Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

JENIS-JENIS INSURANS KEPADA PERNIAGAAN

1. Insurans harta
- Polisi insurans harta perniagaan berperanan sebagai pelindung kepada harta benda
dalam perniagaan.
- Sekiranya perniagaan menghadapi sebarang kerugian dari segi harta benda yang
berpunca daripada bencana seperti kebakaran perniagaan dapat menuntut ganti rugi
daripada syarikat insurans sehingga kerosakan dari kerugian itu diperbaiki.
- Sebagai contoh, polisi ini turut melindungi perabot pejabat, komputer, inventori
perniagaan dan barang-barang yang lain yang boleh membantutkan pergerakkan
syariket iaitu kerugian kepada perniagaan sekiranya harta benda tersebut tiada.

2. Insurans liabiliti
- Insurans ini boleh melindungi perniagaan sekiranya terdedah kepada sebarang
dakwaan khususnya dakwaan yang dibuat oleh pengguna sekiranya produk atau
perkhidmatan perniagaan yang ditawarkan memberikan kemudaratan kepada
pengguna.
- Sebagai contoh, sekiranya seorang pembeli produk makanan terjatuh sakit seperti
keracunan makanan akibat makan produk makanan perniagaan, pemilik pernigaan
boleh menggunakan insurans liabiliti ini untuk membayar ganti rugi.
- Selain itu, insurans liabiliti ini juga boleh digunakan untuk kos guaman sekiranya
pemilik perniagaan disaman.

3. Insurans auto komersial


- Insurans ini digunakan untuk melindungi risiko kenderaan milik perniagaan. Jadi,
sebarang kenderaan yang digunakan untuk tujuan perniagaan boleh dilindungi
dengan pelan perlindungi insurans auto komersila ini.
- Sebagai contoh, insurans ini dapat melindungi kenderaan komersial perniagaan
apabila berlaku kemalangan dan kerosakan akibat kebakaran dan kecurian.
- Selain itu, insurans ini juga memberi perlindungan terhadap kematian, kecederaan
atau kerosakan harta benda pihak ketiga yang berpunca daripada kenderaan
komersial perniagaan.

4. Insurans pampasan pekerja


- Insurans pampasan pekerja dapat menyediakan perlindungan kepada majikan
apabila sebarang pampasan perlu dibayar di bawah Undang-undang Pampasan
Pekerja di Malaysia.
- Insurans akan memberi perlindungan sekiranya pekerja mengalami kecederaan
yang berpunca daripada kemalangan atau penyakit daripada atau semasa bekerja
dengan majikan.
- Walau bagaimanapun, insurans pampasan pekerja ini tidak akan melindungi
sesetengah kerugian seperti sebarang keceraan akibat rusuhan dan juga mana-mana
kakitangan yang tidak dianggap sebagai pekerja di bawah undang-undang negara.
5. Insurans liabiliti professional
- Insurans ini khas melindungi perniagaan berbentuk perkhidmatan professional
seperti konsultan (顾问/ 咨询专家) professional, membuat cadangan, merekan
bentuk produk dan sebagainya.
- Sekiranya perniagaan didapati memberi konsultan atau nasihat yang salah sehingga
mengakibatkan kemudaratan kepada orang lain, perniagaan akan terdedah kepada
risiko disaman. Jadi, pada masa ini insurans liabiliti professional akan membantu
perniagaan melegakan beban dengan mengimbangi kos menanggapi tuntutan
undang-undang.

6. Insurans gangguan perniagaan


- Insurans ini menjadi tanggungjawab seorang pemilik perniagaan untuk
mengekalkan dan meningkatkan keuntungan perniagaan.
- Sebagai contoh, insurans gangguan perniagaan ini melindungi perniagaan dengan
membayar untuk perkara-perkara seperti hilang pendapatan, sewaan utility,
pergerakan ke lokasi sementara, perbelanjaan tambahan termasuk kos pengiklanan
dan gaji serta insurans kesihatan.
- Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian yang tidak dilindungi dan
memerlukan pemilik perniagaan untuk menambah perlindungan pada polisi
insurans ini seperti gempa bumi, kecuria dan vandalisme.

7. Pengangkutan insurans liability bahan bahaya (HAZMAT)


- Insurans HAZMAT ini meliputi pengangkutan bahan berbahaya oleh trak, kapal
terbang, bot mahupun kereta api.
- Polisi insurans ini memberi perlindungan dengan merangkumi liabiliti untuk
memuat atau memungguh kargo (货物) , liputan transit, pembersihan pencemaran
yang berterusan yang disebabkan oleh tumpahan bahan bahaya.
- Pendek kata, insurans ini adalah keperluan undang-undang bagi pengangkutan
bahan bahaya.

8. Insurans pelanggaran data


- Data pelanggan tu merupoakan asset utama bagi perniagaan , maka insurans ini
berperanan melindungi perniagaan daripada berlakunya liabiliti undang-undang.
- Sebagai contoh, sekiranya data pelanggan dalam sesuatu perniagaan diceroboh oleh
pihak luar yang tidak dikenal pasti seperti penggodam (hacker), perniagaan boleh
mendapat bantuan seperti ganti rugi kewangan untuk melindungi perniagaan.

You might also like