Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

FACULTY OF COMPUTER AND MATHEMATICAL SCIENCES

CTU552 – PHYLOSOPHY AND CURRENT ISSUES

KERTAS KAJIAN CTU552 - FALSAFAH DUALISME CARTESIAN


(CS2493A&B)

PREPARED BY:

NO NAME MATRIC GROUP


NUMBER

1. AHMAD DINIE FURQAN BIN KAMARUZAMAN 2020964247 CS2493A

2. AHMAD FIKRI BIN RUS GHANI 2020977077 CS2493A

3. MUHAMMAD AFIF IQBAL BIN MOHD AZLI 2020977011 CS2493A

4. MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD ARIFF 2020993067 CS2493A

5. MUHAMMAD ARIF BIN HAMDAN 2020982875 CS2493A

6. SHAHRUL ADIEKA BIN MOHD JEFRIE 2020992893 CS2493A

7. MUHAMMAD NURAIMAN BIN HASMAL 2020984941 CS2493B

8. UMAR BIN KHAIZURAN 2020960721 CS2493B

PREPARED FOR:
PUAN IZYAN FARHANAH BINTI IBRAHIM

DATE OF SUBMISSION:

24TH MAY 2020


ABSTRAK

Masalah minda tubuh ialah perdebatan mengenai hubungan antara pemikiran dan
kesedaran dalam fikiran manusia, dan otak sebagai sebahagian dari tubuh jasmani. Ia
berbeza daripada persoalan bagaimana fikiran dan tubuh berfungsi secara kimia dan
fisiologi, kerana soalan itu mengandaikan hubungan interaksi dengan hubungan fikiran-
tubuh. Persoalan ini timbul apabila minda dan badan dianggap berbeza, berdasarkan premis
bahawa minda dan tubuh berbeza secara fundamental. Masalahnya ditangani oleh René
Descartes pada abad ke-17, mengakibatkan dualisme Cartesian, dan oleh ahli falsafah pra-
Aristotelian, dalam falsafah Avicennian, dan dalam tradisi Asia sebelumnya. Pelbagai
pendekatan telah dicadangkan. Kebanyakannya ialah sama ada dualis atau monis.
Dualisme mengekalkan perbezaan tegar antara alam fikiran dan perkara. Monisme
berpendapat bahawa hanya ada satu realiti, substansi atau intipati yang menyatukan, yang
mana semuanya boleh dijelaskan.
PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian
hanyalah untuk Dia yang telah memberikan kekuatan dan kesabaran untuk menyiapkan
tugasan ini. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ahlul bait dan
para sahabt sekalian.

Alhamdulillah hirabbil’alamin, kami merafakkan separuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan


limpah kurnianNya, dapat kami menyelesaikan laporan kerja lapangan CTU 552 Falsafah
dan Isu Semasa yang bertajuk Cartesian Dualisme. Kami juga menjulang sepenuh
penghargaan kepada Ustazah Izyan Farhanah Bt Ibrahim, Pensyarah program CTU 552, di
atas kesudian beliau membantu kami dalam menyiapkan tugasan tersebut. Kami juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara
langsung ataupun secara tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini.

Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan
dalam tugasan saya ini, segala kekurang harap dimaafkan.
ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat


1.0: Pengenalan

2.0: Pernyataan Masalah

3.0: Objektif Kajian

4.0: Kajian Literatur

5.0: Metodologi Kajian

6.0: Dapatan Kajian & Perbincangan

7.0: Rumusan & Kesimpulan

8.0: Bibliografi
1.0: PENGENALAN

Idea ini diperkenalkan oleh seorang ahli falsafah Perancis Rene Descartes pada
tahun 1664. Beliau berpandangan bahawa tubuh dan jiwa adalah dua entiti yang berbeza.
Tubuh bersifat fizikal, manakala, jiwa bersifat metafizikal Jiwa mampu wujud tanpa tubuh
tetapi tubuh tidak boleh wujud tanpa jiwa. Idea ini melahirkan banyak persoalan dalam
kalangan ahli falsafah. Antaranya, jika jiwa dan tubuh adalah dua benda yang berbeza,
bagaimana jiwa boleh mempengaruhi tubuh dan sebaliknya.

Rene Descartes merupakan seorang ahli falsafah moden daripada


negara Perancis. Beliau juga banyak menyumbang dalam bidang
geometri, algebra dan metafizik. Pada tahun 1596-1650, Descartes
mengusulkan teori mengenai dualisme kartesian, bahwa jiwa dan
tubuh berbeza secara substansi. Descartes menggunakan istilah
substansi kerana substansi kewujudannya tidak dipengaruhi.
Descartes mempostulasi bahawa lokasi tempat ‘bertemunya’ jiwa
dan raga mungkin terletak di otak tengah yang disebut sebagai kelenjar pineal (epiphysis
cerebri) oleh kewujudan subtansi yang lain.1

Rene Descartes juga dikenali sebagai Cartesius, ialah seorang ahli falsafah, ahli
matematik, dan ahli sains yang terkenal. Digelarkan sebagai "Pengasas Falsafah Moden"
serta "Bapa Matematik Moden", beliau mendapat tempat sebagai salah satu ahli fikir yang
terpenting dan terpengaruh pada zaman moden. Untuk kebaikan atau keburukan,
kebanyakan daripada falsafah barat yang kemudian merupakan satu reaksi terhadap karya-
karyanya yang telah dikaji dengan teliti sejak masanya sehingga hari ini. Descartes adalah
salah satu ahli fikir utama dalam Revolusi Saintifik di Dunia Barat. Beliau telah dihormati
dengan mempunyai sistem koordinat Cartes yang digunakan dalam geometri satah dan
algebra dinamai sempena namanya.

Cogito ergo sum adalah sebuah ungkapan yang diperkenalkan oleh Descartes
yang membawa maksud “aku berfikir maka aku ada”. Descartes merupakan seorang yang
amat skeptikal. Beliau sering mempersoalkan segala benda termasuk kewujudannya sendiri.
Perbuatan beliau mempersoalkan kewujudannya memberi kesedaran kepadanya oleh
kerana beliau mampu menyoal soalan tersebut, maka beliau sedar kerana hanya benda
sedar shaja yang boleh berfikir. Beliau perasan, ada tiga benda yang sememangnya tidak
boleh diragukan. Pertama ialah tuhan dan kedua ialah matematik. Hal ini demikian kerana
entiti dan objek berkenaan ialah mutlak, takkan mampu dipersoalkan. Benda terakhir yang
tidak boleh diragukan ialah kewujudan manusia.

1
Xavier, Nidya. (2019). Filsafat Manusia: Dualisme Cartesian.
Semasa Descartes meragui dan menyoal kesemua objek, beliau mendapati bahawa
beliau tidak mampu untuk meragui pemikirannya sendiri. Mana mungkin soalan itu wujud
tanpa minda yang berfikir. Beliau juga mendapati, segala konsep pandangan dan paradigm
wujud melalui minda. Oleh itu minda ialah realiti dan badan dikawal oleh minda, jadi, badan
juga ialah realiti.
2.0: PERNYATAAN MASALAH

Bagi setiap kertas kajian pasti ada masalah yang harus dikemukan supaya kajian itu dapat
dijalankan berpandukan kepada permasalahan tersebut. Masalah-masalah ini sering timbul
dan haruslah dikaji dan dirumus bagi mendapatkan persepakatan yang umum mengenai
kajian itu. Jadi di sini kami kemukakan beberap masalah tentang konsep dualisme.

Terdapat beberapa masalah yang kami boleh nyatakan sebelum kami menjalankan
kajian tentang konsep dualisme. Yang pertama sekali ialah orang ramai tidak mengetahui
tentang kewujudan dualisme ini di negara kita iaitu Malaysia. Rakyat Malaysia kurang
mengetahui ataupun cetek ilmu tentang konsep dualisme di mana ia tidak didedahkan
kepada mereka dan memerlukan pengkajian yang lebih. Oleh itu, kami menjalankan kajian
ini bagi memberikan pengetahuan yang luas dan menyeluruh mengenai konsep dualisme di
dalam dan juga luar negara.

Di samping itu, dari mana munculnya dualisme di Malaysia ini juga menjadi
persoalan kepada kami. Ramai yang tidak tahu bahawa dualisme itu wujud dalam beberapa
sektor penting sebelum dan selepas merdeka. Sektor seperti pendidikan dan ekonomi
adalah permulaan kepada kemunculan dualisme di negara kita ini. Salah satu konsep
dualisme yang diterapkan di dalam pendidikan ialah pendidikan vernacular yang mana
rakyat dibahagikan mengikut etnik masing-masing.

Selain itu, antara masalah yang timbul dalam konsep dualisme ini ialah masalah
minda tubuh yang mana ada persoalan mengatakan yang minda dan tubuh badan adalah
berbeza berpandukan premis bahawa minda dan tubuh itu berbeza secara fundamental.
Terdapat beberapa teori yang dikemukan oleh tokoh-tokoh dualisme antaranya ialah
Decartes, Plato dan lain-lain. Melalui kajian ini, kita dapat mengetahui bahawa minda dan
tubuh itu saling memerlukan walaupun secara konsepnya ia adalah berlawanan.
3.0: OBJEKTIF KAJIAN

Kertas kajian perlulah mempunyai objektifnya yang tersendiri. Tanpa objektif ataupun dalam
kata erti lain tujuan maka sukarlah untuk mengkaji tentang kajian yang dijalankan. Dalam
kajian kami ini iaitu tentang konsep Cartesian Dualism, kami dapat kemukakan objektif-
objektif yang kami hendak capai.

Terdapat beberapa objektif kajian yang boleh dicapai melalui kajian mengenai
konsep dualisme. Antaranya adalah untuk mengkaji sejarah bermulanya konsep dualisme
itu sendiri di Malaysia mahupun luar negara. Melalui sejarah konsep dualisme di Malaysia,
kajian kami ini dapat memberikan pengetahuan dan pemahaman yang luas tentang konsep
tersebut di samping membuktikan sejarah konsep dualisme yang telah wujud sekian lama di
negara kita. Konsep dualisme di luar negara juga perlu dikaji supaya kami dapat
menyatakan perbezaan konsep ini di antara negara kita dan negara lain.

Selain itu, objektif kami menjalankan kajian ini adalah untuk mengetahui faktor-faktor
bermulanya konsep dualisme dan juga kesannya kepada negara kita. Faktor-faktor yang
kami tumpukan dalam kajian ini adalah dari sektor ekonomi dan pendidikan. Hal ini kerana di
Malaysia, dua sektor ini merangkumi sebahagian besar daripada negara yang melibatkan
konsep dualisme secara jelas. Kesan konsep dualisme di tanah air kita ini perlulah dikaji
kerana kewujudan konsep tersebut mestilah mempunyai implikasinya. Sama ada kesannya
baik ataupun buruk, dalam jangka masa panjang atau pendek, semua itu kami ambil kira
bagi menentukan persepakatan umum terhadap konsep dualisme ini.

Akhir sekali, objektif kajian kami ialah dapat mengkaji dan menganalisis tentang
teori-teori yang dikemukan oleh tokoh-tokoh konsep dualisme. Antara contoh tokoh dualisme
ialah Decartes, Plato dan juga Aristotle. Mereka telahpun mempunyai perdebatan yang
besar mengenai konsep Cartesian Dualism ini, maka kami hendak menganalasis apakah
yang dapat kami ketahui melalui teori mereka ini.
4.0: KAJIAN LITERATUR

Pengenalan

Kajian ini membincangkan tentang dualisme Cartesian yang telah diperkembangkan


oleh seorang tokoh yang hebat bernama Decartes. Dualisme Cartesian berasal dari
pemikiran Plato dan Aristoteles yang menggasaskan eksistensi jiwa dan raga pada tahun
347-427 SM, pada tahun 1641 dualisme mula terkenal berkat daripada Rene Decartes yang
berpendapat bahawa jiwa adalah sesuatu yang bukan fizik yang terpisah dari tubuh.

Konsep/pengertian dualisme Cartesian

Konsep dualisme merupakan konsep universal yang berlaku dalam fenomena alam
mahupun hal yang sifatnya material dan spiritual. Dualisme dapat dikontekskan sebagai hal
yang berpasang-pasangan. Pada dasarnya, manusia merupakan makhluk yang memiliki
dua kepribadian, cenderung ke arah baik (positif) atau ke arah buruk (negatif). Seorang
dikatakan baik jika ia mendatangkan rahmat atau membuat perasaan bahagia. Sedangkan
pengertian buruk adalah segala sesuatu tercela. Dengan erti kata lain, Dualisme merupakan
konsep filsafat yang menyatakan bahwa segala sesuatu memiliki dua hal yang berlawanan
atau prinsip. Hidup dan mati, laki dan perempuan, siang dan malam, jiwa dan raga, sehat
dan sakit, kaya dan miskin, baik dan buruk, halal dan haram, pro dan kontra, aktif dan pasif,
statis dan dinamis, tampan dan buruk rupa, besar dan kecil, panjang dan pendek, manis dan
pahit, mahal dan murah, kuat dan lemah, dan seterusnya. Dalam konteks karya ini
merupakan representasi dari manusia yang pada dasarnya memiliki dua kepribadian, baik
dan buruk.

Teori dualisme Cartesian

Minda berfungsi sebagai mengarahkan raga untuk melakukan sebarang aktiviti yang
diberikan kepada raga, namun begitu tidak mempunyai kekuatan fizikal oleh sebab yang
demikian perhubungan antara kedua aspek ini saling ada perkaitan yang kuat.

Perhubungan yang kuat ini dikenali sebagai hubungan zat yang tidak terikat, ini
kerana jika kita lihat sejak lahiriah lagi minda dan raga wujud secara semulajadi, raga hanya
dapat berkelakuan jika adanya minda tetapi minda wujud tanpa raga. Jika kita lihat situasi
orang yang berada dalam keadaan koma, dia masih dapat berfikir tetapi tidak mampu
melahirkan sebarang aktiviti yang memberansangkan dan begitu juga kepada individu yang
mengalami lumpuh badan, cacat anggota dan sebagainya. Walaupun demikian anugerah
kedua aspek ini adalah kurniaan yang paling berharga buat manusia.
Zat mental adalah minda dan zat fizikal merupakan dua komponen yang berbeza
dan seringkali kita tersalah tafsir dalam menentukan kedua aspek ini. Perbezaan yang wujud
ini dikenali sebagai dualist dan turut dikenali sebagai ‘’ dualisme Cartesian ‘’.

Pendapat ini adalah hasil kajian dan konsep yang ingin diutarakan oleh Decartes,
malah beliau berpendapat bahawa dalam kehidupan ini, wujud tiga zat iaitu zat mental, zat
fizikal dan ketiga adalah tuhan.

Konsep dualisme adalah kewujudan dua zat yang berbeza iaitu zat minda dan zat
raga yang dimana kedua-duanya mempunyai fungsi yang tersendiri kerana minda berfungsi
sebagai memberikan sebarang tindakan kepada raga, contohnya minda memberi rasa lapar
dan minda juga memberi kesan raga seperti pergi ke kantin untuk makan, tindak balas ini
dikenali sebagai saling tindak ( interaction).
5.0: METODOLOGI KAJIAN

5.1 Pendahuluan

Menurut Hornby, metodologi kajian merupakan satu set kaedah yang digunakan bagi
menjalankan kajian ke atas suatu subjek tertentu. Kajian ini merupakan satu kajian
mengenai fahaman Cartesian Dualism. Berdasarkan tujuan kajian di atas, bahagian ini akan
membincangkan mengenai rekabentuk kajian, pengumpulan data, dan juga analisis data
bagi tajuk ini.

5.2 Rekabentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan sahaja iaitu kajian yang tidak
melibatkan aktiviti di lapangan. Metodologi ini adalah yang paling sesuai kerana kerana tidak
ramai yang mempunyai pengetahuan atau fahaman tentang tajuk ini dan sumber dan
maklumat berkenaan tajuk ini mudah diperoleh melalui metodologi ini.

Dalam kajian ini, bahan-bahan dan maklumat yang diguna pakai diperoleh daripada
artikel yang dipercayai informasi dan sumbernya di laman sesawang. Selain itu, kajian-
kajian lepas juga perlu diteliti oleh pengkaji bagi menyokong tajuk kajian dan menjadikannya
sebagai sumber rujukan. Kajian-kajian lepas itu penting bagi menunjukkan bahawa kajian ini
tidak mengulangi kajian-kajian lepas. Kebanyakan kajian-kajian lepas itu diambil daripada
kajian yang dilakukan di dalam negara dan di luar negara.

Selepas bahan-bahan rujukan dijumpai, setiap maklumat dan informasi dibaca


dengan teliti bagi memastikan ianya berkaitan dengan tajuk kajian yang dibuat. Antara
maklumat yang perlu dicari adalah penerangan tentang fahaman Cartesian Dualisme dan
asal usul fahaman berikut. Antara sumber maklumat yang diperoleh adalah daripada
“Dualisme Dalam Pendidikan” oleh Hj Rose De Yusof bin Hj Mohd Ramlee.

Bagi kajian-kajian lepas pula kami dapat memperoleh maklumat tentang hasil
dapatan kajian-kajian itu dan meneliti pendapat-pendapat daripada penulisnya. Antara kajian
lepas yang diguna pakai untuk memperoleh maklumat adalah kajian tentang “Dualisme
Masyarakat Bandar Pengetahuan Era K-Ekonomi” yang dibuat oleh Jalaluddin Abdul Malek
& Mohd Asruladlyi Ibrahim.
5.3 Pengumpulan Data

Data-data kajian ini diperoleh daripada kajian-kajian lepas dan juga artikel yang
terdapat dalam laman sesawang. Setiap informasi yang berkaitan dengan tajuk kajian ini
diambil keluar dan dikumpulkan. Antara informasi yang dikeluarkan adalah huraian tentang
maksud fahaman Cartesian Dualisme, asal usul fahaman tersebut, contoh-contoh
bagaimana fahaman tersebut diguna pakai di dalam kehidupan dan lain-lain.

5.4 Analisis Data

Setelah data-data dikeluarkan dan dikumpul, proses penganalisisan data akan


dibuat. Untuk mencapai objektif kajian ini, bandingan antara data dibuat untuk memastikan
ketepatan data yang diambil dan juga kesahihan informasi tersebut.

Menurut Halliday dalam kajian Ahmad Arifin Sapar (2011), kaedah analisis
perbandingan atau kontrastif ini meliputi dua aspek penting iaitu menghuraikan sebelum
membandingkan dan membandingkan aspek-aspek tertentu dan bukan bahasa secara
menyeluruh. Menutut Lado (1964) pula kaedah analisis ini perlu melalui tahap-tahap berikut:

1. Menghuraikan ciri-ciri yang akan dibandingkan.

2. Memastikan bahawa ciri-ciri tersebut dapat dibandingkan.

3. Membandingkan ciri-ciri dengan melihat persamaan dan perbezaan.

Dengan itu, kedua-dua pendekatan yang dikemukakan oleh Halliday dan Lado tersebut akan
digunakan untuk mencari persamaan dan perbezaan antara semua data dan informasi yang
diperoleh. Sebarang persamaan data antara artikel akan diambil kerana persamaan tersebut
bermakna data itu adalah benar tetapi jika terdapat perbezaan dalam artikel, perbandingan
akan dibuat antara artikel tersebut dan informasi yang boleh diperoleh mealui laman
sesawang bagi memastikan ketepatan artikel tersebut sebelum menggunakan data di dalam
artikel itu.

5.5 Penutup

Daripada isi-isi penting yang dibentangkan dalam bab ini, dapatlah disimpulkan
bahawa metodologi yang digunakan dalam kajian ini memerlukan kepada penelitian dan
penumpuan yang menyeluruh. Ini kerana bahan-bahan yang dijadikan sebagai sumber
rujukan merangkumi pelbagai cabang ilmu dan setiap cabang ilmu itu mempunyai banyak
rujukan yang penting. Jadi, pengkaji perlu meneliti setiap rujukan itu untuk mendapatkan
maklumat yang paling tepat dan sesuai dengan kajian ini.
Ada tiga langkah yang utama yang perlu dilakukan oleh pengkaji menerusi
metodologi ini iaitu menjalankan kajian perpustakaan, mengumpul data dan menganalisis
data. Kajian perpustakaan adalah langkah yang paling utama bagi memulakan kajian ini.
Bermula dengan mengumpul maklumat yang berkaitan daripada kajian perpustakaan,
langkah seterusnya akan menjadi mudah bagi pengkaji. Selepas itu, proses pengumpulan
dan penganalisisan data akan dijalankan.
6.0: DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

KONSEP DUALISME (Wikipedia & Kamus)

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat dualisme membawa maksud fahaman yang
berasaskan dua prinsip yang saling bertentangan seperti antara kebaikan dan kejahatan
dan antara terang dan gelap. Selain itu, dualisme juga adalah suatu keadaan apabila wujud
dua sifat yang ketara saling bertentangan pada diri seseorang. Manakala Dualisme
Cartesian pula adalah fahaman yang dibawa oleh Rene Descartes juga dikenali sebagai
Cartesius. Beliau ialah seorang ahli falsafah, ahli matematik, dan ahli sains yang terkenal.
Digelarkan sebagai "Pengasas Falsafah Moden" serta "Bapa Matematik Moden", beliau
mendapat tempat sebagai salah satu ahli fikir yang terpenting dan terpengaruh pada zaman
moden.

LATAR BELAKANG RENE DESCARTES (article 6)

Lahir pada 31 Mac 1596 di La Haye, Touraine iaitu salah sebuah daerah kecil di Perancis
Tengah dan meninggal dunia pada tahun 1650. Rumah di mana Descartes dilahirkan masih
ada sehingga kini dan nama tempat tersebut telah ditukar kepada “Descatres” sempena
memperingatinya.

Descartes mempunyai minda yang cerdas. Ketika berumur 8 tahun, Descartes telah
dihantar ke Jesuit College Royal bertempat di La Fleche. Kira-kira 8 tahun beliau
menghabiskan masa di sana. Di sana beliau belajar ilmu logik, falsafah, matematik dan fizik.
Rene Descartes pernah berkhidmat secara sementara sebagai seorang tentera. Meskipun
menyertai tentera, beliau tidak pernah terlibat dengan peperangan sebenar di medan
pertempuran. Sebaliknya, dengan menyertai tentera, beliau berpeluang menjelajah ceruk
rantau Eropah. Beliau terus mencari ilmu dengan membaca buku-buku yang bagus kerana
itulah yang telah diajarkan kepada beliau di La Fleche dulu.

Apabila membincangkan tentang falsafah moden Barat, beliau adalah merupakan


tokoh yang disebut terlebih dahulu, Descartes telah dianggap di dunia Barat sebagai “Bapa
Falsafah Moden”. Idea beliaulah yang telah mencetuskan gelombang menggunakan akal
fikiran dalam mencapai pengetahuan dan menolak ajaran gereja-gereja Kristian yang
kononnya berpegang kepada wahyu.

Seterusnya, gelaran “Bapa Falsafah” diberikan kepada beliau sesuai dengan


kedudukannya sebagai orang pertama di zaman moden yang membangunkan falsafah yang
berdiri di atas keyakinan diri sendiri yang dihasilkan oleh pengetahuan akal (aqliyyah).
Descartes disanjung di dunia Barat kerana keberaniannya melepaskan diri daripada
kongkongan tradisi gereja Kristian yang menyekat perkembangan falsafah pada zaman
pertengahan.

PEMIKIRAN RENE DESCARTES MENGENAI DUALISME (article 5)

Descartes membuktikan dalam metodenya bahawa beliau wujud kerana beliau berfikir, jika
beliau berhenti berfikir maka tidak ada bukti yang jelas menyatakan beliau wujud. Oleh
demikian, Descartes memisahkan antara fikiran dan tubuh badan. Yang terbukti wujud
adalah fikiran, berbeza dengan tubuh badan dan sekaligus memberi kefahaman bahawa
fikiran adalah sebuah hakikat kewujudan manakala tubuh badan sebagai mesin yang
dijalankan oleh fikiran.

Bagi Descartes, manusia terdiri daripada dua kewujudan iaitu jiwa (fikiran) dan tubuh
badan (deria). Tubuh badan bertindak atas arahan fikiran, ketika fikiran meragui kewujudan
dunia luar tubuh badan akan bergerak untuk membuktikan kebenaran pada keraguan
tersebut. Seperti keraguan terhadap panasnya api, sebelum kulit menyentuh api, fikiran
meragui bahawa api itu bersifat panas, dan ketika tersentuhnya kulit kepada api, maka
terbuktilah bahawa api itu wujud dan bersifat panas.

Fikiran ini memisahkan antara jiwa dan tubuh badan yang akhirnya melahirkan
Dualisme Cartesian. Descates melalui kesukaran untuk membuktikan bagaimana dua
kewujudan yang terpisah ini berhubung antara satu sama lain. Beliau menjawab bahawa
jiwa dan tubuh berhubung melalui kelenjar kecil yang terletak dibawah otak, dan akhirnya
beliau sendiri meragui terhadap teori dualisme ini.
PEMIKIRAN RENE DESCARTES MENGENAI RASIONALISME

Menurut Rene Descartes, beliau merasakan dapat berfikir secara meluas apabila dia berfikir
berdasarkan metode yang rasional untuk menganalisis kehidupan alam ini. Dengan
pemikiran yang rasional ini manusia mampu menghasilkan ilmu-ilmu pengetahuan yang
berguna seperti ilmu sains dan teknologi.

Kebenaran adalah kenyataan tanpa keraguan, baik logik dari segi deduktif mahupun induktif.
Dalam proses penaakulannya (pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau
logik) perlu mengunakan primis-primis pengetahuan yang dianggap benar. Kenyataan ini
membawa kita kepada pertanyaan, bagaimana kita dapat mengkelaskan kebenaran
tersebut. Pada dasarnya terdapat dua cara utama bagi manusia untuk mendapatkan
pengetahuan yang benar:

 Mendasarkan diri kepada rasional.


 Mendasarkan diri kepada pengalaman.

Ahli Rasionalisme mendasarkan diri mereka kepada rasional dan Ahli Empirisisme
berdasarkan diri kepada pengalaman. Ahli Rasionalisme menggunakan metode deduktif
dalam menyusun pengetahuannya. Cara yang digunakan dalam membuat pertimbangan
bersumberkan dari idea yang dianggap jelas dan boleh diterima. Idea ini menurut mereka
bukanlah ciptaan pemikiran manusia, bahkan prinsip itu sendiri sudah wujud sebelum
manusia memikirkannya. Fahaman ini dikenali sebagai Idealisme. Fungsi pemikiran
manusia hanyalah mengenali prinsip tersebut agar menjadi pengetahuan. Prinsip itu sendiri
sudah wujud dan bersifat keutamaan yang dapat diketahui manusia sebelum kemampuan
berfikir secara rasional.

Pengalaman tidaklah menghasilkan prinsip bahkan sebaliknya, hanya dengan mengetahui


prinsip sebelum pertimbangan rasional itulah kita dapat mengetahui kejadian yang berlaku.
Konklusinya dapat dikatakan di sini idea bagi Ahli Rasionalisme ini bersifat keutamaan dan
pengalaman yang didapatkan oleh manusia itu sebelum suatu pertimbangan rasional
diambil.
PERKEMBANGAN DAN PENGARUH DUALISME DI MALAYSIA

Pada era serba moden ini, tanpa kita sedar Malaysia juga mempraktikkan konsep dualisme
itu sendiri. Beberapa sektor seperti ekonomi dan pendidikan menggunakan konsep dualisme
ini. Malahan, konsep ini telah sekian lamanya wujud sebelum dan selepas merdeka. Kami
mengenal pasti konsep dualisme mengikut sektor seperti yang berikut:

 SEKTOR EKONOMI (article 7)

Konsep ekonomi dualisme adalah satu konsep yang mula digunakan oleh J.H Boeke
(1953) untuk mewakili ekonomi dan masyarakat yang dibahagikan antara sektor
tradisional dan moden. Dua bentuk eksploitasi ekonomi utama yang dilakukan oleh
penjajah ialah perlombongan dan perladangan getah. Penjajah Eropah telah
mewujudkan pembahagian etnik berdasarkan pembahagian pekerjaan. Orang
Melayu berada dalam sektor kerajaan dan pertanian, manakala Cina sebagai
pelombong dan peniaga manakala orang India sebagai pekerja ladang.

Sistem ekonomi penjajah tertumpu kepada perdagangan moden yang


berasaskan perusahaan getah dan perlombongan bijih timah. Sistem ekonomi ini
berasaskan pasaran bandar dan diletakkan di bawah kawalan British. Sistem ini
banyak melibatkan kumpulan etnik Cina dan India. Manakala sistem ekonomi
tradisional ialah sektor pertanian, komoditi utamanya ialah penanaman padi dan
perikanan. Teknik pengeluaran, pemasaran dan tenaga kerja di dominasi oleh etnik
melayu dengan berteraskan budaya Melayu luar bandar atau budaya Melayu
tradisional.

Secara tidak langsung, ekonomi dualisme ini telah melambangkan agihan


tenaga kerja mengikut tiga etnik utama di Malaysia. Etnik Melayu tertumpu di sektor
pertanian tradisional iaitu pekebun kecil getah, kelapa, pesawah padi, dan nelayan
kecil-kecilan. Dalam sektor ekonomi moden pula, ia di dominasi oleh kumpulan etnik
Cina. Mereka menceburi aktiviti perlombongan, perkilangan dan perkhidmatan.
Ketidakseimbangan antara etnik jelas dilihat dalam sektor ketiga apabila separuh
daripada sektor ini di dominasi oleh etnik Cina manakala etnik Melayu dan India
hanya sedikit sahaja. Sektor ini menjadikan jurang etnik menjadi lebih luas lagi.
Secara ringkasnya, dualisme mewujudkan dua jenis sektor ekonomi iaitu pertamanya
ialah sistem ekonomi moden yang mengetengahkan pengeluaran secara besar-
besaran dan aktiviti perdagangan syarikat saham bersama Inggeris yang
kebanyakannya diusahakan oleh pengusaha Eropah dan imigran-imigran China dan
India. Manakala, sektor ekonomi yang kedua ialah kegiatan ekonomi bersifat tradisi
yang majoritinya diusahakan oleh orang Melayu secara kecil-kecilan dan tidak
tersusun dari segi perancangan serta pembangunannya. Melalui sistem dualisme
ekonomi yang dibentuk oleh penjajahan barat inilah yang telah memberi impak
dalam kehidupan masyarakat peribumi sehingga menyebabkan peminggiran mereka
di tanah air mereka sendiri

 SEKTOR PENDIDIKAN (article 3)

Dualisme dalam pendidikan secara ringkasnya ialah pengasingan di antara ilmu


agama dengan ilmu selain agama. sebagai gambaran yang lebih jelas dualisme
pendidikan membawa erti pemfokusan kepada satu aspek sahaja dalam pendidikan
iaitu sama ada dalam ilmu pendidikan agama seperti aqidah dan tauhid ataupun
dalam ilmu pendidikan umum seperti sains, matematik, dan sebagainya. Rentetan
dari perkara ini menyebabkan ketidakseimbangan antara pendidikan yang
sepatutnya diterima oleh masyarakat, maka timbullah pelbagai aliran pemikiran yang
bahaya seperti liberalisme, rasionalisme, saintisme dan banyak lagi.

Mereka yang menceburi bidang pendidikan agama akan lebih mahir dalam bidang
keagamaan (hukum hakam, fiqh, ibadah dan mu’amalat, fardhu ‘ain dan fardhu
kifayah) tanpa sedikit pun mengambil berat keperluan pendidikan umum sebagai
ilmu pengetahuan tambahan yang perlu ada bagi setiap individu. Manakala mereka
yang mempelajari bidang pendidikan umum seperti ilmu matematik, ilmu perubatan,
sains, geografi dan sebagainya akan mempunyai kemahiran dalam bidang masing-
masing tetapi tidak dicampuri dengan ajaran Islam yang syumul.

Islam memang tidak melarang bahkan lebih kepada menggalakkan umatnya agar
mempelajari bidang pengetahuan yang selain daripada bidang keagamaan.
Tujuannya hanyalah semata-mata agar umat Islam tidak ketinggalan dengan
kepesatan ilmu yang semakin hari semakin canggih kini. Anjuran menuntut ilmu
memang jelas terdapat dalam Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas
bin Malik RA:

“Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap orang Islam (lelaki dan perempuan).”

[Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Abu Ya’la]


FAKTOR KEMUNCULAN DUALISME DALAM PENDIDIKAN DAN EKONOMI (article 4 &
7)

Secara umumnya dualisme dalam pendidikan bermula apabila sesebuah negara itu dijajah
oleh negara barat sebagai contoh di Tanah Melayu (Malaysia) yang pada masa itu telah
dijajah oleh British selama lebih 50 tahun. Sebagaimana yang kita tahu salah satu agenda
utama penjajah ialah menyebarkan agama mereka di tanah jajahannya dan juga untuk
menjatuhkan agama Islam. Maka, salah satu cara mereka untuk mengaburi mata
masyarakat dari beragama khususnya agama Islam ialah dengan mengasingkan agama
dalam pendidikan.

Setiap ilmu yang diajar akan lebih berdasarkan kepada logik akal dan hasil ujikaji
seperti sains, fizik, kimia dan banyak lagi tanpa memasukkan ciri-ciri ketuhanan dalam
setiap subjek yang diajar. Tambahan pula, faktor kemunduran umat Islam dalam bidang
pendidikan ini turut memberi kejayaan kepada masyarakat barat untuk membuat acuan
pembelajaran mengikut kehendak mereka serasi dengan matlamat mereka iaitu untuk
menjauhkan masyarakat dari mengenali tuhan.

Seterusnya, dualisme dalam ekonomi pula dikaitkan dengan perkembangan


empayar eropah dengan meneliti ideologi yang mendasari imperialisme mereka dan
impaknya di tanah jajahan. Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan imperialisme
sebagai fahaman politik yang bertujuan menjajah negara lain. Manakala, kolonialisme
bermaksud dasar atau amalan sesebuah negara meluaskan penguasaannya terhadap
sesebuah negara.

Dalam erti kata lain, kolonialisme merupakan satu tindakan penjajahan yang terbit
daripada imperialisme. Oleh sebab itu, dalam melaksanakan dasar ekonomi imperial di
tanah jajahan, kuasa penjajah seperti British perlu membentuk kerajaan kolonial yang
dikawal terus oleh kerajaan di negara induk. Ringkasnya, konsep dualisme telah bertapak di
Malaysia sejak sekian lama iaitu era sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan lagi.
Malahan, konsep ini masa wujud pada era yang serba moden dan canggih ini.
KESAN ATAU IMPLIKASI KONSEP DUALISME

Sesuatu yang kita buat pastinya mendatangkan suatu kesan. Kesan atau implikasi tersebut
boleh datang dalam keadaan baik atau buruk. Perubahan terhadap diri, masyarakat, agama
dan negara dapat dilihat apabila suatu tindakan diambil dan dibuat ke atasnya. Terdapat
beberapa kesan ke atas konsep dualisme mengikut sektor seperti yang berikut:

 SEKTOR EKONOMI (article 7)


I. Kepelbagaian budaya dan masyarakat majmuk.
Kemunculan sistem ekonomi dualisme yang diperkenalkan oleh British
banyak meninggalkan kesan ke atas masyarakat Tanah Melayu. Tidak dapat
dinafikan bahawa hasil daripada kewujudan sistem tersebut, masyarakat
Tanah Melayu menjadi majmuk dan dihiasi dengan kepelbagaian budaya.
Kemasukan imigran asing daripada Cina dan India secara besar-besaran
yang pada asalnya adalah untuk meningkat ekonomi British telah
menyebabkan Tanah Melayu ditambah dengan kaum dan etnik baru. Setelah
berhijrah ke Tanah Melayu, kebanyakkan imigran Cina dan India terus
menetap di Tanah Melayu dan mengembangkan keturunan mereka sebagai
masyarakat Tanah Melayu. Perbezaan etnik dan budaya telah menyebabkan
berlakunya proses asimilasi dalam kelompok masyarakat Tanah Melayu.
Kebanyakkan masyarakat mula mengadaptasikan diri mereka dengan
persekitaran dan mereka mula saling memahami budaya dan adat masing-
masing. Meskipun ramai masyarakat Cina dengan rela hati meninggalkan
identiti nasionalisme China mereka dan menggantikan dengan identiti
nasional Tanah Melayu, mereka tetap membina satu kesedaran komuniti
yang kuat bagi menuntut hak komuniti mereka dalam pembahagian kuasa di
Tanah Melayu.
Mereka tidak menganggap lagi kehidupan mereka di Tanah Melayu
sebagai besifat sementara. Percampuran adat dan budaya juga
menghasilkan satu adat dan cara kehidupan baru yang membezakan bangsa
Cina dan India dengan negara asal mereka. Sesetengah percampuran juga
melebihi batas kaum seperti berlakunya perkahwinan antara kaum dan
menyebabkan wujudnya keturunan campuran baru seperti Baba Nyonya,
Cina Peranakan, Jawi Peranakan dan lain-lain. Kesan daripada itu juga,
pelbagai jenis agama berbeza dianuti dan dirayakan oleh masyarakat dalam
Tanah Melayu. Perbezaan ini juga menyebabkan masyarakat dalam Tanah
Melayu saling memahami dan cuba menghormati antara satu sama lain.
II. Ketidakseimbangan ekonomi atau monopoli ekonomi mengikut kaum.
Dualisme ekonomi yang dibuat oleh British telah menyebabkan ekomomi di
bandar dimonopoli oleh orang Cina begitu jelas dalam sektor perlombongan
dan perniagaan di bandar manakala orang Melayu di luar bandar
menjalankan kegiatan ekonomi tradisional. Hal ini terjadi akibat tindakan
dasar British yang membuat dasar ekonomi berdasarkan etnik. Keadaan ini
membuktikan bahawa matlamat orang Cina hanya untuk menjadikan Tanah
Melayu sebagai batu loncatan untuk mencari kekayaan.
Selain tu, orang Cina juga mempunyai kepentingan dalam perniagaan
di kawasan petempatan orang Melayu. Keadaan ini dapat dilihat hampir di
seluruh lokasi berlakunya pergaduhan Melayu-Cina. Di kawasan
perkampungan Melayu di Perak, peniaga Cina menjalankan tindakan
memboikot orang Melayu. Barangan keperluan harian tidak dijual kepada
orang Melayu, sebaliknya mereka dimaki hamun ketika urusan jual beli. Di
Johor, perniagaan orang Cina di kawasan kampung dan pekan kecil terjejas
kerana kebanyakan pelanggan mereka adalah orang Melayu. Lantaran
daripada kemunduran dan kemiskinan menyebabkan orang Melayu tidak
mampu bersaing dan memajukan diri setaraf dengan golongan imigran
khususnya bangsa Cina.
Maka dengan ini jelas menunjukan bahawa dualisme ekonomi yang
dijalankan oleh British hanya memajukan golongan imigran Cina dan telah
menjadikan orang Melayu yang merupakan penduduk asal tanah melayu
menjadi mundur dan tidak maju serta orang Melayu ini juga turut ditindas oleh
golongan imigran Cina dan juga penjajah British.

III. Pendidikan vernakular.


Kesan seterusnya dapat dilihat dalam hal pendidikan yang berbeza dengan
kewujudan pendidikan vernakular. Kesan daripada wujudnya sistem ekonomi
dualisme yang membahagikan bahagian-bahagian tertentu mengikut garis
etnik masing-masing, tiada keseragaman terbentuk dalam sistem pendidikan
Tanah Melayu semasa zaman penjajahan British. Kemasukan imigran yang
pelbagai telah mewujudkan pelbagai jenis aliran pendidikan vernakular.
Sistem pendidikan vernakular telah membahagikan setiap bangsa
membina kerangka identiti mereka mengikut kaum dan etnik sendiri.
Disebabkan bilangan golongan masing-masing yang semakin bertambah
dalam Tanah Melayu, golongan-golongan atasan dan intelek setiap bangsa
masing-masing banyak memikirkan langkah-langkah bagi meningkatkan taraf
pembelajaran generasi baru bangsa mereka terutamanya golongan Cina
yang telah membawa masuk sukatan pelajaran mereka sendiri daripada
Negara China dan mereka turut membawa masuk guru-guru asal daripada
Negara ibunda mereka. Mereka juga banyak membuka sekolah-sekolah dan
mereka mementingkan pendidikan anak-anak mereka.

Berbeza dengan kaum India, mereka kelihatan kurang berminat untuk


menubuhkan sekolah-sekolah. Namun, pemilik-pemilik ladang telah membina
sekolah-sekolah Tamil di estet bagi mengelakkan kaum India daripada
meninggalkan ladang-ladang mereka. Pada tahun 1856, sekolah Melayu di
negeri selat telah ditubuhkan setelah mendapat arahan daripada mahkamah
pengarah di India pada tahun 1855. Namun, akibat daripada kurangnya
kesedaran tentang pendidikan telah menyebabkan sekolah ini terpaksa
ditutup. Tambahan pula, pendidikan bagi anak perempuan tidak begitu
ditekankan kerana pemikiran tradisional ibu bapa yang masih kolot
menganggap bahawa mereka tidak setaraf dengan anak lelaki yang lebih
memiliki bidang pekerjaan yang lebih luas berbanding anak perempuan yang
cukup hanya sekadar mampu melakukan kerja-kerja rumah dan mendapat
pendidikan tidak formal seperti memasak dan menjahit.
 SEKTOR PENDIDIKAN (article 4)
I. Wujud masyarakat yang tidak beragama (Atheis).
Disebabkan pengasingan pendidikan dengan aspek-aspek ketuhanan, maka
masyarakat akan mula berfikir mengikut logik akal dan tidak akan mengenali
pencipta mereka. Sebagai contoh dalam subjek sains yang tidak ada
langsung dikaitkan dengan sebab kepada kemunculan manusia adalah
dengan kuasa tuhan tetapi disebabkan sperma bercantum dengan ovari dan
sebagainya.

II. Wujud sesi persekolahan yang berbeza.


Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, pembesar-pembesar
Melayu telah meminta bantuan daripada seorang timbalan Majistret Province
Wellesley (Seberang Perai), A.M Skimmer untuk memikirkan satu cara untuk
memartabatkan pendidikan dalam kalangan kaum Melayu. Oleh itu, pada
tahun 1872, rancangan persekolahan secara dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi
petang telah diperkenalkan. Rancangan persekolah ini menerapkan
pembelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Ilmu alam dan Vokasional pada sesi
pagi persekolahan, manakala sesi petang menerapkan pembelajaran bersifat
keagamaan seperti bahasa Arab dan al-Quran. Rancangan pembelajaran ini
telah diterima baik oleh banyak pihak disetiap peringkat dan disebarkan ke
negeri-negeri Melayu lain seperti Selangor yang telah membina sekolah
Melayu pertama di Tanah Melayu pada tahun1875.

III. Wujud sistem penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pembelajaran di


Malaysia.
Hasrat kerajaan untuk melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sekali lagi
menimbulkan perdebatan dalam kalangan ahli akademik dan pejuang
Bahasa. Biarpun sekolah diberi pilihan sama ada mahu melaksanakan atau
tidak, perkembangan itu dikhuatiri akan mewujudkan dua kelompok yang
berbeza cara fikir mengikut 'kiblat bahasa' masing-masing. Apabila kerajaan
membenarkan pelajar memilih untuk belajar subjek tersebut sama ada dalam
bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Hal demikian akan menghasilkan
dualisme pemikiran dan daya bertindak. Jadi mereka mempunyai cara yang
berbeza dan mereka mungkin akan mengasingkan diri dengan aliran mereka
sendiri, nanti hasilnya tiada perpaduan antara murid di dalam sekolah. (Astro
Awani, 9 April 2019)
IV. Wujud jurang antara ulama dan cendekiawan.
Sistem pendidikan yang bersifat dualisme antara madrasah-madrasah
(sekolah-sekolah) yang hanya memberikan pelajaran pengetahuan agama
yang hanya akan melahirkan golongan ulama-ulama yang tidak mempunyai
pengetahuan ilmu-ilmu moden. Begitu juga dengan sekolah-sekolah moden
yang mengeluarkan ahli-ahli dalam berbagai bidang keilmuan dan kemahiran
yang sedikit pengetahuan agamanya. Lantaran dengan memasukkan ilmu
pengetahuan moden ke dalam sekolah-sekolah dan dengan memperkuat
didikan agama di sekolah-sekolah seperti yang terdapat di Malaysia pada hari
ini, maka jurang yang memisahkan golongan ulama dari golongan ahli ilmu
akan dapat diperkecilkan.

Selain itu, pada hari sistem pendidikan bersepadu telah dipraktikkan bagi
menggantikan sistem pendidikan berkonsepkan dualisme ini. Pendidikan
bersepadu boleh disimpulkan dengan ciri-ciri khas berikut:
 Pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.
 Pendidikan yang berteraskan tauhid.
 Adanya integrasi antara iman, ilmu dan amal.
 Tidak ada pemisahan antara konsep ilmu agama dan ilmu
dunia atau tiada pemisahan antara pendidikan agama dan
pendidikan umum.
7.0: RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh didapati daripada hasil kajian kami ini ialah Rene Descartes
seorang ahli falsafah yang mementingkan akal fikiran sahaja. Descartes juga telah
mencetuskan idea tentang penggunaan akal dalam mencapai ilmu pengetahuan dan
dianggap “Bapa Falsafah Moden” oleh ahli falsafah di Barat. Idea ini telah menyebabkan
majoriti masyarakat Barat mengagungkan akal fikiran dan menolak perkara yang tidak boleh
diterima akal seperti kewujudan tuhan atau ajaran-ajaran agama yang lain. Perkara ini telah
menyebabkan institusi keagamaan seperti gereja mendapat sokongan yang agak minimal di
Barat.

Masyarakat di Malaysia juga terkesan dengan keadaan dualisme kerana penjajahan


Inggeris ke Tanah Melayu sejak tahun 1874. Dualisme yang boleh dilihat dengan jelas di
Malaysia adalah dari segi ekonomi dan pendidikan. Sektor moden dengan daya kadar
pengeluaran yang tinggi didominasi oleh kebanyakan orang Cina dan India di Malaysia
manakala masyarakat Pribumi lebih banyak berada di sektor tradisional yang rendah kadar
pengeluarannya. Hal ini kerana, masyarakat Pribumi dipinggir oleh sektor moden yang
diakibatkan oleh dualisme ekonomik ini Dari segi pendidikan pula, ilmu agama Islam makin
kurang dikaitkan dalam pembelajaran dan pengajaran kerana lebih tertumpu akan ilmu
duniawi. Perkara ini akan menyebabkan fahaman sekular berkembang dengan lebih pesat.
Oleh itu, keadaan dualisme ini hendaklah ditangani dengan cepat agar kesejahteraan
agama dan negara lebih terjamin untuk masa yang akan datang.
8.0: BIBLIOGRAFI

1. Jalaluddin Abdul Malek, Mohd Asruladlyi Ibrahim(2014), ”Dualisme Masyarakat Bandar


Pengetahuan Era K-Ekonomi”, Journal of Social Sciences and Humanities, Vol. 9, No.2
(2014) 024-047.

2. Hj Rose De Yusof Bin Hj Mohd Ramlee(2009), ”Dualisme Dalam Pendidikan”, Sarjana


Pendidikan dalam Pengajian Islam,Institut Pendidikan Sultan Haji Hassanal Bolkiah,
Universiti Brunei Darussalam.

3. Siti Aisyah Bte Hadi Munir, “Dualisme Pendidikan”, Arkib Utusan Malaysia Online.

4. Al-Qur’an Dan Terjemahnya Juz 1 - 30(1997), Kuala Lumpur : Pustaka Antara Sdn Bhd.

5. Mohd Amirul Naim Bin Mohd Salleh, Muhammad Muaz Bin Kamarulzaman, Muhammad
Hazman Bin Md Hosni, “Falsafah Moden: Rene descartes”,Malaysia.

6. Solehah Hj Yaacob, Hairunnaja Hj Najmuddin(2008), “Rene Descartes (1596-1650) Dan


Metode Cogito”, Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 121-140.

7. Nidya Almira Xavier, Filsafat Manusia: Dualisme Cartesian. Diperolehi pada 18 May-2020-
daripada
https://www.researchgate.net/publication/331876031_Filsafat_Manusia_Dualisme_Carte
sian

8. Kee-Man Chuah, Writing A Literature Review: A Quick Guide. Diperolehi pada 16 May
2020 daripada https://www.slideshare.net/keemanxp/writing-a-literature-review-a-quick-
guide

9. Kamus Dewan Edisi Keempat.(2010). Dewan Bahasa dan Pusaka.

10. Mohd Shazwan Mokhtar(2018), “Historiografi Dasar Ekonomi Imperial British Di Tanah
Melayu, 1895-1940”, Wacana Utara Siri Pertama 2018, Institut Pendidikan Guru Kampus
Darul Aman.

You might also like