Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

1 | UniKL OHSEMSPM Bahasa Melayu bersama Cikgu Lindar Nor, Guru Inovasi Pendidikan 2022

PENGENALAN…
KERTAS 2 – 100 MARKAH
2 JAM 30 MINIT

Bahagian A – Sistem dan Aplikasi Bahasa (35 markah)


• Soalan 1 – Morfologi
• Soalan 2 - Sintaksis
• Soalan 3 - Penyuntingan
• Soalan 4 - Bahasa Melayu Standard
• Soalan 5 - Peribahasa
Bahagian B – Pemahaman (35 markah)

• Soalan 6 dan 7 - berdasarkan petikan bahan prosa dan bukan prosa


(Umum / Drama / Cerpen / Prosa Tradisional / Puisi Tradisional / Sajak)

• Soalan 8 - berdasarkan novel tingkatan 4 dan 5

Bahagian C – Rumusan (30 markah)

• Soalan 9 - menulis rumusan

Jumlah keseluruhan soalan: 9 soalan

Cikgu lindar nor haslindar nor halim lindarnorhalim cidamempaneh.blogspot.com cikgulindarnor


2 | UniKL OHSEMSPM Bahasa Melayu bersama Cikgu Lindar Nor, Guru Inovasi Pendidikan 2022

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM (SOALAN 6)

BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
PETIKAN UMUM

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Tanaman herba bukan saja mewujudkan suasana landskap menghijau di dalam atau di
luar rumah, malah turut memberi pelbagai manfaat lain. Tanaman ini boleh dimakan iaitu dijadikan ulam dan
digunakan sebagai penyedap dalam masakan, mahupun sebagai bahan perubatan tradisional. Bagi yang
tidak mempunyai ruang landskap di luar rumah, pokok herba juga boleh ditanam di dalam pasu dan
diletakkan di dalam rumah. Tanaman ini juga sesuai disusun di bahagian dapur kerana tidak memerlukan
ruang yang besar dan mudah dijaga.

Pengarah Urusan dan Pakar Landskap Enrich Focus Sdn Bhd Maznah Ariffin berkata, “Ada
pelbagai jenis tanaman herba yang boleh ditanam dan memberi banyak manfaat. Selain pokok hiasan,
banyak jenis pokok herba boleh ditanam kerana penjagaannya tidak sukar. Lebih menarik, pokok herba ada
pelbagai kelebihan kerana boleh dimakan dan dijadikan sebagai ubat malah mempunyai kebaikan berganda
berbanding menanam pokok hiasan,” katanya.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pokok herba penghias


rumah’
oleh Nor Hanisah Kamaruzaman, Harian Metro, 19 Mac 2016

Bahan 2

Dahulu, pokok herba ini biasanya digunakan oleh masyarakat sebagai bahan ubat-tradisional
untuk merawat penyakit dan sebagai makanan tambahan untuk menguatkan tenaga. Tumbuhan herba
ini juga sering digunakan dalam masakan bagi menyedapkan rasa masakan. Tumbuhan herba yang
biasa digunakan dalam masakan seperti lengkuas, kunyit, halia dan bawang putih sebenarnya
mempunyai khasiat yang menakjubkan.

Kini, pengguna mula cenderung kepada produk semula jadi, lalu mereka memilih untuk
menjadikan tumbuhan herba sebagai bahan utama kegunaan harian. Untuk itu, Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani mengambil langkah proaktif dengan menjalankan penyelidikan mengenai
tumbuhan herba. Kementerian ini juga mengadakan kempen secara besar-besaran berkaitan dengan
penanaman tumbuhan herba untuk menyedarkan masyarakat tentang industri ini. Kempen ini boleh
dijalankan melalui pelbagai cara termasuklah media massa agar masyarakat dapat menyedari
kepentingan industri tumbuhan herba.

Dipetik dan diubah suai daripada‘Keajaiban Tumbuhan


Herba’
oleh Nazrul Azim Sharuddin, Utusan Malaysia, 10 Julai 2017

Cikgu lindar nor haslindar nor halim lindarnorhalim cidamempaneh.blogspot.com cikgulindarnor


3 | UniKL OHSEMSPM Bahasa Melayu bersama Cikgu Lindar Nor, Guru Inovasi Pendidikan 2022

(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud pelbagai kelebihan. [2 markah]

Berikan makna perkataan seerti yang paling tepat.

PESANAN CIKGU LINDAR NOR…


1. Gunakan teknik ‘SATU-SATU’
2. Teknik SATU-SATU ialah
tukarkan maksud satu demi satu.
Pelbagai – banyak, berbagai-bagai
Kelebihan – faedah, kebaikan

Contoh jawapan
Maksud pelbagai kelebihan ialah banyak faedah– 2 markah.

Maksud pelbagai kelebihan ialah berbagai-bagai kebaikan – 2 markah.

Maksud pelbagai kelebihan ialah pelbagai faedah– 1 markah.

Maksud pelbagai kelebihan ialah banyak kelebihan – 1 markah.

(ii) Merujuk bahan 1 dan bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan manfaat tumbuhan
herba. [3 markah]
PESANAN CIKGU LINDAR NOR…

1. Baca arahan Soalan (ii) dahulu untuk menjimatkan masa.


2. Cari kata kunci arahan soalan dan garis atau highlight
3. Selepas itu baca petikan.
4. Sambil membaca dan fahami petikan, sambil itulah mencari jawapan pada soalan (ii)

Merujuk bahan 1 dan bahan 2, persamaan manfaat tumbuhan herba ialah tumbuhan herba
sebagai penyedap dalam masakan dan sebagai bahan perubatan tradisional.
Perbezaannya adalah dalam Bahan 1 tumbuhan herba mewujudkan suasana landskap
menghijau di dalam atau di luar rumah dan boleh dimakan sebagai ulam, manakala
Bahan 2 ialah sebagai makanan tambahan untuk menguatkan tenaga.

SnT – Salin dan Tampal – Copy n Paste

Cikgu lindar nor haslindar nor halim lindarnorhalim cidamempaneh.blogspot.com cikgulindarnor


4 | UniKL OHSEMSPM Bahasa Melayu bersama Cikgu Lindar Nor, Guru Inovasi Pendidikan 2022

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)


(iii) Industri herba di negara ini perlu dimajukan kerana masyarakat mula cenderung untuk
menjadikan tumbuhan herba sebagai bahan utama kegunaan harian.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk memajukan industri herba di negara
ini? [3 markah]

PESANAN CIKGU LINDAR NOR…

Gunakan teknik BASuH


Baca Baca soalan yang diberikan
Analisis Cari kata kunci arahan soalan. Gunakan teknik PuKelangC
Subjek Tentukan subjek/kata nama dalam soalan dan jawapan anda.Gunakan
teknik DiKeMaSen+MM
Hurai Huraikan jawapan dengan menyambung ayat menggunakan teknik
BUDAKS

PuKeLangC

Akronim Kata kunci Kata sama makna Kata sama makna tersirat
(berdasarkan konteks soalan)
Pu PUNCA Faktor / Sebab / Alasan Tiada
Ke KESAN Akibat / Implikasi / Kesan positif / Kepentingan /
Impak Manfaat / Faedah / Kebaikan
/ Kelebihan
atau
KEKANGAN Masalah / Halangan, Tiada
Rintangan / Aral
Lang LANGKAH Cara / Usaha / Inisiatif / Peranan / Tanggungjawab /
Tindakan / Kaedah Tugas / Fungsi / Persediaan /
Persiapan
C CONTOH Seperti / Misal / Tamsil Tiada

atau
CIRI Kriteria / Sifat / Bentuk Tiada

Gunakan teknik BUDAKS


B Bagi
U Untuk
D Demi/dengan
A Agar
K Kerana
S Supaya/seperti

Cikgu lindar nor haslindar nor halim lindarnorhalim cidamempaneh.blogspot.com cikgulindarnor


5 | UniKL OHSEMSPM Bahasa Melayu bersama Cikgu Lindar Nor, Guru Inovasi Pendidikan 2022

Gunakan teknik DiKeMaSeN + MM

Dimensi HURAIAN

DIRI Saya,pelajar, murid, seseorang itu, setiap individu, remaja.


KELUARGA ibu bapa, adik beradik, abang, kakak, adik.
MASYARAKAT komuniti setempat, rukun tetangga, jiran tetangga, jiran sekeliling,
jiran setempat, masyarakat sekeliling, masyarakat di kawasan
kejiranan
KAUM – Melayu, Cina, India, Kadazan, Bidayuh, Iban, Melanau
SEKOLAH pengetua, pentadbir, guru disiplin, guru mata pelajaran, guru
kaunselor, guru/ahli persatuan dan kelab, guru/ahli sukan dan
permainan.
NEGARA/ Kementerian Pendidikan Malaysia (tema pendidikan),
KERAJAAN Kementerian Pelancongan (tema pelancongan), Jabatan
Perhilitan atau Jabatan Alam Sekitar (tema alam sekitar), Polis
Diraja Malaysia (tema jenayah/masalah sosial), Dewan Bahasa
dan Pustaka, pihak berkuasa.
MEDIA MASSA Televisyen (iklan, dokumentari, drama, filem), Instagram,
Facebook, Whats App, Telegram, Twitter, Tik Tok, surat khabar,
risalah, poster, papan tanda

(iii) Industri herba di negara ini perlu dimajukan kerana masyarakat mula cenderung untuk
menjadikan tumbuhan herba sebagai bahan utama kegunaan harian.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk memajukan industri herba di negara ini?
[3 markah]

CONTOH JAWAPAN

Langkah-langkah untuk memajukan industri herba di negara ini ialah


pengusaha herba hendaklah menambah ilmu pengetahuan dalam bidang
industri herba dengan menyertai kursus-kursus yang berkaitan industri herba.
Selain itu, kerajaan memberikan subsidi kepada pengusaha herba agar mereka
dapat meningkatkan kualiti tanaman mereka. Kerajaan hendaklah memasarkan
produk tumbuhan herba dengan mengeksportnya ke ke luar negara. Televisyen
hendaklah menyiarkan dokumentari pengusaha tanaman herba supaya
memberi inpirasi kepada individu lain untuk melibatkan diri dalam industri
herba.

Cikgu lindar nor haslindar nor halim lindarnorhalim cidamempaneh.blogspot.com cikgulindarnor


6 | UniKL OHSEMSPM Bahasa Melayu bersama Cikgu Lindar Nor, Guru Inovasi Pendidikan 2022

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

PENYELESAIAN MASALAH
(iv) Keluarga anda merupakan pengusaha produk berasaskan tumbuhan herba. Antara produk yang
dihasilkan adalah seperti minyak urut, kosmetik, losen dan minyak wangi. Walau bagaimanapun,
penggunaan herba dalam perubatan dan kecantikan masih belum digunakan secara meluas.
Masyarakat kurang yakin dengan keberkesanan produk yang berasaskan herba ini kerana terdapat
sebahagian besar produk yang tidak mendapat kelulusan pihak berwajib. Selain itu, produk
berasaskan herba turut bersaing dengan ubat-ubatan moden.
Sekiranya anda diberi tanggungjawab untuk menguruskan perusahaan tersebut pada masa akan
datang, apakah tindakan anda untuk memajukan perusahaan ini?
[4 markah]

PESANAN CIKGU LINDAR NOR…

Gunakan teknik BASuH, PuKeLangC, BUDAKS dan DiKeMaSeN+MM

CONTOH JAWAPAN

Sekiranya saya diberi tanggungjawab untuk menguruskan perusahaan tersebut


pada masa akan datang, tindakan saya untuk memajukan perusahaan ini ialah
saya akan memastikan produk yang dihasilkan mendapat kelulusan pihak
berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, saya akan
memastikan produk yang dihasilkan dibungkus dengan baik dan menarik. Di
samping itu, saya akan memasarkannya melalui saluran media sosial untuk
mengembangkan perusahaan ini. Akhir sekali, saya akan memohon subsidi
atau bantuan daripada kerajaan untuk meningkatkan industri herba
berkembang dengan maju.

Cikgu lindar nor haslindar nor halim lindarnorhalim cidamempaneh.blogspot.com cikgulindarnor


7 | UniKL OHSEMSPM Bahasa Melayu bersama Cikgu Lindar Nor, Guru Inovasi Pendidikan 2022

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PETIKAN SASTERA (SOALAN 7)

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Rintihan Bumi
Setiap hari aku berdoa agar anak-anakku
Menjaga adab
Aku banyak kali menegur
Tetapi mereka tidak juga berubah
Aku hanya mampu menangis sehingga banjir
Aku pukul mereka dengan Tsunami
Tetapi mereka tidak menerima teguran itu untuk berubah.
Akhirnya apabila aku geram

Tuhan perintahkan aku menggoncang badan aku


Gempa maha dahsyat berlaku
Sehinggakan aku demam, mereka tetap terus
Mencabut pokok-pokokku
Apabila aku geram, keluarlah taufan tetapi mereka
Tetap tidak berubah.

Muhd. Syazwan Sahlan


Sungai Buluh, Selangor.
Dewan Siswa, Bil. 1 2018

Cikgu lindar nor haslindar nor halim lindarnorhalim cidamempaneh.blogspot.com cikgulindarnor


8 | UniKL OHSEMSPM Bahasa Melayu bersama Cikgu Lindar Nor, Guru Inovasi Pendidikan 2022

Bahan 2

“Demi malar hijau yang kamu cintai, kamu perlu belajar. Hutan ini memerlukan kamu.”
“Apa maksud cikgu?” “Tidakkah kamu tahu bahawa di seluruh dunia, hutan diancam aktiviti
pembalakan. Sindiket yang gila akan duit menceroboh dan membunuh fauna dan flora di kawasan
hutan simpan. Bukan sahaja di Malaysia, malah hutan malar hijau di Lembangan Amazon juga
terancam.”
“Pohon-pohon tembusu padang, meranti seraya, dan meranti tembaga di kawasan simpan,
20 km dari sini sudah tiada lagi cikgu,” kata Daneng terputus-putus. Suaranya ditenggelami
kekecewaan yang pedih. “Apakah yang dapat saya lakukan. Apabila tiba di sana, mereka sudah
tiada, pokok-pokok ini juga sudah tiada.”
“Sebab itulah kamu harus belajar, Daneng. Mungkin kamu dapat menjadi pegawai
perhutanan negara, dan melaksanakan satu rancangan yang lebih agresif untuk membanteras
kelompok musuh ini, atau kamu dapat menjadi saintis, mencipta sesuatu yang dapat menggantikan
tempat kayu. Barulah hutan akan terselamat. Masa depan pohon tualang pujaanmu juga akan
terjamin,” hujah Jo.
Dipetik daripada cerpen ‘Lambaian Malar Hijau’
oleh Seroja Theavy a/p Balakrishnan
antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka

Bahan 3
PANTUN SAYANGI ALAM

Tumbuh pegaga di tanah rata,


Penuh kawasan luas terbentang;
Mari dijaga alam semesta,
Jadi warisan generasi mendatang.

Tercalit ranah di atas pelantar,


Sapu ke tepi cemar tak berubah;
Andai musnah alam sekitar,
Bersedia hadapi segala musibah.

Di hujung desa tumbuh halban,


Kian tenggelam dilitupi lalang;
Harta binasa nyawa terkorban
Keindahan alam turut hilang

Nor Hafuza Arif,


Shah Alam

Cikgu lindar nor haslindar nor halim lindarnorhalim cidamempaneh.blogspot.com cikgulindarnor


9 | UniKL OHSEMSPM Bahasa Melayu bersama Cikgu Lindar Nor, Guru Inovasi Pendidikan 2022

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menjaga adab. [2 markah]

PESANAN CIKGU LINDAR NOR…


Gunakan teknik ‘SATU-SATU’
1. Teknik SATU-SATU ialah tukarkan maksud satu demi satu.

Contoh jawapan
Maksud menjaga adab ialah memelihara budi pekerti/tingkah laku

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kesan-kesan kemusnahan alam sekitar akibat
aktiviti manusia.
[4 markah]
Contoh jawapan
Bahan 1
- Banjir, Tsunami, gempa bumi dan taufan

Bahan 2
- Di Malaysia dan Lembangan Amazon hutan malar hijau juga terancam.
- Pohon-pohon tembusu padang, meranti seraya, dan meranti tembaga di kawasan
simpan, 20 km dari sini sudah tiada lagi
Bahan 3
- Akan dilanda musibah.
- Harta musnah
- nyawa terkorban
- Keindahan alam turut hilang

CONTAH JAWAPAN LENGKAP


Berdasarkan semua bahan, kesan-kesan kemusnahan alam sekitar akibat aktiviti manusia
adalah terjadinya banjir, Tsunami, gempa bumi dan taufan. Selain itu, di Malaysia dan
Lembangan Amazon hutan malar hijau juga terancam. Pohon-pohon tembusu padang,
meranti seraya, dan meranti tembaga di kawasan simpan, 20 km dari sini sudah tiada lagi.
Di samping itu, manusia akan dilanda musibah, harta musnah, nyawa terkorban dan
keindahan alam turut hilang.

(iii) dan (iv) ialah soalan KBAT dan KBAT penyelesaian masalah
PESANAN CIKGU LINDAR NOR…

Gunakan teknik BASuH, PuKeLangC, BUDAKS dan DiKeMaSeN+M

Cikgu lindar nor haslindar nor halim lindarnorhalim cidamempaneh.blogspot.com cikgulindarnor


10 | UniKL OHSEMSPM Bahasa Melayu bersama Cikgu Lindar Nor, Guru Inovasi Pendidikan 2022

SOALAN RUMUSAN

PESANAN CIKGU LINDAR NOR…

Mahirkan diri dengan teknik PuKeLangC

Baca petikan dan sajak di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan dan sajak.

Bahan 1 – Petikan
Permainan tradisional dikenali juga sebagai permainan rakyat yang dipusakai daripada generasi
terdahulu. Bentuk permainan rakyat yang berseni ini merupakan salah satu daripada identiti negara
yang patut dipelihara demi kepentingan generasi pada masa hadapan. Contoh permainan tradisional
ialah permain guli, batu seremban, congkak, kaki gajah dan galah panjang. Antara permainan tersebut,
congkak merupakan permainan tradisional yang paling popular. Walau bagaimanapun, perubahan
teknologi telah mencipta pelbagai jenis permainan digital menjadi punca kepada kurangnya minat
generasi baharu terhadap permainan tradisional, termasuklah permainan congkak.
Sekiranya diperhalusi, permainan congkak yang menetapkan dua orang pemain dalam satu
permainan membolehkan semangat setia kawan dizahirkan yang menjadi asas kepada kerukunan
hidup bermasyarakat. Di samping itu, permainan congkak dalam kalangan masyarakat terdahulu
berupaya mencerdaskan ketajaman akal. Hal ini berkaitan dengan perkataan congkak itu sendiri
membawa maksud pengiraan. Kemahiran pengiraan ditekankan melalui mengira mata membuktikan
bahawa generasi dahulu sudah didedahkan dengan ilmu matematik. Permainan congkak juga mampu
dijadikan sebagai riadah yang menyeronokkan. Selain itu, manfaat permainan ini boleh mengelakkan
seseorang itu daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.
Selain itu, permainan congkak yang mempunyai tujuh lubang sebaris dan dua lubang ibu yang
dipanggil “kampung” terletak di hujung papan. Lubang ibu tersebut mestilah diisi dengan buah
sebanyak mungkin untuk mencapai kemenangan. Secara tidak langsung, permainan congkak
menekankan nilai kejujuran apabila pemain mematuhi peraturan permainan tanpa melakukan
penipuan walaupun berkeinginan untuk memenangi pertandingan tersebut. Kegagalan generasi muda
memahami falsafah ini dalam permainan congkak menjadi faktor minat mereka semakin hilang.
Tambahan pula, sesetengah ibu bapa pada hari ini menganggap bahawa setiap permainan tradisional
termasuk congkak boleh menjejaskan masa belajar anak-anak mereka. Alangkah ruginya jika warisan
dan budaya tinggalan nenek moyang tidak lagi dihargai sehingga hilang dalam arus peredaran masa.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Memugar Permainan Tradisional,’
Oleh Nazri Hussein,
Dewan Budaya, Bil. 3/2019

Cikgu lindar nor haslindar nor halim lindarnorhalim cidamempaneh.blogspot.com cikgulindarnor


11 | UniKL OHSEMSPM Bahasa Melayu bersama Cikgu Lindar Nor, Guru Inovasi Pendidikan 2022

Bahan 2 – PANTUN

Rendang sungguh pohon cemara, Sayang kumbang mencari makan,


Teruna berkawal siap siaga; Terbang ria beriring-iringan;
Duduk bersimpuh manis si dara, Erat hubungan sesama kawan,
Sopan santun pasti dijaga. Gelak ketawa hilang tekanan.

Terbang tinggi burung kenari, Ilham: Cikgu Lindar Nor


Hinggap sebentar di dahan tinggi;
Bersaing tekun bijak bestari,
Menang tidak menyombong diri.

CADANGAN JAWAPAN
Bahan 1
Fokus 1 – Manfaat permainan congkak
M1 - membolehkan semangat setia kawan dizahirkan yang menjadi asas kepada kerukunan hidup
bermasyarakat.
M2 - berupaya mencerdaskan ketajaman akal.
M3 - sebagai riadah yang menyeronokkan.
M4 - Permainan ini boleh mengelakkan seseorang itu daripada melakukan aktiviti yang tidak
berfaedah.
M5 - permainan congkak menekankan nilai kejujuran apabila pemain mematuhi peraturan
permainan tanpa melakukan penipuan walaupun berkeinginan untuk memenangi pertandingan
tersebut.

Fokus 2 - Punca generasi hari ini kurang berminat.


P1 – perubahan teknologi telah mencipta pelbagai jenis permainan digital yang menjejaskan minat
generasi baharu terhadap permainan tradisional, termasuklah permainan congkak.
P2 - Kegagalan generasi muda memahami falsafah ini dalam permainan congkak menyebabkan
minat mereka semakin hilang.
P3 – Sesetengah ibu bapa pada hari ini menganggap bahawa setiap permainan tradisional
termasuk congkak boleh menjejaskan masa belajar anak-anak mereka

Bahan 2
Fokus 1 - Manfaat permainan congkak
M6 - memupuk nilai kesopanan semasa bermain
M7 – memupuk nilai ketekunan dan kebijaksaan
M8 - sekiranya menang tidak sombong diri
M9 – mengeratkan hubungan sesama kawan
M10 – menghilangkan tekanan

Cikgu lindar nor haslindar nor halim lindarnorhalim cidamempaneh.blogspot.com cikgulindarnor


12 | UniKL OHSEMSPM Bahasa Melayu bersama Cikgu Lindar Nor, Guru Inovasi Pendidikan 2022

Cara menulis pendahuluan rumusan


Rumusan membincangkan manfaat permainan congkak dan punca generasi
hari ini kurang berminat - 2 markah.

Cara menulis kesimpulan rumusan


PESANAN CIKGU LINDAR NOR…

Gunakanlah teknik TeCaHa

1. Tema – tema/ isu yang sedang dibincangkan dalam bahan


2. Cadangan (cadangan perkataan - hendaklah, mestilah, haruslah)
3. Harapan (cadangan perkataan – supaya, agar, bagi)

Kesimpulannya, permainan congkak hendaklah dipromosikan dengan lebih


meluas agar permainan ini diminati oleh generasi hari ini. (2 markah)

Cikgu lindar nor haslindar nor halim lindarnorhalim cidamempaneh.blogspot.com cikgulindarnor


13 | UniKL OHSEMSPM Bahasa Melayu bersama Cikgu Lindar Nor, Guru Inovasi Pendidikan 2022

CARA MEMILIH ISI RUMUSAN


FOKUS BILANGAN Cadangan Cadangan Cadangan Cadangan
ISI DALAM bilangan isi bilangan isi bilangan isi bilangan isi
BAHAN murid murid murid murid
Bahan 1
FOKUS 1
(MANFAAT)
5 4 3 3 1
Bahan 1
FOKUS 2
(PUNCA)
3 2 3 1 3
Bahan 2
FOKUS 1
(MANFAAAT)
5 2 2 4 4
JUMLAH
KESELURUHAN 13 8 8 8 8
ISI

CARA MENULIS RUMUSAN LENGKAP

Rumusan membincangkan manfaat permainan congkak dan punca generasi hari ini kurang berminat
terhadap permainan congkak.

Manfaat permainan congkak ialah permainan ini membolehkan semangat setia kawan dizahirkan
yang menjadi asas kepada kerukunan hidup bermasyarakat. Permainan ini berupaya mencerdaskan
ketajaman akal dan boleh mengelakkan seseorang itu daripada melakukan aktiviti yang tidak
berfaedah. Seterusnya, permainan ini dapat memupuk nilai kesopanan semasa bermain dan
sekiranya seseorang itu menang tidak menyombong diri. Melalui permainan ini seseorang dapat
mengeratkan hubungan sesama kawan.

Punca generasi hari ini kurang berminat terhadap permainan congkak.kerana perubahan teknologi
telah mencipta pelbagai jenis permainan digital. Berikutnya, generasi muda gagal memahami
falsafah ini dalam permainan congkak.

Kesimpulannya, permainan congkak hendaklah dipromosikan dengan lebih meluas agar permainan
ini diminati oleh generasi hari ini.

119 patah perkataan


SEMOGA MEMBERIKAN MANFAAT
SALAM KASIH SAYANG DARIPADA CIKGU LINDAR NOR
GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU
SMK SERI MULIA KUALA LUMPUR

Cikgu lindar nor haslindar nor halim lindarnorhalim cidamempaneh.blogspot.com cikgulindarnor

You might also like