Teks Guru Besar Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKTUH,

Selamat pagi, Salam Malaysia MADANI dan Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan Warga
SK Ampang Tinggi.

Yang Dihormati,

Tuan Yang Dipertua PIBG SK Ampang Tinggi,

En Zaily Bin Mohamad

Barisan penolong kanan, AJK PIBG,

guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana limpah dan
kurnia-Nya kita dipanjangkan umur untuk bersama-sama menyertai Majlis Sambutan Bulan
Kebangsaan 2023 di peringkat Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi.

Para hadirin sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan rasa syukur dan gembira kerana pada hari
ini kita masih dapat menyambut Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-66 pada tahun
ini. Syukur kita masih dapat hidup secara aman dan harmoni.

Tema Bulan Kebangsaan pada tahun 2023 ialah ‘Malaysia MADANI: Tekad
Perpaduan, Penuhi Harapan’. Ianya dipilih bagi mendasari tekad serta komitmen pemimpin
bersama rakyat sebagai sebuah bangsa yang memiliki semangat perpaduan yang tinggi,
bersatu padu serta kehidupan yang aman dan sejahtera.

Murid-murid sekalian,

Erti kemerdekaan bukanlah hanya pada laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Tetapi erti kemerdekaan yang sebenar adalah membabitkan kemerdekaan jiwa dan minda
yang dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat aspek utama, iaitu
agama, akhlak, pendidikan dan bahasa kerana generasi muda berhadapan ancaman
penjajahan dari segi bentuk baharu, terutama pemikiran dan budaya seiring dengan
kepesatan teknologi masa kini.

Oleh itu, sempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia ke-66 bagi tahun 2023 ini,
kita seharusnya mengambil peluang dan ruang bersama-sama bagi menghayati erti sebenar
kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam
diri masing-masing.
Murid-murid sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin menyeru agar kita semua sama-sama
menyemarakkan bulan Kebangsaan ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah
masing-masing sebagai bukti rasa cinta kepada negara.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like