Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

DOSM/BPPAS/1.

2022/Siri 29

INDUSTRI GETAH MALAYSIA 2021


Sejarah Penanaman Getah
Industri getah asli di Malaysia bermula pada tahun 1877 di Kuala Kangsar, Perak. Anak
pokok getah yang ditanam adalah daripada spesis Havea Brasilliensis. Sebanyak 2,000
anak pokok getah telah berjaya dihidupkan dalam Wardian cases, iaitu rumah kaca yang
bersesuaian dengan suhu dan iklim di Brazil. Sebahagian daripada anak pokok itu telah
dibawa ke Ceylon dan selebihnya sebanyak 22 anak pokok dihantar ke Taman Botani,
Singapura dan sembilan anak pokok dihantar ke Kuala Kangsar. Estet getah pertama
telah wujud di Melaka pada tahun 1902/1903. Keluasan penanaman getah mula
berkembang hingga mencapai kemuncaknya iaitu seluas 2.061 juta hektar pada tahun
1979.

Pokok getah dari spesis Hevea brasiliensis (gambar)


merupakan benih terawal daripada 11 benih yang
ditanam di Malaysia. Dibawa dari Brazil oleh Henry
Nicholas Ridley pada tahun 1877, ditanam
berhampiran Pejabat Daerah dan Tanah Kuala
Kangsar semasa Perang Dunia ke-2.

Nota: 1 Keluasan meliputi estet dan pekebun kecil

Kategori Getah

Terdapat tiga kategori utama getah yang digunakan pada masa ini iaitu getah asli, getah sintetik dan
getah tebus guna:
1
Getah asli dihasilkan dari pokok getah yang kebanyakan ditanam di negara-negara Asia Tenggara.

2
Getah sintetik merupakan getah tiruan yang diperbuat daripada bahan mentah seperti butadiene,
styrene dan isoprene.
3
Getah tebus guna pula dibuat dengan mengolah sisa pelbagai bahan getah seperti tayar dan tiub
dengan kaedah pemanasan dan penggunaan bahan kimia.
Sumber:
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_getah
2. Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
3. https://www.ibef.org/

1
INDUSTRI GETAH DUNIA

Pengeluaran getah asli dunia berjumlah


14.8 juta tan metrik pada 2020. Thailand
Thailand
menerajui kedudukan tertinggi dengan Thailand menghasilkan dalam lingkungan
mencatatkan pengeluaran getah asli 4.5 hingga 4.8 juta tan metrik getah asli
sebanyak 4.7 juta tan metrik iaitu sumbangan setahun (2015-2020) dengan peningkatan
31.7 peratus daripada jumlah pengeluaran. Ini sebanyak 5.3 peratus pada 2020 berbanding
diikuti oleh Indonesia dengan pengeluaran pengeluaran pada 2015. Selari dengan
3.4 juta tan metrik (22.7%) dan Viet Nam penghasilan getah asli yang tinggi, Thailand
pula 1.2 juta tan metrik (8.3%). Manakala, turut menduduki tangga teratas bagi negara
Malaysia menduduki tangga ketujuh sebagai pengeksport getah asli dunia pada 2020
negara pengeluar getah asli dunia pada 2020 dengan nilai eksport sebanyak USD3.5 bilion.
dengan merekodkan pengeluaran sebanyak
0.5 juta tan metrik (3.5%).
Indonesia
10 Negara Pengeluar Utama Getah Asli Dunia, 2019 & 2020

Thailand 4.7 Indonesia sebagai pengeluar kedua terbesar


Indonesia 3.4 getah asli dunia mencatatkan pengeluaran
Viet Nam 1.2 antara 3.1 juta tan metrik hingga 3.7 juta tan
India 1.0 metrik setahun bagi tempoh 2015-2020.
Ivory Coast 0.9 Kawasan pengeluaran getah utama adalah
China 0.7 terletak di Sumatera dan Kalimantan.
Malaysia 0.5

Viet Nam
Guatemala 0.4

Filipina 0.4

Kemboja 0.3
Viet Nam pula merupakan negara ketiga
0.0 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0
Juta tan metrik terbesar pengeluar utama getah asli dunia
2020 2019
dengan mencatatkan peningkatan 21.1 peratus
pada 2020 berbanding 1.0 juta tan metrik
getah asli pada 2015 (2020: 1.2 juta tan
metrik).
Pengeluaran Getah Asli Mengikut Negara, 2015-2020

2020
4.7 Eksport Getah Asli Mengikut Negara, 2015-2020
3.4
1.2
2020 3.5
2019 4.8 0.8 3.0
1.2 3.4
4.8 2019 4.1
2018 1.0 3.5
1.1 3.6
4.6
2018 3.9
2017 4.5 1.0
3.7
1.1 2017 6.0
4.5 0.9 5.1
2016 3.3
1.0 2016 4.4
4.5 3.4
0.9
2015 3.1 5.0
1.0 2015 3.7
1.1
0.0 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0
0.0 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0
Juta tan metrik
Juta tan metrik
Thailand Indonesia Viet Nam Thailand Indonesia Viet Nam

Sumber: FAO (Food and Agriculture Organization)

2
INDUSTRI GETAH MALAYSIA

Sektor pertanian khususnya getah asli Penggunaan


merupakan satu komoditi yang turut
menyumbang kepada ekonomi negara. Malaysia menduduki tangga kelapan sebagai
Pada 2021, sektor getah menyumbang pengguna getah asli dunia pada 2020. Namun,
0.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara penggunaan getah asli Malaysia pada 2021
Kasar (KDNK) negara, sedikit menurun berjumlah 502.0 ribu tan metrik menurun
berbanding pada 2015 (0.3 peratus). 3.2 peratus berbanding tahun sebelumnya
(2020: 518.7 ribu tan metrik). Negeri Selangor
merupakan negeri utama pengguna getah asli
Pengeluaran negara dengan sumbangan 58.1 peratus
kepada jumlah penggunaan 2021.
Malaysia merupakan negara ketujuh
sebagai pengeluar getah asli dunia pada
Penggunaan Getah Asli, Malaysia, 2015-2021
2020. Pada 2021, Malaysia mencatatkan
pengeluaran 469.7 ribu tan metrik menurun 2021 502.0
8.7 peratus berbanding tahun sebelumnya 2020 518.7
(2020: 514.7 ribu tan metrik). Pengeluaran 2019 515.5 CAGR
getah asli negara dalam tempoh enam 2021/2015
2018 515.6 0.9%
tahun (2015-2021) juga merekodkan
penyusutan kadar pertumbuhan purata 2017 488.9

tahunan 6.9 peratus (2015-2021) dalam 2016 486.1

pengeluaran getah asli. 2015 474.8

- 100.0 200.0 300.0 400.0 500.0 600.0


Tan metrik (‘000)
Pengeluaran Getah Asli, Malaysia, 2015-2021

2021 469.7
Negeri Utama Pengguna Getah Asli, Malaysia, 2021
2020 514.7
Selangor
639.8 291.8 ribu tan metrik (58.1%)
2019
CAGR
2018 603.3 2021/2015
-6.9%
Perak
2017 740.1 66.5 ribu tan metrik (13.3%)

2016 673.5

2015 722.1 W.P. Kuala Lumpur


44.2 ribu tan metrik (8.8%)
- 200.0 400.0 600.0 800.0 1,000.0
Tan metrik (‘000)

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

3
INDUSTRI GETAH MALAYSIA

Industri sarung tangan getah penyumbang utama penggunaan getah asli


Meskipun tidak mampu bersaing dari aspek
pengeluaran getah asli, Malaysia masih Penggunaan Domestik Getah Asli Mengikut Industri,
mempunyai kelebihan dari sudut industri Malaysia, 2015-2021
hiliran berasaskan getah sebagai pengeluar 2021 380.5
sarung tangan terbesar dunia iaitu
2020
62.0 peratus (Berita Harian, 19 April 2020). 401.6

2019 391.0

Dalam tempoh enam tahun (2015-2021), 2018 389.2


penggunaan domestik getah asli tertinggi
2017 358.3
dicatatkan pada 2020, kesan daripada
pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, 2016 359.5

pada 2021 pasaran sarung tangan getah 2015 349.0


dilihat kembali normal dengan mencatatkan
- 100.0 200.0 300.0 400.0 500.0 600.0
penurunan 5.2 peratus berbanding tahun Tan metrik (‘000)
sebelumnya selari dengan penurunan kes Sarung tangan getah Benang getah Tayar dan tiub Lain-lain
jangkitan di peringkat dunia.

DAGANGAN

Eksport 2021
Eksport Getah Asli, Malaysia, 2015-2021
653.2
2020 565.2
Jumlah eksport dan import getah asli
2019 631.3
Malaysia didorong oleh pelbagai faktor
2018 638.9
antaranya adalah pengeluaran, penggunaan
2017 616.0
domestik dan stok. Eksport getah asli
2016 641.9
Malaysia berjumlah 653.2 ribu tan metrik pada
2015 706.5
2021.
- 200.0 400.0 600.0 800.0
Tan metrik (‘000)

Jumlah eksport bagi lima negara utama iaitu


China, Amerika Syarikat, Jerman, Finland dan Eksport Getah Asli 5 Negara Utama, Malaysia, 2021
Turki pada 2021 adalah sebanyak 426.0 tan
metrik atau bernilai RM2,912.4 billion (2020: Lain-lain
34.8% China
407.4 ribu tan metrik; RM2,315.6 bilion). 48.3%
China menjadi rakan dagang negara yang
utama iaitu pengimport tertinggi getah asli Turki
Malaysia dengan menyumbang 48.3 peratus 2.6%
kepada jumlah eksport negara pada 2021 Finland
4.0% Jerman Amerika
(2020: 51.8 peratus).
4.4% Syarikat
6.0%
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

4
DAGANGAN

Import
Thailand merupakan pembekal utama getah asli ke Malaysia pada 2020 dan 2021 dengan
sumbangan sebanyak 39.1 peratus (478.1 ribu tan metrik) dan 42.5 peratus (512.8 ribu tan metrik)
daripada jumlah keseluruhan import getah asli negara (2020: 1,221.9 ribu tan metrik, 2021:
1,207.3 ribu tan metrik). Ini diikuti Filipina (13.0 peratus) dan Myanmar (6.8 peratus). Jumlah import
getah asli bagi lima negara utama pada 2021 (Thailand, Filipina, Myanmar, Vietnam dan India) ialah
767.5 ribu tan metrik iaitu bernilai RM5.2 billion.

Import Getah Asli, Malaysia, 2015-2021 Import Getah Asli Mengikut Negara, Malaysia, 2021
2021 1,207.3
2020 1,221.9 Negara
Thailand
lain
2019 1,082.7 42.5%
Kemboja 35.8%
2018 1,014.8 0.1% Filipina
2017 1,113.0 13.0%
Indonesia
2016 930.3 0.6% India
2015 957.3 0.6%
Myanmar
Vietnam
- 200.0 400.0 600.0 800.0 1,000.0 1,200.0 1,400.0 6.8%
0.7%
Tan metrik (‘000)

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

PASARAN GETAH

Harga getah dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang menyokong jangkaan harga yang
memberangsangkan termasuk harga minyak mentah dunia yang tinggi, peningkatan pengeluaran
kenderaan global, kekurangan bekalan getah dan kelemahan nilai ringgit berbanding dolar Amerika
Syarikat.
Harga di peringkat global seperti dilaporkan oleh
Pada akhir tempoh 2021, harga purata World Bank Commodity Price Data menunjukkan
sekerap dan SMR 20 mencatatkan harga getah jenis TSR 20 (Technically Specified
713.00 sen per kilogram dan 584.07 sen per Rubber) meningkat 9.5 peratus berbanding akhir
kilogram meningkat 18.8 peratus dan tempoh yang sama tahun lalu (Disember 2020:
13.4 peratus berbanding akhir tempoh tahun USD1.57/kg). Manakala getah jenis SGP/MYS
2020. (Singapura/Malaysia) menunjukkan penurunan
17.4 peratus berbanding USD2.33/kg dicatatkan
pada Disember 2020.
Harga Purata Getah, Malaysia, 2020 & 2021
Sen/Kg $/Kg Harga Purata Getah Dunia, 2020 & 2021
717.65 2.37
800.00 2.50
713.00
600.00 590.42 2.00 1.74 1.92
584.07
1.72
400.00 1.50
1.00
200.00
0.50
-
-
Mac-20

Mac-21
Mei-20

Mei-21
Apr-20

Okt-20

Apr-21

Okt-21
Jul-20

Jul-21
Jan-20

Jun-20

Ogo-20

Jan-21

Jun-21

Ogo-21
Nov-20
Dis-20

Nov-21
Dis-21
Feb-20

Sep-20

Feb-21

Sep-21

Mac-21
Mac-20

Ogo-20

Dis-20

Ogo-21

Dis-21
Feb-20

Mei-20

Sep-20

Nov-20

Feb-21

Mei-21

Sep-21

Nov-21
Apr-20

Jul-20

Okt-20

Apr-21

Jul-21

Okt-21
Jan-20

Jun-20

Jan-21

Jun-21

Sumber:
1. Lembaga Getah Malaysia
2. World Bank Commodity Price Data

5
ISU DAN CABARAN

Cuaca dan Penyakit Komoditi Lain


Malaysia terus berdepan ketidaktentuan Hambatan kemajuan dan faktor harga
pengeluaran getah disebabkan oleh menyaksikan banyak pekebun kecil dan estet
beberapa faktor. Antaranya adalah faktor getah digantikan dengan penanaman sawit
cuaca/monsun tidak menentu yang memberi serta pembangunan hartanah. Komoditi lain
kesan kepada aktiviti torehan. Selain itu, seperti sawit turut tidak terkecuali dalam
penyakit pestalotiopsis yang mengancam sumbangan kepada KDNK negara dengan
tanaman getah di Malaysia yang turut menyumbang sebanyak 2.8 peratus pada
mempengaruhi pengeluaran susu getah 2020. Penanaman getah di Malaysia turut
di peringkat ladang. terkesan berikutan lonjakan permintaan dan
harga sawit yang tinggi. Situasi ini
mendorong pengusaha tanaman getah
bertukar kepada penanaman sawit yang
dilihat mampu memberikan hasil pulangan
yang lebih stabil dan berterusan.

Penyakit luruhan daun Pestalotiopsis


■Pestalotiopsis sp. adalah sejenis kulat
yang menyebabkan penyakit pada
tumbuhan di kawasan tropika dan beriklim
sederhana.
■Kulat ini menjangkiti daun, tangkai, dahan
dan pokok getah yang menyebabkan
keguguran daun getah matang.
■Serangan penyakit ini menyebabkan Guna Tenaga
pengurangan produktiviti hasil sehingga
50%. Dari segi faktor guna tenaga, sektor
pertanian khususnya masih bergantung
kepada pekerja asing. Penutupan sempadan
dan sekatan pengambilan pekerja asing
baharu mendorong kepada kekurangan
pekerja dan seterusnya memberi kesan
kepada hasil pengeluaran getah asli
di Malaysia.

Sumber:
1. RISDA
2. Berita Harian
3. Sinar Harian

6
KERANGKA INDUSTRI GETAH

Huluan/Upstream Pertengahan/Midstream Hiliran/Downstream


(Plantation) (Processing) (Manufacturing)

Bahan Mentah Bahan Proses Getah & Produk berasaskan getah

• Lateks • Standard Getah Malaysia(SMR) • Sarung tangan


• Bekuan ladang/cup lump • Lateks Pekat • Tayar
• Getah Keping • Getah Rumusan Khas • Bahagian Automotif

Secara ringkas, industri getah bermula dari peringkat huluan iaitu peringkat penanaman yang
merupakan sumber kepada bahan mentah yang kemudiannya diproses kepada beberapa jenis getah
yang lebih tahan lama. Getah ini kemudian diproses untuk menghasilkan produk-produk berasaskan
getah seperti tayar dan tiub, sarung tangan getah serta benang getah yang kemudiannya dipasarkan
bagi memenuhi keperluan domestik dan antarabangsa. Rajah Rich Milky Fluid Malaysia, 2021
menunjukkan peringkat pengeluaran getah asli sehingga kepada penghasilan produk berasaskan getah
untuk pasaran.

RICH MILKY FLUID MALAYSIA, 2021

Nota:
1. * Termasuk Getah keping basah, tidak diasap
2. Unit pengukuran merujuk tan metrik

Sumber:
1. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
2. Jabatan Perangkaan Malaysia

7
INFORMASI

PROSES PENANAMAN GETAH

Penanaman anak pokok Kawalan rumpai dengan


Membaja mengikut jadual.
getah. kaedah penyemburan racun
rumpai.

Cara torehan pokok


Pisau untuk menoreh Cawan plastik/tembikar
menggunakan teknik
hendaklah diasah terlebih dipasang di bawah zink sudu
saluran berpilin naik pada
dahulu menggunakan batu pengalir dan diikat pada
batang pokok menurut
asah. pokok getah.
pusingan ke kanan yang
membentuk 30° pada
ufuk.

Cuka getah dicampurkan ke Sekerap ditanggalkan dari Sekerap yang dikumpul akan
dalam susu getah untuk cawan untuk dikumpulkan. dipindahkan ke dalam lori untuk
menghasilkan getah sekerap. dihantar ke kilang.

Sumber:
1. RISDA Pulau Pinang
2. http://animhosnan.blogspot.com/2019/04/pemisahan-industri-komoditi-dan-makanan.html

You might also like