Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERARAKAN “NITI DAUN” 2023

Bersempena dengan sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka dan perayaan Hari Gawai
Dayak Tahun 2023 peringkat Sarawak, perarakan kebudayaan masyarakat Dayak iaitu
“Niti Daun” akan diadakan pada 17hb Jun 2023 (Sabtu).

YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun
Datuk Abang Haji Openg dijangka akan hadir bersama dengan Penasihat Jawatankuasa
Kerja Sambutan Gawai Dayak 2023 Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas,
Timbalan Premier Sarawak.

Untuk makluman, perarakan “Niti Daun” yang dianjurkan ini akan bermula pada jam 2.15
petang di Perkarangan Bangunan Tun Jugah dan berakhir di Tebingan Kuching
sejauh 1.2 kilometer (Jambatan Darul Hana). Dianggarkan lebih daripada 80
kontinjen iaitu seramai 2500 orang yang terdiri daripada badan badan bukan Kerajaan
Dayak, persatuan-persatuan Kebudayaan Dayak, Ketua-Ketua Kaum dan Masyarakat Dayak,
Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan “Bujang Berani” Dayak akan menyertai perarakan
tersebut.

Orang ramai adalah dijemput hadir untuk menyaksikan perarakan “Niti Daun” ini yang akan
menampilkan kepelbagaian dan keunikan kebudayaan masyarakat Dayak Sarawak.
Disamping itu, perarakan ini juga dilihat mampu untuk menarik perhatian pelancong asing
dengan persembahan-persembahan tradisional dan pakaian-pakaian tradisi masyarakat
Dayak Sarawak.

Terdahulu, perarakan “Niti Daun” ini pertama kali diadakan pada tahun 1993 dan seterusnya
diadakan pada tahun 2018.

Perarakan “Niti Daun” ini yang dijangka akan berakhir pada jam 4.30 petang akan
disambung dengan persembahan kebudayaan dan hiburan dari artis-artis Dayak pada
sebelah malam iaitu pada jam 7.30 hingga 10.30 malam.

1
RINGKASAN MENGENAI PERARAKAN “NITI DAUN” 2023

LATARBELAKANG
PENGANJURAN : PERNAH DIADAKAN PADA TAHUN 1993 DAN 2018

PENGANJUR : JAWATANKUASA KERJA SAMBUTAN GAWAI DAYAK


PERINGKAT
SARAWAK 2023

KONSEP PERARAKAN : PERARAKAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT DAYAK SARAWAK

TARIKH : 17 JUN 2023 (SABTU)

TEMPAT : BERMULA DI PERKARANGAN BANGUNAN TUN JUGAH


DAN BERAKHIR DI TEBINGAN KUCHING
(JAMBATAN DARUL HANA)

MASA : 3.30 – 5.45 PETANG

JARAK
PERARAKAN : 1.2 KILOMETER

TETAMU KEHORMAT : YAB DATUK PATINGGI TAN SRI (DR) ABANG HAJI ABDUL
RAHMAN ZOHARI BIN TUN DATUK ABG HAJI OPENG
(PREMIER SARAWAK)

ANGGARAN : 80 KONTINJEN (2,500 PESERTA)


KONTINJEN

SASARAN
KONTINJEN/ : BADAN BUKAN KERAJAAN DAYAK (NGO)
PESERTA PERSATUAN KEBUDAYAAN DAYAK
KETUA KAUM DAN KETUA MASYARAKAT DAYAK
VETERAN ATM DAN BUJANG BERANI DAYAK

You might also like