Hebahan Pertandingan Robotik Dan Coding (Rac2022)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

Ruj Tuan:

Ruj. Kami: JPNK.600-3/4/4 (49)


Tarikh : 20 Februari 2022

Pengetua dan Guru Besar,


Sekolah-Sekolah Negeri Kedah.

Tuan,

HEBAHAN PERTANDINGAN ROBOTIK DAN CODING (RAC2022) ANJURAN CYTRON


TECHNOLOGIES

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan surat daripada Cytron
Technologies.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Cytron Technologies akan mengadakan Pertandingan


Robotik Dan Coding (RAC2022) Anjuran Cytron Technologies seperti ketetapan berikut:

Tarikh Taklimat : 1 Mac 2022 (Selasa)


Tarikh Pertandingan : 25 Jun 2022 (Sabtu)
Pautan Pendafaran : www.rero.io/registration

3. Untuk makluman pihak tuan, pertandingan ini adalah anjuran Cytron Technologies selaras
dengan inisiatif MDEC #mydigitalmaker movement. Objektif program ini adalah untuk memupuk minat
dalam pendidikan STEM terutamanya dalam bidang robotik. Pertandingan ini juga menggalakkan lebih
ramai murid untuk menceburi bidang pengaturcaraan. Bersama-sama surat ini dilampirkan bersama
surat maklum balas permohonan program dari BSKK, KPM dan butiran program.

4. Sebarang maklumat lanjut berkaitan perkara ini pihak tuan boleh berhubung dengan pihak
penganjur, Puan Cheryl Ng Ling Hui (cheryl@cytron.io) , di talian 016-3290 069 atau pegawai yang
menguruskan di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah iaitu Encik Zuherly Zolkapali, Penolong Pengarah
Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid di talian 04-7745 174 / 014-9090 844.

Perhatian dan kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(SABRI BIN OSMAN, BCK.)


Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid)
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
b/p: Pengarah Pendidikan Kedah

s.k.: 1. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

ZZ/ProgramSTEMKedah/locald
JPNK.600-3/4/4 (49)
PERKARA: HEBAHAN PERTANDINGAN ROBOTIK DAN CODING (RAC2022) ANJURAN CYTRON
TECHNOLOGIES
__________________________________________________________________________________

SENARAI LAMPIRAN

You might also like