Ulasan Artikel

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SAINS DAN TEKNOLOGI ASIA: HADIAH ASIA KEPADA DUNIA

Berdasarkan jurnal teknologi yang dikarang oleh Mohd Koharuddin bin Mohd Balwi
daripada Universiti Teknologi Malaysia, terdapat beberapa perkara yang boleh diulas.
Perkara tersebut ialah pengenalan, kekuatan dan kelemahan artikel serta cadangan untuk
penambahbaikan artikel. Jurnal ini merupakan satu penulisan berilmiah yang mengkaji
mengenai tajuk Sains dan Teknologi Asia: Hadiah Asia kepada Dunia. Penulis jurnal ini
menekankan kepada aspek-aspek sumbangan Asia kepada dunia seperti matematik dan
astronomi, sains dan perubatan, kimia, fizik, dan teknologi.

Penulis jurnal ini telah mengkaji beberapa kecermelangan tamadun Asia terbukti
melalui penemuan-penemuan sains seperti dalam bidang matematik, astronomi, sains
perubatan, biologi, fizik, kimia dan zoologi. Manakala dalam bidang teknologi, pencapaian
mereka terserlah dalam bidang kejuruteraan, perancangan bandar, seni, seni bina, seni
pertukangan termasuklah seni pahat, seni ukir, seni busana, seni anyaman dan seni tenun.
Tamadun-tamadun Asia ini termasuklah tamadun China.

Menurut artikel yang kami telah kaji, kami mendapati terdapat beberapa kekuatan
yang telah temui. Antara kekuatannya ialah penulis telah mengeluarkan beberapa fakta yang
tepat dalam artikel ini bagi tamadun China. Seperti yang terdapat dalam bidang matematik
dan astronomi fakta tepat yang dikemukakan ialah Chou Pei Suan King dan Chiu Chang Suan
Shu merupakan karya matematik tertua. Chou Pei Suan King membicarakan tentang kalendar
manakala Chiu Chang Suan Shu mengandungi sembilan bab tentang kira-kira, ukuran dan
beberapa teori matematik. Seterusnya, perkembangan Aljabar bermula pada abad ke-13 M
dan tokohnya ialah Chin Chiu Shao. Buku beliau Shu-Shu Chiu-Chang antaranya
membicarakan tentang persamaan berangka tinggi, persamaan tak tentu dan penggunaan
Aljabar dan Trigonometri. Seterusnya, dalam bidang astronomi sumbangan besar mereka
ialah melalui perekodan dan perkatalokan tentang bintang-bintang.

Dari segi sains perubatan pula, tamadun China merupakan dokumen paling awal yang
mengandungi maklumat tentang perubatan China. Sebagai contoh, Huang-ti Nei – Ching
yang ditulis pada abad ke-tiga SM. Konsep yang terpenting dalam perubatan China juga ialah
konsep Ying Yang. Bapa perubatan China iaitu Shen Nung telah menemui pelbagai jenis
dadah yang diambil daripada tumbuhan ‘Ma Huang’ untuk mengubati jangkitan virus HIV.
Teori dan falsafah perubatan China klasik yang mengumpulkan soal kelebihan terapeutik dari
akupunktur, herba, diet dan senaman. Akupunktur merupakan rawatan menggunakan jarum
yang dicucukkan kepada urat manusia sebelum menjalankan pembedahan.

Fakta yang berikutnya, perkembangan kimia juga berlaku di China iaitu mengawet
mayat seperti usaha ahli perubatan Mesir dalam bidang peleburan logam. Ini terbukti apabila
mereka menjumpai mayat puteri Dai yang meninggal dunia pada tahun 168 SM yang segar
dan tidak reput. Bidang yang terakhir ialah bidang teknologi, tamadun China mendapat
pencapaian tinggi dalam penciptaan seperti penciptaan kertas. Pada 105 M, kertas telah
dicipta oleh Cai Lun semasa dinasti Han. Kertas pertama diperbuat daripada sutera, kemudian
diperbuat daripada buluh, kulit pokok dan gentian pokok. Selain itu, teknologi percetakan
juga ditemui dalam tamadun ini pada abad ke-7 M. Masyarakat China juga berjaya mencipta
serbuk peletup. Pada 2700 SM, Maharani Leitze telah menemui cara untuk mengekstrak
filamen dalam ‘cocoon’ lalu mengubahnya dalam bentuk benang dan seterunya menghasilkan
benang sutera. Pada 132 M, Zhang Heng telah mencipta alat pengukur gempa bumi pertama
di dunia. Alat ini dinamakan Seismoskop.

Kekuatan seterusnya yang kami dapat dalam artikel ini ialah penulis menyertakan
sekali nama-nama tokoh dalam setiap bidang. Tokoh yang terdapat dalam bidang matematik
bagi tokoh Aljabar ialah Chin Chiu Shao. Bagi sains dan perubatan, tokoh yang dinyatakan
dalam artikel ini ialah Shen Nung manakala bagi bidang kimia pula ialah G.E.Davis yang
mana beliau merupakan perintis yang menghidupkan semula konsep perubahan kimia
tersebut. Dari segi teknologi pula, terdapat beberapa tokoh yang penulis sertakan dalam
beberapa perkara, antaranya dalam penghasilan kertas ialah Cai Lun. Maharani Lai Tze pula
adalah salah satu tokoh dalam pembuatan menghasilkan benang sutera. Selanjutnya, tokoh
dalam mencipta alat pengukur gempa bumi diperkenalkan oleh Zhang Heng.

Kelemahan yang kami perolehi dalam meneliti artikel ini ialah penulis tidak
menyatakan fakta mengenai tamadun China dalam bidang fizik. Penulis boleh menyatakan
bahawa ilmu optik itu sendiri terdapat dalam bidang fizik. Saintis China awal telah memberi
perhatian kepada penyongsangan (inversion) imej yang dihasilkan oleh kamera lubang jarum
(pin-hole camera) dan begitu juga pelbagai imej yang dihasilkan oleh kanta cekung (concave-
lens). Mereka juga memahami prinsip fokus.

Konklusinya, tamadun China terlalu banyak menyumbang dalam kehidupan


masyarakat sedunia termasuk negara kita sendiri. Oleh yang demikian, kita sebagai
masyarakat perlulah menghargai setiap sumbangan yang telah diperkenalkan oleh tamadun
China. Hal ini demikian kerana, tanpa sumbangan-sumbangan daripada tamadun China
khususnya dalam bidang sains dan teknologi, kebarangkalian teknologi negara kita masih
dalam keadaan yang mundur dan jumud. Akhir kata, pada zaman yang serba moden ini, sains
dan teknologi amatlah diperlukan dalam menjamin dan mencapai matlamat negara kita iaitu
ke arah Wawasan 2020.

You might also like