Rumusan Tentang Pensejarahan Malaysia

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Rumusan tentang Pensejarahan Malaysia

Pensejarahan merupakan karya atau penulisan sejarah oleh sejarawan.


Sejarawan akan menghasilkan penulisan sejarah berdasarkan pelbagai kaedah
seperti dokumen,video daripada pelbagai sumber. Mereka akan mengkaji zaman,
masyarakat, peristiwa yang telah berlaku mengikut kepakaran masing-masing. Pada
pandangan sejarawan Muhd. Yusof Ibrahim dan Khoo Kay Kim, mereka
berpendapat pensejarahan merupakan hasil karya atau penulisan yang ditulis oleh
ahli sejarah atau sejarawan. Pensejarahan dihasilkan untuk mencari kebenaran
yang paling hamper terhadap perisitiwa yang dikaji. Oleh itu, pensejarahan
Malaysia merupakan karya atau penulisan sejarah yang mengenai sejarah
keseluruhan Malaysia atau sebahagian tempat di Malaysia.
Sejarah Malaysia bermula lebih kurang pada abad ke-15. Karya-karya sejarah
masa itu lebih tertumpu kepada Kesultanan Melayu Melaka dan dikenali sebagai
‘Sejarah Melayu’. Selepas wujud sejarah Melayu, baru wujud pensejarahan
Malaysia walaupun sebelum ini wujud beberapa penulisan tentang Malaysia.
Pada abad ke-17 hingga abda ke-19, dalam pensejarahan Malaysia, isi
kandungannya banyak tertumpu kepada sejarah istana, iaitu ditulis untuk
mengharumkan pemerintahan seorang Raja, gologan atasan dan kehidupan rakyat
tidak digambarkan. Sebab yang berlaku keadaan di atas adalah untuk menyebarkan
ajaran dan pengetahuan agama serta mengharumkan keagungan satu satu bangsa
atau pemerintah.
Pensejarahan juga dikatakan ianya berasal dari perkataan sejarah. Sejarah
bermaksud “the record of events or the events themselves”. Dalam ayat ini, Record
of them merupakan catatan peristiwa-peristiwa dan the events themselves pula
menunjukkan peristiwa-peristiwa itu sendiri. Pendek kata, ayat ini bermaksud
sesuatu peristiwa itu dicatatkan maka peristiwa itu akan menjadi sejarah.

Perkaitan sistem feudalisme dengan pensejarahan Malaysia


Feudalisme ialah istilah pinjaman sejarah Eropah dan bermaksud satu bentuk
masyarakat yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Dalam pemerintahan sistem
feudalisme, raja mempunyai hierarki yang tertinggi dan mempunyai kuasa mutlak
dalam pemerintahan. Selepasnya diikuti oleh kerabat diraja, pembesar, pendeta,
penghulu, dan rakyat.
Takrif feudalisme adalah satu bentuk organisasi politik dan sosial yang
terdapat dalam sistem kelas dalamnya dan mempunyai kedudukan tinggi dalam
hierarki masyarakat feudal itu. Sistem feudalisme ini terdapat pembahagian hak
secara kecil-kecilan atas harta benda. Pengagihan kuasa politik antara pemegang
jawatan dalam hierarki itu yang biasanya ialah golongan bangsawan dan hulubalang.
Manakala takrifan feudalisme yang kedua ialah satu sistem hubungan yang
bertimbal balas, iaitu berdasarkan ketaatsetiaan antara dua kumpulan manusia
bebas yang digelar sebagai lord dan vassal.
Sistem feudalisme mengandungi ciri-ciri pensejarahan kerana feudalisme
Melayu mengandungi sumber dan penulisan. Terdapat empat ciri asas dalam
pensejarahan ini, iaitu sumber dan penulisan, peristiwa, dan pendekatan. Sumber
sangat penting dalam bidang sejarah kerana sumber ialah kumpulan bahan-bahan
sejarah hasil daripada kejadian ataupun peristiwa lampau. Penulisan pula
merupakan satu satu catatan atau rekod oleh ahli sejarah atau pengkaji mengenai
sesuatu peristiwa yang pernah berlaku. Melalui hasil-hasil penulisan, pengkaji
dapat gunakan sebagai bahan rujukan mengenai sesuatu peristiwa sejarah. Sistem
Feudalisme Melayu dikatakan mempunyai ciri-ciri pensejarahan kerana terdapat
sumber dari segi penulisan seperti karya-karya yang menceritakan mengenai
kewujudan sistem feudalisme di Tanah Melayu. Terdapat banyak karya yang
membincangkan feudalisme Melayu dihasilkan ketika bermulanya campur tangan
kerajaan Inggeris.
Seterusnya, feudalisme Melayu mempunyai ciri pensejarahan kerana
mempunyai peristiwa. Sebagai contohnya, berlaku pengagihan kuasa di negeri
Pahang, berlaku sistem kerahan dan perebutan kuasa,iaitu sistem feudal di negeri
Terengganu dirombak oleh Sultan Omar.
Selain itu, feudalisme Melayu mengandungi pendekatan. Terdapat beberapa
aspek dapat dilihat dari segi pendekatan. Contohnya, dari segi aspek sistem
pemerintahannya yang menggunakan sistem serah dan kerah dalam pemerintahan
feudalisme Melayu. Dari segi aspek ekonomi, ekonomi yang dijalankan bercorak
ekonomi sara diri ataupun ekonomi tradisional. Dari aspek sistem kerja pula, petani
yang menggerakkan kerja pertanian berasaskan sistem kekeluargaan dan tidak
melibatkan orang lain. Dalam aspek kenegaraan, aspek sistem kerah dan serah
dilibat dan ditunjukkan melalui ilmu yang dimiliki, alatan, restu dan selalunya
dihubung dengan ketuhanan. Manakala aspek hubungan keterbatasan antara
petani dengan dunia luar boleh menyumbangkan kemampuan petani untuk
mengubah corak pertanian mereka. Oleh itu, dapat membuktikan sistem
feudalisme mempunyai unsur pensejarahan.

You might also like