Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN MARANG


21600 Marang, Terengganu
TS25 Kohort 4 (2019) Telefon : 09-6182225
emel: TBA4001@moe.edu.my

Ruj Kami: SKM.600-3/5/17( 04 )


Tarikh: 3 Mei 2023
Ketua Balai,
Ibu Pejabat Polis Daerah Marang,
Polis Diraja Malaysia,
21600 Marang,
Terengganu.

Yang dihormati tuan,

MAKLUMAN PENUNDAAN TARIKH LATIHAN DAN KEJOHANAN LARIAN MERENTAS


DESA TAHUN 2023 PERINGKAT SEKOLAH & MEMOHON MENGAWAL LALU LINTAS DI
HARI LATIHAN DAN KEJOHANAN MERENTAS DESA

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Untuk makluman tuan, pihak sekolah merancang akan mengadakan latihan dan
kejohanan tersebut sepertimana butiran di bawah.
Tarikh Asal Tarikh Baru Masa Catatan
3 Mei 2023/ Rabu 9 Mei 2023 / Selasa 8.00 – 10.00 pagi Latihan Merentas Desa
7 Mei 2023/ Ahad 11 Mei 2023 / Khamis 8.00 – 10.00 pagi Kejohanan Sebenar
JUMLAH MURID 786 orang

3. Sehubungan dengan itu, saya memaklumkan dan memohon jasa baik tuan menyediakan
pegawai polis bagi mengawasi lalu lintas pada hari kejohanan tersebut. Bersama-sama ini
disertakan pelan laluan jalan raya untuk rujukan dan perhatian tuan.

4. Segala kerjasama yang diberikan, kami ucapkan jutaan terima kasih.


Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“ANJAKAN MUAFAKAT NEKAD”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI TARMIZI BIN MAT DAUD)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Marang
s.k. 1. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid
2. Pegawai Polis Perhubungan Sekolah
3. Pengarah Pejabat Kesihatan Daerah Marang
4. Penolong Kanan Ko Kurikulum

Peta laluan Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Marang


9 Mei 2023 dan 11 Mei 2023

You might also like