Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SMK TERIANG HILIR

72400 SIMPANG DURIAN


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 4 / 2023

Tarikh: 07 Julai 2023


Hari: Jumaat
Masa: 08.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat

Kehadiran:
1. Faizah binti Muhammad Pengetua (Pengerusi)
2. Mohamad Nasir bin Ibrahim PK Pentadbiran
3. Azhar bin Ayob PK Hal Ehwal Murid
4. Zaiton binti Siman PK Kokurikulum
5. Zulkefli bin Rajab GKMP Bahasa
6. Noraliza binti Mohd Ali GKMP Sains dan Matematik
7. Ruainun binti Yusof GKMP Kemanusiaan
8. Rozita binti Othman GKMP Teknik dan Vokasional

1.0 Ucapan alu-aluan pengerusi


1.1 Pengerusi ,memulakan mesyuarat dengan Ummul Kittab Al Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua ahli mesyuarat
pengurusan.
1.3 Pengerusi memaklumkan tujuan mesyuarat kali ini diadakan untuk membuat
perancangan program sehingga akhir tahun 2022.
1.4 Pengerusi menerangkan TS25 berkaitan (Konsep TS25) iaitu pemimpin berkesan, guru
berkualiti dan pemegang taruh seperti sokongan PIBG dan komuniti.
1.5 Pengerusi memaklumkan telah memanggil dan berbincang dengan semua ahli panitia
Bahasa Melayu dan Sejarah untuk peningkatan SPM 2022. Subjek lain akan dijalankan
kemudian.
1.6 Pengerusi mohon GKMP merancang program bulan disember 2022 semasa cuti iaitu
12 – 23 disember 2022.
1.7 Pengerusi mohon semua penolong kanan menyemak PSO dan PINTAS.
1.8 Pengerusi mencadangkan program gotong royong memangkas pokok Doa dijalankan
pada waktu kokurikulum.
1.9 Pengerusi mencadangkan p.a, sistem dewan peperiksaan dipertingkatkan.
1.10 Pengerusi memaklumkan SMKTH akan dijadikan Pusat Mengundi oleh SPR.

2.0 Pengesahan minit mesyuarat


2.1 Pencadang: Encik Rusman bin Jaafar
Penyokong: Encik Azahar bin Ayob
3.0 Perkara berbangkit
3.1 Rujuk maklum balas minit mesyuarat pengurusan bil 4 / 2022
4.0 Perkara yang dibincangkan / pelaporan / pembentangan kertas kerja / isu / cadangan
4.1 Pengerusi (Pengetua)
4.1.1 Pengerusi memaklumkan telah memanggil dan berbincang dengan semua ahli
panitia Bahasa Melayu dan Sejarah untuk peningkatan SPM 2022. Subjek lain akan
dijalankan kemudian.
Tindakan: makluman
4.1.2 Pengerusi mohon GKMP merancang program bulan disember 2022 semasa cuti iaitu
12 – 23 disember 2022.
Tindakan: makluman
4.1.3 Pengerusi mohon semua penolong kanan menyemak PSO dan PINTAS.
Tindakan: semua GPK
4.1.4 Pengerusi mencadangkan program gotong royong memangkas pokok Doa dijalankan
pada waktu kokurikulum.
Tindakan: makluman
4.1.5 Pengerusi mencadangkan p.a, sistem dewan peperiksaan dipertingkatkan.
Tindakan: makluman

4.1.6 Pengerusi memaklumkan SMKTH akan dijadikan Pusat Mengundi oleh SPR.
Tindakan: makluman
4.2 PK Pentadbiran

4.2.1 Encik Rusman bin Jaafar telah mengedarkan senarai Pegawai Penilai (PP) dan
Pegawai Yang Dinilai (PYD) bagi PBPPP 2022 terkini. Tarikh tutup penilaian adalah 20
November 2022. Mesyuarat juga telah memutuskan tiada wakil akp utk APC 2022.
Tindakan: makluman
4.2.2 Pada 7 november 2022 PK Pentadbiran dan penyelaras KBAT akan hadir taklimat
KBAT di PPDJJ. Mesyuarat telah memutuskan melantik Puan Chor SU Cheng sebagai
penyelaras KBAT.
Tindakan: makluman

4.3 PK Hal Ehwal Murid


4.3.1 PK HEM memaklumkan bilang pelajar terkini adalah seramai 552 orang. Kehadiran
bulan oktober 2022 adalah 83.3 peratus.
Tindakan: makluman
4.3.2 Pada 3 november 2022 telah dijalankan pelancaran Program Ponteng Sifar dengan
pelbagai hadiah menarik telah ditawarkan dan telah dipamerkan semasa
pelancarannya.
Tindakan: makluman
4.3.3 Pada 10 november 2022 akan diadakan Program motivasi pencegahan buli oleh
pegawai perhubungan sekolah iatu Tuan inspector Nizam dari IPD Jelebu.
Tindakan: makluman

4.4 PK Kokurikulum
4.4.1 Perhimpunan bulanan untuk bulan November akan diadakan pada 14 november
2022.
Tindakan: makluman
4.4.2 Pada 6 november 2022 akan diadakan program kesedaran keusahawanan
(koperasi) peringkat sekolah
Tindakan: makluman
4.4.3 Mesyuarat kokurikulum bil 3 2022 akan diadakan sebelum cuti akhir sesi 2022.
Tarikh akan ditetapkan kemudian.
Tindakan: makluman
4.5.1 Laporan GKMP Bahasa
4.5.1.1 Ujian percubaan mendengar dan bertutur SPM akan diadakan pada minggu
hadapan.
Tindakan: makluman
4.5.1.2 Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah menjalankan program Teknik
menjawab soalan SPM.
Tindakan: makluman
4.5.2 Laporan GKMP Sains dan matematik
4.5.2.1 Ujian amali percubaan sains tulin SPm akan diadakan mengikut jadual percubaan
SPM 2022.
Tindakan: makluman
4.5.2.2 Teknik menjawab SPM sains telah dijalankan minggu lepas.
Tindakan: makluman
4.5.2.3 Hari STEM akan dibuat pada hari rabu waktu kokurikulum dan masa akan ditentukan
kemudian. Program ini akan dijalankan bersama bidang TVET.
Tindakan: makluman

4.5.3 Laporan GKMP Kemanusiaan


4.5.3.1 Teh Boon Siang selalu keluar. Memandangkan beliau mengajar SPM, pihak bidang
berharap dapat dikurangkan kekerapan beliau keluar. Pengerusi akan cuba
mengurangkannya kecuali surat arahan dari JPNS.
Tindakan: makluman

4.5.4 Laporan GKMP Teknik dan Vokasional


4.5.4.1 Subjek pertanian dan SNRT sedang menjalankan kerja kursus SPM tingkatan 4 yang
membawa markah 15% dari markah SPM 2023.
Tindakan: makluman
4.5.4.2 Terdapat panitia yang telah menjalankan program Teknik menjawab soalan SPM
seperti panitia perniagaan (peringkat sekolah), SnRT (peringkat daerah) dan GKT
(peringkat daerah).
Tindakan: makluman

5.0 Hal-hal lain


5.1 Jadual waktu
Jadual waktu baharu akan bermula bulan januari 2023 dimana waktu persekolahan
bermula 7.40 pagi hingga 2.30 petang setiap hari. Waktu kokurikulum akan dijalankan
pada waktu 7.40-9.40 pagi.
Tindakan: PK Pentadbiran dan guru jadual waktu
5.2 Pakaian pelajar
Hari isnin diwajidkan semua pelajar memakai unifrm sekolah atau uniform KAA atau KRK
kecuali kelas yang ada PJPK.
Tindakan: makluman
5.3 Perkampungan ilmu akan diadakan. Tempat diasrama sekolah dimana peserta akan tidur
di asrama selama 2 malam. Perkampungan ilmu ini akan dijalankan untuk 2 kumpulan.
Tarikh akan dibincang kemudian.
Tindakan: makluman

6.0 Ucapan penangguhan


6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kerjasama semua ahli demi kejayaan
SMKTH.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.

You might also like