Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti.

Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang


panjangnya hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara kita. Kadar kemalangan meningkat setiap kali
musim perayaan walaupun pelbagai kempen dan tindakan dijalankan oleh pihak berkuasa.
Peningkatan jumlah kematian merupakan suatu kerugian yang melibatkan nyawa, harta
benda, wang, tenaga manusia, dan masa. Memandangkan bilangan kematian terus
meningkat, maka pelbagai usaha perlu diambil untuk mengatasi kemalangan jalan raya.
Antara usahanya ialah pengeluaran lesen memandu diperketat① demi membendung
kejadian yang menyayat hati terutamanya pada musim perayaan.

Para pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu ②yang
teliti sebelum diberi lesen bagi memastikan mereka mengamalkan gaya pemanduan yang
positif. Antara penyebab peningkatan kadar kemalangan jalan raya termasuklah sikap
pengguna yang cuai. Hal ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menunjukkan bahawa 90 peratus daripada kes kemalangan
jalan raya berlaku kerana kecuaian pemandu. Dalam memastikan kemalangan sifar
dicapai, hukuman yang lebih tegas sebagai pengajaran③ terhadap pemandu perlu
dikenakan. Pemandu-pemandu baharu yang melakukan kesalahan dalam tempoh dua
tahun pertama perlu dikenakan tindakan perlanjutan tempoh percubaan④ sebelum
mendapat lesen sepenuhnya.

Orang ramai masih belum belajar daripada kesilapan-kesilapan masa lalu, malah
pengalaman pihak lain juga dipandang rendah. Sejajar dengan itu, sudah tiba masanya pihak
berkuasa mengkaji secara mendalam aspek-aspek yang sesuai dalam sistem
pembelajaran dan pendidikan pemanduan⑤ di negara kita. Sistem pemanduan yang
dikendalikan oleh pihak JPJ umpama sistem peperiksaan akademik yang diduduki oleh para
pelajar. Sewajarnya, elemen sivik dipupuk pada jiwa seseorang pelajar ⑥ sehingga
amalan tersebut tersemai dengan mendalam dan menjadi amalan apabila dewasa nanti.

Di samping itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, sekolah, dan masyarakat


menyemai nilai-nilai murni⑦ dalam usaha melahirkan generasi pemandu yang
berhemah. Penguatkuasaan undang-undang dan denda⑧ yang dikenakan perlu
diketatkan supaya mereka yang bersalah dihukum sewajarnya. Selain itu, penetapan had
laju di lebuh raya dan di jalan-jalan biasa ⑨ perlu dikekalkan kerana banyak kemalangan
yang berlaku berpunca daripada kenderaan yang tidak dapat dikawal sebagai akibat dipandu
terlalu laju. Para pengguna perlu disedarkan bahawa jalan raya bukanlah tempat untuk
berlumba dan mereka perlulah memandu secara berhemah supaya tidak mengakibatkan
nahas yang membabitkan orang lain.

Jelaslah bahawa banyak langkah yang boleh diambil oleh individu, masyarakat
mahupun negara pelbagai pihak dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Semua
pihak perlu menggemblengkan tenaga secara lebih efektif untuk mengatasi kemelut
ini, janganlah sudah terhantuk baru hendak tengadah kerana apabila sesuatu kecelakaan
sudah berlaku, tiada guna menyesalinya lagi, kerana nasi sudah menjadi bubur. Tragedi
kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan bila-bila masa kerana malang tidak
berbau.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Budayakan Hargai


Nyawa” oleh G. Manimaran, Utusan Malaysia, Disember 2003)
Baca petikan di bawah dengan teliti.Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.

Kebolehan melakukan tugas harian menyebabkan ramai orang menyangka bahawa mereka cergas.
Sesetengah orang menyatakan bahawa mereka jarang-jarang sakit dan tidak kerap mendapatkan rawatan
perubatan tetapi hal ini tidak bermakna keadaan fizikal mereka itu baik. Dari segi kesihatan, strategi yang
berkesan untuk seseorang berada kekal dalam keadaan cergas dan sihat adalah dengan bersenam sekurang-
kurangnya tiga kali seminggu. Walaupun fakta ini diketahui umum, namun aktiviti yang berkait dengan
kesihatan masih berada di tangga terbawah dalam senarai keutamaan yang perlu dilakukan pada setiap
minggu.

“Tubuh yang sihat membawa kepada akal yang sihat.” Bagaimanakah senaman menyumbang kepada
akal yang sihat? Senaman dalam jangka panjang akan melancarkan perjalanan darah ke otak. Peningkatan
tekanan darah akan menyalurkan darah ke otak yang kurang mendapat darah, seterusnya meningkatkan
keperluan oksigen kepada otak. Hal ini menyebabkan kita akan menjadi lebih segar dan tidak mengantuk.
Senaman aerobik pula mampu meningkatkan proses pembelajaran walaupun kepada golongan dewasa. Kita
juga akan kelihatan hebat dan berkeyakinan setelah melakukan senaman kerana wujudnya kepercayaan
dalam diri. Selain itu, senaman juga mampu menangani masalah kemurungan.

Dari segi teori perubatan apabila seseorang bersenam, hormon adrenaline akan dibebaskan dan
menyebabkan salur darah mengecil. Dengan itu tekanan darah akan meningkat dan darah sampai kepada
organ dalam masa yang singkat. Sebagai kesannya, salur darah di otot pula dilebarkan untuk memenuhi
keperluan oksigen kepada bahagian otot berkenaan. Senaman menjadikan jantung berfungsi dengan lebih
baik kerana darah perlu dipam cepat untuk memenuhi badan yang bermetabolisme tinggi. Hasilnya,
seseorang akan sentiasa gembira dan tenang.

Bersenam secara konsisten dan mengamalkan diet seimbang membantu mengawal berat badan yang
berlebihan. Obesiti meningkatkan risiko mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan
batu karang. Satu fakta menarik faedah bersenam ialah jangka hayat lebih panjang dalam kalangan orang
yang dikategorikan mempunyai kecergasan sederhana berbanding dengan mereka yang tidak cergas. Hal ini
terbukti melalui satu kajian yang mendapati kadar kematian kumpulan orang yang tidak cergas adalah sekali
ganda lebih tinggi berbanding dengan mereka dalam kumpulan sederhana cergas. Tuntasnya, jadikanlah
bersenam sebagai satu budaya hidup kita supaya kita kekal sihat sepanjang masa.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Faedah-faedah Senaman’,

oleh Ziauddin Sharuddin,

dalam Berita Minggu, 12 Mac 2010)

You might also like