Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

Teks Ucapan

Yang Berbahagia
Prof. Dato’ Dr. Hanafiah
Harunarashid
Pro Naib Canselor
Kampus Kuala Lumpur UKM

Di Majlis Sambutan Hari


Embriologis Sedunia Peringkat
Kebangsaan 2023 Dan
Memperkenalkan Program Diploma
Pascasiswazah Embriologi Klinikal

25 Julai 2023 (Selasa)


Jam 9.00 Pagi

Galeri Kompleks Pendidikan Perubatan


Canselor Tuanku Ja’afar

1
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.

Yang Berbahagia
Prof. Dr. Nur Azurah Abdul
Ghani
Ketua
Jabatan Obstetrik dan
Ginekologi
dan wakil Pengarah
Hospital Canselor Tuanku
Muhriz

2
Yang Berusaha
Prof. Madya Dr. Abdul Kadir
Abdul Karim
Ketua
Pusat Reproduktif Termaju
HCTM

Mantan-mantan
Ketua Pusat Reproduktif
Termaju

Ketua-ketua Jabatan

3
Pegawai-pegawai Kanan UKM

Pegawai-Pegawai Embriologis
Para tetamu jemputan
Hadirin dan hadirat yang
dihormati sekalian

1. Bersyukur ke hadrat Allah

Subhanahu Wata’ala kerana

4
dengan rahmat dan Inayah-Nya

dapat diberikan kesempatan

hari ini kita berkumpul di Majlis

Sambutan Hari Embriologis

Sedunia Peringkat

Kebangsaan 2023 dan

Memperkenalkan Program

Diploma Pascasiswazah

5
Embriologi Klinikal (PDEK)

anjuran Pusat Reproduktif

Termaju HCTM dengan

kerjasama Malaysia

Association of Clinical

Embryologist (MACE). Saya

mengucapkan terima kasih di

atas jemputan ini.

6
2. Terlebih dahulu, saya ingin

merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan tahniah dan

syabas kepada Pusat

Reproduktif Termaju HCTM di

atas usaha murni

menganjurkan majlis yang

penuh bermakna ini.

7
3. Kerjasama daripada

Malaysia Association of Clinical

Embryologist (MACE) juga

sangat dihargai.

4. Sambutan di peringkat

kebangsaan yang julung-julung

kali diadakan ini merupakan

8
suatu penghormatan dan

penghargaan besar kepada

para Pegawai Embriologis yang

memainkan peranan penting

dalam menjayakan kehamilan

pesakit-pesakit kesuburan atau

IVF. “Selamat Hari Embriologis”

saya ucapkan.

9
5. Negara kita, Malaysia telah

menjadi salah satu destinasi

pilihan untuk mendapatkan

perkhidmatan rawatan

persenyawaan in-vitro (IVF) di

peringkat antarabangsa.

Dengan kadar kelahiran yang

mencapai 30% hasil daripada

10
teknologi perubatan ini,

Malaysia mempunyai reputasi

yang sangat baik dan

membanggakan.

6. Kombinasi kemahiran dan

kepakaran ahli perubatan

reproduktif, embriologis, dan

11
andrologis menjadi tunjang

utama kepada kadar kejayaan

seumpama ini yang boleh

dikatakan at par dengan

negara-negara lain.

7. Kepakaran ahli embriologis

hari ini, adalah berkadar

12
langsung dengan ilmu

pengetahuan yang berasaskan

dalil perubatan dan asahan skil

yang berterusan. Kepakaran ini

sangat diperlukan untuk

merealisasikan kehamilan

dengan bantuan teknologi

13
reproduktif dan peralatan

makmal yang maju.

8. Justeru itu, setiap ahli

embriologis perlu

melengkapkan diri dengan

latihan makmal yang intensif

secara praktikal dan

14
memahami teori sains

embriologi yang merupakan

permulaan kehidupan.

9. Melihat kepada peri

pentingnya tanggungjawab

Pegawai Embriologis, UKM

telah mula menawarkan kursus

15
akademik dalam bidang ini.

Maka, sambutan ini merupakan

suatu peluang keemasan untuk

mengetengahkan program

baharu yang ditawarkan oleh

UKM iaitu Program Diploma

Pascasiswazah Embriologi

Klinikal (PDEK).

16
10. Istimewanya PDEK ini,

merupakan satu-satunya

program di Malaysia setakat ini

yang melatih Pegawai

Embriologis secara formal dan

berstruktur. Program ini

diasaskan atas keperluan untuk

melahirkan ahli embriologis

17
yang berpengetahuan tinggi

dan berkemahiran dalam

bidang embriologi klinikal.

11. Saya difahamkan bahawa,

program PDEK ini sudah

bermula tahun ini dengan 2

18
orang pelajar bagi pengambilan

pertamanya. Alhamdulillah.

12. Dengan adanya program

seumpama ini, saya percaya

keperluan ahli embriologis yang

mahir dapat dipenuhi sekali gus

boleh memberikan kesan

19
signifikan kepada kadar

keberjayaan rawatan

kesuburan di negara kita.

13. Akhir kata, sekali lagi saya

mengucapkan sekalung

penghargaan tahniah dan

syabas khususnya, tenaga

20
kerja Pusat Reproduktif

Termaju HCTM yang sentiasa

kreatif dan berinisiatif. Semoga

Pusat dan program ini akan

terus bersinar di masa akan

datang.

21
14. Dengan lafaz

bismillahirrohmanirrohim, saya

merasmikan Sambutan Hari

Embriologis Sedunia

Peringkat Kebangsaan 2023

dan Memperkenalkan

Program Diploma

22
Pascasiswazah Embriologi

Klinikal UKM.

Sekian

Wabillahitaufik walhidayah

wassalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.

23
24

You might also like