Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK 2023 / 2024

SK SIOL KANAN
Nama : ________________________________ Kelas : 5 ________
Masa: 1 jam 15 minit

Bahagian A Markah
[10 markah]
/ 50
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1 Rumah Pak Man masih walaupun telah lama dibina.


A tegar
B tetap
C teguh
D tegang
[1 markah]

2 Puan Juriah mengambil sehelai tudung memakainya.


A dan
B lalu
C sambil
D kerana
[1 markah]

3 Pilih ayat yang betul.


A Nenek tersenyum bila ternampak saya datang.
B Puan Sahira memanggil nama anaknya berapa kali.
C Cikgu Razak gembira kerana semua muridnya rajin belajar.
D Puan Hafizah menghidangkan sepiring kuih pada tetamunya.
[1 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Bandar Taiping ialah pusat bandar daerah Larut, Matang dan Selama.
Sebelum tahun 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama
Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah
sejenis buah mangga bersaiz kecil.
Bandar ini telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris pada 1880-an.
Pihak Inggeris berbuat demikian kerana daerah ini kaya dengan sumber
hasil bijih timahnya. Sebelum kedatangan British, daerah ini telah ditadbir
oleh Menteri Larut, iaitu Dato’ Long Jaafar.
Kini, bandar Taiping menjadi tumpuan para pelancong kerana
kesan sejarah yang dimilikinya. Terdapat banyak tempat bersejarah
yang ditinggalkan di sini. Sebahagian besar warisan itu masih kukuh dan
terpelihara hingga hari ini.
Antara tempat yang menjadi tarikan utama ialah Muzium Perak.
Muzium yang diasaskan oleh Sir Hugh ini merupakan institusi muzium
tertua di negara ini. Muzium ini dibina pada tahun 1883. Banyak bahan
sejarah dipamerkan di sini. Antaranya termasuklah peralatan peninggalan
British seperti sauh kapal, tugu peringatan, kapal terbang dan lanca.
Selain itu, koleksi haiwan yang diawet seperti seladang dan beberapa
spesies burung turut dipamerkan.

4 Bilakah Taiping menjadi ibu negeri Perak?


A Tahun 1937
B Tahun 1938
C Sebelum tahun 1937
D Selepas tahun 1937
[1 markah]
5 Mengapakah penjajah Inggeris membangunkan Taiping?
A Taiping ialah ibu negeri Perak
B Terdapat hasil bijih timah yang banyak di Taiping
C Taiping ialah bandar yang menjadi tumpuan pelancong
D Taiping kaya dengan tinggalan sejarah yang amat berharga

[1 markah]
6 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
A Maksud ‘Klian Pauh’ ialah mangga bersaiz kecil.
B Tiada sebarang kesan tinggalan sejarah di Taiping pada hari ini.
C Muzium Perak ditubuhkan oleh Dato’ Long Jaafar dan Sir Hugh.
D Dato’ Long Jaafar mentadbir Taiping sebelum kedatangan penjajah
Inggeris.
[1 markah]
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.

Bahan 1

Ciptaan sains amat berguna kepada kita. Ciptaan ini banyak membawa
kebaikan kerana memudahkan pelbagai urusan kita.
Memudahkan kita bergerak dari Memudahkan kita berkomunikasi
satu tempat ke satu tempat yang antara satu dengan yang lain.
lain. Contoh: telefon bimbit, Internet
Contoh: kereta, kapal terbang

Kebaikan Ciptaan
Sains

Memberikan hiburan dan


keselesaan kepada kita. Memudahkan kerja pembersihan
Contoh: televisyen, alat dilakukan.
pendingin hawa Contoh: mesin basuh, alat
pembersih vakum

Bahan 2

Sabtu, 6 Mei 20_


7:30 pagi
Kami berkumpul di pekarangan sekolah. Pada hari ini, aku dan rakan-
rakan akan mengikuti lawatan ke pameran sains di Pusat Sains Negara.
Aku berasa amat teruja kerana inilah julung-julung kalinya aku dapat
melawat ke pusat sains tersebut.

8:00 pagi
Kami bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas. Aku dan rakan-
rakan membawa telefon bimbit. Tujuannya adalah untuk memudahkan
kami berkomunikasi dengan ibu bapa. Semasa di dalam bas, aku sempat
menghubungi mereka.

9:00 pagi
Kami sampai ke destinasi. Ruang pameran dipenuhi oleh pengunjung
yang datang dari jauh dan dekat. Mereka sungguh gembira kerana dapat
menyaksikan pameran sains yang hebat. Suasana di pameran itu
sungguh meriah.
9:30 pagi
Kami melawat dari satu ruang pameran ke satu ruang pameran yang lain. Kami berasa
kagum akan keajaiban dunia sains. Minat kami terhadap bidang sains kian memuncak.

12:00 tengah hari


Selepas selesai melakukan semua aktiviti yang dirancang, kami bertolak pulang. Kami
berasa amat gembira dan berpuas hati.

7 Suasana di pameran itu sungguh meriah.

Kata penguat yang bergaris dalam ayat di atas boleh digantikan dengan
A betul.
B amat.
C paling.
D sekali.
[1 markah]

8 Mengapakah ‘aku’ berasa amat teruja?


A ‘Aku’ amat meminati bidang sains
B ‘Aku’ dapat pergi ke Pusat Sains Negara untuk pertama kalinya
C ‘Aku’ dapat pergi ke Pusat Sains Negara dengan kawan-kawannya
D ‘Aku’ dibenarkan membawa telefon bimbit semasa mengikuti lawatan itu
[1 markah]

9 Perkataan berkomunikasi dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan


dengan perkataan
A berbual.
B berbincang.
C bersembang.
D berhubungan.
[1 markah]

10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2.


A Telefon bimbit memudahkan manusia berhubung.
B Lawatan ke Pusat Sains Negara itu diadakan pada hari Ahad.
C ‘Aku’ dan rakan-rakannya bertolak ke Kuala Lumpur pada pukul 7:30
pagi.
D Semasa lawatan itu, para peserta tidak dibenarkan menghubungi ibu
bapa mereka.
[1 markah]
Bahagian B
[10 markah]

Soalan 1
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SK Taman Cempaka telah menganjurkan suatu program yang


bertemakan perpaduan. Program yang diberi nama Minggu Perpaduan
Sekolah itu telah diadakan di padang sekolah berkenaan.
Tujuan utama program tersebut diadakan adalah untuk memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang bangsa
di sekolah tersebut. Selain itu, program itu juga dapat mendidik dan
memberikan pengetahuan kepada murid tentang keunikan budaya
bangsa masyarakat Malaysia.
Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan semasa program
itu berlangsung. Antaranya termasuklah persembahan kebudayaan,
pertandingan seni khat dan kaligrafi Cina, sukaneka serta cabaran teh
tarik. Rahimi, Han Meng dan Nantha telah menyertai acara
sukaneka.
Mereka mengambil bahagian dalam acara boling kelapa dan terompah
gergasi. Mereka berusaha dengan sungguh-sungguh dan bekerjasama
untuk mencapai kemenangan dalam acara yang dipertandingkan.
Akhirnya, kumpulan mereka telah dinobatkan sebagai juara.

1 Program yang dianjurkan oleh SK Taman Cempaka ialah


.
[1 markah]

2 Apakah kebaikan yang diperoleh daripada program tersebut?

[2 markah]

3
Mereka mengambil bahagian dalam acara boling kelapa dan terompah
gergasi.

Penjodoh bilangan yang sesuai bagi perkataan yang bergaris dalam ayat di
atas ialah .
[1 markah]
4 Pilih dan tandakan (✓) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang
diberikan.
Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan semasa program itu
berlangsung.
Ketika program itu diadakan, berbagai-bagai aktiviti yang menarik
telah dijalankan.
Semasa aktiviti yang menarik diadakan, bermacam-macam
program telah dilangsungkan.
[1 markah]

Soalan 2
Baca dan fahami situasi di bawah.
Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.

Dua orang rakan sekelas kamu telah berselisih pendapat. Akibatnya, mereka
bermasam muka dan tidak bertegur sapa. Mereka juga tidak mahu bekerjasama
apabila ditugaskan dalam satu kumpulan.

Sebagai seorang rakan, apakah yang akan kamu lakukan?

[5 markah]
Bahagian C
[10 markah]

Muzium Negara Kota A’Famosa Menara Condong

[10 markah]
Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam


bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan
kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
[20 markah]

You might also like