Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Bahagian A [50 markah]

1. Huraikan tiga jenis kemahiran pengurusan. [6]

1. Konseptual

Pengurus melihat organisasi secara keseluruhan, memahami perkaitan antara setiap

jabatan dalam organisasi, mengenal pasti pengaruh persekitaran dalaman dan luaran

terhadap organisasi.

2. Antara perorangan

Pengurus mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam mengendalikan hubungan

dengan orang lain, kerja dalam kumpulan dan bekerjasama dengan orang lain sama

ada di dalam syarikat atau di luar syarikat.

3. Teknikal

Keupayaan dan kecekapan pengurus untuk menggunakan kaedah-kaedah, prosedur,

teknik, sistem, peralatan dan pengetahuan dalam bidang yang khusus untuk

melaksanakan tugas atau kerjanya.

4. Pengurusan masa

Penggunaan masa oleh pengurus secara cekap dan berkesan dalam merancang dan

melaksanakan aktiviti kerja.

5. Pembuatan keputusan

Pengurus berkeupayaan memahami dan menganalisis masalah, membentuk

alternatif-alternatif penyelesaian dan memilih alternatif terbaik bagi menyelesaikan

sesuatu masalah organisasi.

Mana-mana 3 fakta

Fakta 3x1

Huraian 3x1

2. Nyatakan empat jenis bentuk struktur penjabatanan. [4]

1. Penjabatanan Mengikut Fungsi

2. Penjabatanan Mengikut Divisyen

3. Penjabatanan Mengikut Matriks

4. Struktur Berdasarkan Pasukan

1
5. Struktur Berdasarkan Projek

6. Struktur Berdasarkan Unit Perniagaan Strategik (SBU)

7. Struktur Berdasarkan Organisasi Tanpa Sempadan

Mana-mana 4 fakta pertama x1m=4m

5. Huraikan dua perkara yang menentukan elemen niat dalam undang-undang kontrak

1950.[4]

a) Sesuatu niat tidak mengikat di sisi undang-undang

- Jika perjanjian melibatkan pihak-pihak yang mempunyai tali kekeluargaan seperti

perjanjian keluarga, sosial, domestik.

b) Sesuatu niat terikat di sisi undang-undang

- Jika perjanjian berbentuk komersial atau melibatkan pihak-pihak dalam perniagaan

seperti perjanjian sewa beli, perjanjian perumahan dan perjanjian pinjaman daripada

bank.

1F+1H x 2 = 4m

6. Nyatakan enam elemen kontrak dalam Akta Jualan Barang-Barang 1957 [6]

a) Waranti

b) Keterangan

c) Bebas dari kesulitan

d) Boleh guna

e) Mutu

f) Syarat

g) Wujud dua pihak iaitu penjual dan pembeli

h) Wujud barang sebagai subjek utama yang dikontrakkan

i) Terdapat balasan wang daripada satu pihak yang lain

j) Wujud perpindahan hak milik daripada penjual kepada pembeli

Pilih mana-mana enam yang pertama

1Fx4m= 4 markah

2
7. Huraikan tiga prinsip berunding antara pengurus syarikat dengan pembekal.( 6)

Prinsip berunding antara pengurus syarikat dengan pembekal.

1. Tumpuan kepada minat dan bukan kepada kedudukan

- Tumpuan kepada pokok permasalahan, isu atau matlamat.

-Elak merujuk kepada jawatan, pangkat atau status

2. Asingkan manusia daripada masalah

- Tumpukan kepada penyelesaian masalah

- Elakkan beremosi

3. Jana pelbagai pilihan

- Menjana sebanyak mungkin alternatif penyelesaian yang munasabah kepada

masalah.

4. Guna kriteria yang objektif dan boleh diterima

- Penyelesaian berdasarkan kepada maklumat dan data yang sedia ada

- Elakkan andaian, ramalan dan persepsi

- Boleh dilaksanakan mengikut tempoh, kemampuan dan keupayaan.

Pilih mana-mana tiga yang pertama

1Fx3= 3m, 1H=3m;

=6m

8. Huraikan empat peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam

memasarkan produk syarikat. (4)

Peranan Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) dalam memasarkan produk

syarikat.

1. Medium pengiklanan produk iaitu dengan memperkenalkan produk baharu

2. Medium untuk mereka bentuk laman web untuk mempromosikan atau menghantar

katalog

3. Medium tempahan barangan secara atas talian

4. Kaedah pembayaran seperti penggunaan kad kredit dank kad debit untuk pembayaran

5. Medium bagi pengguna membuat perbandingan harga dan melihat senarai harga

6. Menyimpan data atau maklumat pelanggan

7. Menyimpan data atau maklumat produk dan maklumat pemasaran seperti harga dan

3
tempat pengedaran

Pilih mana-mana empat yang pertama

1H=1X 4=4M

9. Berikan maksud min, mod, median dan julat. [4]

Min

Jumlah semua nilai dibahagi dengan bilangan data ATAU nilai purata sesuatu set data

yang diberikan.

Mod

Nombor yang paling kerap berulang ATAU kumpulan data dengan kekerapan yang

paling tinggi

Median

Nilai data yanf terletak ditengah-tengah data yang telah disusun mengikut tertib.

Julat

Perbezaan antara nilai terbesar dengan nilai terkecil dalam suatu set data.

1maksud = 1m x 4=4m

You might also like