Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

‫سكوله كبڠسأن ڤادڠ ستبو‬

Sekolah Kebangsaan Padang Setebu


21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Tel: 011-65754560
E-mail : Tba5018@gmail.com
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj. Kami: SKPS-700-1/2/9( )
Tarikh: 18 Mei 2022

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu,


Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu,
Terengganu.

Tuan,

JEMPUTAN KE MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PENGAWAS SEKOLAH,


PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH, PENGAWAS ASRAMA, PENGAWAS ICT
DAN KETUA KELAS SEKOLAH SK PADANG SETEBU SESI PERSEKOLAHAN
2022/2023

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan berbesar hati menjemput tuan
bagi merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber
Sekolah, Pengawas Asrama, Pengawas ICT dan Ketua Kelas Sesi 2020, yang akan
diadakan mengikut butiran berikut:

Tarikh: 23 Mei 2022 (Isnin)


Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan SK Padang Setebu

3. Kehadiran tuan diharap dapat melancarkan lagi perjalanan majlis yang dirancang.
Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian..

“Mendepani Pendidikan Global”


“ WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

SITI SARA BINTI SAPE’I


Guru Besar.
s.k - fail

You might also like