TAKLIMAT KPPU Untuk CALON Setiap Sidang

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

TAKLIMAT KPPU KEPADA CALON

BAHASA MELAYU KERTAS 3 - 1103/3


UJIAN BERTUTUR
1. Calon diberi satu bahan rangsangan yang mengandungi gambar dan petikan
untuk dibaca semasa berada di dalam bilik menunggu.
2. Calon diberi masa 3 minit untuk membaca meneliti dan memahami bahan
rangsangan tersebut dengan diawasi oleh pengawas. Setelah cukup masa 3
minit membaca secara mentalis, calon akan bergerak ke bilik ujian.
3. Di bilik ujian, calon akan membaca secara mekanis bahan rangsangan yang
telah dibaca di bilik menunggu di hadapan 2 orang pentaksir.
4. Kemudian calon akan diuji dengan 4 soalan, iaitu 2 soalan berdasarkan
bahan rangsangan dan 2 soalan KBAT yang berkaitan bahan rangsangan
tersebut.
5. Selepas selesai ujian bertutur individu, calon dikehendaki menyerahkan
bahan rangsangan kepada pentaksir sebelum bergerak ke bilik kuarantin
untuk persediaan ujian bertutur kumpulan.
6. Pengawas calon akan memberikan soalan kepada calon untuk
perbincangan selama 10 minit sebelum diuji di bilik ujian apabila ahli
kumpulan telah lengkap 4/5 orang.
7. Setelah cukup masa 10 minit berbincang, calon akan bergerak ke bilik ujian
untuk memulakan ujian bertutur kumpulan.
8. Perbincangan kumpulan akan berlangsung dalam 2 pusingan. Pusingan
pertama calon akan bertutur mengikut giliran masing-masing. Pusingan
kedua calon bebas mengemukakan pendapat.
9. Setelah selesai taksiran Kumpulan, calon akan diuruskan oleh pihak
sekolah untuk tindakan selanjutnya.

You might also like