Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pada pendapat saya tentang kerajaan tidak membenarkan rakyat bekerja sepanjang tempoh

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi majikan memaksa dan menyuruh rakyat bekerja, hal ini
adalah bertentangan undang-undang dan sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan berdisiplin
saya akan menurut arahan daripada kerajaan dan bukannya majikan. Terdapat banyak sebab dan
cara sebagai rakyat untuk tidak megikut arahan majikan. Antaranya ialah seperti yang sedia maklum
PKP dilaksanakan adalah disebabkan penyebaran virus yang telah berleluasa dan akan menjejaskan
kesihatan dan nyawa seseorang individu jika ramai orang terdedah kepada persekitaran luar. Selain
itu, rakyat juga ada hak untuk bersuara dan menentang perkara yang salah bagi menjamin
keselamatan dan kesihatan mereka. Cara yang pertama boleh dilakukan ialah dengan membuat
aduan kepada MKN iaitu terus menghubungi atau menyatakan menerusi e-mel. Seterusnya, boleh
juga membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja berkaitan dengan isu dipaksa untuk bekerja oleh
majikan dan juga membuat laporan polis. Hal ini boleh mengelakkan daripada terkena jangkitan
covid-19 dan juga menyebabkan virus tersebut tersebar kepada ahli keluarga dan masyarakat lain.
Sekiranya situasi tersebut berlaku, sebagai rakyat kita juga boleh mengambil tindakan secara
tuntutan sivil iaitu dapatkan nasihat daripada peguam berkenaan hak, cara meneruskan tindakan
kepada majikan dan ganti rugi yang akan diperolehi tertakluk kepada kesengsaraan atau kerugian
yang dialami. Jadi, terdapat pelbagai cara untuk elakkan diri daripada dipaksa bekerja oleh majikan
ketika PKP dan kita perlu terus berani dan bertanggungjawab untuk menyuarakan hak supaya dapat
menyelamatkan negara dan hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

You might also like