Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

Nama Pelajar NURUL NAJIHA BT ABDULLAH

Angka Giliran 2022162310040

No Kad Pengenalan 030602060332

Kumpulan/Unit BAHASA MELAYU 2

Kod & Nama Kursus GISC 1082


ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN
Jenis & Tajuk Tugasan PENULISAN AKADEMIK
(HURAIKAN TAHAP PERSEDIAAN SECARA
GLOBAL YANG PERLU DILAKUKAN OLEH
KERAJAAN MALAYSIA DAN RAKYAT BAGI
MENGHADAPI REVOLUSI INDUSTRI 4.0 BUAT
MASA SEKARANG)
Nama Pensyarah PN.HARTINI BINTI KANA

Tarikh Hantar 11 APRIL 2023

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 11 APRIL 2023

Markah:
Isi kandungan
1.0 Pengenalan .................................................................................................................. 2
2.0 Tahap persediaan yang perlu dilakukan kerajaan dan rakyat Malaysia. .......................... 2
Pendidikan ....................................................................................................................... 2
Perindustrian .................................................................................................................... 3
Ekonomi ........................................................................................................................... 4
Sosial ............................................................................................................................... 5
4.0 Rumusan ........................................................................................................................... 6
5.0 Bibliografi .......................................................................................................................... 7

1
1.0 Pengenalan
Revolusi merupakan suatu proses industri yang berhubung secara digital serta melibatkan
pelbagai jenis teknologi yang bermula dari teknologi pencetakan 3D sehingga wujudnya
teknologi robotik yang dapat meningkatkan produktiviti. (Mashitoh Yaacob et al., 2020)
Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) merupakan gelombang revolusi dalam perindustrian yang telah
mendominasikan teknologi dan mengambil alih peratusan besar dalam kehidupan manusia.
Oleh itu, dalam memacu dan meneruskan kehidupan manusia Revolusi Industri 4.0
memainkan peranan yang penting bagi selari dengan arus teknologi yang semakin
membangun (Mohamad Izzuan Mohd Ishar et al., 2020) Hal ini kerana teknologi yang
membangun amat pesat telah merupah corak kehidupan manusia sebagai contoh
penggunaan telefon pintar yang sering mempunyai penambahbaikkan yang tersendiri
digunakan oleh hamper semua lapisan masyarakat serta tidak ketinggalan kepada rakyat
Malaysia. (Mohamad Izzuan Mohd Ishar et al., 2020)

Justeru, cabaran dunia digital tidak hanya pada konteks perkejaan manusia yang telah
didominasikan oleh mesin dan teknologi robotik malah cabaran utama pada hari ini ialah
industri-industri yang sedia ada seperti bidang pertanian, pembinaan, penternakan,
perkilangan, perkhidmatan dan sebagainya yang sangat memerlukan maklumat yang
berkualiti saintifik dan mudah diakses secara sistematik bagi membuat perancangan serta
membalas kepada perubahan yang dibawa oleh teknologi maklumat di sektor industri masing-
masing. (Dr Ngo Sheau Shi, 2020) Selain itu, pelbagai permasalahan yang masih berlaku dan
masih lagi tidak menunjukkan cakna kepada manifestasi Industri 4.0 malah berkemungkinan
cabaran-cabaran baru akan muncul setelah transformasi Industri 4.0 ini dilaksanakan di
Malaysia. (Mohamad Izzuan Mohd Ishar et al., 2020)

2.0 Tahap persediaan yang perlu dilakukan kerajaan dan rakyat Malaysia.
Pendidikan
Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk melahirkan graduan masa depan yang
memiliki kemahiran, kebolehan dan nilai kemanusiaan yang diperlukan untuk menyesuaikan
dengan kepesatan perubahan teknologi. (Shukri Mohamad, 2020) Oleh itu, institusi-institusi
pengajian tinggi telah dipertanggungjawabkan untuk mempersiapkan para graduan dengan
set kemahiran yang tinggi dan berinovatif supaya mampu bersaing dengan baik semasa
memasuki alam pekerjaan di masa akan datang. Hal ini kerana Revolusi Industri 4.0
merupakan era yang bukan sahaja melibatkan pembelajaran komputer dan mesin sahaja,
malah turut melibatkan perancangan bakat dan inovasi. Justeru, kepelbagaian teknik dan
domain dalam revolusi ini bakal membuka ruang kepada para pengajar dan pelajar untuk
mempelajari sistem pendidikan baharu berorientasikan pendigitalan. (Shukri Mohamad, 2020)

2
Pada tahun 2030, diianggarkan 800 juta pekerja global kehilangan pekerjaan dan
digantikan automasi robotik. Kajian terhadap 46 negara dan 800 pekerjaan oleh Institut Global
McKinsey mendapati satu daripada lima tenaga kerja global akan terjejas akibat perubahan
pekerjaan masa hadapan. (Shamsul Arrieya Ariffin , 2021) Oleh itu, rakyat mestilah sentiasa
memperbaharui atau mempelajari pengetahunan baharu agar tidak ketinggalan pada zaman
teknologi. Contonya, sebagai pelajar haruslah memperkasakan pembelajaran menerusi
aktiviti pembelajaran aktif bagi melahirkan pelajar yang mampu menilai dan menghasilkan
pengetahuan baharu berdasarkan kemahiran pemikiran serta inovasi analitis. Justeru, pelajar
di sekolah perlu didedahkan dengan kemahiran pemikiran dan inovasi analitis. Hal ini bagi
membolehkan pelajar bukan sahaja mampu memahami, tetapi menganalisis, mensintesis dan
menghasilkan suatu produk pengetahuan mengikut bidang. Rentetan itu, mereka diajar
bagaimana menyelesaikan masalah dengan meningkatkan kemahiran kelangsungan hidup
untuk berdaya saing dan mampu meghasilkan inovasi produk sesuai dengan taraf pendidikan.
(Shamsul Arrieya Ariffin , 2021)

Perindustrian
Pelan Tindakan Sumber Manusia (NHRB) sedang dirangka oleh kerajaan bagi
berhadapan dengan cabaran Revolusi Industri 4.0 dan isu berkaitan pasaran buruh negara.
Hal ini bertujuan untuk proses merangka pelan tindakan bagi menganalisis perubahan dan
peluang yang dihasilkan dalam pekerjaan, kemahiran dan pembangunan sumber manusia
demi perkembangan ekonomi negara yang mampan di era pendigitalan. (Shukri Mohamad,
2020) Hal ini kerana World Economic Forum menyatakan dalam satu laporan yang telah
meramalkan akan munculnya pekerjaan yang kukuh dalam sektor-sektor yang sedang rancak
membangun seperti kecerdasan buatan, robotik, blockchain dan juga dalam kedudukan
bukan berteknologi seperti perkhidmatan pelanggan, penjualan, pemasaran, latihan dan
pembangunan kemahiran. (Shukri Mohamad, 2020)

Selain itu, menurut Mah Siew Keong beliau menyatakan “sebagai permulaan, kita sangat
memerlukan peralatan kejuruteraan untuk penuaian, pengumpulan buah dan pemindahan
yang tidak terlampau canggih”. Hal ini kerana kekurangan tenaga kerja menyebabkan
kehilangan FFB dan hasil pengeluaran minyak. (Mah Siew Keong, 2017) Selain itu, potensi
hasil telah mendatar sementara kita bekerja mencari klon baharu melalui penyelidikan
genomik yang dapat menyelesaikan masalah itu. Oleh itu, dengan meningkatkan produktiviti
merupakan satu-satunya pilihan kerana dengan tanah yang terhad untuk penanaman baharu
dan keperluan mengekalkan perlindungan hutan selaras dengan janji COP 21. (Mah Siew
Keong, 2017)

3
Ekonomi
Teknologi analitik data raya merupakan antara model perniagaan digital baharu yang
sedang menjadi satu norma baharu dalam bidang perniagaan terutamanya dalam mendorong
inovasi produk serta proses yang lebih cekap menerusi peningkatan produktiviti pada kos
yang lebih rendah. (Dr Ngo Sheau Shi, 2020) Persaingan perniagaan antara negara semakin
sengit terutamanya dari negara yang mempunyai teknologi maklumat yang lebih canggih
seperti Amerika Syarikat dan China dalam konteks global. Pengusaha tempatan yang dapat
merangsang permintaan tempatan atau memahami perspektif pelanggan dengan pantas lebih
berpeluang berjaya dalam inisiatif perniagaan yang baharu. Oleh itu kerajaan berperanan
memastikan pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia mendapat akses
kepada maklumat yang berguna bagi memudahkan mereka menentuan keputusan yang bijak
semasa mencari penyelesaian baharu serta peluang untuk berjaya bagi pengusaha tempatan
ini adalah lebih cerah untuk memajukan perniagaannya ke tahap global. (Dr Ngo Sheau Shi,
2020)

Selain itu, (PKS) di Malaysia memainkan peranan yang penting dalam menyumbang
37.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK) dan menggajikan lebih 70
peratus daripada keseluruhan pasaran pekerja pada tahun 2017. (Dr Ngo Sheau Shi, 2020)
Namun menurut Dr Ngo Sheau Shi lagi menyatakan bahawa (PKS) merupakan antara industri
yang amat terdesak untuk bertindak balas kepada teknologi digital yang bersifat global yang
sedang memberi impak besar terhadap prospek bidang mereka. Pada masa kini, telah
munculnya istilah baharu perdagangan elektronik atau e-dagang yag telah wujud di Malaysia
seawall dekad ke-20 yang diturut serta dengan pasaran dan pemasaran elektronik. (Noor
Azuan Hashim, 2020) Oleh itu, rakyat perlu peka terhadap perkembangan semasa serta
kreatif dalam memikirkan penyelesaian masalah agar dapat meneruskan kelangsungan hidup
di zaman digital ini. Hal ini kerana peralihan ekonomi sedia ada kepada ekonomi digital
penting bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi tempatan dan nasional, dengan tenaga
penggerak kebanyakannya usahawan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

4
Sosial
Interaksi sosial menjadi tanpa batas (unlimited) kerana kemudahan akses internet dan
teknologi. Klaus Schwab (2016) menyatakan bahawa IR4.0 akan memberi kesan yang
mendalam kepada keselamatan dalam negara dan antarabangsa. Hal ini, melalui kemudahan
akses digital, akhlak, sikap dan perilaku masyarakat turut mula berubah. (Mashitoh Yaacob et
al., 2020) Justeru, menurut Schwab (2016) di sebalik kemudahan teknologi yang ditawarkan
dalam IR4.0, kesan negatif dan ancaman turut berlaku terhadap identiti manusia seperti rasa
kebersendirian (privacy), tanggapan tentang pemilikan (notion of ownership), cara
menggunakannya (consumption pattern), masa yang diperuntukkan untuk bekerja dan
berehat, bagaimana membina kerjaya, serta membina dan memupuk kemahiran. Oleh itu,
kunci dalam menghadapi IR4.0 bukan sahaja tertumpu kepada kemajuan teknologi, namun
sudut lain diperlukan juga nilai yang boleh dipegang oleh anggota masyarakat agar kesan
negatif daripada perkembangan teknologi IR4.0 dapat ditangani dengan sewajarnya. Menurut
Abdul Khalil, Othman,& Saidon (2020) nilai-nilai ini dapat menjadi pengimbang agar anggota
masyarakat mampu terlibat sama dalam aktiviti IR4.0 secara yang lebih sistematik serta
memenuhi tuntutan nilai masyarakat . (Mashitoh Yaacob et al., 2020)

Selain itu, Dasar 4IR Negara digubal menggunakan pendekatan berlandaskan kemanusiaan
supaya rakyat memanfaatkan teknologi serta dapat mengekalkan nilai kemanusiaan, sosial
dan warisan budaya selaras matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.
Menurut Datuk Seri Mustapa Mohamed menyatakan bahawa “bagi mengurangkan risiko
berkainta sosial yang wujud daripada 4IR, elemen kepercayaan, inklusiviti, keselamatan siber,
etika dan nilai akan diterapkan dalam semua inisiatif”. Beliau tutur menyatakan bahawa dasar
itu mengandungi empat teras utama yang menyasarkan tiga kumpulan, iaitu masyarakat,
perniagaan dan kerajaan. (Mohd Iskandar Ibrahim , 2021) Hal ini kerana teras berkenaan
melengkapi rakyat dengan pengetahuan dan set kemahiran 4IR, membentuk negara yang
ada kesalinghubungan melalui pembangunan infrastruktur digital, menyediakan peraturan
sesuai dengan keperluan masa depan agar fleksibel terhadap perubahan teknologi, serta
mempercepatkan inovasi dan penerimagunaan teknologi 4IR. (Mohd Iskandar Ibrahim , 2021)

5
3.0 Rumusan
Revolusi Industri 4.0 telah membawa impak yang besar terhadap kemajuan suatu bangsa
dan negara. Oleh itu, manusia perlu mempunyai kemampuan untuk menjangkakan masa
depan yang berubah dengan sangat pesat. Selain itu, dalam era IR4.0 perubahan kehidupan
moden yang ditawarkan telah menjadikan kehidupan manusia lebih mudah, canggih dan
pantas namun kemajuan yang ditawarkan ini tetap mendatangkan kelemahan jika manusia
itu sendiri tidak mampu menyeimbangkan antara kemajuan dan fitrah semula jadi manusia
dan alam.

Justeru, kajian menunjukkan kemajuan teknologi era IR4.0 menjadi petunjuk kepada
kepintaran manusia yang sentiasa bersaing dan ingin maju dalam dunia teknologi. Oleh itu,
disebalik kemajuan ini masih terdapat cabaran-cabaran yang muncul sekiranya kepintaran ini
tidak disertakan dengan nilai-nilai kemanusian, keagamaan, pendidikan dan sebagainya.
Jelaslah, sebuah garis panduan dan model tentang nilai-nilai kemanusiaan patut dibangunkan
selaras dengan kemajuan teknologi dalam IR4.0 dan manusia dapat bersedia menempuhi
cabaran yang akan muncul di masa akan datang. (Mashitoh Yaacob et al., 2020)

6
4.0 Bibliografi

Dr Ngo Sheau Shi. (2020). Kepentingan data dalam era REVOLUSI Industri 4.0. BERNAMA.
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1874764

Mah Siew Keong. (2017). Industri 4.0: Apakah Manfaatnya Kepada Komoditi? . Berita
Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/09/330726/industri-40-
apakah-manfaatnya-kepada-komoditi

Mashitoh Yaacob, Che Sulaila Che Harun, Rosilawati Mohd Hanapi, Mohd Yusof Hj
Othman, Abdullah Latif Samian, Mohd Al Abib Samuri, Khairudin Anwar
Mastor, Ab Halim Tamuri, Mohd Farid Ravi Abdullah. (2021). Isu Revolusi
Industri 4.0 : Perubahan Nilai Masyarakat dan Cabaran. Proceeding of the 8th
International Conference on Management and Muamalah 2021, (p. 474).

Mohamad Izzuan Mohd Ishar, Akmal Ariff Jamhari, Siti Hajar Abd Razak, & Nur Anis Karim
Mohamad. (2020). Persediaan Rakyat Malaysia Dalam Merealisasikan Matlamat
Revolusi Industri 4.0, 5(10), 75–82.
https://doi.org/https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i10.510

Mohd Iskandar Ibrahim . (2021). Dasar Revolusi Perindustrian ke-4 Negara Dilancarkan .
Berita Harian. Retrieved April 10, 2023, from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/834217/dasar-revolusi-
perindustrian-ke-4-negara-dilancarkan

Noor Azuan Hashim . (2020). Manfaatkan Ekonomi Digital jadi usahawan Alaf Baharu. Berita
Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/07/714259/manfaatkan-
ekonomi-digital-jadi-usahawan-alaf-baharu

Shamsul Arrieya Ariffin . (2021). Tingkat Ilmu IR 4.0 penuhi keperluan kerjaya Masa
Hadapan - berita harian. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/01/779977/tingkat-ilmu-ir-40-
penuhi-keperluan-kerjaya-masa-hadapan

Shukri Mohamad. (2020). Revolusi Industri 4.0 : Cabaran dan Peluang. Perspektif Tsis.

You might also like