Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN YAN

06900 YAN, KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT JK MBMMBI


BIL.1/2019

Tarikh : 28/2/2018 (Khamis)


Masa : 2.30 ptg
Tempat : Dewan Temenggung
Pengerusi : Pn Noriah bt Mat Jusoh (Penolong Kanan)

HADIR

1. Pn Harlina bt Abd Rahman


2. Daing Nazatul Shima Daing Osman
3. Cik Lim Gaik Yean
4. Pn Masliha bt Abdul Samad
5. Encik Budiman bin Md Said
6. Pn Nurul Norfazilizawati bt Azizan
7. Puan Rahimah Musa
8. En Othman bin Awang
9. En Azizul Zulzaha

TIDAK HADIR:

1. En Mohamed Hamdan bin Bidin (PK HEM)


2. Puan Roshidah Mohamed Noordin (PK Koku)
3. Pn Naemah binti Abdul Mutalib (GK Kemanusiaan)
4. Pn Idawati binti Ya’akob (GK Teknik & Vokasional)
5. Pn Azah binti Asmawi (GK Sains)
6. Pn Zaharah bt Abu Asan (Penolong Kanan Tingkatan 6) (Urusan Kem Asrama)
7. Puan Rohayu Abdul Ghani (Urusan suami di hospital)
8. En Akmal Ismail (Taklimat Ujian Lisan BM)
9. Pn Hashimah Hashim @ Husin
10. Cik Azliza bt Azizan (cuti sakit)
11. Cik Norsuzana binti Jalim @ Jamil
12. En Suhaimi bin Mustafa
13. Pn Ezatulhamsiah bt Mohamid Salih (Urusan bilik khas)
14. Pn Ainie Zuliana bt Abdul Jamal (Kem Kepimpinan Pengawas)
15. Cik Nurul Izzati bt Mustaffa ( Kem Pengakap Peringkat Daerah)

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua ahli JK


MBMMBI dalam mesyuarat kali pertama tahun 2019. Pengerusi walau bagaimanapun
tidak berpuas hati dengan kehadiran ahli dalam mesyuarat yang pertama ini.
Beliau mengingatkan semua bahawa Tuan Pengetua mengambil berat tentang
kehadiran AJK di dalam setiap mesyuarat yang diadakan.

1
2. Pengerusi juga memaklumkan bahawa MBMMBI merupakan satu program penting
kerana ianya termasuk di dalam Dasar Pendidikan yang telah diperkenalkan oleh KPM
Makluman : Semua Guru

II Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

3. Minit telah dibentangkan oleh Puan Daing Nazatul Shima Daing Osman

Encik Budiman bin Md Said telah mengesahkan minit mesyuarat dan disokong oleh
Puan Masliha binti Abdul Samad.

III Perkara berbangkit

4. Perkara 4 : Kertas Kerja Perancangan Aktiviti Bahasa Melayu 2018 masih belum
diterima dan Program Radio SMKY tidak dapat dijalankan pada tahun
Tindakan : Panitia Bahasa Melayu

IV Laporan Aktiviti 2018 & Perancangan Aktiviti 2019

5. 21 aktiviti yang tersenarai pada tahun 2018 telah dilaksanakan kesemuanya. Untuk
2019, terdapat 15 aktiviti yang dirancang namun, kebanyakkannya adalah aktiviti Bahasa
Inggeris dari tahun 2018. Terdapat beberapa aktiviti yang tidak akan dijalankan pada
tahun 2019 dan aktiviti Bahasa Melayu tidak menyeluruh.

Maklumbalas Pengerusi : S/U MBMMBI perlu merujuk kepada Ketua Panitia Bahasa
Inggeris dan Bahasa Melayu untuk senarai aktiviti yang menyeluruh. Semua aktiviti yang
disenaraikan perlu dijalankan beserta laporan. Perancangan baru yang telah diubah dan
dipersetujui oleh kedua-dua Panitia perlu dihantar kepada Tuan Pengetua dan Guru
Kanan Bahasa dalam waktu yang terdekat.
Tindakan : S/U MBMMBI, KP B. Melayu & KP B. Inggeris

6. Program Hari Rabu The Stage is Yours/Pentas ini Milikmu perlu ada jadual giliran yang
terperinci dan lengkap.

Maklumbalas Pengerusi : Satu jadual yang merangkumi tarikh aktiviti setahun


yang diagihkan mengikut giliran di antara Panitia Bahasa Inggeris & Panitia Bahasa
Melayu perlu disediakan sepertimana tahun 2018. Satu Salinan jadual perlu diserahkan
kepada Penolong Kanan, Guru Kanan Bahasa, Guru Perhimpunan (Puan
AsnatulSima Aluwi) dan jadual boleh dilekatkan di papan kenyataan.

Maklumbalas Encik Azizul : Nama guru yang bertanggungjawab untuk menyediakan


persembahan juga perlu di letakkan di dalam jadual supaya tidak berlaku kecelaruan
mengenai giliran persembahan.
Tindakan : S/U MBMMBI

7. Projek Pidato di kantin sekolah di bawah kelolaan Encik Budiman Md Said perlu
dimasukkan dalam senarai aktiviti MBMMBI 2019.
Tindakan : S/U MBMMBI , Encik Budiman Md Said

2
III. HAL-HAL LAIN

8. Perbincangan mengenai sambutan Bulan Bahasa tidak dapat dijalankan dengan


terperinci kerana ketiadaan Kertas Projek yang terkini. Terdapat juga perubahan dalam
senarai aktiviti yang dijalankan oleh Panitia Bahasa Arab.

Maklumbalas Pengerusi : Setiausaha Program perlu membuat perubahan-perubahan


pada tarikh, senarai aktiviti dan AJK Pelaksana sebelum Kertas Kerja disahkan. Acara
pelancaran Bulan Bahasa tetap diadakan pada 3/3/2019. Penyampaian hadiah Bulan
Bahasa akan diadakan selepas kembali dari Cuti Pertengahan Penggal Pertama nanti.
Tindakan : Guru Kanan Bahasa & Setiausaha Program

9. Puan Daing Nazatul Shima Daing Osman mencadangkan agar jawatan Setiausaha
MBMMBI diberikan kepada mana-mana guru dari Panitia Bahasa Melayu
memandangkan S/U MBMMBI juga bertanggung jawab terhadap pelaksanaan program
HIP KPM.

Maklumbalas Pengerusi : S/U MBMMBI telah dikurangkan jumlah waktu mengajar


kepada 21 waktu sahaja agar beliau dapat menjalankan tugas-tugas pengurusan
MBMMBI dan HIP. Walaubagaimana pun, cadangan untuk memberikan jawatan tersebut
kepada Guru Panitia Bahasa Melayu akan dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan
dan sekiranya sekolah diberikan Guru Option Bahasa Melayu yang baru.
Tindakan : Penolong Kanan

IV. PENUTUP

18. Pengerusi mengharapkan agar semua program yang telah dirancang dapat
dijalankan dengan jayanya dan kerjasama antara Panitia Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris akan dapat memacu sekolah ke arah memajukan bidang
pendidikan.

19. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.35 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

......................................………… ……………………………
(DAING NAZATUL SHIMA DAING OSMAN) (NORIAH BT MAT JUSOH)
Penolong Setiausaha II MBMMBI Penolong Kanan
SMK Yan SMK Yan

You might also like