Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

0 NAMA PROGRAM

PROGRAM PENEROKAAN MINDA MBPK SK RANTAU PANJANG, 2023

1.1 PENGENALAN

Program Penerokaan Minda ini merupakan program lawatan sambil belajar


Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) SK Rantau Panjang ke Kuala
Lumpur dan Bandaraya Bersejarah Melaka. Program ini diadakan bertujuan
untuk memberi peluang kepada para pelajar melawat tempat-tempat yang
menarik di samping menimba pengetahuan dan pengalaman baru dalam
suasana yang santai dan menggembirakan. Program ini juga merupakan salah
satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.

Melalui program ini, MBPK akan memperolehi pengetahuan melalui


pembelajaran masteri yang mana ia merupakan satu kaedah yang berkesan
dalam menyalurkan maklumat kepada MBPK.

1.2 MATLAMAT PROGRAM

Program Penerokaan Minda ini disusun dan dirancang ke arah meningkatkan


keyakinan diri pelajar dan mengembangkan semangat sosialisasi pelajar
terhadap persekitaran luar. Melalui program ini MBPK yang terlibat akan diberi
pendedahan serta menimba pengalaman dan pengetahuan secara langsung ke
arah meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam bidang pendidikan khasnya
dan kehidupan amnya.

1.3 SASARAN PESERTA PROGRAM

Para peserta terdiri daripada

i) MBPK SK Rantau Panjang, SK Seri Selama & SK Hj. Wan Jaafar

ii) Guru-guru PPKI SK Rantau Panjang, SK Seri Selama & SK Hj. Wan
Jaafar

iii) PPM PPKI SK Rantau Panjang, SK Seri Selama dan SK Hj. Wan Jaafar

1
1.4 BILANGAN PESERTA PROGRAM

Seramai 30 orang MBPK, 8 orang guru dan 5 orang Pembantu Pengurusan


Murid akan terlibat dalam program ini

1.5 TARIKH/HARI PROGRAM

23, 24 & 25 OGOS 2023 / RABU, KHAMIS & JUMAAT

1.6 PERANCANGAN DAN JANGKA MASA PROGRAM

Program ini dirancang untuk tempoh 3 hari 2 malam

1.7 DESTINASI PROGRAM

Lawatan sekitar Kuala Lumpur : Pusat Sains dan Planetarium, Menara


Berkembar KLCC, Muzium Negara, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan
Menara Kuala Lumpur

Lawatan sekitar Melaka : Muzium Samudera, Muzium TLDM, Muzium TUDM, A


Famosa, Bangunan Stadhuys, Menara Taming Sari, Perigi Hang Tuah, Melaka
River Cruise dan Mamee House

1.8 PENGINAPAN

Penginapan adalah di dua buah homestay yang terletak di Kajang dan Melaka

2.0 OBJEKTIF

Objektif Program Penerokaan Minda ini diadakan ialah :

1.1 Meningkatkan jati diri murid berkeperluan khas dan mengaplikasikan proses PdP
di dalam bilik darjah ke proses PdP di luar bilik darjah dan juga sebaliknya.
1.2 Memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas merasai kegembiraan
belajar secara tidak formal melalui proses PdP yang variasi seperti aktiviti luar
bilik darjah dan juga melalui pemerhatian dan kajian lapangan.
1.3 Menggalakkan penglibatan yang optimum dari kalangan muridwarga sekolah dan
ibu bapa dalam program yang dirancang.

2
3.0 TENTATIF PROGRAM

TENTATIF PROGRAM

Hari Rabu ( 23/8/2023 )


5.00 pagi - Berkumpul di SK Rantau Panjang .
- Taklimat ringkas oleh Penyelaras PPKI SK Rantau Panjang
- Bertolak ke Kuala Lumpur
6.00 pagi - Berhenti solat dan sarapan pagi di R&R
7.00 pagi - Meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur
10.00pagi - Dijangka sampai di Kuala Lumpur dan memulakan program lawatan di
sekitar Kuala Lumpur :
- Muzium Negara
- Pusat Sains dan Planetarium
1.00 petang - Makan tengah hari dan solat di Masjid Negara
2.00 petang - Sambungan lawatan di sekitar Kuala Lumpur
- Menara Kuala Lumpur
- Menara Berkembar KLCC
- Dataran Merdeka
7.00 malam - Check-in Homestay di Kajang
- BBQ dan Makan Malam

Hari Khamis ( 24/8/2023 )


5.00 pagi - Persiapan diri, solat, kuliah subuh, Malaysia Cergas dan sarapan.
8.00 pagi - Check-out Homestay
- Bergerak ke Melaka
10.00 pagi - Dijangka tiba di Melaka dan memulakan program lawatan di Melaka :
- Perigi Hang Tuah
- A Famosa
- Bangunan Stadhuys
1.00 petang - Makan tengahari dan solat di Masjid Al-Azim
2.00 petang - Sambungan lawatan di sekitar Melaka
- Muzium Samudera
- Muzium TUDM
- Menara Taming Sari

3
6.00 petang - Check-in homestay, solat dan makan malam.
8.00 malam - Melaka River Cruise.
10.00 malam - Pulang ke Homestay

Jumaat ( 25 Ogos 2023 )


5.00 pagi - Persiapan diri, solat, kuliah subuh, Malaysia Cergas dan sarapan
8.00 pagi - Check-out Homestay
- Lawatan ke Momee House
10.00 pagi - Sambutan Hari Lahir di Mc Donald, Melaka
12.00 tgh - Bertolak pulang.
- Berhenti solat dan makan di R&R
7.00 malam - Dijangka tiba di SK Rantau Panjang

4
4.0 PEMBIAYAAN PROGRAM

Dalam perancangan, pembiayaan program ini adalah melalui sumber berikut:

Pendidikan Khas (LPBT) RM800.00


Teras RM300.00
Bimbingan dan kaunseling RM480.00
Pendidikan Sivik dan Kaunseling RM800.00
Sumbangan PIBG RM1000.00
Jumlah RM3380.00
Segala urusan pembiayaan program ini akan meliputi urusan seperti berikut :

o Penginapan
o Pengangkutan
o Makanan dan minuman
o Tiket masuk ke setiap tempat yang dilawati

5.0 PERUNTUKAN KEWANGAN

5.1 Anggaran pendapatan

Yuran peserta
Guru dan PPM = RM 250.00 x 11 orang = RM 2750.00
Ibu bapa = RM 250.00 x 5 orang = RM 1250.00
Peruntukan PCG = RM 2620.00
JUMLAH = RM 6620.00

5.2 Anggaran perbelanjaan

Pengangkutan

Sewa bas pergi balik dari


SMK Permata Jaya –Melaka = RM
1300.00

Jumlah perbelanjaan pengangkutan =RM


1300.00

5
Penginapan

Sewa bilik di D’ Village Resort Melaka


-Family room
(RM 175.00 x 6 unit x 1 malam) =RM
1050.00
-Standard Challet
(RM135.00 x 2 unit x 1 malam) =RM
270.00

Jumlah Perbelanjaan Penginapan =RM


1320.00

Hal – hal lain

Tiket masuk ke Menara Taming Sari (RM 20 x 40 orang) =RM


800.00
Tiket Duck Tour (RM 20 x 40 org) =RM
800.00
Tiket masuk ke Muzium TLDM dan Samudera(RM 6 x 40 orang) =RM
240.00
Tiket menaiki River Cruise Melaka(RM10.60 x 40) =RM
424.00
Makan dan minum (RM 15.00 x 40 orang) =RM
600.00
Rumah Terbalik (RM15x40 orang) =RM
600.00
Perubatan =RM
50.00
Kecemasan =RM
400.00
Dokumentasi =RM
86.00
Jumlah perbelanjaan hal-hal lain =RM
4000 .00

JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN = RM 6620.00

6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN PROGRAM

Penasihat : En. As Aziz bin Salam

6
(Pengetua SMK Permata Jaya)

Pengurus program : Tn. Hj. Subari B. Jubri

(GPK Pendidikan Khas, SMK Permata Jaya)

Setiausaha : Pn. Saslizawati binti Izam

Bendahari : Pn. Nor Rafidah bt Abdullah

Ahli Jawatankuasa

Kawalan dan Keselamatan Makanan / Minuman

1) En Izuddin Effendy B. Abu Bakar 1) Pn. Azizah Misrom


2) En. Irwan bin Sanip 2) Pn. Eleena Zerry Rozaini Mohd. Rasit
3) Ameer Hafiz bin

Pengangkutan Penginapan

1) En Zakaria B. Sahri 1) Pn. Siti Nazirah binti Mat Dan


2) Pn. Saslizawati Izam

Fotografi/ Dokumentasi Penajaan

1) Pn. Saslizawati Izam -Semua Guru dan PPM

2)Cik Mira Syatira binti Wakidan

Perhubungan awam Rawatan / Kecemasan

1) Pn. Siti Nazirah binti Mat Dan 1) Pn. Saslizawati Izam

2) Pn. Saslizawati Izam

Tuntutan Lawatan

1)Pn. Nor Rafidah Abdullah

7.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, Program Pengkayaan Pengajaran dan Pembelajaran ini


sangat penting bagi membolehkan pelajar-pelajar melihat dan mengalami sendiri

7
sesuatu kemahiran dari pengalaman yang sangat berharga ini. Selain daripada itu, ia
juga akan mendidik para pelajar menghargai kemudahan dan persekitaran mereka serta
dapat mengolah dan menjaganya dengan sebaiknya. Dengan ini pelajar-pelajar juga
mendapat pendedahan untuk menghargai dan menjaga alam sekitar supaya sentiasa
selamat dan terpelihara untuk tatapan generasi akan datang. Lawatan ini juga diharap
dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara guru, ibubapa dan pelajar.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………… ……………………………….
SASLIZAWATI BINTI IZAM TN. HJ. SUBARI B. JUBRI
Setiausaha Penolong Kanan
Program Lawatan ke Melaka Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Permata Jaya SMK Permata Jaya

Disahkan oleh :

………………………………..
EN. AS AZIZ BIN SALAM
Pengetua
SMK Permata Jaya
Rengit, Batu Pahat, Johor

You might also like