Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Mesyuarat Program Pendidikan Khas Intergrasi Kedua 2019

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SELAMAT

MINIT MESYUARAT PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI KE 2 / 2019

Tarikh              : 15.5.2019
Hari                  : Rabu
Tempat            : Bilik PPKI
Masa               : 12.00 tengah hari - 1.05 tengah hari

A. KEHADIRAN

1. Pn. Hjh Rahimah Banun binti Saaid (Guru Besar)


2. Pn. Rohaida binti Husaini ( Penolong Kanan Pentadbiran )
3. Pn. Roziha binti Dahaman ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )
4. Pn. Nor Izzah binti Abdul Karim (Penolong Kanan Kokurikulum )
5. Pn. Nor Fadhilah binti Ahmad ( Penolong Kanan Pendidikan Khas )
6. En. Ahmad Ruzainy bin Roslan 
7. En. Mohd Rozlan bin Roza
8. Pn. Nurul Ikhwani binti Mohd Zim
9. Pn. Ling Siew Lee
10. Pn. Normaziah binti Abdul Rani
11. Pn. Nor Azimah binti Mahmudin
12. Pn. Nor Afzan binti Mazlan
13. Pn Iswazawati binti Ismail

PENGERUSI MESYUARAT : Pn. Nor Fadhilah binti Ahmad


 AGENDA :

1.0        Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi Mesyuarat Guru memberikan salam serta membuat ucapan pembukaan untuk
mesyuarat program pendidikan khas intergrasi kali kedua untuk sesi 2019. Pengerusi menjemput Encik
Mohd Rozlan bin Roza untuk membacakan doa bagi memberkati majlis. Seterusnya pengerusi memberi
laluan kepada guru besar untuk memberi kata aluan.

1.2 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada Program Pendidikan Khas keranan telah menjalankan
banyak aktiviti untuk murid pendidikan khas.

1.3 Guru Besar memaklumkan bahawa kebanyakan aktiviti pendidikan khas peringkat daerah
mengenakan bayaran yang terlalu tinggi. Oleh guru besar minta maklumkan dalam mesyuarat daerah
agar aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan peruntukan yang diperolehi.

1.4 Guru besar turut mengingatkan supaya tidak memaksa murid untuk menyertai lawatan atau
program sekolah.
1.5 Guru besar turut meminta agar guru – guru sentiasa memantau perkembangan murid semasa
proses pembelajaran dan turut mengucapkan tahniah kepada guru yang Berjaya mengawal kelas dengan
baik.

Tindakan : Makluman dan tindakan guru dan pembantu pengurusan murid pendidkan khas

2.0     Pengesahan Minit Mesyuarat kali pertama 2019

2.1      Minit mesyuarat kali pertama 2019 telah dicadang untuk disahkan oleh Pn. Ling Siew Lee dan
disokong oleh Pn. Ismazawati binti Ismail

                                                                                                             Tindakan : Makluman

 3.0    Perkara Berbangkit

3.1       Pengerusi memaklumkan perkara murid datang terlalu awal telah dapat diselesaikan namun
timbul pula masalah murid pulang terlalu lewat hingga menimbulkan masalah kerana murid tersebut
mengganggu murid lain.

3.2 Guru besar meminta supaya membuat surat akur janji kepada ibu bapa agar dapat mengambil
anak tepat pada waktunya

3.3 Guru besar turut meminta agar murid pendidikan khas dapat menumpukan kepada program
kesenian seperti tarian atau nyanyian.

                                                                                                         Tindakan : Makluman

4.0 Hal – hal Lain

4.1 Encik Mohd Rozlan bin Roza memaklumkan bahawa beliau telah ke Pejabat Perikanan untuk
berbincang mengenai Projek Ikan dan pihak sekolah perlu menghantar surat kepada Pengarah Perikanan
Negeri Perak sekiranya mahu memohon bantuan daripada Pejabat Perikanan

4.2 Puan Rohaida turut bertanya mengenai perkembangan projek kucai dan memberi cadangan
agar turut menggunakan bahan terpakai sebagai bekas untuk menanam kucai.

Tindakan : Makluman guru dan pembantu pengurusan murid


5.0     Ucapan Penangguhan

5.1      Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat dan
berharap agar segala perancangan dan perkara yang dibincangkan akan dapat dilaksanakan dengan
jayanya.

5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.05 tengahari.

                                                                                                Tindakan : Makluman

Disediakan oleh

…………………………………………..
(Ahmad Ruzainy bin Roslan )
Setiausaha PPKI,
SK Seri Selamat

You might also like