Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SK MENGGONG,

78000 ALOR GAJAH, MELAKA

KERTAS KERJA
GOTONG-ROYONG PEMBUKAAN
SEKOLAH PASCA COVID-19 FASA 3

Anjuran:
Unit Hal Ehwal Murid
SK MENGGONG
1.0 PENGENALAN
Program Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah merupakan program yang
akan dilaksanakan oleh Unit Hal Ehwal Murid SK Menggong yang melibatkan semua
warga pendidik dan AKP. Program ini merupakan satu usaha pihak sekolah untuk
melaksanakan operasi pembersihan dan penjarakan sosial bagi laluan ke bilik-bilik khas
iaitu bilik darjah, makmal sains, makmal komputer, bengkel RBT, bilik kaunseling, bilik
prasekolah, bilik pemulihan dan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Selain itu, beberapa bilik
khas seperti bilik mesyuarat, bilik rawatan (bilik isolasi), kantin, pejabat, bilik guru, anjung
ilmu,dewan, Dataran perhimpunan dan persekitaran sekolah seperti laluan koridor dan
tandas turut diberikan keutamaan sebagai persediaan pembukaan semula sekolah pasca
PKP. Hal ini bertujuan untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat
beroperasi untuk murid, guru dan warga sekolah yang hadir ke sekolah.

2.0 MATLAMAT DAN OBJEKIF


2.1 Memastikan wujud laluan sehala murid dan warga sekolah di laluan dan
koridor serta kawasan yang telah ditentukan.
2.2 Mempamerkan maklumat COVID-19, langkah kebersihan dan keselamatan
COVID-19 di lokasi strategik.
2.3 Memastikan kebersihan dan penjarakan sosial sentiasa diutamakan.

3.0 SASARAN
Semua guru lelaki SK Menggong

4.0 CADANGAN PROGRAM


Tarikh : 2 Oktober 2021
Masa : 8.30 pagi
Tempat : SK Menggong

5.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK


Penaung : Pn. Jamaeyah binti Mahat
(Guru Besar)
Pengerusi : En. Rosdi bin Awang
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi I : Pn. Badariah binti Mohd Yusoff
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : En. Idris bin Md Alif
(Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras 3K : En. Mohd Jeffri bin Abdullah Sani
Bendahari : En. Safaruan bin Abd Ghani
AJK : Semua Guru Lelaki SK Menggong
6.0 TENTATIF PROGRAM

BIL MASA AKTIVITI


1 8.10 pagi Ketibaan peserta
2 8.20 pagi Taklimat agihan tugas
3 8.30 pagi Aktiviti gotong-royong bermula
4 12.30 Bersurai
tengah hari

7.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

KAWASAN NAMA GURU BIDANG TUGAS


7.1 1) En.Idris bin Md Alif  Membaiki / memasang
Blok A 2) En. Mohamad Firdaus bin tanda arah di lantai koridor
Punader
7.2 1) En. Mohammad Izzu  Membaiki / memasang
Blok B Shafirul bin Matisa tanda arah di lantai koridor
2) En. Mohd Jeffri bin
Abdullah Sani
7.3 1) En. Rosdi bin Awang  Membaiki / memasang
 Laluan antara 2) Tn. Haji Ridzuan bin tanda arah di lantai dari
Blok A dan Jamaan Blok A ke Blok B
Blok B 3) En. Safaruan bin Abd  Mengecat tanda anak
 Dari Blok B Ghani panah pada laluan sehala
ke khemah pejalan kaki dari Blok B ke
menunggu tempat menunggu murid
 Memasang pita caution
(merah putih) di padang

8.0 SUMBER KEWANGAN

PENDAPATAN
RM
Jumlah RM
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Kos Seunit Jumlah (RM)
1 Pita pelekat (kuning hitam)
2 Pita caution (merah putih)
3 Binding tape (saiz 2 inci)
4 Masking tape
5 Berus cat roller (kecil) 6 x RM
6 Cat putih minyak (4 liter) 1 x RM
7 Cat minyak kuning (4liter) 1 x RM
Jumlah

10.0 PENUTUP

Semoga Program Gotong-royong Pembukaan Sekolah Pasca PKP Covid-19 Fasa 3 ini
dapat membantu pihak sekolah bagi memastikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan
selamat untuk setiap warga sekolah. Selain itu, program ini juga dapat memastikan semua
warga sekolah mematuhi segala peraturan SOP yang telah digariskan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………… ………………………………
( MOHD JEFFRI BIN ABDULLAH SANI ) ( ROSDI BIN AWANG )
Penyelaras 3K, GPK Hal Ehwal Murid,
SK Menggong. SK Menggong.

Diluluskan/Tidak diluluskan Oleh,

………………………………
( JAMAEYAH BINTI MAHAT )
Guru Besar,
SK Menggong.

You might also like