 15 orang pelajar tidak menjawab soalan
Penilaian Akhir Teori yang dihadiri. Beliau juga memaklumkan CQI bagi
mengatasi masalah ini daripada berulang adalah dengan memperbanyakkan lagi
latihan dan juga memberikan contoh-contoh soalan penilaian akhir kepada
pelajar.

Tindakan : Pn. Jaharah binti Kalil

2.4 Ts. Ramle bin Abdul Rahman memaklumkan bahawa CLO 1 (DEB 4033) tidak
mencapai 100% adalah kerana seorang pelajar yang bernama Azafar Rifqie Edry
bin Azahar telah mendapat markah rendah di dalam Ujian 2. Beliau juga
memaklumkan CQI bagi mengatasi masalah ini daripada berulang adalah
dengan memperbanyakkan lagi latihan yang melibatkan PLO 1.

Tindakan : Ts. Ramle bin Abdul Rahman

2.5 En. Yahya bin Akelah memaklumkan bahawa CLO 1 dan CLO 3 (DEB 4043)
tidak mencapai 100% adalah kerana seorang pelajar yang bernama Azafar Rifqie
Edry telah mendapat markah rendah iaitu 20% (CLO 1) dan 46% (CLO 3).
Pelajar ini mempunyai masalah kehadiran sepanjang PdP dan juga tidak hadir
beberapa hari di dalam penilaian akhir teori dan amali. Beliau juga telah
melaksanakan intervensi kepada pelajar tersebut. Beliau memaklumkan CQI
bagi mengatasi masalah ini adalah dengan memantau kehadiran dan PB pelajar
dengan lebih awal.

Tindakan : Pn. Siti Nur Zulaikha binti Md. Rasid

2.6 Pn. Siti Nur Zulaikha binti Md. Rasid memaklumkan bahawa CLO 1 dan CLO 3
(ESB 4012) tidak mencapai 100% adalah kerana seorang pelajar yang bernama
Azafar Rifqie Edry tidak menghantar PB ketiga yang melibatkan CLO 1 dan
CLO 3. Pelajar ini juga telah lewat menghantar PB yang melibatkan PLO 1
manakala bagi PLO 3 pelajar ini tidak hadir. Beliau mencadangkan CQI bagi
mengatasi masalah ini daripada berulang adalah dengan melaksanakan program-
program motivasi dan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kesan dan
akibatnya.

Makluman

3.0 Semakan CLORR dan CQI (Ts. Mohd Naszri bin Zainal)

3.1 Semua pensyarah DVM semester 2 dan semester 4 perlu menghantar CLORR
dan CQI kepada KP untuk ditandatangani oleh KP dan KJ.

Tindakan : Semua Pensyarah DVM

4.0 Hal-hal Lain

4.1 Pn. Siti Nur Zulaikha binti Md. Rasid memohon pencerahan mengenai kursus
ESB 4012 adakah masih akan ditawarkan di dalam semester 4/2023 ataupun
tidak. Pengerusi memaklumkan bahawa kursus tersebut masih lagi dipelajari.

Makluman

4.2 Ts. Ramle bin Abdul Rahman mencadangkan kepada KJPP untuk menyerahkan
JSU Penilaian Akhir kepada KP bagi memudahkan semua pihak. Pengerusi
memaklumkan kepada KJ untuk membincangkan perkara ini kepada Pihak
Pengurusan.

Tindakan : En. Yahya bin Akelah

4.3 Ts. Ramle bin Abdul Rahman memohon pencerahan bagi muka depan fail
kursus sama ada diselaraskan ataupun tidak. Pn. Noorfatehah binti Md. Rifin
memaklumkan bahawa muka depan fail kursus telah diselaraskan oleh pihak
SPK dan dibantu oleh Unit ICT.

Makluman

4.4 Pengerusi memaklumkan bahawa surat amaran ponteng kuliah perlu dibuat
sebanyak 3 salinan untuk diberikan kepada pelajar, pejabat KVMT dan Unit
Intervensi. Manakala bagi surat amaran kali kedua akan diuruskan oleh Unit
Intervensi dengan mengikut program intervensi yang telah dilaksanakan.

Tindakan : Semua Pensyarah DVM

4.5 Pengerusi memaklumkan bahawa pelajar yang ponteng kuliah melebihi 20%
akan dihalang menduduki penilaian akhir. Pelajar perlu membuat surat rayuan
untuk menduduki penilaian akhir tersebut. Sekiranya pelajar mengulangi lagi
masalah ketidakhadiran, pelajar tersebut akan terus dihalang menduduki
penilaian akhir dan surat rayuan kali kedua tidak akan diterima. En. Yahya bin
Akelah berharap isu masalah ketidakhadiran tidak akan berulang lagi.

Makluman

4.6 Pengerusi memaklumkan kepada semua pensyarah DVM untuk memberikan


makluman intervensi pelajar kepada KP pada minggu ke-7 dan minggu ke-14.
Pensyarah perlu menyenaraikan senarai semak pelajar yang layak dan tidak
layak untuk menduduki PA.

Tindakan : Semua Pensyarah DVM

5.0 Penangguhan

5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………….........…… .………….........…………….
(PN. MASILA BINTI ISMAIL) (Ts. MOHD NASZRI BIN ZAINAL)
Setiausaha Unit Teknologi Elektronik Pengerusi Unit Teknologi Elektronik
Kolej Vokasional Melaka Tengah Kolej Vokasional Melaka Tengah

You might also like