Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

________________________________________________________________________________

Kepada ;
Pengetua
SMK/SMA/KV/SBPI Daerah Jempol dan Jelebu

Tuan,

PROGRAM SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SUBJEK BAHASA MELAYU KERTAS 1


DAN 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa dalam Mesyuarat Panitia Daerah Bahasa Melayu Kali
Pertama pada 24 Jun 2021 telah bersetuju mengadakan program tersebut. SMK. Alam Beraja
selaku Pengerusi Panitia Bahasa Melayu Daerah akan mengadakan Seminar Teknik Menjawab
Subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 2
Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) berdasarkan ketetapan yang berikut:-

Tarikh : 16/07/2021(Jumaat)
Masa : 8.00 - 10.30 pagi (Bahasa Melayu Kertas 1)
2.00 - 4.00 petang (Bahasa Melayu Kertas 2)
Tempat : Kediaman masing-masing
Medium : Live Youtube
Penceramah : Puan Haslindar Nor binti Ismail
Guru Cemerlang Bahasa Melayu SMK Seri Mulia, Kuala Lumpur

3. Sehubungan dengan itu, setiap sekolah perlu menghantar sepuluh(10) orang murid
Tingkatan 5 untuk mengikuti program tersebut. Setiap sekolah juga perlu membayar yuran
penyertaan sebanyak Ringgit Malaysia: Dua Puluh Lima (RM 25.00). Bayaran boleh dibuat
dengan menggunakan wang PIBG sekolah. Bayaran kepada akaun PIBG Sekolah Menengah
Kebangsaan Alam Beraja No akaun 20506040062316 RHB BANK. Sebarang pertanyaan, pihak
tuan boleh menghubungi En.Mohd Ibrahim bin Isa, Pengetua SMK Alam Beraja di talian 019-
6670896 atau En. Mohd Shafari bin Haji Johar di talian 0126254072.

4. Kerjasama dan perhatian tuan amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

”PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”


’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,


Pengetua,
SMK. Seri Mulia.
Kuala Lumpur

Ceramah Teknik Menjawab Kertas 1 dan Kertas 2 Bahasa Melayu SPM

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa dalam Mesyuarat Panitia Daerah Bahasa Melayu Kali
Pertama pada 24 Julai 2021 telah bersetuju mengadakan program tersebut. SMK. Alam Beraja
selaku Pengerusi Panitia Bahasa Melayu Daerah akan mengadakan Seminar Teknik Menjawab
Subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 2
Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) berdasarkan ketetapan yang berikut:-

Tarikh : 16/07/2021(Jumaat)
Masa : 8.00 - 10.30 pagi (Bahasa Melayu Kertas 1)
2.00 - 4.00 petang (Bahasa Melayu Kertas 2)
Tempat : Kediaman masing-masing
Medium : Live Youtube
Penceramah : Puan Haslindar Nor binti Ismail
Guru Cemerlang Bahasa Melayu SMK Seri Mulia, Kuala Lumpur

3. Oleh itu, amat berbesar hati pihak kami meminta izin kebenaran untuk PUAN HASLINDAR
NOR BINTI ISMAIL untuk memberi ceramah dalam sesi tersebut.

4. Kerjasama dan perhatian tuan amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

”PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”


’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

You might also like