PERMAINAN TRADISIONAL Nyumpit

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

PERMAINAN TRADISIONAL : NYUMPIT

Sejarah Permainan

Menurut laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu, sumpit merupakan alat yang diperbuat
daripada buluh dan lain – lain dan digunakan untuk melepaskan damak dengan dengan
menghembus dengan kuat. Sumpitan adalah sejenis peralatan memburu atau berperang yang
sering digunakan oleh masyarakat peribumi Sarawak dan Sabah pada masa dahulu. Terdapat
kelebihan yang dimiliki oleh senjata ini iaitu kemampuannya mencapai sasaran dari jarak jauh di
samping tidak mencemarkan alam sekitar kerana ia menggunakan bahan semulajadi dari
hutan. Menurut kepercayaan etnik Dayak, sumpitan ini tidak boleh digunakan untuk membunuh
sesama manusia.

Peralatan dan Bahan

Bahan utama di dalam proses pembuatan sumpit adalah daripada kayu. Kayu dipilih mengikut
kualiti dan mutu biasanya daripada kayu jenis belian, bengkirai dan ulin yang kayunya lurus,
agar mudah dilubangi berukuran kurang lebih 8mm. Proses pembuatan sumpit adalah rumit dan
memerlukan kepakaran untuk menebuk kayu yang telah dipilih. Sumpitan ini berbentuk tongkat
panjang yang diberi lubang kecil untuk memasukkan anak sumpitan. Sumpitan dilengkapi
dengan sebuah mata tombak yang diikat erat pada hujungnya dan juga dilengkapi dengan
domek(anak sumpitan) beserta wadahnya (selup).

Peraturan Dan Cara Bermain

Peraturan

1. Setiap pasukan dikehendaki menghantar 2 orang wakil. (10 pasukan)

2. 1 orang lelaki dan 1 orang perempuan.

3. Setiap seorang mempunyai 2 kali peluang untuk melakukan sumpitan.

4. Hanya 1 kali percubaan yang dibenarkan.

5. Permainan dilaksanakan secara bergilir-gilir.

6. Peserta harus berdiri di dalam kawasan gelung yang disediakan.


7. Peserta tidak boleh melakukan sumpitan di luar kawasan gelung yang teklah
disediakan.Permainan akan dijalankan di kawasan yang telah ditetapkan.

Cara Bermain:

1. Setiap pasukan dikehendaki menghantar 2 orang wakil yang terdiri daripada 1 orang
lelaki dan 1 orang perempuan.

2. Peserta harus berdiri di dalam gelung yang disediakan

3. Peserta harus menghalakan sumpit ke arah tin aluminium yang telah disusun.

4. 1 Tin yang jatuh dikira sebagai 1 markah.

5. Kumpulan yang mendapat markah yang banyak di kira sebagai pemenang.

PELAN KAWASAN PERMAINAN NYUMPIT

Peserta berdiri di
dalam gelung

Sumpit

Tin Aluminium yang disusun secara


bertingkat
1 2 3
BORANG PERMARKAHAN
PERMAINAN SUMPIT

KUMPULAN PESERTA BILANGAN TIN YANG JUMLAH


DISUMPIT JATUH

1. 1. 1.
2. 2.
2. 1. 1.
2. 2.
3. 1. 1.
2. 2.
4. 1. 1.
2. 2.
5. 1. 1.
2. 2.
6. 1. 1.
2. 2.

Promosi

1. Kempen Cintaai Permainan Tradisional

Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara besar-
besaran dengan kerjasama pihak media massa, terutamanya media cetak dan media
elektronik, iaitu surat khabar dan pihak televisyen. seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain.

2. Peranan pihak sekolah

Pihak sekolah perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan kokurikulum di sekolah.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah harus digalakkan supaya menubuhkan kelab atau
persatuan permainan tradisional. Berpaksikan kelab permainan tradisional, pelajar boleh diajar
tentang cara membuat alat permainan, cara bermain dan lain-lain lagi.

3. Peranan Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)


Pertandingan merupakan inisiatif yang dominan untuk membangkit permainan tradisional dalam
masyarakat kita. Lantarannya, pihak Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan
Pelancongan Malaysia dan agensi kerajaan boleh bergabung dengan korporat seperti Proton,
TM Net dan Maxis untuk menganjurkan pertandingan permainan tradisional (nyumpit) dari
peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hingga antarabangsa.

Penutup

Kesimpulannya, permainan nyumpit ini merupakan satu permain tradisional yang dapat
mengeratkan perpaduan antara kaum di negara ini. Hal ini kerana permainan ini senang
dimainkan dan peralatan serta bahan untuk permainan ini dapat dibahsuai mengikut kesesuaian
semasa.

Gambar

Sumpit merupakan alat yang diperkenalkan oleh masayarakat Dayak di SARAWAK


Sumpit yang dihasilkan daripada kayu

Tabung yang digunakan untuk menyimpan anak sumpit


Peralatan untuk permainan ini dapat diubahsuai

Permainan ini dapat dimainkan oleh seluruh lapisan masyarakat

You might also like