Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

https://www.hmetro.com.

my/rencana/2022/09/882348/lima-tanggungjawab-kita

Lima tanggungjawab kita!


Setiap insan pasti berasa bangga dengan negara masing-masing. Begitulah juga setiap
orang di negara ini berbangga kerana Malaysia banyak menyediakan kemudahan bagi
memenuhi keperluan rakyatnya. Keperluan utama setiap manusia ialah seperti makan
minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan rawatan perubatan.

Sejak mencapai kemerdekaan pada 1957 banyak kemajuan dicapai dalam semua
bidang terutamanya apabila terbentuknya Malaysia pada 1963. Pembentukan Malaysia
banyak menyumbang kepada keteguhan negara yang dihiasi dengan pelbagai kaum
dan agama. Masyarakat majmuk tidak sekali-kali menghalang kemajuan negara
walaupun mempunyai rakyat daripada latar belakang dan fahaman yang berbeza.
Kemudahan asas yang disediakan kepada semua memenuhi keperluan utama
sebagaimana dinyatakan. Mungkin masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan
berbanding negara maju, tetapi ia sudah lebih baik daripada keadaan di negara lain.
Apa yang biasanya dipersoalkan oleh kebanyakan warganegara ialah apa yang negara
sediakan untuk mereka? Namun, tidak ramai yang bertanyakan soalan apakah
sumbangan mereka kepada negara? Dengan kata lain, apakah bentuk sumbangan
yang mereka boleh persembahkan untuk membantu pembangunan serta kemajuan
negara? Persoalan seperti inilah yang lazimnya menyebabkan rasa tidak puas hati
sesetengah rakyat kepada pemerintah. Walaupun banyak usaha telah dilakukan oleh
setiap kepemimpinan, pastinya akan ada kekurangan di mana-mana. Itu lumrah
kehidupan manusia. Kesempurnaan hanya milik Allah.Apabila membincangkan
mengenai sumbangan atau tanggungjawab kepada negara, sekurang-kurangnya ada
lima perkara yang menjadi topik utama. Pertama ialah kewajipan mempertahankan
negara. Setiap warganegara bertanggungjawab untuk mempertahankan negara apabila
ada anasir jahat yang cuba untuk mengancam keselamatan negara. Menjadi
tanggungjawab setiap rakyat untuk bangkit mempertahankan negara dengan
kemampuan yang ada tanpa mengira warna kulit dan agama. Janganlah pula ada pihak
yang sanggup bersekongkol dengan musuh untuk meruntuhkan negara. Apatah lagi,
sekiranya terlibat secara langsung dengan pihak luar yang boleh mengancam
keselamatan negara. Tanggungjawab ini bukan hanya terletak pada pasukan
keselamatan, bahkan menjadi tanggungjawab semua warganegara mengikut
kemampuan dan berdasarkan bidang masing-masing.

Kedua, kesetiaan kepada negara tanpa berbelah bahagi. Di samping semangat


mempertahankan negara daripada sebarang ancaman sama ada dari dalam atau luar,
setiap warganegara juga mesti mencurahkan taat setia kepada negarat. Kesetiaan
kepada negara termaktub dalam prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada raja dan
negara. Maka, sewajarnya dalam sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
digunakan untuk mencetuskan serta menyemarakkan rasa kasih dan setia kepada
negara. Pengorbanan setiap warganegara sama ada secara individu ataupun
organisasi sememangnya tidak pernah dinafikan apatah lagi dilupakan. Semuanya
membuktikan kesetiaan setiap individu terhadap negara tercinta.
Ketiga, yang sepatutnya menjadi kewajipan rakyat dalam sesebuah negara ialah
menjaga negara termasuk dalam aspek kebersihan dan keindahan. Negara terkenal
dengan keindahan alam semula jadi. Janganlah kecantikan yang dianugerahkan Allah
SWT ini dinodai dengan perbuatan tidak bertanggungjawab. Mungkin alasan
pembangunan digunakan untuk menutupi kesalahan dalam 'pencerobohan' terhadap
kemurniaan alam sekitar. Akibatnya, berlakulah pencemaran dan ketidakstabilan alam
sekitar seperti perubahan cuaca tidak menentu, peningkatan suhu dan bencana alam di
luar norma biasa.Perkara ini diperingatkan Allah di dalam al-Quran. Allah berfirman:
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bencana di darat dan di laut dengan sebab apa
yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah
hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan- perbuatan buruk
yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Surah al-
Rum, ayat 41)Oleh itu, setiap rakyat perlu sedar tanggungjawab memelihara dan
menjamin kelestarian alam sekitar sebagai salah satu sumbangan terhadap negara.
Seterusnya, negara akan kekal terkawal dan kesejahteraan rakyat juga lebih terjamin.
Begitu juga, kos menangani isu-isu yang timbul akibat sikap tidak bertanggungjawab
manusia dapat dikurangkan. Sebenarnya ini akan menyelamatkan kos. Kelestarian
ekonomi juga dapat diseimbangkan kerana tiada pembaziran menangani kerosakan
akibat musibah yang melanda negara.Tanggungjawab keempat ialah membantu
menyebarluaskan kesedaran rakyat berkenaan tanggungjawab kepada negara. Tidak
cukup dengan pelajaran di sekolah atau institusi pengajian tinggi, kesedaran
tanggungjawab kepada negara juga mesti sentiasa disebarluas. Kelebihan di zaman
kemajuan sains dan teknologi adalah kaedah terbaik untuk merebut peluang bagi
mengajak penduduk negara kita supaya menghulurkan apa jua sumbangan. Sama ada
dengan menjelaskan kebaikan yang kita dapat daripada negara atau menyedarkan
rakyat tentang cabaran yang dihadapi negara kita, khususnya cubaan musuh untuk
menjatuhkan negara sama ada dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan dan hubungan
antara kaum. Perkara kelima ialah kewajipan menghormati Perlembagaan dan undang-
undang serta peraturan. Seluruh rakyat mesti mematuhi setiap peraturan agar
perlaksanaannya berjalan baik. Jika tidak, kestabilan dan keharmonian negara terjejas.
Kestabilan politik akan terjejas dengan pencabulan terhadap hak dan kelayakan
seseorang dari segi perundangan. Jika tidak ditadbir dengan sebaiknya undang-undang
dan peraturan dicabuli akan mengakibatkan jenayah berleluasa seperti rasuah dan
penyalahgunaan kuasa.Penulis Penyelaras Program Khas Bahasa Arab, Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Bachok, Kelantan

You might also like