Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH

BUKIT KATIL
75450 BELAKA

MINIT MESYUARAT AKADEMIK TEKNOLOGI ELEKTRONIK KALI KE-1 / 2023

KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH

TARIKH : 6 Jun 2023


HARI : Selasa
MASA : 12.00 tengahari – 12.45 tengahari
TEMPAT : Bengkel Elektronik
PENGERUSI : Ts. Mohd Naszri bin Zainal
KEHADIRAN : 6/9

KEHADIRAN :

1. En. Yahya bin Akelah (Ketua Jabatan)


2. Ts. Mohd Naszri bin Zainal (Pengerusi)
3. Pn. Masila binti Hj. Ismail (Setiausaha)
4. En. Salahuddin bin Hj Bokhari
5. Ts. Ramle bin Abdul Rahman
6. Pn. Shahidatul Manira binti Hashim

TIDAK HADIR :

1. En. Muhammad Shazrulnizam Fahmi binti Ibrahim (Bersebab)


2. Pn. Nur Mardianna binti Rosali (Bersebab)
3. Pn. Jaharah binti Kalil (Bersebab)

AGENDA

1.0 Ucapan Pengerusi


2.0 Maklumat Struktur Semester 3
3.0 Semakan CO
4.0 Semakan JSPB
5.0 Hal-hal lain
AGENDA

1.0 Ucapan Pengerusi (Ts. Mohd Naszri bin Zainal)

1.1 Ucapan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli mesyuarat atas kehadiran pada
mesyuarat kali ini.

Makluman

1.2 CLO kursus yang digunakan mestilah sama dengan CLO di program. Sekiranya
CLO tidak sama akan mengakibatkan kesalahan pada PLORR.

Makluman

1.3 Semua pensyarah perlu membuat penambahbaikan soalan PB yang telah


divetting dan perlu dihantar semula kepada KP untuk divetting kali kedua
selewat-lewatnya pada hari Isnin (12/6/2023) jam 12.00 tengahari.

Tindakan : Semua Pensyarah DVM

1.4 KJ memaklumkan kepada semua ahli bahawa JSPB perlulah ditandatangani.


Beliau juga berharap segala CO dan JSPB dapat dilaksanakan seperti yang telah
ditetapkan.

Makluman

2.0 Maklumat Semester 3 (Ts. Mohd Naszri bin Zainal)

2.1 Kursus yang terlibat dalam semester 3 adalah seperti berikut :

Kod Kursus Nama Kursus Nama Pensyarah


DEB 3013 Embedded System En. Salahuddin bin Hj Bokhari
DEB 3032 Final Year Project 1 Ts. Mohd Naszri bin Zainal
DEB 3223 Industrial Automation Ts. Ramle bin Abdul Rahman
ECD 3013 Computer Aided
Design (CAD) - En. Salahuddin bin Hj Bokhari
Elective
En. Muhammad Shazrulnizam
ELM 3312 Bahasa Mandarin 1
Fahmi binti Ibrahim
UES 3012 Enterpreneurship Pn. Nur Mardianna binti Rosali
UMT 3132 Statistic Technology Pn. Shahidatul Manira binti Hashim
UST 3122 Energy And Power Pn. Jaharah binti Kalil

Makluman
3.0 Semakan CO

3.1 CO telah disahkan oleh JA Program hendaklah ditandatangan oleh KP. Jika
terdapat kesalahan, pensyarah dikehendaki membetulkan sebelum digunakan
dalam PdP.

Makluman

3.2 Hasil pembentangan daripada pensyarah kursus masing-masing adalah seperti


berikut :

Kod Kursus Nama Kursus Catatan


CLO & PLO sama dan tiada
DEB 3013 Embedded System
perubahan
CLO & PLO sama dan tiada
DEB 3032 Final Year Project 1
perubahan
CLO & PLO sama dan tiada
DEB 3223 Industrial Automation
perubahan
Computer Aided CLO & PLO sama dan tiada
ECD 3013 Design (CAD) - perubahan tetapi terdapat kesilapan
Elective ayat iaitu semester 4.
Terdapat perubahan pada CO tetapi
UMT 3132 Statistic Technology format yang terkini belum lagi
diterima.

3.3 Pn. Shahidatul Manira binti Hashim memaklumkan sekiranya beliau telah
menerima CO yang terbaru akan dimaklumkan kepada KP. KP juga
memaklumkan bahawa beliau juga akan sentiasa menyusul perkara tersebut.

Tindakan : Pn. Shahidatul Manira binti Hashim dan KP

4.0 Semakan JSPB

Ts. Mohd Naszri bin Zainal


4.1 JSPB perlulah sepadan dengan silibus masing-masing. KP memohon kepada
semua pensyarah untuk menghantar JSPB pada hari Jumaat (9/6/2023) untuk
disemak.

Tindakan : Semuan Pensyarah DVM


5.0 Hal-hal Lain

5.1 Pn. Shahidatul Manira binti Hashim meminta pencerahan mengenai pegawai
yang perlu menandatangani untuk disahkan. KP memaklumkan CO yang
ditambahbaik dari segi pemurnian ayat boleh disahkan daripada KJ Umum.
Manakala KP menandatangani sebagai pengesahan semakan telah dibuat.

Makluman

5.2 En. Salahuddin bin Hj Bokhari meminta pencerahan untuk mendapatkan CO


yang terbaru. KP memaklumkan boleh mendapatkannya di dalam Repositori
ETN.

Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.45 tengahari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………….........…… .………….........…………….
(PN. MASILA BINTI ISMAIL) (Ts. MOHD NASZRI BIN ZAINAL)
Setiausaha Unit Teknologi Elektronik Pengerusi Unit Teknologi Elektronik
Kolej Vokasional Melaka Tengah Kolej Vokasional Melaka Tengah

You might also like