Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

Tok Janggut

Kelahiran Hassan bin Mat Munas


Tahun 1853
Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
Meninggal dunia 25 Mei 1915
Kota Bharu, Kelantan
Nama lain Tok Janggut
Pendidikan  Pondok, Kelantan
 Mekkah
Pekerjaan  petani
 peniaga
Terkenal kerana Penentang Penjajahan British

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut (1853 – 25 Mei 1915)
ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh
pihak British ketika Perang Tok Janggut di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan
tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan. Gelaran Tok Janggut yang
diberikan kepada beliau adalah kerana janggutnya yang panjang hingga ke paras dada.

Kehidupan

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas dilahirkan di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan pada tahun
1853. Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada
pertalian darah dengan Sultan Muhammad IV yang mana bonda baginda diriwayatkan ialah adik
beradik ayah atau ibu Tok Janggut. Ada riwayat menyatakan bahawa beliau ialah anak murid Tok Ku
Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan
daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan
yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.

Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:


• cukai tanah
• cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
• cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
• kelapa sebanyak 3 sen setandan
• sireh sebanyak 5 sen sejunjung.
Pada tahun 1914, pentadbiran daerah Jeram, Pasir Puteh telah diambil alih oleh Encik Latiff,
menggantikan Engku Besar. Engku Besar ialah cucu kepada Tengku Sri Maharaja Long Seri Ibni Long
Gafar Limbat yang memperoleh kuasa mentadbir kawasan timur Kelantan secara turun-temurun.
Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal dari luar
Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai. Semua orang
termasuk Sultan dan pembesar diwajibkan membayar cukai tanah. Dikatakan Sultan Kelantan
mempunyai 3000 ekar tanah dan para pembesarnya mempunyai sekurang-kurangnya beratus-ratus
ekar tanah. Keadaan ini juga tidak menyenangkan Sultan.

Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam,
dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka
mendapat sokongan sebilangan besar rakyat dan keadaan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29
April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan)
bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut. Dalam satu perkelahian yang
berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Pegawai Daerah kemudiannya lari ke Kota Bharu dan
melaporkan kepada sultan bahawa Tok Janggut ingin memberontak dan merampas kuasa.

Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff
melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan
ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk
dan Kampung Pupuh. Pengikut Tok Janggut kemudiannya mendirikan sebuah kerajaan yang didirikan
di Pasir Puteh dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri, dan
Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok
Janggut sebagai penderhaka. Keadaan ini ditambah lagi oleh peristiwa abang Tok Janggut telah
dibunuh oleh budak raja oleh sultan sebelumnya menambah kebimbangan sultan mengenai
kebenaran dakwaan British. [6] Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat
Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau
digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di
Pasir Pekan. Pihak perisikan Inggeris mengesyaki bahawa terdapat kerabat diraja dan orang besar
Kelantan yang membantu pemberontakan Tok Janggut. Antaranya ialah Tengku Chik Penambang
(Tengku Panglima Raja) dan Tengku Abdul Ja'far Ibni Sultan Muhammad II (Tengku Petra Dalam
Kebun).[7] Tengku Abdul Ja'far yang sebelumnya memakai gelaran Tengku Temenggong Kelantan
melarikan diri ke Pattani apabila dinafikan hak menaiki takhta Kelantan.

Perjuangan Tok Janggut ini juga sebenarnya datangnya daripada semangat pahlawan-pahlawan
Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Kesemua
pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi di Terengganu, Kelantan dan Siam apabila British telah
mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Lantaran tidak mahu bertempur dengan
bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke
Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam.
Perang Tok Janggut

Perang Tok Janggut adalah detik awal penentangan terhadap sistem pentadbiran British di Kelantan.
Perang ini tercetus pada 29 Mei 1915 apabila berlaku perbalahan di antara Tok Janggut dengan
Sarjan Che Wan Sulaiman seorang anggota polis British yang membawa kepada kematian Sarjan Che
Wan Sulaiman.

Walaubagaimanapun,punca sebenar penentangan ini tidak jelas. Para pengkaji telah menyimpulkan
punca penentangan ini seperti berikut:-
 Penentangan langsung terhadap pentadbiran British
 Penentangan tidak langsung terhadap Sultan Muhammad IV kerana menerima perlindungan
British dan satu cubaan untuk mengulingkan Baginda. Pihak perisikan Inggeris mendapati
bahawa terdapat kerabat diraja Kelantan yang membantu didalam perang ini iaitu Tengku
Panglima Raja Tengku Chik Penambang dan Tengku Temenggong Abdul Ja'far Ibni Sultan
Muhammad II |Sultan Muhammad II. Tengku Temenggong Long Abdul Ja'far mendakwa beliau
ialah keturunan yang berhak menduduki takhta Kelantan kerana abang iparnya Tengku Ahmad
Tengah bin Tengku Muhammad Ibni Sultan Mansur Riayat Syah Terengganu (Sultan Ahmad,
Kelantan|Sultan Ahmad ) yang ditabal oleh Siam sebagai Sultan Kelantan untuk menggantikan
ayahandanya (Sultan Muhammad II) tidak berhak terhadap takhta Kelantan kerana
merupakan anak raja Terengganu. Sampai sekarang keturunan Tengku Long Abdul Ja'far masih
menuntut takhta Kelantan di mahkamah seperti yang dilakukan oleh ahli Majlis Perajaan
Kelantan, YM Tengku Iskandar ibni Tengku Panglima Raja Long Ahmad Ibni Tengku
Temenggong Long Abdul Ja'far Wasiat Al-Marhum Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja
Long Ahmad kepada nak cucunya ketika terlantar gering selama 2 minggu yang membawa
kepada kemangkatannya pada 1989 supaya anak cucunya tidak melupakan bahawa mereka
ialah pewaris sah takhta Kelantan tetapi dinafikan hak kerana ketamakan pembesar-pembesar
Kelantan pada waktu itu.

1. Hasil sentimen sokongan terhadap tokoh tempatan iaitu Engku Besar dan sikap anti orang luar
iaitu pegawai daerah Pasir Putih, Abdul Latif, yang dilihat merampas kuasa Engku Besar
2. Penentangan golongan ksum tsni terhadap sistem cukai tanah baru dan cara kutipan
dijalankan
3. Perang jihad terhadap British berikutan bermulanya Perang Dunia Pertama dimana British
adalah sebahagian negara Eropah yang menentang Turki yang bersekutu dengan Jerman

Latar Belakang

Dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Siam 1909, Kelantan telah jatuh di bawah naungan
kerajaan Inggeris. Kelantan pada masa itu dibawah pemerintahan Tuan Long Senik atau Sultan
Muhammad IV. Pada 22 Oktober 1910, kerajaan Inggeris telah membuat perjanjian dengan kerajaan
Kelantan. Semenjak itu mulalah campur tangan kerajaan Inggeris di Kelantan. Pihak kerajaan Inggeris
juga memperkenalkan institusi pentadbiran baru seperti balai polis dan mahkamah di peringkat
daerah termasuk juga di jajahan Pasir Puteh yang sebelumnya dikenali sebagai Pangkalan
Limbungan. Sebelum kedatangan British, daerah tersebut ditadbir oleh seorang pembesar kerajaan
Kelantan yang dikenali dengan gelaran Seri Maharaja Tua.

Pada masa itu, di Jeram yang terletak di dalam daerah Pasir Putih, tinggal seorang hulubalang Seri
Maharaja Tua yang bernama Munas. Munas mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Tahir dan Hassan
yang dikenali sebagai Tok Janggut.

Punca Konflik
Lebih kurang pada tahun 1914, Abdul Latifah seorang yang berasal dari Singapura telah dilantik
menjadi Ketua Daerah di Daerah Pasir Putih. Abdul Latif telah menguatkuasakan semua undang-
undang cukai kerajaan Kelantan termasuk tiap-tiap seorang dikenakan cukai kepala $1.00 setahun,
pokok buah-buahan 12 1/2 sen sepokok, pokok kelapa 3 sen sepokok, sirih 5 sen sejunjung, kerbau
dan lembu 20 sen seekor, anjing dan babi 50 sen seekor, pokok kayu keras seperti tembusu, medang
dan lain-lain yang boleh dijadikan bahan binaan rumah $1.00 sepokok, hasil tanah 60 sen seekar.
Penduduk yang enggan membayar cukai dikenakan hukuman denda atau penjara.

Pungutan cukai dijalankan di Pejabat Daerah Pasir Putih dan dilaksanakan oleh seorang pekerja.
Disebabkan tenaga kerja yang terhad, ada pembayar cukai yang terpaksa menunggu selama tiga hari
tetapi masih tidak dapat membayar cukai. Ketika Tok Janggut dan pengikutnya hendak menjelaskan
cukai, mereka terpaksa menunggu lebih kurang seminggu dan menyebabkan mereka mengambil
keputusan meninggalkan pejabat tersebut dan balik ke kampung masing-masing dan enggan
membayar cukai yang ditetapkan.

Keengganan membayar cukai tersebut menyebabkan Tok Janggut dan pengikutnya disaman oleh
pemerintah Pasir Putih dan dikehendaki hadir ke mahkamah di Pasir Putih. Tetapi Tok Janggut dan
pengikutnya enggan hadir ke mahkamah.

Disamping itu, Tok Janggut bersama rakan-rakannya iaitu YAM Tengku Besar Jeram Tuan Ahmad Ibni
Tengku Sri Maharaja Long Mansor, Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam telah meminta penduduk di
daerah Pasir Putih untuk turut tidak membayar cukai. Di dalam suatu perhimpunan penduduk Pasir
Putih yang diadakan di Kampung Tok Akib, penduduk telah membuat ketetapan untuk tidak mahu
membayar cukai kepada Ketua Daerah Pasir Putih walau apa pun terjadi. Berita ini akhirnya sampai
kepada pengetahuan Ketua Daerah Abdul Latif yang telah menghantar Sarjan Che Wan Sulaiman
untuk menangkap Tok Janggut.

Perang Bermula

Pada 29 April 1915, Sarjan Che Wan Sulaiman yang diiringi oleh enam orang anggota polis telah
menemui Tok Janggut di Kampung Tok Akib. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap
di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata. Sarjan Sulaiman telah
menerangkan maksud kedatangannya dan telah menjemput Tok Janggut datang ke Pasir Putih untuk
berjumpa Ketua Jajahan. Tok Janggut telah bersetuju dengan permintaan tersebut, walau
bagaimanapun telah berlaku pertengkaran semasa hendak meninggalkan tempat tersebut kerana
Tok Janggut tidak mahu berjalan dihadapan dengan diiringi oleh polis dibelakangnya seperti orang
salah. Semasa pertengkaran tersebut, Tok Janggut telah menikam Sarjan Che Wan Sulaiman dengan
kerisnya menyebabkn beliau meninggal dunia. Melihat peristiwa tersebut, polis yang lain tidak
berani melawan dan telah dibiarkan pergi oleh Tok Janggut setelah merampas senapang mereka.

Tok Janggut bersama rakan-rakanya dan pengikut-pengikut mereka seramai lebih kurang dua ribu
orang telah menyerang dan menawan pekan Pasir Putih. Ketua Daerah telah lari menyelamatkan diri
ke Kota Bahru menghadap Sultan Muhammad Shah IV.

Setelah menawan Pasir Puteh, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah menubuhkan kerajaan sendiri.
YAM Tengku Besar Jeram Tuan Ahmad Ibni Tengku Sri Maharaja Long Mansor diangkat menjadi
Paduka Sri Raja Pasir Putih, Tok Janggut menjadi Perdana Menteri, Haji Said menjadi Timbalan
Perdana Menteri, Penghulu Adam menjadi Syahbandar dan Ishak menjadi Ketua Daerah.

Konflik Berlarutan
Pihak Inggeris telah melaporkan kepada Sultan bahawa Tok Janggut dan rakan-rakannya telah
memberontak dan sedang menuju ke istana bagi merampas takhta. Pihak Inggeris turut menghalang
Tok Janggut daripada menghantar utusan bagi menerangkan perkara sebenar kepada Sultan. Sultan
Muhammad IV sangat murka terhadap Tok Janggut dan rakan-rakannya. Baginda menggangap
mereka sebagai penderhaka. Baginda telah mengeluarkan titah sesiapa yang dapat menangkap salah
seorang daripada Tengku Besar Jeram Tuan Ahmad, Tok Janggut, Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam
akan diberi wang hadiah sebanyak RM500. Harta benda Tok Janggut dan rakan-rakannya telah
dirampas dan rumah mereka akan dibakar.

Setelah mendengar titah tersebut, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah menetapkan tidak mahu
menyerah diri dan telah bersiap sedia dengan membuat sebuah kubu di Kampung Saring yang
dikenali sebagai Batas Besar Kubu Tok Janggut.

Peranan Inggeris

Apabila Sultan Muhammad IV mendengar persiapan perang Tok Janggut, Baginda telah
bermesyuarat dengan pembesar negeri termasuk juga Penasihat British dan mesyuarat telah
mengambil keputusan untuk meminta bantuan kerajaan Inggeris untuk menghadapi ancaman Tok
Janggut dan pengikut-pengikutnya.

Gabenor Sir Arthur Henderson Young di Singapura telah menghantar sebuah kapal perang dengan
seramai 150 orang askar ke Kelantan untuk memenuhi permintaan kerajaan Kelantan. Pada 10 Mei
1915, askar tersebut telah sampai ke Kota Bahru dan sampai di Pasir Putih tiga hari kemudian.
Walaubagaimanapun, mereka gagal untuk menemui Tok Janggut dan rakan-rakanya yang telah
menyembunyikan diri dan tidak mahu melawan askar tersebut secara berhadapan. Pada 17 Jun 1915
askar tersebut kembali ke Kota Bahru dan menunggu seminggu di sana sebelum kembali ke
Singapura.
Pada bulan yang sama, sepasukan askar Inggeris seramai 100 orang yang terdiri daripada askar Sikh
dan sukarelawan Melayu telah dihantar ke Pasir Putih. Setelah gagal sekali lagi untuk menemui Tok
Janggut dan rakan-rakannya, askar tersebut telah mengambil tindakan merampas harta benda,
membinasakan sawah padi serta membakar rumah penduduk di Jeram, Pasir Putih termasuk rumah
Tok Janggut, Haji Said dan Ishak. Istana Tengku Besar Jeram juga turut dibakar.

Pertempuran Kampung Saring

Pada 25 Mei 1915, Tok Janggut bersama lebih kurang 2,500 orang pengikutnya telah menyerang
askar Sikh yang berada di pekan Pasir Puteh. Pasukan Tok Janggut kemudian telah berundur ke
kubunya di Kampung Saring. Askar Inggeris telah menyerang kubu tersebut yang menyaksikan
pasukan Tok Janggut berjuang bermati-matian menghadapi serangan tersebut. Antara pejuang yang
bersama Tok Janggut pada hari itu ialah Abbas Berani, Hassan Harimau, Awang Ngah dan Abdul
Rahman Anak Kerbau.

Walaubagaimanapun, akhirnya askar Inggeris yang lebih terlatih dan berpengalaman serta lengkap
dengan peralatan perang yang moden, berjaya menewaskan pasukan Tok Janggut. Tok Janggut
sendiri telah gugur manakala Tengku Besar Tuan Ahmad, Haji Said dan Ishak telah melarikan diri ke
Reman di Selatan Siam.
TOK JANGGUT

Latar Belakang
 Nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
 Dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada
 Dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
 Mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
 Mahir dalam ilmu persilatan
 Menetap di Kampung Nering, Kelantan
 Bekerja sebagai petani dan peniaga

FAKTOR PENENTANGAN
 British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai
tanah pada tahun 1915.
 Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang
berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.
 Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar. Penduduk yang gagal
membayar cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap pengawai British yang bertugas
menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.
 Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam
berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan
melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.
TOK JANGGUT PEJUANG JIHAD

Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah
perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan
‘penderhakaan’. Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu
berikutan kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut
tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas.

Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut. Apabila tokoh yang juga ulama itu
meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan
peristiwa itu berulang. Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut
dan pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya
penderhaka dan pengkhianat bangsa dan negara.

Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak berhasil kerana masyarakat masih
menyanjung sumbangan Tok Janggut berserta sahabat dan pengikutnya terhadap negara. Walaupun
usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian, semangat
cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal disanjung
sehingga kini.

Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau dilahirkan
di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai
panglima istana, dia turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram.

Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah, Patani dikuasai
Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan jajahan
dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri
Melayu di Utara dan Timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat
Semenanjung.

Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu,
Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di
bawah Siam. Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran
yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan.

Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya
melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan barisan
menentang penjajah itu. Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti
Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman.

Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos
1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan
1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu. Keputusan
Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama
mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang
mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.

Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu. Pada
mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati. Kekacauan
bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil kerana hanya ada
seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung. Berikutan itu, Mat Hassan memutuskan tidak
membayar cukai dan memulakan kempen penentangan. Disebabkan tidak sanggup menahan derita,
ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut dan kesedaran membela agama, bangsa dan tanah air
itulah menjadi prolog kisah perjuangannya.

Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di
Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan mengambil alih
pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka.

Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari Singapura
iaitu Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman,
untuk menangkap Mat Hassan. Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke
Kampung Tok Akib pada pagi 29 April bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di
kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya
bersenjata.

Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai
tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak
setuju polis berjalan di belakangnya kerana kelihatan seolah-olah mereka mengawal tindakannya
daripada melarikan diri dan mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya. Bagaimanapun polis
tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya sehingga mati.
Itulah permulaan peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris.

Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai Inggeris di jajahan itu
melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya menawan Pasir Puteh dan
menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau diisytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram
sebagai Raja.
Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan
sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan memastikan kekacauan tidak berlaku di
Kelantan. Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV
mengarahkan Datuk Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail
bertolak ke Pasir Puteh untuk berunding dan mereka meminta bantuan Datuk Imam Lebai Kadir.
Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan
pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan menghalau Latiff yang dianggap sebagai
penindas.

Atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan
Muhammad ke-IV memutuskan menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas kesalahan
menderhaka. Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat bahawa sesiapa yang
berjaya menangkap Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima ganjaran.

Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain
mengesyaki baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik Penambang bersimpati dengan
Tok Janggut. Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke Kelantan dan seramai 239
askar Inggeris dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok Janggut
mengambil keputusan bijak dengan tidak berdepan pasukan Inggeris yang mempunyai kelengkapan
senjata itu. Sebaliknya, mereka bersembunyi dan selepas seminggu, tentera Inggeris terpaksa
kembali ke Singapura.

Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris
kembali membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah penduduk kampung. Tindakan itu
mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3
pagi, 24 Mei 1915.

Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin pasukan Malay
State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di
Kampung Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ. Khatib Abu Bakar cuba menghalang
askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan akibatnya beliau ditikam mati.

Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari
Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu akbar!”, Tok Janggut dan pasukannya bertempur
hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut terbunuh bersama ramai pengikutnya.

Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan
kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat,
Kelantan.
Sebelum Perjanjian Bangkok yang dimeterai pada tahun 1909, Negeri-Negeri Melayu Utara (NNMU)
pada ketika itu diletakkan di bawah naungan Siam. Tetapi semua itu berakhir menerusi Perjanjian
Bangkok yang dimeterai antara British dengan Bangkok yang dibuat demi melindungi kedaulatan
Siam daripada campur tangan asing.

Namun bagi NNMU, ia merupakan permulaan campur tangan British di negeri-negeri mereka dan
membawa kepada penentangan penduduk tempatan. Di Kelantan, penentangan terhadap British
digerakkan oleh seorang ulama dan pahlawan terkenal bernama Tok Janggut.

Latar Belakang

Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mohd Hassan bin Munas dilahirkan di Kampung Saring,
Jeram pada tahun 1850. Berikutan bapanya juga merupakan seorang panglima istana, tidak
hairanlah masa kecilnya turut dihabiskan di istana Tengku Seri Maharaja Jeram.

Beliau pernah melanjutkan pelajaran agama hingga ke Tanah Suci Makkah dan berguru dengan
ramai ulama termasuk ulama Patani terkenal, Sheikh Ahmad al-Fatani dan ulama Terengganu, Tokku
Paloh. Selain dikenali kerana sifat waraknya, Tok Janggut juga merupakan seorang guru silat yang
hebat.

Maraknya Api Kebangkitan…

Pemeteraian Perjanjian Bangkok 1909 menyaksikan NNMU diserahkan kepada British sementara
Patani, Menara, Jalor dan Setol terus berada di bawah pemerintahan Siam. Menerusi perjanjian ini,
ia merupakan lampu hijau kepada campur tangan British di Kelantan menerusi pengenalan penasihat
British.

Penasihat British pertama yang dilantik ialah J.S Mason dari 1909 hingga 1911. Tetapi semasa era W.
Langham Carter (1913-1915) inilah, api kemarahan rakyat Kelantan terhadap British akhirnya
meletus dan membawa kepada penentangan diketuai Tok Janggut.

Terdapat banyak sebab rakyat negeri yang digelar Serambi Makkah itu bangkit menentang. Pertama,
sentimen anti-penjajah yang kuat terutama semasa Perang Dunia Pertama (WWI) meletus yang
menyaksikan Empayar Turki Uthmaniyyah dan negara-negara sekutunya berhadapan dengan
pakatan Bersekutu yang dipimpin British dan Perancis. Mengikut fatwa yang dikeluarkan Sheikh
Mustafa Sabri Efendi, menjadi kewajipan bagi negara-negara Islam ketika itu menyokong kerajaan
Uthmaniyyah yang diancam oleh kuasa-kuasa Barat ketika itu.

Di Tanah Melayu terutama Kelantan, majoriti negeri-negeri Melayu cenderung kepada fatwa Sheikh
Mustafa Sabri tetapi dipaksa menyokong British semasa WWI. Jika mereka enggan berbuat
demikian, maka British tidak teragak-agak menggantikan mereka dengan pemerintah yang lebih
lunak dengan penjajah, satu prospek yang ditolak sekeras-kerasnya oleh Raja-Raja Melayu ketika itu.
Tetapi bagi rakyat biasa terutama Tok Janggut, kegagalan ini merupakan satu kekecewaan.

Kedua, pengenalan pelbagai cukai yang membebankan rakyat. Semasa memperkenalkan rejim cukai
ini kepada rakyat pasca-Perjanjian Bangkok, British memberi alasan ia dibuat bagi menampung
keperluan kewangan negeri. Tetapi bagi rakyat biasa, kadar yang dikenakan amat membebankan
terutama membabitkan cukai tanah. Selain itu, jarak pejabat daerah yang jauh (memakan masa tiga
hari perjalanan) dan hanya seorang sahaja pengutip cukai yang dilantik bagi menguruskan usaha
pembayaran cukai dilihat memeningkan kepala rakyat.

Ketiga, sikap pegawai daerah yang dilantik British untuk mentadbir Pasir Putih. Pegawai daerah Pasir
Putih, Encik Abdul Latif sememangnya orang Melayu tetapi beliau bukannya orang tempatan kerana
berasal dari Singapura sekaligus menyukarkan usaha komunikasi antaranya dengan penduduk.

Di samping itu, ketidakpuasan hati juga timbul berikutan perlantikan Encik Abdul Latif dilihat
menafikan peluang pembesar tempatan meneruskan usaha pentadbiran negeri di mana beliau
dilantik menggantikan wakil Pasir Putih, Ungku Besar Jeram.

Perang Pasir Putih

Melihat kepada semua sebab yang dinyatakan ini, tidak hairanlah mengapa rakyat Pasir Putih
bangkit menolak penjajahan British. Justeru, satu mesyuarat diadakan oleh Ungku Besar Jeram
dengan beberapa figura tempatan dipanggil termasuk Tok Janggut.

Hasil mesyuarat menyaksikan mereka sebulat suara bersetuju enggan bekerjasama dengan British.
Perjuangan ini mula menarik perhatian penduduk tempatan yang sudah bosan dengan rejim cukai
British sekaligus menyaksikan kutipan cukai ketika itu jatuh kepada separuh dalam tempoh setahun.
Berang dengan sikap penduduk yang enggan membayar cukai, Abdul Latif menghantar sepasukan
polis diketuai Sarjan Che Wan Sulaiman untuk menahan Tok Janggut. Dari sudut pandangnya, Tok
Janggut bertanggungjawab menghasut penduduk untuk tidak membayar cukai. Ketika mereka tiba di
Kampung Tok Akib pada 29 April 1915, beliau sedang berucap di hadapan 1,000 penduduk dengan
kebanyakan mereka lengkap bersenjata.

Selepas diberitahu tentang waran tangkap yang dikeluarkan, Tok Janggut bersedia mengikut mereka
ke balai untuk membincangkan isu keengganan membayar cukai. Pertelagahan antara Sarjan
Sulaiman dengan beliau tercetus apabila Tok Janggut mahu mereka berjalan seiring dengannya dan
bukan berjalan di belakangnya, satu permintaan yang enggan dilayan sarjan polis itu. Akibatnya,
beliau menikam Sarjan Sulaiman dengan sebilah keris dan para pengikutnya merampas senjata yang
dimiliki sebelum menghantar mereka pulang. Pembunuhan ini merupakan permulaan Perang Pasir
Putih.

Tok Janggut bersama para pengikutnya kemudian mara ke Pasir Putih sekaligus memaksa Abdul Latif
melarikan diri ke Kota Bharu untuk mendapatkan bantuan. Mereka berada di Pasir Putih selama tiga
hari dan mengisytiharkan ia sebagai sebuah negeri yang merdeka. Bersesuaian dengan status itu,
Ungku Besar Jeram diangkat sebagai Raja sementara Tok Janggut dilantik sebagai Perdana Menteri.

Selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad IV mengarahkan Datuk Menteri


Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail bertolak ke Pasir Putih untuk
berunding dan mereka meminta bantuan Datuk Imam Lebai Kadir. Ungku Besar dan Tok Janggut
menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan pengikutnya tidak berniat
menderhaka tetapi bertujuan menghalau Latiff yang dilabel sebagai penindas.

Atas cadangan Langham-Carter dan sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan
Muhammad ke-IV memutuskan menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas kesalahan
menderhaka. Malah, kerajaan turut menghebahkan tawaran ganjaran $500 kepada sesiapa yang
berjaya menangkap Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya. Namun, penasihat British itu tidak yakin
dengan kemampuan baginda menghadapi kebangkitan Tok Janggut dan mengesyaki Sultan
Muhammad IV dan para pembesar negeri sebenarnya bersimpati dengan perjuangan beliau.

Justeru pada 3 Mei 1915, 239 askar British dihantar ke Kelantan untuk memburu pejuang-pejuang
ini. Tetapi mereka gagal menemui kumpulan tersebut berikutan Tok Janggut dan para pengikutnya
bersembunyi di dalam hutan dan mendapat bantuan penduduk yang bersimpati. Selepas seminggu
mencari, mereka kembali ke Singapura dalam keadaan hampa.

Selepas itu, Tok Janggut dan para pengikutnya keluar dari hutan dan bersiap sedia kembali ke Pasir
Putih. Langham-Carter yang semakin marah membawa masuk Pasukan Pemandu Negeri-Negeri
Melayu terdiri daripada askar-askar Gurkha untuk memburu mereka. Kerana sudah terdesak,
pasukan ini juga bertanggungjawab membakar bandar Jeram dan rumah-rumah penduduk termasuk
rumah Tok Janggut.

Berang dengan tindakan biadab askar-askar Gurkha itu, kumpulan pejuang bertempur dengan
mereka di Kampung Pupoh Dalam berhampiran Kampung Merbol. Pertempuran sengit tercetus yang
menyaksikan ramai pejuang mati termasuk mengikut dakwaan British, Tok Janggut pada 25 Jun
1915.

Mayatnya dibawa ke Pasir Putih sebelum digantung secara terbalik di Padang Merdeka, Kota Bharu
selama tiga hari sebagai amaran kepada mana-mana pihak yang cuba melawan mereka. Selepas itu,
barulah jenazah dibawa ke Pasir Pekan, Tumpat untuk dikebumikan.

Cerita Sebenar ‘Kematian’ Tok Janggut

Walaupun ramai sejarawan berpandangan Tok Janggut meninggal dunia di Pupoh Dalam pada 25 Jun
1915, rekod lisan penduduk tempatan menunjukkan sebaliknya. Rekod lisan ini termasuk cucu
sepupunya, Wan Asrul Wan Hussin mendakwa mayat yang digantung terbalik separuh bogel itu
sebenarnya bukanlah mayat Tok Janggut.

Sebaliknya, beliau hanya mengalami kecederaan di bahu kiri dan disembunyikan para pengikutnya di
Hulu Kelantan (kini Gua Musang) untuk menyelamatkan nyawanya. Malah selepas mengamati
gambar mayat yang dikatakan mayat datuk saudaranya itu, Wan Asrul percaya mayat tersebut milik
orang lain tetapi ditukar identitinya untuk menyakinkan orang ramai bahawa Tok Janggut sudah
tiada.

Ini kerana selepas melihat ciri fizikal mayat, dia percaya itu sebenarnya mayat tentera Gurkha yang
terbunuh semasa bertempur di Pupoh Dalam. Berdasarkan pengamatannya, keturunan Tok Janggut
memang Melayu tulen dengan bapanya, Panglima Munas merupakan anak jati Pasir Putih sementara
ibunya, Che Mah merupakan orang Patani. Moyang Wan Asrul sendiri yang juga datuk pejuang
Kelantan itu, Tok Samad merupakan seorang Melayu tulen dan antara individu bertanggungjawab
membuka Pasir Putih. Tambahnya lagi, tidak ada dalam kalangan anak-beranak tokoh pejuang itu
mempunyai rupa seperti orang Sikh.

Melihat kepada rekod lisan ini juga, tidak mustahil mana-mana pejuang Pasir Putih yang terselamat
dari kempen di Pupoh Dalam mengambil langkah sama yang dibuat pejuang-pejuang Pahang semasa
diburu British pada dekad 1890-an iaitu menukar identiti mereka dan berpindah-randah untuk
mengelak dikesan British. Menurut Wan Asrul, selepas pulih dari kecederaan bahu, Tok Janggut
menukar identitinya dan menjalani kehidupan biasa di Machang sebelum kedatangan Jepun ke
Tanah Melayu.
Dan ada satu anekdot yang menarik membabitkan beliau dan seorang pejuang Pahang bernama Mat
Kilau. Tiga tahun sebelum membuat pengisytiharan identitinya di Masjid Pulau Tawar, beliau yang
dikenali dengan nama samaran Mat Siam itu sempat bertemu dengan Tok Janggut pada tahun 1966
di sebuah kedai kopi di Kota Bharu. Menurut Wan Asrul, Mat Siam ada mengajaknya untuk
mendedahkan identiti sebenar mereka kepada negara selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Bagaimanapun, Tok Janggut yang ketika itu berumur 116 tahun dan berada dalam keadaan uzur
menolak ajakan Mat Kilau dengan baik atas alasan lebih baik baginya untuk terus mendiamkan diri.
Melihat kepada keributan yang menyelubungi beliau tidak lama selepas membuat pengisytiharan di
Masjid Pulau Tawar pada tahun 1969, barulah Mat Kilau sedar mengapa Tok Janggut memilih untuk
terus menjalani kehidupan normal daripada mendedahkan identiti sebenarnya.

Sisi Realpolitik Sultan Muhammad IV

Kisah perjuangan Tok Janggut ini juga turut mengundang polemik sama ada beliau merupakan
seorang pejuang atau petualang bangsa. Jika merujuk kepada sumber orientalis luar, memang label
pengkhianat itu sentiasa dibaling kepada beliau. Tetapi kebanyakan orientalis luar tidak sedar kisah
perjuangan Tok Janggut juga turut menonjolkan sisi realpolitik Sultan Muhammad IV. Semua sedia
maklum baginda sebenarnya merasa kurang senang dengan sikap penasihat British terutamanya
Langham-Carter dan polisi-polisi yang diperkenalkan mereka.

Walaupun kebanyakan langkah yang dibuat bersifat pro-British termasuk mengisytiharkan Tok
Janggut sebagai penderhaka, ia dibuat demi menjaga kedudukan baginda dari diancam pihak British.
Perlu diingat, salah satu modus operandi British pada ketika itu ialah mengancam kedudukan Raja-
Raja Melayu agar condong kepada dasar-dasar mereka atau berhadapan risiko disingkirkan daripada
takhta.

Dengan menyokong langkah yang diambil Langham-Carter dan pada masa sama menunjukkan
sokongan tidak langsung kepada pejuang-pejuang Pasir Putih, Sultan Muhammad IV bukan saja
berjaya mengukuhkan kedudukan baginda dalam kalangan kerabat diraja, pembesar dan rakyat
Kelantan malah menonjolkan sikap bodoh sombong pegawai-pegawai British di Kelantan.
Tidak ramai tahu, hubungan baginda dengan Langham-Carter sebenarnya renggang sejak dari
permulaan tempohnya sebagai penasihat British pada tahun 1913. Malah selepas mendapat aduan
tentang sikap Abdul Latif terhadap penduduk Pasir Putih, bukan sekali Sultan Muhammad IV
memfailkan petisyen kepada penasihat British itu berkenaan sikap biadab dan tidak bertimbang rasa
pegawai daerah itu terhadap penduduk tempatan.

Tetapi Abdul Latif terus mendapat sokongan Langham-Carter atas alasan apa yang dilakukannya
dianggap menguatkuasakan undang-undang tanah ketika itu. Langham-Carter juga merasa kurang
senang dengan tindakan baginda menghantar petisyen kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat (NNS)
ketika itu, Sir Arthur Young sebanyak tiga kali yang mahukan penasihat British itu digantikan dengan
orang lain. Sebelum Langham-Carter dilantik, baginda mahukan R.J Farrer sebagai pengganti tetap
J.E Bishop tetapi tidak dilayan oleh Young.
Seperti yang telah saya ketengahkan dalam dua siri sebelumnya, “R usia yang Hilang di Kota
Baharu” dan “Mufti Sultan yang Mendoakan Penjajah”, Raja Senik atau dikenali secara rasmi
dengan gelar Sultan Muhammad IV (1899-1920) dari Kelantan mempunyai hubungan yang sangat
akrab dengan penjajah British. Malah, baginda dapat dihujah bertanggungjawab memberi ruang
kepada Inggeris untuk bertapak di negeri tersebut. Ini adalah dengan alasan untuk melemahkan
kuasa Siam. Tindakan baginda itu, seperti yang telah kita lihat berdasarkan fakta sejarah, sedikit
sebanyak mendapat penentangan dari kerabat diraja iaitu paling kurang dari tujuh bapa-bapa
saudara baginda.

Salah satu peristiwa penting yang terjadi ketika pemerintahan Sultan Muhammad IV ialah
kekacauan di Pasir Putih yang dicetuskan oleh Mat Hassan bin Munas. Beliau turut dikenali
sebagai Tok Janggut. Terdapat tiga sisi untuk melihat kekecohan (sesetengah pihak menggunakan
kata kebangkitan) yang ditimbulkan oleh Tok Janggut.

Pertama, beliau bangkit atas sebab-sebab peribadi iaitu untuk menuntut bela kematian
abangnya, Mat Tahir oleh “budak raja” (hamba Raja) yang kematiannya digambarkan sebagai
“mati tikam tandan” atau meninggal dunia dalam usia remaja tanpa usul periksa.

Kematian Mat Tahir itu mengakibatkan bapa Tok Janggut, Munas membalas dendam dengan
menodai (memperkosa) salah seorang gundik kepunyaan Tengku Seri Maharaja Tua Jeram (salah
seorang kerabat) bernama Wan Serang Bulan. Hal ini ada diungkapkan dalam Manuskrip Sejarah
Peperangan Tok Janggut:
“Hatta setelah sampai separuh jalan, Munas pun melakukanlah perkara ditidaknya baik ke atas diri
Wang Serang bulan. Yang mana tak upaya gundik itu hendak mengelaknya daripada kekejaman
Munas itu. Yang akhirnya terpaksa juga turut masuk di dalam gaung kehinaan lagi ditegah oleh
agamanya, tetapi hendak kata apa.”

Kejadian itu mendorong Raja Jeram menitahkan pula agar Munas ditangkap dan dibunuh oleh Pak
Sulung Bulat, orang suruhan Raja Jeram. Kejadian ini berlaku ketika Tok Janggut di Mekah, sepulang
beliau dari tanah suci, perasaan marah Tok Janggut mendidih dan mendorong kekecohan yang
terjadi di Pasir Putih.

Kedua, sisi lain ialah Tok Janggut adalah seorang yang semberono atau ekstrem. Dalam Manuskrip
Sejarah Peperangan Tok Janggut juga dinyatakan beliau “sangat bengis kepada barang siapa yang
berbuat zalim” dan beliau pernah “menikam dan membunuh orang yang membuat zalim dengan
kerisnya”.

Gambaran tersebut sejajar dengan buku tulisan Yahya Abdullah Peperangan To’ Janggut atau
Balasan Derhaka yang dikatakan menghukum penjenayah dengan undang-undang sendiri selain
membunuh pesaingnya ketika bersabung ayam dan laga lembu. Sebelum bertolak ke Mekah, dalam
usia 28 tahun, Tok Janggut diceritakan pernah membunuh lapan orang lantaran kebengisannya.

Ketiga, sesuai dengan selera kebangkitan golongan konservatif di Malaysia hujung tahun 1990-an,
terdapat satu naratif dimasyhurkan, iaitu kebangkitan Tok Janggut adalah satu perang jihad.
Bantahan Kenaikan Cukai

Harus dinyatakan, Nik Anuar Nik Mahmud dan Hanapi Dollah yang mula-mula menawarkan ‘teori’ ini
dalam tahun 1999, tidak memberi sebarang bukti atau fakta sejarah untuk disandarkan. Malah Nik
Anuar dalam tahun 1972 pernah menulis sebuah kajian yang menyifatkan kebangkitan itu semata-
mata kerana bantahan terhadap dasar cukai British yang melampau. Soal jihad belum cukup
fashionable tatkala itu.

Bantahan kenaikan cukai ini sesuai dengan tafsiran yang pernah diketengahkan dalam buku teks
sejarah negara ini, antara lain oleh Wan Shamsuddin dalam Sejarah Tanah Melayu dan Sekitarnya
(1969) dan Sejarah Tingkatan 2 oleh Zainal Abidin bin Abdul Wahid. Terdapat banyak lagi kajian yang
turut mengungkapkan kebangkitan itu adalah semata-mata kerana rasa tidak puas hati terhadap
dasar Inggeris.

Cheah Boon Kheng dalam tahun 2006 dengan kajian beliau To’ Janggut (Old Long Beard): Legends,
Histories and Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan untuk National University of Singapore
menyimpulkan andaian Tok Janggut berjihad adalah lemah.
Apa pun niat Tok Janggut, sama ada beliau seorang yang cerewet dan ekstrem, atau seorang yang
pendendam, atau memang ingin melawan British; terdapat satu pertanyaan yang jelas, apakah
tanggapan para agamawan dan Sultan Kelantan sendiri terhadap Tok Janggut tambah-tambah jika
benar beliau memang ingin berjihad.

Mufti Kelantan ketika kekacauan ini tercetus di Pasir Putih adalah Haji Wan Musa. Beliau dikatakan
telah meletakkan jawatan muftinya pada bulan Jun 1916. Akan tetapi seperti yang telah saya
jelaskan dalam artikel sebelum ini, "Mufti Sultan yang Mendoakan Penjajah", peletakan jawatan itu
adalah kerana rasa tidak puas hati baginda Sultan Muhammad IV terhadap mufti tersebut ekoran
ada pertikaian mengenai tanah yang tidak memenangkan ahli keluarganya. Dalam erti kata lain, Wan
Musa tidak meletakkan jawatan sebagai membantah layanan terhadap Tok Janggut, yang selepas
dibunuh oleh askar upahan British telah digantung terbalik di tengah Kota Baharu.

Ini dapatlah dikatakan aneh memandangkan terdapat dakwaan Tok Janggut terilhamkan
penentangannya berdasarkan fatwa mufti kerajaan Othmaniyyah pada waktu itu, Shaikh Khairi
Effendi. Malah, dalam artikel sebelum ini, "Mufti Sultan yang Mendoakan Penjajah" para agawaman
mendoakan Inggeris, dan bukannya mendoa puak lawan mereka dalam Perang Dunia Pertama.
Sejarah Perjuangan Tok Janggut atau Haji Mat Hassan, 1915 di Kelantan

Kertas kerja ini membentangkan perjuangan Haji Mat Hassan dan pengikut-pengikutnya terutama
pada zaman pentadbiran kolonial. Sejarah tentang Haji Mat Hassan lebih merupakan sejarah Tok
Janggut yang digambarkan oleh sarjana pentadbir sebagai seorang penderhaka dan penduduk Jeram
yang merusuh. Justeru, sejarah itu adalah sejarah mereka tetapi bukan sejarah kita. Tidak hairanlah
kalau semua cerita mengenai Haji Mat Hassan adalah cerita mengenai pemberontakan dan
keganasan kerana sampai hari ini pun kebangkitan Islam menentang Barat ditafsirkan sebagai
pelampau, pengganas dan penyeleweng. Perbincangan tentang perjuangan Tok Janggut pada tahun
1915 merupakan satu kebangkitan segolongan orang kampung di Pasir Puteh yang tidak berpuas hati
terhadap cukai yang dikenakan kepada mereka. Kertas kerja ini diharap dapat menyumbang kepada
penemuan baru kepada sejarah perjuangan seorang anak watan Serambi Mekah terhadap agama
dan tanahairnya. Sudah sampai masanya Haji Mat Hassan dilihat sebagai ikon perjuangan yang
menentang perhambaan, penindasan dan kerakusan sama ada ia datang daripada kuasa kolonial
atau talibarutnya)

Pengenalan

Haji Mat Hassan ialah anak kepada panglima Munah iaitu panglima kesayangan engku Seri Maharaja
Jeram. Beliau lahir pada 1853 di Kampung Jeram. Sejak kecil beliau telah dihantar mengaji di sebuah
pondok di Kelantan. Beliau mempelajari seni silat dari seorang Minangkabau. Setelah tamat
pengajian, Nik Hassan berkhidmat sebagai panglima kepada Engku Seri Maharaja Jeram. Beliau
kemudiannya menunaikan haji di Mekah. Sekembalinya dari Mekah, Nik Hassan digelar Tok Janggut
kerana janggutnya yang panjang. Beliau tinggal di Kampung Nering dan berkahwin dengan Siti Hajar,
namun tidak mempunyai anak. Pekerjaan Janggut ketika itu ialah bertani dan mengajar seni silat.
Pada waktu lapang, Tok Janggut suka berlaga ayam dan bermain gasing. Menurut Nik Anuar Nik
Mahmud, dengan keberanian dan kebengisan Tok Janggut beliau telah dianggap oleh orang
kampung sebagai ketua mereka. Beliau sangat dihormati. Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (1999:
32) orang kampung menghormati Tok Janggut kerana beliau cepat tersinggung dan kadang-kadang
membawa kepada pertikaman dan juga pembunuhan orang dalam diam-diam.

Tok Janggut dan Gerakan Anti-British, 1904-1914

Dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan menentang pentadbiran kolonial pada tahun 1915, Tok
Janggut memainkan peranan penting sekali di dalam kebangkitan itu. Sebenarnya, kesan-kesan
perubahan kepada rakyat Kelantan yang membawa kepada kebangkitan pada tahun 1915 berpunca
dari pembukaan bandar Pasir Puteh pada tahun 1904 dan pelantikan ketua jajahan iaitu incheYim. Di
setiap daerah pula dilantik Tok Kweng atau Penggawa untuk mengurus dan membantu ketua jajahan
menjalankan pentadbiran. Di daerah Jeram, Tok Kwengnya ialah Engku Muda manakala Engku Besar
Tuan Ahmad anak kepada Engku Pandak telah diangkat menjadi Tok Kweng muda sahaja.
Tanggungjawab Tok Kweng ialah menjaga keamanan di dalam daerahnya dan memungut hasil
mahsul serta menjalankan urusan-urusan tentang tanah, penyembelihan lembu, kerbau dan lain-
lain. Di bawah Tok Kweng dilantik pula Tok Nebeng (penghulu) yang bertanggungjawab kepada Tok
Kweng. Tok Nebeng bertanggungjawab mengutip hasil dan menjaga keamanan kampung. Struktur
pentadbiran ini menunjukkan bahawa satu sistem pentadbiran moden telah diwujudkan di Pasir
Puteh. Menurut tulisan Nik Anuar Nik Mahmud1 pada awal kurun ke-20 kebanyakan penduduk di
jajahan ini tinggal di daerah Jeram iaitu Jeram, kampung Saring, kampung Nering, kampung Raja dan
PengkalanLimbongan. Ramai daripada penduduk tinggal di daerah Jeram kerana ia merupakan pusat
pentadbiran raja wilayah semenjak Long Ghafar lagi. Pasir Puteh juga terkenal sebagai pusat
perniagaan yang menghubungkan daerah-daerah lain seperti Bachok atau Tumpat, Kota Bharu dan
Kuala Terengganu melalui sungai Semerak.

Pembukaan bandar Pasir Puteh dan pelantikan ketua jajahan telah memberi yang amat mendalam
Engku Besar Tun Ahmad. Perubahan tersebut bermakna kekuasaan tradisi terhadap daerah Jeram
semenjak Long Ghafar lagi mulai merosot dan kehilangan kuasa. Kedudukannya hanya sebagai Tok
Kweng muda membimbangkan Engku Besar Tun Ahmad kerana posisi tersebut bererti Engku Besar
berada di bawah ketua jajahan. Engku Besar Tun Ahmad enggan menerima perubahan ini kerana
akan merendahkan kedudukannya sebelum ini yang berlatar belakangkan sejarah keturunan beliau
dari long Ghafar dan diberi kuasa autonomi untuk mentadbir Jeram. Ketidakpuasan hati ini juga
disebabkan oleh ketua jajahan itu bukan anak tempatan tetapi anak Singapura. 2 Perasaan tidak
puas hati Engku Besar ini mendapat simpati Tok Janggut iaitu bekas panglima kepada almarhum
Engku Seri Maharaja Jeram. Beliau juga turut mendapat simpati dari penghulu Adam, Haji Said
Merbol dan Inche Ishak.

Perasaan tidak puas hati semakin bertambah apabila Encik Yim telah meluluskan satu sistem kutipan
hasil untuk menambahkan hasil kepada kerjaan. Sistem tersebut telah mengenakan hasil sebanyak
RM 1 per orang kepada rakyat setiap tahun, pokok buah-buahan satu kupang 12 1/2 sen, pokok
nyiur sekeneri 3 sen sepohon, sireh sejunjung dan binatang peliharaan iaitu lembu, kerbau 20 sen
seekor, anjing dan babi 5 sen. Mana-mana kayu yang boleh dibuat perkakas rumah dikenakan hasil
iaitu $ 1 sepokok dan hasil tanah pula 60 sen sejajra (seekar). Undang-undang hasil padi juga telah
diluluskan pada tahun 1905 di seluruh Kelantan. Mengikut peraturan hasil padi tersebut, Tok Kweng
telah diarahkan supaya menilai hasil setiap kampung. Penduduk kampung juga diarah supaya
memberitahu Tok Kweng tentang jumlah dan lokasi tanah untuk dibukukan dalam rekod bersama
dengan jumlah yang patut dibayar. Pengiraannya adalah berdasarkan kiraan penjuru tanah. Satu
penjuru disamakan dengan 400 depa persegi. Bagi tiap-tiap penjuru dikenakan hasil padi sebanyak 3
kupang setahun. Bagi ladang atau tunggal dikenakan 30 kupang setahun. Jika kurang daripada 200
depa hasil padi dikecualikan. Terdapat pengecualian dalam sistem hasil ini. Antaranya, Duli Yang
Dipertuan Sultan dikecualikan dari hasil padi pada semua tanah manakala anak dan cucu baginda
dikecualikan separuh dari tanah-tanah padi itu. Tok Weng dikecualikan sebanyak 32 penjuru, Tok
Imam sebanyak 24 penjuru, tok bilai sebanyak 16 penjuru dan kerani Tok Kweng sebanyak 8 penjuru.
Semua tanah wakaf dikecualikan daripada hasil padi.

Fenomena ini menunjukkan bahawa beban hasil padi itu hanya membebankan golongan rakyat biasa
atau rakyat tani yang bergantung kepada sara diri. Peraturan ini mendatangkan kegelisahan rakyat
kerana ketidakmampuan membayar hasil. Penindasan melalui sistem hasil baru yang dilakukan oleh
kerajaan telah menyebabkan Tok Janggut dan rakan seperjuangan nya menjalankan kempen di
setiap kampung di daerah Jeram supaya rakyat berhenti daripada membayar hasil. Bagaimanapun
gerakan berkempen ini tidak lah begitu ekstrem kerana incheYim telah ditukar4 dan diganti oleh Nik
Salleh. Setelah ketua jajahan dipegang oleh anak tempatan, kegelisahan rakyat telah reda kerana
peraturan hasil baru itu digantung. Oleh kerana kebijaksanaan Nik Salleh mengambil hati rakyat,
kegelisahan telah berkurangan. Setahun kemudian Nik Salleh telah ditukarkan dan diganti oleh encik
Latiff orang Singapura. Beliau seorang yang tegas. Semasa incheLatiff memegang jawatan itu,
kutipan hasil berkurangan sebanyak $1,300. Keadaan ini disebabkan oleh gerakan permulaan oleh
Tok Janggut. incheLatiff mula bertindak dengan mengarahkan peraturan hasil baru dijalankan
semula. Jika tidak membayar hasil itu, akan didenda dan akan dibawa kemahkamah. Bagi sesiapa
yang tidak bekerjasama dengan Tok Kweng dan Tok Nebeng akan dihukum. Arahan incheLattif
menimbulkan kembali kegelisahan orang kampung di daerah Jeram kerana pengeluaran padi pada
tahun 1912 tidak menjadi. Akibatnya harga padi naik sebanyak 6 sen segantang. Pada tahun 1913
hasil di Pasir Puteh meningkat $1,600 disebabkan tindakan incheLatiff. Berikutnya, pada tahun 1914
Kelantan mengalami keadaan meleset dan menyebabkan pendapatan negeri jatuh. Menurut Nik
Anuar Nik Mahmud hasil negeri pada tahun 1914 sebanyak $762,772 sedangkan perbelanjaan dalam
negeri sebanyak $805,965 menyebabkan kekurangan sebanyak $443,193.

Reaksi terhadapPengenalan Peraturan Tanah Baru 1914 dan Kebangkitan Tok Janggut, 1915

Setakat ini beberapa langkah pembaharuan telah dilaksanakan oleh pemerintah penjajah di negeri
Kelantan yang memberi kesan kepada sosioekonomi di Kelantan. Pengenalan sistem Peraturan
Tanah Baru 1914 telah mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Kelantan. Ianya
bukan sahaja menambahkan beban yang ditanggung oleh rakyat luar bandar malah sistem itu juga
turut memburukkan lagi keadaan akibat daripada corak pemilikan tanah yang tidak sama rata.
Sesungguhnya bebanan itu telah menambahkan lagi kebencian masyarakat Kelantan yang selama ini
ternyata tidak merestui kehadiran British di negeri itu.

Pentadbiran British di dalam negeri Kelantan masih mengekalkan sistem pembesar dengan syarat
perjalanan pentadbiran harus mengikut nasihat dan telunjuk Penasihat British. Manakala di
peringkat jajahan ditadbir oleh Pegawai Daerah yang biasanya terdiri daripada bangsa British atau
orang luar. Mereka yang dimaksudkan itu seperti di jajahan Pasir Puteh ditadbir oleh Encik Abdul
Latif yang berasal dari Singapura dan bagi jajahan Hulu Kelantan, ditadbir oleh T.S. Adams yang
merupakan orang British. Justeru, dengan pengenalan sistem pentadbiran British dan juga
perubahan-perubahan yang dilakukan telah didapati merugikan pembesar-pembesar tempatan.
Antaranya Engku Besar Jeram Tuan Ahmad6 yang terpaksa menanggung kerugian7 akibat campur
tangan British. Malahan dengan pengambil alihan pemerintahan negeri Kelantan, kuasa pembesar-
pembesar Melayu dalam Majlis Negeri juga turut dikurangkan lagi. Bukan itu saja, kuasa yang tinggal
pada mereka hanyalah setakat memberi apabila diminta dan meluluskan undang-undang. Lebih
malang lagi, dalam banyak perkara pandangan pembesar-pembesar negeri diketepikan sahaja oleh
Penasihat-penasihat British.
Beliau adalah cicit kepada Long Gapar iaitu Perdana Menteri Kelantan (pengasas kerajaan Kelantan)
yang berjasa besar kerana membantu Long Yunus merampas semula takhta daripada Long Deraman
Kerugian kerana merasakan haknya mentadbir Pasir Puteh telah diberikan kepada orang luar.

Bagaimanapun di peringkat pentadbiran negeri, kedudukan sultan masih diberi perhatian misalnya
dengan memberi ganjaran seperti gaji sebanyak $4,800 setahun dan dianugerah darjah kebesaran
(K.C.M.G.) oleh kerajaan British. Ini bertujuan untuk menawan hati Long Senik, iaitu sultan Kelantan
pada masa British mula bertapak di negeri itu. Malah bagi memastikan sultan sentiasa memihak
kepada Britain, Gabenor Negeri-negeri Selat, Arthur Young telah meminta Penasihat British Kelantan
pada waktu itu iaitu William Langham-Carter, agar menjamin keadaan tersebut.8Peringatan ini
diberi kepada Penasihat British atas dasar kebimbangan akan kemungkinan orang Melayu
mengambil kesempatan menentang British berikutan Perang Dunia Pertama pada bulan Ogos 1914
yang melibatkan Britain, Perancis dan Rusia di satu pihak dan Jerman serta Austria di pihak yang lain.
Ternyata telegram kepada King George IV untuk menyatakan sokongannya. Selain itu, sultan diminta
supaya berdoa agar kemenangan memihak kepada British.9 Untuk membuktikan kesetiaannya
kepada kerajaan British, baginda mengarahkan agar semua orang alim di Kota Baharu berdoa untuk
kemenangan British dan bagi sesiapa yang ingkar akan dihukum.
Peringatan ini diberi kepada Penasihat British atas dasar kebimbangan akan kemungkinan orang-
orang Melayu mengambil kesempatan menentang British berikutan Perang Dunia Pertama pada
bulan Ogos 1914 yang melibatkan Britain, Perancis dan Rusia di satu pihak dan Jerman serta Austria
di pihak yang lain. Ternyata kerajaan British amat berpuas hati apabila Sultan Muhamad IV mengirim
telegram kepada King George IV untuk menyatakan sokongannya. Selain itu sultan diminta supaya
berdoa agar kemenangan memihak kepada British. Untuk melihat bagaimana peranan Penasihat
British mempengaruhi sultan. Untuk membuktikan kesetiaannya kepada kerajaan British, baginda
mengarahkan agar semua orang alim di Kota Bharu berdoa untuk kemenangan British dan bagi
sesiapa yang ingkar akan dihukum.
Memandangkan sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak berdaya melawan kehendak pihak
pentadbiran British terutama dalam menyelesaikan masalah penguatkuasaan undang-undang yang
berkaitan undang-undang tanah, maka sentimen anti-British semakin meningkat di kalangan rakyat
luar bandar terutamanya. Mereka ini majoritinya golongan petani yang terpaksa menanggung beban
hasil dari peraturan cukai tanah baru yang diperkenalkan. Oleh kerana bebanan ini turut dirasai juga
oleh sesetengah pembesar tempatan yang merasa dirugikan, maka tercetus kebangkitan rakyat
tempatan sebagai reaksi terhadap perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh British.
Pemimpin-pemimpin utama dalam perjuangan ini ialah Haji Mat Hassan yang lebih dikenali sebagai
Tok Janggut dan Engku Besar Jeram.

Kebangkitan rakyat di jajahan Pasir Puteh merupakan reaksi masyarakat yang menyokong
perjuangan Tok Janggut. Melalui pendedahan oleh sarjana-sarjana tentang sejarah perjuangan Tok
Janggut atau Haji Mat Hassan bersama rakan seperjuangannya Penghulu Adam, Haji Said dan Sahak
yang menawarkan diri kepada Engku Besar Jeram untuk menubuhkan barisan menentang British.11
Selain ingin menentang kehadiran pemimpin bangsa asing yang dianggap sebagai kafir harbi
memerintah negeri itu, sebab lain yang membawa kepada tekad beliau untuk menubuhkan barisan
penentang British adalah merasakan tidak puas hati terhadap penghinaan yang diterima daripada
Pegawai Daerah ketika itu, Encik Latif di khalayak ramai sewaktu beliau ingin membuat bayaran hasil
(cukai) di Pejabat Tanah Pasir Puteh. Justeru, bersama perasaan simpati kepada penderitaan rakyat
yang dibebani dengan pelbagai jenis hasil dan perasaan tidak puas hati dengan kehadiran orang luar
yang mentadbir Pasir Puteh (kerana menganggap jajahan itu hak keturunan Long Gafar) maka
mereka perlu bertindak. Reaksi masyarakat tersebut menggambarkan bagaimana gerakan anti-hasil
mempengaruhi tindakbalas penduduk terhadap persekitaran sosiopolitik dengan menyaksikan
kebangkitan bersenjata pada tahun 1915.
Selain ingin menentang kehadiran pemimpin bangsa asing yang dianggap sebagai kafir harbi
memerintah negeri itu, sebab lain yang membawa kepada tekad beliau untuk menubuhkan barisan
penentang British adalah merasa tidak puas hati terhadap penghinaan yang diterima daripada
Pegawai Daerah ketika itu, Encik Latif di khalayak ramai sewaktu beliau ingin membuat bayaran hasil
(cukai) di Pejabat Tanah Pasir Puteh. Justeru itu, bersama perasaan simpati kepada penderitaan
rakyat yang dibebani dengan pelbagai jenis hasil dan perasaan tidak puas hati dengan kehadiran
orang luar yang mentadbir Pasir Puteh kerana menganggap jajahan itu hak keturunan Long Gafar.

Hakikatnya perbincangan mengenai perjuangan Tok Janggut atau Haji Mat Hassan menentang
perluasan kuasa kolonial British ke atas dunia Islam telah sering kali diperkatakan dan ditulis oleh
ramai sarjana. Nik Anuar Nik Mahmud (1999) misalnya berpendapat Islam menjadi titik tolak
perjuangan Tok Janggut, 1915 dan menjadi alasan penting yang membangkitkan semangat dan
perjuangan mereka. Tidak dinafikan apabila faktor jihad tersebut dipadukan dengan kekecewaan
pembesar daerah mengenai kekuasaan dan kedudukannya serta kemarahan orang ramai akibat dari
pengenalan peraturan yang dikeluarkan pada 19 Mac 1914 dan berkuat kuasa pada 1 Januari 1915,
iaitu menetapkan cukai ke atas tanah, kemarahan rakyat Kelantan tidak dapat dibendung lagi. Dalam
cukai baru ini setiap tanah sama ada dikerjakan atau tidak dikerjakan diwajibkan membayar cukai.
Jika gagal membayar cukai atau hasil, mereka akan didenda. Cheah Boon Kheng (2005) berpendapat
perkara inilah yang menimbulkan kebencian mereka kepada British sehingga tercetus apa yang
namakan Perjuangan Tok Janggut.

Faktor lain yang mencetuskan penentangan Tok Janggut adalah kesan daripada hasil tanaman yang
tidak begitu menjadi kerana tanaman rosak pada tahun 1915. Faktor ketidakcekapan pegawai yang
bertugas juga sering mengecewakan penduduk yang datang untuk membayar cukai. Lazimnya
pegawai-pegawai tersebut banyak melakukan kekasaran. Tok Janggut sendiri terpaksa datang
beberapa kali untuk membayar cukai tetapi hampa. Selain itu faktor anti-orang luar juga turut
menjadi penyebab yang membawa kepada tercetusnya penentangan Tok Janggut. Tindakan
melantik orang luar dalam pentadbiran jajahan telah berlaku sejak W.A. Graham menjadi
Pesuruhjaya Siam di Kelantan pada tahun 1903 lagi. Salah satu perubahan yang disyorkan setelah
beliau menjawat jawatan PesuruhJaya Kelantan adalah pembentukan daerah di Kelantan. Untuk
mengisi jawatan Ketua Daerah atau Ketua Jajahan, pada tahun 1905 telah dilantik Encik Ibrahim,
yang berasal dari Singapura sebagai Ketua Jajahan Pasir Puteh. Adalah menjadi tanggungjawab Ketua
Jajahan untuk memungut cukai tanah di samping tugas di bidang kehakiman.12 Justeru, pada masa
penentangan Tok Janggut berlaku, Pegawai Daerah ialah Che Abdul Latif, berasal dari Singapura.
Oleh kerana tidak mahu mereka ditadbir oleh orang luar, penduduk Pasir Puteh melantik Engku
Besar Jeram Tuan Ahmad sebagai pemerintah Pasir Puteh sebagai bantahan kepada pihak British.

Berbalik kepada faktor pengenalan peraturan tanah baru, sebenarnya sebelum „Peraturan Tanah
Baru 1914‟ diperkenalkan oleh Penasihat British, sudah ada peraturan yang berkaitan dengan
pungutan cukai tanah, tumbuh-tumbuhan dan hasil hutan. Cukai yang dimaksudkan itu adalah
peraturan yang diluluskan pada 1905 mengenai padi dan kelapa. Menurut peraturan tersebut,
penduduk negeri itu diwajibkan membayar hasil keluaran tersebut dan membantu Tok Kweng dalam
pungutan hasil. Bahkan sehingga tahun 1910, didapati hasil tanah masih tidak dikenakan tetapi
tanah-tanah milik terpaksa dibayar cukai daripada hasil atau pendapatan tanah (produce tax).
Sehubungan dengan itu, apabila Penasihat British mengambil alih pentadbiran negeri, pada 19 Mac
1914 kerajaan mengeluarkan notis No. 4/1914 mengenai sistem pungutan cukai tanah baru akan
dikuatkuasakan pada 1 Januari 1915. Notis ini berkaitan dengan penetapan hasil tanah. Maksudnya
penduduk negeri itu atau petani khususnya wajib membayar cukai ke atas setiap tanah samada
dikerjakan atau tidak dikerjakan.
13Peraturan seperti inilah yang telah membebankan rakyat. Tambahan pula peraturan ini lebih ketat daripada peraturan
sebelum ini yang hanya membuat pembayaran berdasarkan hasil yang diperoleh iaitu jika hasil diperoleh tinggi, cukai pun
tinggi dan hasil rendah, cukai pun rendah. Dalam tahun 1915, bila Peraturan Tanah Tahun 1914 dikuatkuasakan semua
tanah milik dikenakan hasil berbanding sebelumnya, hanya tanah yang diusahakan sahaja dikenakan produce tax.

Kesan daripada perubahan pentadbiran British tersebut bukan sahaja melibatkan pungutan cukai ke
atas tanah malah tindakan W.A. Graham ini juga telah merugikan pembesar di daerah itu. Akibat
daripada pembentukan daerah Pasir Puteh ternyata telah menggugat kuasa pembesar daerah yang
berkuasa di Jeram termasuk Pasir Puteh iaitu Engku Besar Jeram Tuan Ahmad. Dengan adanya Ketua
Jajahan untuk mentadbir jajahan itu, beliau bukan sahaja kehilangan kuasa, hak keistimewaan dan
kewibawaan, malah peranannya juga telah diambil oleh Ketua Jajahan. Dalam pentadbiran baru itu
Engku Besar Jeram hanya dilantik sebagai Tok Kweng (Penggawa) Muda.
Peraturan seperti inilah yang telah membebankan rakyat. Tambahan pula ianya lebih ketat daripada peraturan sebelumnya
yang hanya membuat pembayaran berdasarkan hasil yang diperoleh iaitu jika hasil diperoleh tinggi, cukainya pun tinggi
dan hasil rendah, cukai pun rendah.

Penguatkuasaan peraturan tanah baru ini, ternyata ianya amat menyusahkan dan membebankan
rakyat kerana wajib membayar cukai dalam apa keadaan pun tanpa pengecualian termasuk hasil
yang tidak menjadi. Tambahan pula peraturan ini bercanggah dengan amalan sebelumnya yang
mengenakan hasil berdasarkan jumlah hasil yang diperoleh. Bukan itu saja, mereka juga tidak
dikenakan cukai jika hasilnya tidak menjadi. Akan tetapi di bawah peraturan tanah yang baru,
sekiranya gagal membayar cukai atau hasil mereka akan didenda. Justeru itulah kemarahan
penduduk tempatan tidak dapat dibendung. Bebanan ini amat dirasakan pada tahun 1915 kerana
hasil tanaman tidak begitu menjadi kerana banyak tanaman yang rosak sedangkan mereka
disusahkan dengan bayaran cukai tanah dan hasil. Perasaan tidak puas hati tidak dapat dibendung
lagi kerana di satu pihak mereka diwajibkan membayar cukai, kalau tidak akan didenda bahkan tidak
akan diberi hak milik tanah (ini kerana tugas Pejabat Tanah mendaftar pemilik tanah, mencatat
jumlah tanah yang dimiliki dan kedudukan tanah mereka) manakala di satu pihak lagi disusahkan
dengan pegawai yang bertugas tidak cekap, lembap dan bersikap kasar dengan mereka yang urusan
dengan pegawai tersebut. Mereka bertambah benci kepada pihak pentadbir kerana walaupun telah
beberapa kali datang urusan membayar cukai tidak dapat dilakukan.14 Kebetulan pada hari Tok
Janggut dan penyokongnya hendak membayar hasil tanah mereka di Pejabat Tanah didapati orang
penuh sesak. Disebabkan tidak cukup kakitangan maka berlaku kelewatan dalam menyelesaikan
pembayaran itu sehingga ada di antara orang ramai yang menunggu sampai tiga hari berturut-turut.
Tok Janggut bersama penyokongnya telah mengambil keputusan untuk pulang sahaja tanpa
membuat bayaran hasil tanah kepada kerajaan kolonial.
Kebetulan pada hari Tok Janggut dan penyokongnya hendak membayar hasil tanah mereka di Pejabat Tanah didapati orang
penuh sesak. Oleh sebab tidak cukup kakitangan maka berlaku kelewatan dalam menyelesaikan pembayaran itu sehingga
ada di antara orang ramai yang menunggu sampai tiga hari berturut-turut. Tok Janggut salah seorang daripada rakyat yang
kurang bernasib baik itu. Oleh kerana itu Tok Janggut bersama penyokongnya telah mengambil keputusan untuk pulang
sahaja tanpa membuat bayaran hasil tanah itu kepada kerajaan.

Sehubungan dengan itu, kesempatan ini telah diambil oleh Tok Janggut untuk menyusun barisan
bagi menentang British di Kelantan.15 Penentangan ini bukan untuk menentang sultan Kelantan
seperti yang didakwa oleh sarjana Barat, kerana Tok Janggut tidak pernah menyebut untuk
menentang sultan atau menderhaka tetapi bermatlamat untuk menghalau British dari bumi
Kelantan. Perjuangan Tok Janggut mendapat sokongan daripada Engku Besar Jeram Tuan Ahmad,
Haji Said, CheIshak, Penghulu Adam, Tok Husin, Tok Abas, Tok Laboh dan Tok Deraman yang
berkempen untuk mempengaruhi penduduk Pasir Puteh menentang peraturan baru yang
menyusahkan dan membebankan itu.Rentetan daripada tindakan Tok Janggut dan pengikutnya,
Encik Latif menghantar Sarjan Che Wan dan beberapa mata-mata pada 29 April 1915, apabila
mengetahui barisan penentang di bawah pimpinan Haji Mat Hassan itu sedang bermesyuarat untuk
menyusun strategi di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib. Ia bertujuan untuk membawa Tok
Janggut ke Pejabat Daerah. Tindakan Encik Latif itu telah membawa kepada peristiwa pembunuhan
ke atas Sarjan CheWan.16 Menurut laporan dari The Straits Times (1915) bertajuk “Kelantan
Trouble: The Outbreak and How it was Suppressed Rebel Leader Killed,” peristiwa pembunuhan itu
mengejutkan Encik Latif dan serta merta mengarahkan lapan orang lagi mata-mata untuk
menangkap Haji Mat Hassan. Bagaimanapun setelah sampai di Kampung Kelubi, mereka
dimaklumkan oleh orang-orang kampung bahawa Tok Janggut telah mengetuai seratus orang
Melayu untuk menyerang bandar Pasir Puteh. Akhbar itu juga menyebutkan bahawa Encik Latif juga
berusaha meminta bantuan Tok KwengGaal dan Tok Kweng Berangan tetapi gagal.
15 Penentangan ini bukan untuk menentang sultan Kelantan seperti yang dikatakan oleh sarjana Barat, kerana Tok Janggut
tidak pernah menyebut untuk menentang sultan atau menderhaka tetapi bermatlamat untuk menghalau British dari bumi
Kelantan.

Berikutan peristiwa itu, barisan menentang British bertindak melancarkan serangan tiga penjuru ke
atas Pasir Puteh pada 29 April 1915 dan mendudukinya selama tiga hari. Selain itu mereka juga
melantik Engku Besar Jeram sebagai Pemerintah Pasir Puteh, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri
dan dibantu oleh Haji Said dan CheIshak sebagai Ketua Jajahan (Nik Anuar Nik Mahmud, 1915: 40-
42). 18 Untuk bertindakbalas ke atas serangan Tok Janggut dan pengikutnya, Langham-Carter, Pepys, A.G. Maxwell dan
beberapa pegawai British memimpin pasukan Malay State Guides untuk memburu pejuang-pejuang tersebut.19 Ia
bertujuan untuk mengelakkan kejadian di Pasir Puteh menjadi satu kebangkitan besar di Kelantan. Malah Penasihat British
pada masa itu, Langham-Carter mengarahkan T.S. Adams, Pegawai Daerah Hulu Kelantan agar mengawasi pergerakan
pengikut setia Haji Mat Hassan yang sudah mencecah 2,000 orang. Antara pengikut setianya iaitu Pa‟ia dan Mat saman,
dikatakan sedang menyusun barisan di daerah Kemuning untuk menyerang Kuala Krai.

Perjuangan Tok Janggut mendapat sokongan penduduk Pasir Puteh dan pengikutnya terdiri daripada
penduduk Kampung Jeram, Kampung Nering, Kampung Gong Garu, Kampung Saring, Kampung Gaal
dan Teratak Batu. Mereka berkubu di Kampung Dalam Pupuh yang terletak tidak jauh daripada
Kampung Merbol. Di sinilah berlakunya pertempuran di antara askar British dengan kumpulan Tok
Janggut. Tok Janggut gugur bersama-sama Tok Abas dan Tok Hussein (Pepys, 1965). 20 Sementara
itu, Engku Besar dan beberapa orang pemimpin yang lain telah berjaya melepaskan diri daripada
kepungan askar Sikh. Gerakan memburu pengikut-pengikutnya diteruskan dengan menawarkan
hadiah yang agak lumayan.

Kebangkitan penduduk di jajahan Pasir Puteh menggambarkan rakyat di negeri itu tidak dapat
menerima sistem tanah baru yang agak asing bagi mereka. Situasi ini membuktikan bahawa campur
tangan British baik di jajahan negeri itu mahupun negeri-negeri lain di Tanah Melayu semasa
pentadbiran British telah menimbulkan perasaan tidak puas hati terutama hasil dari pengenalan
peraturan baru yang menekan, membebankan dan menyusahkan mereka. Penguatkuasaan sistem
pemilikan tanah dan cukai yang baru itu bukan sahaja menyusahkan malah telah menyentuh
persoalan undang-undang Islam21 iaitu dengan ketepikan perundangan tanah Islam apabila sistem
pemilikan tanah berasaskan Sistem Torrens dikuatkuasakan. Tegasnya, gerakan protes itu walaupun
tidak mampu membawa perubahan yang besar kepada masyarakat terutama untuk membela nasib
mereka, namun sekurang-kurangnya menyedarkan pihak pentadbir British agar lebih berhati-hati
apabila melaksanakan sesuatu peraturan di negeri itu.
21 Undang-undang Islam yang dimaksudkan undang-undang tanah tradisional Melayu. Undang-undang ini sebenarnya
adalah undang-undang tanah Islam yang berdasarkan pada prinsip usaha atau ihyadan tanda atau thajir. Jelasnya kedua-
dua undang-undang ini mempunyai prinsip peraturan pemilikan dan penggunaan tanah serta sistem percukaian yang
berbeza sekali.

Meskipun pemberontakan 1915 tersebut gagal membuahkan kejayaan seperti apa yang dirancang,
akan tetapi semangat perjuangan menentang British masih belum berakhir. Ianya terbukti daripada
penyertaan rakyat Kelantan dalam Kesatuan Melayu Muda pada tahun 1938 dan penglibatan
mereka dalam Angkatan Pemuda Insaf apabila cawangannya telah dibuka di Pasir Puteh. Tidak dapat
dinafikan kegagalan pemberontakan tersebut disebabkan tidak adanya kebangkitan yang lebih
menyeluruh daripada penduduk jajahan lain seperti Kota Bharu, Kuala Krai dan Pasir Mas semasa
serbuan dilakukan. Malahan ia berpunca daripada kekurangan pemimpin yang sanggup berkorban
seperti Haji Mat Hassan untuk membebaskan Kelantan dari kekuasaan British. Bahkan ada segelintir
daripada pembesar seperti Kweng Tuan Muda Jeram dan Kweng Awang HamatSemerak yang
bekerjasama dengan British. Keadaan yang sama juga berlaku di negeri Melayu lain. Perkara ini
membuktikan bahawa dalam gerakan anti-penjajah, kesedaran rakyat mesti digabungkan dengan
kepimpinan untuk ianya membuahkan kejayaan.

Kesimpulan

Setelah berhadapan dengan berhadapan dengan kebangkitan Tok Janggut menentang pelaksanaan
Peraturan Tanah Baru, pihak pentadbir mengambil langkah lebih berhati-hati. Walaupun
kebangkitan ini ditumpaskan dan Tok Janggut terkorban, akan tetapi penasihat British yang
menggantikan W. Langham-Carter terpaksa lebih menumpukan perhatian kepada pemodenan yang
lebih umum. Hal ini kerana kegiatan huru-hara seperti itu walaupun kecil telah menimbulkan
kesulitan kepada kerajaan dan sedikit sebanyak menjejaskan imej pentadbir-pentadbir mereka.
Justeru, untuk mengelak daripada timbulnya perasaan tidak puas hati dan penentangan rakyat,
langkah-langkah pembaharuan dalam melaksanakan pentadbiran tanah yang lebih berkesan dan
telah diambil. Pihak British juga berharap agar langkah pembaharuan ini dapat memperkukuhkan
lagi kedudukan mereka di Kelantan. Dengan itu akan melancarkan perjalanan sistem pentadbiran
tanah. Kelantan juga cuba ditadbir secara longgar dan dibiarkan dengan lenggoknya sendiri.
Maknanya corak pentadbiran lebih cenderung mempertahankan ciri ketradisionalan negeri itu.

Bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa apabila British masuk, perkara pertama yang dilakukan
adalah membuat perubahan ke atas sistem yang sedia ada. Perubahan ini tentunya mengundang
reaksi dari masyarakat, misalnya kebangkitan Tok Janggut. Justeru, pihak penjajah British mulai
sedar betapa perlunya sikap berhati-hati serta kerjasama golongan elit tradisional demi menjayakan
dasarnya di negeri-negeri Melayu. Maknanya apabila British masuk mereka sudahpun merancang
untuk membuat pembaharuan terutama dalam pentadbiran tanah. Jadi, kebangkitan Tok Janggut
menentang peraturan baru itu menjadi pemangkin yang mempercepatkan lagi hasrat British untuk
melaksanakan apa yang telah dirancangkan.

You might also like