Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

SAHABAT

YANG
SETIA

6 SAHABAT YANG SETIA .indd 1 6/12/18 11:40 AM


Hak Cipta, 2018 Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)


Menara INTEGRITI
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
Tel: 03-62092000
Faks: 03-62031005
E-mel: integriti@integriti.my
www.integriti.my

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan menerbitkan mana-mana bahagian artikel dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit terlebih dahulu.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Sahabat yang Setia


(MODUL INTEGRITI PRASEKOLAH)
ISBN 978-967-5091-51-3
1. Integrity--Juvenile literature.
2. Integrity-- Problems, exercises, etc.
I. Series.
179.9

Rekabentuk dan Dicetak oleh:


VISUAL PRINT SDN. BHD. (186281-A)
No. 47, 47 - 1, Jalan Damai Raya 1,
Alam Damai, Cheras,
56000 Kuala Lumpur.
Tel: 03 - 9108 3966, 9108 2420
Faks: 03 - 9108 3669

6 SAHABAT YANG SETIA .indd 2 6/12/18 11:40 AM


S a ya a nak Ma
laysia
Saya anak Malaysia Rukun Negara kita
Anak-anak ceria Ada lima prinsipnya
Baik budi bahasa Kepercayaan kepada Tuhan
Kepada orang tua Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Suka bantu-membantu Keluhuran Perlembagaan
Tak mengira bangsa Kedaulatan Undang-undang
Mendengar kata ayah Kesopanan dan Kesusilaan
lbu dan juga guru Asas aman sentosa
Sayang-menyayangi
Berakhlak mulia Saya anak Malaysia
Tidak suka sengketa
Saya anak Malaysia Jujur dan beramanah
Tidak suka sengketa Amalan setiap masa
Jujur dan beramanah
Amalan setiap masa Saya anak Malaysia
lntegriti di hati
Saya anak Malaysia Saya sayang Malaysia
lntegriti di hati
Saya sayang Malaysia Lagu : Mohamad lsa bin Ramlan
Lirik : Roziah/Azahar/Saifudin/Ayob/Esir

6 SAHABAT YANG SETIA .indd 3 6/12/18 11:40 AM


SAHABAT
YANG
SETIA
OBJEKTIF CERITA

Pada akhir cerita murid dapat:


1. Menyatakan nilai integriti dalam cerita.
2. Menunjukkan sikap berani dalam mengambil
tindakan.
3. Melaksanakan tanggungjawab terhadap rakan.
4. Mengamalkan nilai setia kawan dalam persahabatan.

6 SAHABAT YANG SETIA .indd 4 6/12/18 11:40 AM


Kucing dan Ayam bersahabat baik.
Mereka selalu menghabiskan masa
bersama-sama.
Pada suatu hari, mereka
merancang untuk mengembara.

6 SAHABAT YANG SETIA .indd 5 6/12/18 11:40 AM


Apabila tiba hari yang dijanjikan,
mereka memulakan perjalanan.
Sepanjang perjalanan, mereka
meredah hutan, sungai
dan bukit-bukau.

6 SAHABAT YANG SETIA .indd 6 6/12/18 11:40 AM


Kedua-dua sahabat itu menempuh
pelbagai cabaran, namun mereka
tetap meneruskan perjalanan
dengan penuh semangat.

6 SAHABAT YANG SETIA .indd 7 6/12/18 11:40 AM


Betul ke tindakan kita ni, Ayam?

Mengapa pula kamu


tanya macam tu?

Sudah jauh kita


berjalan ni. Tapi
ke mana tujuan kita?

Kita kan nak


mengembara.

6 SAHABAT YANG SETIA .indd 8 6/12/18 11:40 AM


Apabila malam menjelang,
mereka mencari tempat
untuk tidur. Kucing terlihat
sebatang pokok yang
berlubang pada dahannya.
Kucing terfikir pokok itu
sesuai untuk dijadikan
tempat tidur.

6 SAHABAT YANG SETIA .indd 9 6/12/18 11:40 AM


Kita berehat dulu
di sini. Lagipun,
hari sudah malam.
Saya berehat atas
dahan, kamu bolehlah
tidur dalam lubang ini.

10

6 SAHABAT YANG SETIA .indd 10 6/12/18 11:40 AM


Ini tempat orang. Kita
mesti berhati-hati.
Mungkin ada yang
membahayakan kita.
Elok kita
berjaga-jaga.
Awak janganlah
tidur mati.

Baiklah Ayam.

Kucing pun masuk ke dalam lubang pokok tersebut.


Ayam pula bertenggek di satu dahan pokok itu.
11

6 SAHABAT YANG SETIA .indd 11 6/12/18 11:40 AM


Menjelang pagi,
Ayam terjaga dari tidur.
Dia berdiri dan
mengepak-ngepakkan
sayapnya, lalu berkokok.

12

6 SAHABAT YANG SETIA .indd 12 6/12/18 11:40 AM


Kokokan Ayam mengejutkan Musang
yang sedang tidur tidak jauh dari situ.
Musang ternampak seekor ayam jantan
sedang bertenggek di dahan pokok.

13

6 SAHABAT YANG SETIA .indd 13 6/12/18 11:41 AM


Musang segera mendekati pokok di tempat Ayam bertenggek.

Selamat datang ke hutan kami.

Merdunya suara kamu.

Bolehkah kita
berkawan?

Cuba kamu berkokok


sekali lagi?

14

6 SAHABAT YANG SETIA .indd 14 6/12/18 11:41 AM


Terima kasih.

Terima kasih.
Semua ayam
jantan berkokok.

Boleh, saya gembira


berkawan dengan kamu.

Boleh, apa salahnya.

Ayam jantan berasa bangga.


Dia mengepak-ngepakkan
sayapnya lalu berkokok sekali lagi.

15

6 SAHABAT YANG SETIA .indd 15 6/12/18 11:41 AM


Melihatkan keadaan itu, Musang menerkam ke arah
Ayam. Ayam terkejut dan cuba mengelak. Namun,
dengan pantas Kucing menerkam Musang.

Terima kasih, Kucing.


Kamu berani menyelamatkan
saya. Saya terpedaya tadi.
Ingatkan Musang betul-betul
nak berkawan.

Musang terkejut kerana tidak


menyangka Kucing juga ada
di situ. Dia segera berlari
masuk ke dalam hutan.
16

6 SAHABAT YANG SETIA .indd 16 6/12/18 11:41 AM


Syukur kamu selamat.
Lain kali kita kena lebih
berhati-hati.

Selepas itu, mereka


meneruskan pengembaraan.

17

6 SAHABAT YANG SETIA .indd 17 6/12/18 11:41 AM


Uji Minda

1. Apakah yang dirancang oleh Ayam dan Kucing?


2. Ceritakan tentang pengembaraan Ayam dan Kucing.
3. Bagaimanakah Musang menggunakan tipu helah untuk menangkap Ayam?
4. Andaikan Kucing tidak membantu Ayam, apakah yang mungkin terjadi?
5. Sebutkan nilai integriti dalam cerita.

Nyanyian Nilai lntegriti

Nyanyikan lagu di bawah sambil 1. Baik 4. Berani


membuat pergerakan kreatif. 2. Berhati-hati 5. Syukur
3. Terima kasih

Sahabat Pengajaran

Yang Setia
1. Mengamalkan semangat setia
kawan dalam persahabatan
Wahai kawan-kawan 2. Sentiasa berwaspada
Dengar kisah ini 3. Berani bertindak
Dua rakan baik 4. Berterima kasih atas bantuan
Kembara di hutan yang diterima

Walau kita berani


Perlu hati-hati Cadangan Aktiviti
Jangan bangga diri
Waspada selalu 1. Menghasilkan topeng watak
utama dalam cerita.
Musang cuba tipu 2. Lakonan semula cerita.
Ayam hampir alpa 3. Melaksanakan aktiviti permainan
Kucing datang bantu ayam dan musang dalam
Musang terkaku ....... ooi berkumpulan untuk menunjukkan
semangat setia kawan.
Gubahan : Mohamad Isa bin Ramlan
Lagu
Penulis lirik : Dr. Mohamed Ayob bin Kosa Kata
Sukani
Umi Kalsom binti Takriff 1. Semangat 4. Bertenggek
2. Meredah 5. Merdu
3. Tidur mati 6. Bangga

18

6 SAHABAT YANG SETIA .indd 18 6/12/18 11:41 AM


PENGHARGAAN
PENAUNG

Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff Datuk Dr. Amin Senin


Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) Kementerian Pendidikan Malaysia

PENASIHAT

Mohamad Diah Haji Wahari Institut Integriti Malaysia



PANEL PENULIS DAN PENYUNTING

Roziah binti Harun Institut Integriti Malaysia


Dr. Siti Nor binti Yaacob Universiti Putra Malaysia
Norashikin binti Hashim Bahagian Pembangunan Kurikulum
Mohd Azahar bin Madar Bahagian Pembangunan Kurikulum
Datin Ravindarpal Kaur a/p Amrik Singh Bahagian Pendidikan Swasta
Dr. Razila binti Aw Kamaludin Institut Pendidikan Guru Malaysia
Haniza binti Lockman Dewan Bahasa dan Pustaka
Nor Fazilah Hanim binti Mohtasar Jabatan Kemajuan Masyarakat
Dr. Mohamed Ayob bin Sukani IPG Kampus Bahasa Melayu
Umi Kalsom binti Takriff IPG Kampus Raja Melewar
Saifudin Azam Shah bin Ahmad IPG Kampus Darul Aman
Intan Azlina binti Abdullah IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Mazlan bin Talib IPG Kampus Sultan Mizan
Dr. Nor Azizah binti Mohd Nor IPG Kampus Sultan Mizan
Rozman bin Rosely IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Mohamad Isa bin Ramlan IPG Kampus Pendidikan Islam
Hafiszal bin Ismail PPW Bangsar dan Pudu
Abdullah bin Yusof PPD Johor Bahru
Shamsulmarzeni binti Manshor SMK Putrajaya Presint 8 (1)

KHIDMAT SOKONGAN

Abdul Rahim Ahmad Damanhuri Institut Integriti Malaysia


Zul’Ain Jusoh@Ariffin Institut Integriti Malaysia
Nur Faranajwa Yahaya Institut Integriti Malaysia
Muhammad Faris Badrul Hizad Institut Integriti Malaysia
19

6 SAHABAT YANG SETIA .indd 19 6/12/18 11:41 AM


POKOK BUNGA UJAI DAN
1 MAWAR DAN 7 JALUR GEMILANG
POKOK BULUH

2 JASA BUAH KELAPA 8 SAM MEMBALAS JASA

LALAT DAN SEMUT YANG


3 PAK BELANG
9 BAIK HATI

PATUHI NASIHAT MAKANAN BERKHASIAT


4 IBU
10 BADAN SIHAT

SIAPA PALING
5 PETANI YANG BIJAK 11 BERGUNA

SAHABAT
6 YANG SETIA 12 WAH, BERSIHNYA!

20

6 SAHABAT YANG SETIA .indd 20 6/12/18 11:41 AM

You might also like