Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PENGURUSAN KEWANGAN

UFM 1112

FOLIO DOKUMEN SUMBER


PERNIAGAAN

NAMA : HAIKAL DANIAL BIN HAZRUL


NO IC : 051215-10-0501
KOD : UFM 1112
NAMA KURSUS : PENGURUSAN KEWANGAN
TAJUK FOLIO : DOKUMEN SUMBER PERNIAGAAN
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1 PENGENALAN 3
2 KEPENTINGAN DOKUMEN PERNIAGAAN 4
3 PESANAN BELIAN 5
4 NOTA SERAHAN 6
5 INVOIS 7
6 NOTA KREDIT 8
7 NOTA DEBIT 9
8 RESIT 10
9 CEK ATAU KERATAN CEK 11
10 BAUCAR 12
11 BIL TUNAI 13
12 MAKLUMAN DEBIT 14
13 MAKLUMAN KREDIT 15
14 MEMO 16
15 BORANG WANG MASUK 17
16 PENUTUP 18
17 RUJUKAN 19
PENGENALAN

Dokumen sumber perniagaa atau business source documents adalah dokumen atau informasi
yang dihasilkan dalam operasi sehari-hari bisnes untuk merakam transaksi kewangan.
Dokumen ini digunakan untuk memproses dan menyimpan catatan kewangan , serta
memberikan dasar untuk laporan kewangan dan analisis bisnes.
Informasi dalam dokumen sumber perniagaan digunakan untuk membuat rakaman akauntasi
yang tepat dan laporan kewangan yang dapat dipercayai. Dokumen sumber perniagaan yang
lengkap dan tepat sangat penting dalam menjaga kesihatan kewangan perusahaan serta
kemampuan perusahaan untuk membuat keputusan bisnes yang tepat
KEPENTINGAN DOKUMEN SUMBER PERNIAGAAN

o DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT PERAKAUNAN


MEMBERI MAKLUMAT SESUATU URUS NIAGA

o DOKUMEN PERNIAGAAN DIJADIKAN BUKTI BAGI SESUATU URUS NIAGA


MENGINGATKANPENIAGA TENTANG HUTANG DALAM URUS NIAGA

o DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI RUJUKAN PADA MASA HADAPAN


DOKUMEN SUMBER YANG PERLU DICATAT DALAM BUKU PERAKAUNAN
DAN FUNGSI :

PESANAN BELIAN

FUNGSI :
 Dihantar oleh pembeli kepada penjual yang mengandungi maklumat tentang barang
yang hendak dibeli

 Maklumat yang perlu ada ; jenis barang , jenama , kuantiti , harga , syarat serahan ,
syarat pembayaran dan kadar diskaun
NOTA SERAHAN

FUNGSI :
 Dihantar oleh penjual kepada pembeli bersama-sama dengan barang

 Membolehkan pembeli menyemak barang-barang yang dihantar dan sebagai perakuan


bahawa barang-barang telah dihantar dengan selamat

 Jenis barang dan kuantiti sahaja disenaraikan. Harga barang tidak dinyatakan
INVOIS

FUNGSI :
 Dihantar oleh penjual kepada pembeli apabila penjual membenarkan pembeli
membeli barang niaga atau aset secara kredit

 Maklumat yang ada; nama dan Alamat pembeli dan penjual , tarikh urus niaga ,
nombor invois , kuantiti dan harga , jumlah belian , syarat serahan dan bayaran dan K.
& K. di K.

 Disediakan dalam tiga salinan pendua disimpan oleh penjual


NOTA KREDIT

FUNGSI :
 Dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu pembeli bahawa hutangnya
akan dikurangkan ( akaun dikreditkan )

 Dihantar disebabkan oleh;

1. Terdapat pulangan barang yang rosak, salah jenama atau tidak berkualiti
2. Bayaran yang dikenakan terlebih daripada harga sepatutnya
3. Terdapat pulangan bekas kosong yang telah dikenakan bayran dalam invois
4. Jumlah hutang terlebih kerana salah pengiraan
5. Pembeli diberi elaun atau komisen
NOTA DEBIT

FUNGSI :
 Dihantar oleh penjual kepada pembeli apabila bayaran yang dikenakan dalam invois
terkurang.

 Akaun pembeli akan didebitkan untuk menambahkan harga pada invois (hutang
bertambah).

 Digunakan apabila;

1. Ada ketinggalan catatan dalam invois (kos angkutan)


2. Bayaran yang dikenakan terkurang
3. Faedah dikenakan ke atas bayaran lewat oleh pembeli
4. Jumlah hutang terkurang (kesilapan pengiraan)
5. Bayaran tambahan (pertukaran barang)
RESIT

FUNGSI :
 Dikeluarkan oleh penjual apabila menerima bayaran daripada pembeli.

 Bukti penerimaan dan pembayaran yang telah dibuat.


CEK ATAU KERATAN CEK

FUNGSI :
 Cek digunakan untuk membuat pembayaran.

 Keratan cek digunakan sebagai rujukan dan sumber rekod.


BAUCAR

FUNGSI :
 Dokumen dalaman yang disediakan oleh peniaga untuk merekodkan segala jenis
pembayaran.

 Bukti pembayaran telah dibuat.


BIL TUNAI

FUNGSI :
 Dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli bagi pembayaran untuk belian barang niaga
dengan wang tunai atau cek.

 Bukti bagi aset yang dibeli secara tunai atau perkhidmatan yang dibuat secara tunai.
MAKLUMAN DEBIT

FUNGSI :
 Satu penyata yang dikeluarkan oleh pihak bank.

 Memaklumkan akaun pemilik telah didebitkan (dikurangkan) dengan satu jumlah


tertentu berserta dengan sebab.
MAKLUMAN KREDIT

You might also like