Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

DEFINISI & KONSEP KURIKULUM

Suhana Mohamed Lip


Fakulti Pendidikan KUIS
Asal Istilah/Perkataan
Kurikulum
LATIN
a. Berasal usul daripada perkataan ’curriculae’ dalam bahasa Latin
-merujuk kepada trek balapan yang digunakan oleh pelumba kereta
kuda pada zaman Gaius Julius Caesar pada Abad Pertama.

b. Berkait rapat dengan bahasa “Latin” kata akar “currere” yang


bermaksud “Laluan” atau “jejak” dan membawa maksud ‘jurusan’
contoh ‘jurusan peperangan’

‘Berkait rapat dengan perkataan ‘laluan’ atau ‘laluan-laluan’ atau


‘ruang-ruang’atau ‘laluan kepada sesuatu pertandingan’
Asal istilah Kurikulum
(samb.)
BAHASA INGGERIS
-Perkataan ‘Kurikulum’ dalam bahasa Inggeris pula mengandungi
pengertian ‘jelmaan’ atau metamorfosis’
-Paduan makna kedua-dua bahasa ini menghasilkan makna perkataan
“kurikulum”;
“ laluan dari satu peringkat ke satu peringkat
-Perluasan makna ini memberikan pengertian ‘kurikulum’ dalam
perbendaharaan kata pendidikan bahasa inggeris sebagai
“jurusan pengajian yang diikuti di sekolah”
(kliebard, 1982 )
BAHASA MELAYU
• - “Kurikulum” dalam bahasa melayu dipengaruhi oleh maksud
perkataan tersebut dalam bahasa inggeris
PELBAGAI TAKRIFAN /
DEFINISI KURIKULUM
PELBAGAI TAKRIFAN
(Lovat, 2003)
• Kurikulum adalah mata pelajaran (1930an)

• Kurikulum adalah pengalaman pelajar dibawah


bimbingan/dirancang/diarah oleh sekolah
(1950an).

• Kurikulum adalah pengetahuan disiplin ilmu


(1960an).
sambung
• Kurikulum adalah semua pengalaman pembelajaran
yang terancang (1970an)

• Kurikulum adalah sukatan pelajaran, subjek kursus


pengajian (1970an)

• Kurikulum adalah pengalaman pendidikan, perjalanan


pendidikan (1970an)

• Kurikulum adalah pengalaman pembelajaran terancang


yang menjadi tanggungjawab sekolah (1980an,90an)
PELBAGAI TAKRIFAN
(Oliva, 2006)
• Kurikulum ialah apa yang diajar di sekolah.
• Kurikulum ialah satu set subjek.
• Kurikulum ialah kandungan pelajaran
• Kurikulum ialah program pengajian.
• Kurikulum ialah bahan pembelajaran.
• Kurikulum ialah satu urutan pengajian.
• Kurikulum ialah kursus pengajian.
• Kurikulum ialah satu set objektif perilaku.
• Kurikulum ialah semua yang berlaku di sekolah,
termasuk aktiviti kokurikulum, bimbingan, dan hubungan
interpersonal.
sambung

• Kurikulum ialah apa yang diajar dalam dan diluar


sekolah yang diarah oleh sekolah.
• Kurikulum ialah semua yang dirancang oleh pihak
sekolah
• Kurikulum ialah satu siri pengalaman yang dilalui oleh
pelajar dalam sekolah.
• Kurikulum ialah apa yang dialami oleh seseorang pelajar
hasil persekolahannya.
Pelbagai Takrifan lain
Takrifan Kurikulum menurut pakar pendidikan lain
• Kurikulum sebagai pengalaman
- semua pengalaman yang rancang dan dikemukakan di oleh pihak sekolah.
• Kurikulum sebagai usaha - usaha yang dirancang oleh
pihak sekolah untuk membimbing murid
memperolehi hasil pembelajaran.
• Kurikulum sebagai rancangan - rancangan yang
menyediakan kesempatan pembelajaran bagi memperoleh
pelbagai tujuan yang berkaitan.
•Kurikulum sebagai objektif - kurikulum tidak berkaitan
dengan apa yang dilakukan oleh murid dalam situasi pembelajaran.
- Ia menitikberatkan perkara yang akan dipelajari/ dapat
dilakukan (lebih
menitikberatkan kepada keputusan perlakuan tetapi bukan perkara yang
dilakukan) –Johnson 1967
•Kurikulum sebagai isi mata pelajaran ( Beauchamp, 1968)
- dokumen bertulis yang melakarkan
isi mata pelajaran yang akan diajarkan
- Pada hakikatnya apa-apa sahaja yang di ajar
di sekolah merupakan kandungan matapelajaran
yang diajarkan menerusi berbagai matapelajaran,
berbagai pilihan disiplin ilmu pengetahuan,
•Kurikulum sebagai unsur kebudayaan - pilihan
daripada berbagai unsur budaya yang terdiri daripada ciri
segajat, nilai am dan aspek khusus sesuatu budaya
(Burtonwood, 1961)
•Kurikulum sebagai pembinaan insan - pengetahuan
dan pengalaman yang dibina semula oleh pelajar dibentuk
dengan bersistem di bawah naungan sekolah untuk
mempertingkatkan kemajuan pelajar
mengawal pengetahuan dan pengalaman sendiri
- realitinya kurikulum mengaitkan proses
pembinaan pengetahuan dan pengalaman pelajar
dengan kebolehannya memperbaiki kawalan terhadap
pengetahuan dan pengalaman sendiri ( Tanner &
Tanner 1980 )
Takrifan Kurikulum dari
Perspektif Islam
• “Manhaj” atau “kurikulum” merujuk kepada maksud jalan yang
terang atau jalan yang dilalui oleh manusia dalam berbagai bidang
kehidupan.

• Dari segi konteks pendidikan,Kurikulum (manhaj) adalah cara atau


pendekatan yang digunakan oleh pendidik atau guru terhadap
pelajarnya untuk mengembangkan pengetahuan,
membentukketrampilan dan sikap mereka.

• Pada masa dahulu, kurikulum dalam pendidikan Islam lebih terbatas


kepada ilmu-ilmu yang diajar oleh guru-guru di sekolah-sekolah atau
institusi pendidikan dalam bentuk buku-buku atau kitab-kitab
tradisional untuk dikaji oleh murid-muridnya (Muhammad Omar
al-Toumy al-Syaibany, 1982).
Takrifan Kurikulum dari
Perspektif Islam (samb.)

• Menurut Addamarsady dan Munir (1968),


kurikulum adalah satu himpunan daripada pengalaman-pengalaman
yang meliputi bidang pendidikan, sosial, sukan dan kesenian yang
telah disediakan oleh pihak sekolah untuk pelajarnya di dalam dan
diluar bilik darjah bertujuan membantu para pelajar berkembang
secara menyeluruh dari segala aspek serta membentuk tingkahlaku
mereka sejajar dengan objektif pendidikan.

Ianya juga satu jalan yang dibentuk oleh guru untuk menolong para
pelajar supaya mereka lebih maju dalam pendidikan dan
kemahiran-kemahiran tertentu melalui pelbagai aktiviti. (Muhammad
Omar al-Toumy al-Syaibany, 1982).
Definisi Kurikulum Kebangsaan

Definisi
• “... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan
kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini
dan untuk menyampaikan pengetahuan”

Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum


Kebangsaan) Pendidikan 1997]
Kurikulum Kebangsaan
RUMUSAN
Definisi / Konsep UMUM Kurikulum

Kurikulum boleh dirumuskan sbg;


- Satu dokumentasi mengenai hasil pembelajaran - Silibus
- Kerangka kursus -
Buku teks - Keseluruhan kursus atau program
- Pengalaman terancang
(Posner (1995 ))

You might also like