Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 9 SHAH

SEKOLAH BERPRESTASI
ALAM TINGGI

KERTAS
KERJA
GALA – CANDLE LIGHT DINNER

UNIT HAL EHWAL MURID

Disediakan Oleh
Pn Yuziha Binti Mohamad Yusof
Penyelaras 2
Malam Candle Light Dinner Niners 2019
SK Seksyen 9, Shah Alam
Sekolah Berprestasi Tinggi

1
KERTAS KERJA

1.0 NAMA PROGRAM :

Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam merupakan sekolah


berprestasi tinggi yang sentiasa mementingkan prestasi akademik, kokurikulum
serta sahsiah murid-muridnya. Sekolah ini telah berjaya mengekalkan
pencapaian akdemik yang terbaik, khasnya UPSR dalam kalangan sekolah
rendah berprestasi tinggi seluruh Malaysia serta sekolah-sekolah dalam daerah
Petaling Perdana.
Pencapaian akademik dan kokurikulum yang baik diikuti dengan sahsiah
yang berdisiplin menjadikan sekolah ini sentiasa menjadi pilihan para ibu bapa
untuk mendapat ruang menempatkan anak-anak mereka di sini.
Kejayaan sekolah ini mengekalkan prestij yang terbaik adalah kerana
wujudnya semangat kerjasama dan kesungguhan yang tinggi di kalangan para
pentadbir, guru-guru serta staf sokongan menggembleng tenaga dalam
memastikan kemenjadian murid-murid.
Justeru itu, pihak sekolah , dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan
Guru merancang untuk mengadakan majlis makan malam amal yang bertemakan
“CHARITY GALA DINNER - JUNIOR CANDLE LIGHT NINERS 2019 ”. Ia bertujuan untuk
mencari dana khasnya bagi menampung kos pembinaan trek balapan bagi kemudahan dan kegunaan
murid-murid sekolah ini. Selain itu, sebahagian dana yang diperoleh akan digunakan untuk menampung
dan membiayai program dan aktiviti murid anjuran PIBG, Unit HEM dan sesi petang. Ia adalah
berlandaskan konsep menawarkan meja makan malam kepada kumpulan sasaran tertentu seperti ibu
bapa, guru-guru, alumni, badan korporat, sektor swasta dan komuniti
setempat.
Perolehan yang dikumpul hasil dari penawaran meja tadi adalah
datangnya daripada pembelian meja, penajaan dan sumbangan ikhlas daripada
kumpulan sasaran tadi. Projek ini dirancang bagi menyediakan dana kewangan
yang kukuh bagi membiayai pelbagai aktiviti murid, meningkatkan
pembangunan prasarana sekolah selain mengeratkan hubungan jalinan dan
jaringan antara pihak sekolah dengan ibu bapa, penjaga serta komuniti sekitar.
Dalam sistem dunia yang semakin canggih dan materialistik, kedudukan kewangan
yang kukuh adalah merupakan penggerak utama dalam setiap perancangan aktiviti dan
program sekolah. Tanpa dana yang mencukupi, cita-cita mahupun perancangan hanyalah
sebuah khayalan.
Oleh yang demikian, adalah diharapkan dengan usaha dan inisiatif yang jitu ini,
matlamat untuk menambah dana kewangan sekolah melalui program makan malam amal
ini akan tercapai. Keutuhan dan kestabilan tabungan ini akan membolehkan pihak sekolah
bergerak cergas dalam usaha membantu murid-murid dalam aspek pembangunan intelek,
rohani, emosi dan jasmani.

2.0 MATLAMAT :

2.1 Menambahkan sumber kewangan untuk membiayai Projek Trekton,


iaitu pembinaan trek balapan bagi kemudahan murid-murid
membuat latihan olahraga/ balapan;
2.2 Membiayai program dan aktiviti-aktiviti yang berteraskan
murid-murid di bawah kelolaan Unit HEM dan Sesi Petang;
2.3 Menambah dana PIBG bagi menambahbaik prasarana sekolah.
2.4 Merapatkan ukhwah silaturrahim dalam kalangan warga

2
sekolah SK Seksyen 9, Shah Alam, SBT dengan ibu bapa,alumni,
murid-murid serta komuniti setempat.

3.0 OBJEKTIF :

3.1 Menambahkan sumber kewangan untuk membiayai Projek Trekton,


iaitu pembinaan trek balapan bagi kemudahan murid-murid
membuat latihan olahraga/ balapan;
3.2 Membiayai program dan aktiviti-aktiviti yang berteraskan
murid-murid di bawah kelolaan Unit HEM dan Sesi Petang;
3.3 Menambah dana PIBG bagi menambahbaik prasarana sekolah.

4.0 KUMPULAN SASARAN :

- Guru-guru
- Ibu bapa
- PIBG
- ALUMNI
- Murid-murid
- Institusi-institusi korporat dan swasta
- Komuniti setempat

5.0 PELAKSANAAN PROGRAM :

Tarikh : 26 April 2019


Hari : Jumaat
Masa : 7:00 hingga 11.30 malam
Tempat : Dewan Konvensyen, IDCC Shah Alam

6.0 STRATEGIK PELAKSANAAN

BIL TARIKH PERKARA TINDAKAN CATATAN

1 5.01.2019 Perbincangan bersama PK HEM untuk Penyelaras / Membuat draf


draf kertas kerja PK HEM Kertas Kerja

2 11.01.2019 Penyediaan Draf Kertas Kerja untuk Penyelaras / Mengedit


semakan PK HEM / Kertas Kerja
Guru Besar jika perlu
Cemerlang
PK HEM
3 16.01.2019 Kelulusan Kertas Kerja Malam GALA – Guru Besar Lulus / Tidak
CANDLE LIGHT DINNER 2019 Cemerlang Lulus
4 25.01.2019 Taklimat Malam GALA – CANDLE LIGHT Penyelaras /PK Penerangan
DINNER 2019 HEM tentantif
Guru Besar mesyuarat dan
Cemerlang / bidang tugas
AJK AJK

3
5 05.02.2019 Promosi jualan amal meja Penyelaras / PK Memastikan
HEM / Guru promosi
Besar dijalankan.
Cemerlang /
AJK

6 05.03.2018 Dapatan jualan, rangka persediaan di Penyelaras / Memastikan


tempat Malam Gala diadakan J/K Persiapan jumlah jualan
Tempat meja amal.
Merangka
persediaan
tempat
7 24.04.2019 Persiapan tempat di IDCC Penyelaras / Memastikan
J/K Persiapan persediaan

6 26.04.2019 Pelaksanaan Malam GALA – CANDLE AJK Lancar / Tidak


LIGHT DINNER

7.0 AKTIVITI

8.0 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

PENGERUSI
EN. AB RASHID BIN MD IHSAN
Guru Besar Cemerlang SBT

NAIB PENGERUSI 1
PN. SURIA BINTI KECHIK
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SBT

NAIB PENGERUSI 2
PN. SITI MURNI BINTI AJIR
Penolong Kanan Pentadbiran SBT

NAIB PENGERUSI 3
EN. FAUZAN BIN AB. SAMAD
Penolong Kanan Kokurikulum SBT

NAIB PENGERUSI 4
PN. NORFAAZAH BINTI YACOB
Penolong Kanan Petang SBT

PENYELARAS 1
PN. NURAZILAH BINTI ABDUL RAOF
PENYELARAS 2
PN. YUZIHA BINTI MOHAMAD YUSOF
BENDAHARI
PN. NOORASYIKIN BINTI SALEH

4
9.0 TENTATIF

7.00 malam Pendaftaran


7.40 malam Para tetamu mengambil tempat
8.15 malam Ketibaan tetamu kehormat
Persembahan – Selamat dating (Muzika Tari Niners)
Nyanyian 3 lagu –Negaraku, N.Selangor & Lagu sekolah
Bacaan Doa
Ucapan Pengerusi Majlis
Persembahan multimedia
Ucapan Guru Besar Cemerlang
Ucapan Perasmian
Gimik Perasmian
Jamuan makan malam
Persembahan Muzika Tari Niners
Acara selingan (artis jemputan)
Penyampaian Cenderamata
Sesi fotografi
11.30 malam Majlis Bersurai

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERBELANJAAN (RM)
BIL PERKARA
PCG PIBG SUMBANGAN
1. Jamuan makan ( 1000 pax X RM50 ) RM 50,000.00
- Tajaan meja
- Anak Yatim
- Peserta Persembahan

2. Sewa Dewan ( 7 grid line X RM3,900) RM 27, 300.00

3. Led Screen (1 Unit) RM 3,500.00

4. Sistem siar raya RM 6,000.00


Pentas
PA system

5. Banner, bunting ( 5 Unit X RM150) RM 750.00

JUMLAH RM 86, 800.00

11.0 PENUTUP

Penganjuran majlis jamuan makan malam amal ini diharapkan dapat mencapai
objektif yang disasarkan. Dengan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat, pastinya
program yang dirancang akan terlaksana. Kerjasama yang terjalin juga akan mengeratkan
hubungan serta persefahaman khasnya dalam kalangan para ibu bapa , barisan PIBG dan
guru-guru Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam, Sekolah Berprestasi Tinggi.

Disediakan oleh : 5 Disemak oleh :

Nama : YUZIHA BINTI MOHAMAD YUSOF

You might also like